Week 6 : Hikayat Hujung Tahun

Salamualaikum..

kali ni aku nak share peristiwa yang jadi harini.. aku klasifikasikan sebagai teguran dari Tuhan.

Kenapa?

sebab lepas tengok segala kejadian yang jadi depan mata, buat akal waras aku berfikir,
siapa kita nak bangga di bumi yang tak ada satu pun barang milik kita..

mula-mula waktu keluar lunch, aku makan nasi berlauk..
mungkin rezeki aku dapat kepingan besi dalam lauk sotong.

aku fikir, "Semua orang melakukan silap. Hatta diri aku sendiri pun. Secara tak sengaja. Jadi, tak mengapalah.."

usai bayar, aku cakap secara berbisik pada cashier pasal lauk 'tambahan' yang aku dapat. Dengan harapan supaya benda yang sama tak berulang dekat customer yang lain pulak.

alhamdulillah.. settle penyakit hati. tak payah sesusah sakitkan hati sendiri.. cakap je elok-elok. Orang boleh je terima.

then pergi masjid, bukak pintu tempat wudhu', nampak seorang gadis tengah ambil wudhu' and ada sorang budak kecik tengah main-main kat belakang dia..

as I thought, maybe adik dia.. siap ada yoko-yoko lagi kat kepala. Demam mungkin. Comel. Senyum sendiri.

Si gadis pun balas senyuman.

"Adik ke?" soalan diajukan.

"Aa tak lah.. Anak." Di balas ringkas.


aku pun potato kejap.

tengok gaya macam orang susah. Aku harap la dia datang dengan suami dia. Kesian jugak aku tengok si gadis. Dari riak wajah, macam budak belasan lagi.

sedih.

alhamdulillah aku dapat peluang sambung belajar.. syukur sangat-sangat. Sungguh aku sedeh tengok si gadis tu.

Habis sembahyang, kedengaran pula seorang pak cik menangis teresak-esak dalam solatnya.
Sebak hati aku wehh..
Rasa macam kerasnya hati aku.. dah buat banyak dosa tapi still buat selamba lalai dalam solat.
Allahu ya Rabbi..

Mata aku tertacap pulak sesusuk tubuh yang nampak jalan terhuyung-hayang dari sebalik langsir.
kemudian berdiri tengak.

Aku gelarkan dia Si Kurang.
kurang siuman secara spesifiknya..

Aku dapat tengok dia tengah perhatikan gerak geri lelaki di sebelahnya menunaikan solat.

Kemudian dia pula yang berdiri dan melakukan pergerakkan solat yang tidak mengikut tertib. Hanya mengikuti orang sekelilingnya dengan senyuman yang paling bahagia
tapi masih juga mahu bersujud kepada Yang Esa.

lagi aku rasa tertampar.

kadang kita yang waras ni, dengan selamba tak mahu sujud kepada Dia.
apakah kita lagi gila dari Si Kurang?


Terima Kasih Tuhan..
Kekuasaan-Mu tiada tandingan,
Bersediakah kita menghadapi Hari Perhitungan?
Sekecil zarah dosa kita tetap akan mendapat balasan
Namun Dia sedia memaafkan
malah dibuka seluas-luasnya pintu pengampunan
selagi roh belum meninggalkan badan
Kembalilah kepada Ar-Rahman.

moga kita sentiasa dalam keredhaan Dia..
in sha Allah..

wassalam..






Resepi Sponge Cake Coklat

Salamualaikum.. and hai..




terus ke resepi.. aku tak nak buang masa mereka yang tengah mencari resepi..


Bahan untuk kek:

(A)

(Bahan kering)

100gm tepung superfine
20gm serbuk koko
45gm gula castor
3/4 sudu serbuk penaik
1/4 sudu soda bikarbonate

(Bahan basah)

4 biji kuning telur
65 gm fresh milk
45 gm corn oil
3/4 sudu vanilla essence

(B)

4 biji putih telur
1/4 sudu cream of tartar
80gm gula castor


Cara penyediaan:

1. Sediakan loyang bersaiz 8' dan panaskan ketuhar dengan 140 degree Celsius.

2. Mulakan dengan bahan-bahan kering A. Ayak kesemua bahan kecuali gula castor. Selepas diayak, satukan kesemua bahan-bahan kering A.

3. Di dalam bekas lain, satukan bahan-bahan A yang basah sehingga sebati. Apabila sudah sebati, satukan bahan kering dan basah. Ketepikan sebentar.

4. Untuk bahan B, campurkan cream of tartar ke dalam putih telur.. Pukul putih dengan kelajuan sederhana menggunakan electric whisk. Campurkan gula castor secara berperingkat-peringkat ke dalam putih telur. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga terbentuk soft peak (meringue).

5. Satukan bahan A dan B. Gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang dan hentakkan loyang yang berisi adunan kek beberapa kali untuk mengeluarkan gelembung udara yang besar.

6. Bakar selama 50~60 minit / sehingga masak.



ok done!

boleh la aku sambung cerita..

aku buat kek tu sebab ada kawan akak aku yang order.

Jadi, tak salah aku asah balik skill yang hampir berkarat ni..
dan tadaaa~

inilahh hasilnya..




alhamdulillah.. 

aku buat dua.. yang dekat belakang tu aku jual.. 
yang depan ni buat makan family aku..

nyum nyum.. boleh try resepi ni..

rasa pun sedang-sedang.. tak manis sangat.. sesuai semua peringkat usia.. 

cara hias kek terpulang kepada individu.. aku pun belajar sendiri.. 

selamat mencuba =D


wassalam..


la revende, 
hasta la vista






''Pencarian Top 5 Blogger 2016''

Assalamualaikum

*tekan banner untuk join

Tag rakan : Kim Chaa
Nama panggilan dalam blog : Queen / Leyha
Tempoh pengalaman berblogging : Since 2012 (just chillin') , active 2015

Hadiah 3D Puzzle Dari Ikhwan Yusuff

Salamualaikum.. alhamdulillah.. menang segmen dari blog Ikhwan Yusuff.

memang dunia aku ni suka benda benda yang 3D ecehh..

mula-mula ingatkan tak menang.. as always, daun clover tak suka dengan kita gamaknya..
last-last tuan tanah datang bagitau sendiri yang aku menang..

So, mana-mana pihak yang cakap pihak penganjur tak bertanggungjawab tu, maaf dan jujur aku katakan.. perangai macam Miss Colombia yang tersalah crowned as Miss Universe haritu..

Contohilah sikap Miss Philippine (even kadang segelintir gamer pinoy retard) yang sanggup kasi balik crown tu ke Miss Colombia sebab taknak Miss Columbia malu..

...

apa yang aku merepek?

..

ok proceed to HADIAHH.. jenjejengg...

aku dapat apa? dah nama giveaway 3D puzzle.. memang 3D puzzle la aku dapat..

excited wehh.. dah lama tak main benda tiga dimensi ni..

tiga dimensi? segi tiga? Illuminati? (hmm kadang pemikiran kolot melimpah keluar dari otak yang berkarat)

.. dan aku merepek lagi..


aku bagi gambar je la.. tulis lagi aku merepek tak sudah karang..





dan tadaaa... aku dah siap pasang.. nehhh!




sekalung perhargaan ditujukan kepada parents aku yang kasi guna wifi dan segala harta untuk join giveaway ni..

and jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus sepanjang segmen dijalankan..

(dah macam tulis laporan sekolah..)

wasalam..

p/s: Beauty with brain.. Got it?



"Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerana semana kaya dan besar tetap Allahu Akbar" - Malique


la revende,
hasta la vista

Senarai Filem Mesti Tonton 2016 !

Salamualaikum..

cuti dah habis, maknanya kena masuk kerja balik besok
urghhh.. mereput la lagi.. TT

tapi bukan tu yang aku nak cerita dalam entri kali ni.

memandangkan kita ada 4 hari lagi nak ucapkan selamat tinggal dekat 2015 ni, and say hi hi to 2016, so aku siapkan list cerita based on view aku..

seronok aku awal-awal tahun 2016 dibukak tirai dengan cerita cerita best..
and sekali lagi aku ingatkan, cerita dalam list ni adalah based on POV aku ok..

maybe ada certain yang tak menarik minat korang but it's ok..
just deal with it =D

JANUARY 

1. Sherlock : The Abominable Bride 
(1 January 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



2.Fifty Shades of Black 
 (29 January 2016)*

 
//klik pada poster untuk tonton trailer



3. Kung Fu Panda 3 
(29 January 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



FEBRUARY

1. Pride and Prejudice and Zombie
(5 February 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



2. Deadpool
(12 February 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



MARCH

1. The Divergent Series: Allegiant
(18 March 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



2. The Little Prince
(18 March 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



3. Batman vs. Superman 
(25 March 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



APRIL

1. The Jungle Book
(15 April 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



2. The Huntsman : Winter's War 
(22 April 2016)*

https://www.youtube.com/watch?v=_W65ndip7MM
//klik pada poster untuk tonton trailer



MAY

1. Captain America : Civil War
(6 May 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



2. X-Men :  Apocalypse 
(22 May 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



JUNE

1. Now You See Me 2 
(10 June 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



2. Finding Dory 
(17 June 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



JULY

1. The Legend of Tarzan
(1 July 2016)*
//klik pada poster untuk tonton trailer



2. Ice Age 5 : Collision Course Lights Out
(22 July 2016)*

//klik pada poster untuk tonton trailer



AUGUST 

1. Mechanic : Resurrection 
(26 August 2016)*

//trailer belum dikeluarkan 


okeyy haa.. inilah antara cerita yang bagi aku mesti tengok.
tak semestinya tengok kat wayang.. 

ehemm tau tau la student life macam mana kan.. haha sepp sikit kalo tau ^^

ada banyak lagi Star Trek, The Conjuring 2, Ouija 2, How to Be A Single, London Has Fallen, Teenage Mutant Ninja Turtles : Out of Shadow, War Craft, Bourne 5 haa banyak la lagi..

yang aku listkan ni antara yang sempat aku tengok trailer.. 

sejam lebih jugak haa buat.. haha dah dah.. aku nak tido pulak..
karang tak bangun pulak besok huhu..

jumpa lagi!

p/s: aku dah taruk (*) tu bermakna tarikh tayangan ada yang berbeza depends of benua masing masing.. jadi lambat atau cepat tu, jangan marah aku eh.. ok bai..


la revende,
hasta la vista.. 



YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE




*as usual, click on banner for join the segmen ^^

Dah hujung-hujung tahun ni, banyaknya giveaway! 
apa lagi.. cepat join
manatau ada rezeki.. 

yang kena tag: Diya Hanun

.
.
.
 all the best!

btw, blog eimma comel! =D



Blog Review by Beeha Azman for Top Referral


Salamualaikum.. segmen blog review pulak kali ni ..


klik pada banner (as always!)
.
.
.
.
.

orang yang jadi mangsa tag aku adalah Cik Sofie Adie


done!
moga suksess selamanya ^^

la revende,
hasta la vista


Week 5: Untuk 3 Hari

Salamualaikum..

sambung pulak cerita minggu kelima budak praktikal.
kali ni tajuk "Untuk 3 Hari"

cehh.. dah macam bunyi tajuk cerita dah haa..

straight to the point. Minggu kelima ni aku turun office untuk 3 hari je sebab 2 lagi public holiday.
Company ni tak bukak hari Sabtu k.

Senang sikit kerja aku haha (dasar... sedasar lautan pasifik sungguh)

Thursday for Maulidur Rasul, then Friday for Christmas..
clear? ok good then.

Walaupun hanya untuk 3 hari ni, aku terasa ohmaigadd.. why and why... terasa macam panjang sungguh.. kalau aku duduk diam kat rumah.., hmph tak payah cakap.. masa berlalu sekelip mata je weh..

dah la banyak staff yang dah leave awal.. kiranya habiskan cuti hujung tahun la..
aku? macam biasa ada jugak dapat kerja. (yang sangat confusing.. seriously)

and kali ni aku tak boleh blah, perasaan yang setiap hari datang singgah dekat aku..
aku dah cuba sedaya upaya untuk lawan, tapi apakan daya..

macam ni la rupa aku setiap hari dalam minggu ni.

kena serang dengan perasaaan mengantuk!


me exactly like this..

dah la kena dodoi dengan suara Malique.. 
adehh..

mau tak menangis aku.. cuba perang diri sendiri.. tapi aku tak la sampai tido krohh krohh ..
mau kena hambat dengan bos ..


so, apa yang aku buat most of the time..


obviously aku boring tahap dewa.. jadi aku conteng keluar segala benda dalam otak.. 
ni la hasilnya..



Jadi aku mintak jasa baik korang meh share tips hilangkan rasa mengantuk dalam office dengan aku.. 
aku hargai sesangat..

mana yang bertuah, aku post hadiah dekat dia.. hahaha
(serious talk.. *sambil buat muka tegas)

p/s: aku dah tido malam awal dah.. 
p p/s: office aku takda pandangan (tingkap) TT

wasalam 

la revende,
hasta la vista


10 Questions from Sofie Adie

haa kali ni ringan pulak tangan aku nak buat entri KHAS untuk Sofie Adie



soalan yang diutara-selatan-barat-timurkan adalah:
 (chess takbleh kopipes pulak.. tuan tanah tak kasik.. )

so aku tulis je and jawab je la terus..


1. Betul ke anda rajin?

-emm tadi aku rajin, bila tak boleh nak kopipes ayat soalan dia, malas aku dah berlari-lari datang duduk keliling aku.. 

2. Azam 2015 dah tertunai ke belum?

-azam pun takda. hahaha aku pun dah lupa aku ada berazam ke tidak awal tahun lepas =P

3. Kalau belum, nak jadikan azam 2016 pulak ke?

-boleh la kut. If aku dapat anak buah, aku kasi nama Azam 2016. Nama siap ada coding.. Macam hitman haa..

4. Memori 2015 yang gembira untuk anda

-banyak pegi jenjalan (site visit) and discover tempat baru.  

5. Tragedi 2015 yang menimpa anda

-tragedi yang setiap tahun menimpa.. harap tahun 2016 dah tak datang lagi. Tragedi dompet berlubang, duit terbang~

6. Status 2015 anda

-status apa ni? kalau whatsapp aku dah hide dah.. =P

7. Satu perkataan untuk describe 2015 anda

- (sigh) eh termengeluh pulak. Indescribable.  

8. Perlu ke azam 2016?

-Tak sure. Kalau ada, nanti dia mai datang singgah..

9. Movie 2016 yang nak tengok sangat-sangat

banyakkkk sangat! nah..
-X men: Apocalypse, Finding Dory, Little Prince, Now You See Me 2, Mechanic:Ressurection, 
Assassin Creed, Captain America: Civil War etc 

10. Anda puas hati dengan 2015 anda?

-tak. 

ok done!

aku carik lagi mana soalan yang boleh aku jawab..

kbai!

10 Questions From AnaBiha

Salamualaikum,
sempena hari cuti ni aku layan soalan-soalan dari Cik AnaBiha

oh ya, tengkiu tag aku.. Soalan-soalan dia pun leh tahan haa..

nak tau apa Cik AnaBiha ni tanya?
meh aku share


1. Perkara paling jahat yang pernah korang buat? Prank kengkawan ke?

2. Kalau makan aiskrim suka makan dengan cara macam mana? Kalau aku, aku suka makan aiskrim dengan buah strawberry dan nyatakan perisa kegemaran.

3.Pendapat tentang orang yang suka mencarut...

4.Kalau anda gemuk, anda suka tak? Atau cuba nak kuruskan kembali badan?

5. Kalau diberi RM1 juta nak buat apa dengan duit tu?

6.Rumah idaman? Hehehe...

7.Pendapat tentang umat Nabi Muhammad pada zaman sekarang?

8.Macam mana nak earning duit?

9.Apa yang patut aku tambah dalam blog ni?

10.Tahun 2016 ada dekat mana? Buat apa?


haa tu la questions yang ditanya

ok cik AnaBiha..

nak tau jawapan eh?
ok..

sini aku jawap.. hihi

1. Perkara paling jahat aku penah buat pun aku tak tau nak cerita yang mana satu.. haha banyak sangat. (nampak benar jahatnya)

kalo prank orang tu, ada la jugak tapi tu tak kira jahat lagi ngeh ngeh..

2. Aku bukan suka sangat makan aiskrim.
Cuma certain masa bila aku craving ice cream, pilihan utama aku akan makan ice cream kon (Walls Selection or Kit Kat) mostly perisa chocolate and WAJIB ada almond, hazelnut, segala kekacang or something yang crunchy untuk aku kunyah =D

(tapi kalo tight budget aku akan amek ice cream solero yang hijau tu je.. tak pun rainbow.. ok jugak.. tapi aku tak dapat makan sampai habis.. gigi sensetip u know grr.. sejuk.. )

3. Orang yang suka mencarut ni aku kategorikan dalam 2 jenis.
Satu jenis, dia akan mencarut bila dia betul-betul terpaksa mencarut (masa marah)
dan satu lagi memang itu bahasa basahan dia..

Bagi aku, aku still ok lagi if bahasa carutan dia control tak bertubi tubi keluar and paling penting bukan ditujukan kat aku.

Tapi kalo bahasa dia mak aihh, dari 1 ayat dia, hampir 99% adalah carutan.., aku angkat kaki dulu.. bai..!

4. Perempuan dan gemuk.. haha benda sensetip kut.. and aku TAK SUKA diri aku gemuk..
Kurus sangat pun tak jugak.. aku suka yang sedang-sedang.. aku jenis yang kalau rasa yang badan berat sikit, cepat-cepat buat workout..

buat la apa pun, push up ka, sit up ka, sesimple plank tu ka, bergayut dekat pintu and segala lompat bintang bulan langit tanah tu semua aku buat.. janji aku burn mana lemak-lemak yang baru nak buat rumah dalam badan aku..

tapi tu depends on mood jugak haha

5. Buat apa eh? Emm first thing first aku akan cari dari mana sejuta tu datang. Agak mustahil nak dapat sejuta sekarang ni..

6. Penthouse untuk kat bandar, and cruise! haha teringin nak ada rumah atas laut. dan yang paling penting, aku nak design rumah aku sendiri ofkos!

but dari segi islamiknya, aku nak kubur yang tenang dan damai.. aamiin

7. emm ni soalan agak berat..
ikut pendapat aku, dunia sekarang akhir zaman. Apa yang terjadi sekarang semua dah tertulis dalam Quran. Kita perlu bersiap sedia untuk hadapi Rukun Iman yang kelima.

8. Usaha. Usaha dalam segala benda yang kita mampu dan reti buat. Tak reti pun boleh belajar =D

9. haa bercakap pasal benda yang perlu ditambah and earn duit, kenapa aku rasa macam blog Cik AnaBiha ni takda Nuffnang? (eh tertanya soalan pulak)

tambah Nuffnang!

10. Tahun 2016 tak sampai lagi... flight delay kut. aku pun tak sure ada kat mana =P

ok serious. aku tengah mereput kat office.. budak praktikal kan..


Done!
dah selesai jawab Cik AnaBiha punya soalan,

so aku bukak 10 soalan pulak dekat blogger-blogger lain!

  • Share azam tahun baru korang. Nak tau jugak!
  • Main Dota 2? Apa pandangan korang kepada gamer especially perempuan.
  • Aku nak buat giveaway. Yay or nay?
  • Pernah kerja sambilan? Kerja apa?
  • Apakah benda yang dibeli lepas dapat first salary dalam hidup?
  • Kereta idaman haaa...
  • Lagu trending/favorite 
  • Share sikit memories terindah dan bad yang terjadi tahun 2015
  • Negara mana yang paling korang nak pegi melancong/mastautin/menetap? Kenapa? 
  • Komen ikhlas untuk blog aku =P 


ok done! aku rasa macam nak bukak soalan umum.. tapi takpa la, aku terlebih rajin nak mengetag orang malam ni

jadi..
mangsa tag aku adalahh


dan terbukak jugak untuk sesapa nak join yea.. sila-sila jawab kalau nak..
aku baca jugak mana yang korang jawab tu ehh..

nak jawab pun, buat entri boleh.., kat bahagian komen pun aku alu-alukan.. thanks so much!

sesapa yang ada soalan lagi boleh tanya kat aku time aku cuti ni.. in sha Allah aku jawab
(soalan takmau yang pelik-pelik naa)

Wasalam..

La revende, 
hasta la vista

Salam Maulidur Rasul


Salamualaikum..

Sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW
marilah kita perbanyakkan selawat ke atas baginda

Allahuma Solli ala Saiyidina Muhammad,
wa ala ali Saiyidina Muhammad 

Alhamdulillah..

*** *** *** *** *** ***

Mari kita bercerita
Tentang Nabi kita, 
Agar engkau kenal nabimu sendiri

Shallallahu' ala Muhammad
Shalallahu' alaihiwassalam

Ayahnya Syayid Abdullah
Ibunya Siti Aminah
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim

Baginda yatim piatu 
Tiada ayah tiada ibu
Seorang anak yang tidak pernah
Bermanja pada ibu dan ayahnya

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama
Yang paling dicintai Tuhan
Yang diberi nama Nur Muhammad

DAri Nur Muhammad inilah 
Seluruh yang ada diciptakan 
Syurga Neraka dunia akhirat
Manusia dan lain-lainnya

Dia adalah Nabi yang di Isra' dan di Mi'rajkan
Mukanya laksana bulan purnama 
Karena cahayanya yang terang
Hamba Allah yang paling bertaqwa
Dan paling takut dengan Tuhan
Sangat tahan menerima ujian
Yang berbagai-bagai keadaaan

Kerana itulah dipanggil Habibullah 
Penghulu para Rasul para Ambia
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa
Imam seluruh manusia

Nabi menpunyai akhlak yang paling mulia
terutama kasih sayangnya kepada manusia
Tawadhuk merendah diri pakaian peribadinya
Kerana akhlaknya dapat pujiaan dari Tuhannya

Dia sangat suka meminta maaf dan memberi maaf
Kejahatan orang dibalas kebaikan 
Satu perbuatan yang luar biasa

*** *** *** *** *** *** *** 

Playlist for Practical

Assalamualaikum..
memalam ni la rajin pulak nak update..
macam tak kerja pulak besok TT

takpa kejap jer..

aku tak boleh nak tido lagi sebelum aku keluarkan segala isi dalam kepala aku ni.
Terngiang ngiang orang cakap..
sungguh!

aku macam.. ni la padahnya kut..

apa yang aku terngiang kan sangat tu?

hampir semua lirik lagi dalam playlist aku main sepanjang 3 minggu ni.. minggu pertama tu dengar mostly lagu omputeh.. tetiba rasa rindu pulak nak denga lagu artis Malaysia so aku bukak la segala lagu Melayu yang ada dalam lappy aku..

ini la playlist aku..


ada la beberapa lagu baru.. lagu Kak Fynn Jamal dengan Nukilan.

mesti korang perasan kan? Asal lagu Malique bersepah.. haha aku pun tak tau.. Dah jenis aku suka layan lagu dia.. 

dalam buat kerja tu, otak pulak berhempas pulas carik maksud segala lirik dia.. Malique sendiri dah pesan, 

"lirik Malique bukan teks tapi kodeks macam Hammurabi atau Nag Hammadi, 
jangan kupas mesti carigali" 

dan sepanjang aku dengar lagu lagu ni la, aku akan lipat kertas A4, bahagi ke 4 bahagian, then tulis semua lirik lagu..

(nampak tak betapa mereputnya aku.. ==)

kalo korang nak tau apa yang Malique nak share dengan dunia melalui lagu dia, korang boleh la carik dalam album dia.. 

Aku rasa rugi gila tak tau mana nak carik album dia nak buat simpanan anak cucu.. 
Bahasa dia semua tersurat tersirat tak macam mostly lirik sekarang yang ntah, kadang muzik ja pun aku dah tak sanggup nak layan.. 

Kadang aku banyak tahu pasal dunia pun mostly dari lagu. So, bila dengar lagu Malique ni lagi, lagi la otak aku ni keluarkan pelbagai jenis skema persoalan.. 

kesudahannya, aku kena la carik bagi elak aku tak boleh tidur.. tapi kadang dah tau pun aku tak jugak terus tidur.. suka baca lebih-lebih pulak.. 

kalau nak cakap mana satu lagu Malique yang jadi kegemaran, aku dah listkan semua dalam playlist tu.. aku tak dapat nak pilih.. semua best.. semua ada maksud.. 

lagi-lagi kalobrasi dengan Lah Ahmad, KL Street dan Cuba Lagi.. ni la lagu semangat bila aku rasa down and almost give up dalam buat semua benda.. huhu

cukup-cukupla sampai sini.. otak aku dah rasa ringan sikit.. 
dah banyak kertas aku conteng, tapi lepas tulis entry ni baru ringan sikit.. 


"Jadi bila Jeneral berucap sampai darah gusi, 
tolong ceraikan bontot dari kerusi.. 
Bangun."


p/s: semua lirik dia aku terkesan.. dunia bukan rehat untuk semua orang.. cukup la kita tau apa yang kita buat. Selamat malam.

Wasalam..

la revende, 
hasta la vista 




Resepi Durian Crepe in da House!

Salamaualaikum fellas,

harini mood nak buat durian crepe yang terbantut dari balik cuti haritu ahernya berjaya jugak direalisasikan.. (yeay!.. *sorak sensorang)

parents aku baru balik dari Kuching, dorang hangkut boleh dikatakan bersepah jugak la durian. Instead of nak jadikan durian tu as tempoyak, aku ambik sikit untuk dijadikan isi durian crepe yang aku dok craving since balik sini..

bukannya takda dekat Negeri Sembilan tapi aku tak tau nak cari kat mana.. haha
takda transport so penjalanan agak terhad.. tambah lagi student life punya bajet camna pulak..
semata durian crepe, boleh habes RM50 tambang pegi balik..

hambek ko!

ok.. straight to the point,

bahan-bahan yang diperlukan:

untuk lapisan crepe (lempeng):

100gm tepung gandum
3 biji telur
secubit garam
200 ml santan/susu cair (aku guna susu cair)
pewarna kuning telur

-blender kesemua bahan, tapis
-masak atas non stick pan dalam kuantiti yang sikit supaya nipis and yummyh


untuk inti:

(untuk sukatan ni korang pandai-pandai la bajet, coz aku pun tak timbang tadi ehe)

whipping cream
isi durian

- letak whipping cream dulu kendian baru letak isi durian..
-lipat macam golong popia..

(maaf aku tak ambik gamba time buat.. harap korang faham.. ada sebarang pertanyaan boleh letak dekat comment.. aku try jawab k.. ^^)

tadaaa~~

inilah hasilnya.. bila mood aku nak buat something tu datang tetiba..








p/s: ni percubaan pertama aku, so nampak agak sememeh.. tapi aku nak share jugak, if aku boleh, korang konfhem lagi boleh. Malaysia boleh! (am I right?) haha

jangan dok termimpi-mimpi pulak.. bantal yang empuk lagi gebuss ni.. sedapnya buat tidur..

selamat malam randomers!

wassalam..

La revende,
hasta la vista..


Week 4 : One Month Already!

Assalamualaikum..

kepada sesapa yang follow up cerita sepanjang aku buat praktikal ni, tahniah korang! 
aku dah sebulan! *eksaited pulak lol

emm meh aku share sikit apa yang jadi pulak minggu ke 4 ni.. 

cerita minggu minggu sebelumnya semua macam quite creepy and alhamdulillah sepanjang minggu ke 4 ni, aku cuba masuk office bagi salam and baca 3 qul dengan ayat Kursi, so far alhamdulillah =D

cuma aku nak share yang sepanjang aku praktikal ni perasaan ni sentiasa ada..
perasaan apakah?

ni perasaan ni.. 

mereput~~


yepp.. sometimes bila kerja dah siap, or dah tepu hadam satu benda berjam-jam, refresher tu sangat penting..

(kalo lah refresher orb ada dijual, dah lama aku beli hehe)

bila aku dah mereput, benda yang first aku akan capai is phone. 
haa kali ni yang scary nya bukan bunyi atau kelibat 'lembaga' asing, paling menakutkan bila aku baru nak touch phone, mesti automatik office tu jadi busy gila..! 

sumpah aku tak faham..! kadang sampai naik bengang aku.. hahaha

serius, cuba time aku tengah buat kerja, senyap sunyi ja office.. tak ada pun yang sibuk lalu lalang.. tang aku dah pegang phone mak aihh.. sibuk g toilet la, ada discussion kat cubicle sebelah la.. ini la itu laa.. 

zz

nampak tak permainan dia?

 really hoomans?

bagi aku buang rasa fedup aku dengan mencapai kertas kertas drawing yang tak berapa nak betul aku buat, then ambik pensil dan start la melukis apa-apa yang ada dalam kepala aku.. 

aku ni dah la memang kaki conteng.. boleh tahan banyak jugak segala contengan aku besepah kat situ.. 

benda tu la yang still jadi misteri untuk minggu ke 4 ni.. 

aura mengantuk tak payah cakap, dah tidur awal mana pun.. rasa mengantuk dalam office still ada.. aku tak tau macam mana nak elak dari perasaan misteri ni..

kadang aku usha jer bawah meja aku yang serba besa lagi selesa tu, dah siap plan dalam kepala,

"ni kalo aku bawak bantal dengan comforter, konfhem dari 8 sampai 5 aku mimpi ni.. " hahaha
dan aku tau itu semua harapan dan impian yang takkan jadi kenyataan.. 


so, kalo korang ada solution untuk buangkan rasa boring dalam office, meh share dengan aku.. boleh la aku try buat.. tak ada la aku mati mereput.. 

thanks yaa..



la revenda, 
hasta la vista


#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia

// klik sini untuk terms and conditions


Salamualaikum and hai ~ 
dari semalam lagi aku dok scroll scroll reading list dok terpampang segmen ni, ahernya aku terbukak hati jugak nak join haha..

hmm agak susah jugak sebenarnya segmen ni.
dia tanya siapa kita..

BEFORE TU AKU MINTAK MAAF, ENTRI NI PANJANG GILAA

obviously kalo straight to point aku jawab aku manusia, hamba Tuhan di bumi.
serious.

benda tu yang datang terus kat otak aku. 
cliche tak cliche tapi entah.. aku dah cakap, soklan ni susah..
sama susahnya macam member korang tanya 

"Nak makan apa? Nak makan kat mana?" time kat universiti..

ok tu sebagai mukadimah aku je. Let's move on to real part.. 
shall we?


"WHO AM AI?"

1. NAMA

aku adalah Queen of Randomland.
eceh.. tak habis-habis nak ada kingdom sendiri. 

senang nak kenal, orang gelarkan aku Leyha..  (sebutan Leha). Jujur aku cakap, manusia yang panggil aku dengan nama ni aku tak tegur dia selama 2 minggu lebih time aku form 5. 
aku tak boleh terima. (tapi last-last dia la yang melekat dengan aku sampai sekarang)

but my real name quite difficult to pronounce and sound not really friendly (duh!) haha agaknya la kut.. dah tu la satu-satunya nama yang aku ada.. 
kadang aku jelous dengan orang yang ada sampai 3 4 5 panjang nama..

contoh: Dayangku Nurul Raihana Fatihah Zaharah.. (contoh ok, tak ada kaitan antara hidup atau yang mati)

pastu bila panggil nama sama macam nama panggilan aku (for example: Teha) and orang selalu silap panggil antara aku dengan dia.. aku rasa macam.. 

"u got plenty of namessss kut.. why must bother me yang only got SINGLE yupp SINGLE name?" 



ha marah marah .. hahaha 

but for those name yang aku jadikan example tu, its just an example ok.. no butt-hurt here.. chill


ok. haa itu baru nama.. bukan nama sebenar pulak tu.. 
dah nama, mesti nak tau asal mana kan?
(perasan sendiri)

2. ORIGIN

aku purely Sarawak. Asal dari tanah orang minyak. Mana yang paham-paham la..
but, I always need to explain (hardly) to people yang tak percaya aku orang Sarawak. 

thought like;

"u must from kl right? pahang? no? aa i know.. johor right.. also no aa? penang? perak?" 
(tetiba jadi slang cina pulak ni.. terasa racist kejap lol)

actually yang tanya bukan orang cina pun.. kadang orang tanah aku sendiri tak percaya aku asal sarawak. sedih uu.. lima negeri dekat atas tu antara yang femes kalo orang tanya aku asal mana..
aku pun tak tau kenapa.. TT
ada member aku lagi kejam, cakap aku Sarawak murtad. dah kena buang negeri. 
aku rasa macam nak buang dia dalam lautan Atlantik. Biar jadi koleksi barang antik. Nampak sikit artistik. 
*senyum plastik



3.CURRENT LIVING

sekarang ni tengah struggle final year Diploma in Architecture.. tengah buat industrial training. 


4. JENIS-JENIS AKU

(aku pun tak tau nak letak caption apa kat atas tu.) 

-Night Person: personally aku bukan saja-saja decide nak jadi night owl ke apa, cuba jugak jadi morning person which yang ada life bila bangun pagi hidu aroma coffee semangat-semangat turun ke kelas ke apa.. tapi still tak dapat. bukan 100% tak dapat, dalam 30-50% je yang suksess.. yang lebihnya aku prefer ke malam..

sebab? 

1. Bintang
malam bagi aku satu keindahan (pagi pun lawa jugak) yang misteri.. 
aku suka bintang, tengok konon-konon reti tengok horoskop.. aku tau biduk ngan scorpion ja.. sagitarius jarang muncul.. yang lain.. setakat ni aku tak penah nampak.. 

2. Air 
ok isu air memang femes even kat mana-mana pun or setakat ni certain tempat yang aku pegi mesti ada masalah air. 
personally aku jenis tak suka jenis air yang pondan-pondan which mean bila nak mandi pun tak basah.
range 6-8 pagi adalah masa air tetiba kena suntikan hormon estrogen terlebih.. 
sayup sayup je haa nak mandi.. aku rasa laju lagi air mata aku kalo tiap-tiap hari nanges terkenangkan air macam tu.. 

3. Senyap/Sunyi
malam dicipta untuk kita berehat. tapi bagi aku lagi senang kalo nak buat keja malam. and of course, mana-mana budak archi, stay up all night untuk buat drawings, model, boards bagai adalah benda biasa. tak banyak gangguan.. takda tetiba ada orang mintak tolong itu ini.. kalo kes lapar pun, pandai-pandai lah cara makan sendiri.. megi kan ada? 

4. Line internet lebih laju!
haa yang ni aku tak tau fakta ke auta.. tapi aku rasa waktu malam la yang paling best kalo nak tengok runningman, main game, blogwalking, facebooking and youtubing dalam satu masa..
ke aku sorang ja yang rasa macam tu? =.=


cukup lah 4 sebab kenapa aku suka malam.. 
ada lagi sebab yang lebih personal. macam kalo dah stress buat kerja, boleh g ambik wuduk solat ngadu jap ngn Dia.. aku paling suka moment ni..


-Love photography and baking: Dua benda ni aku akan buat waktu ada matahari. Bila aku rasa dah fed up dengan something or rasa nak asah skills, aku akan lari antara 2 bidang ni.. 
macam-macam jugak aku buat eksperiment.. try to imporve myself. 

dunia ni penuh dengan drama, sampai bila nak duduk takuk yang sama.. =D


-Adventure sport: aku jenis perempuan yang suka adventure/ ekstrem sport.. waktu aku g feringhi last sem, aku nak try paragliding.. bajet pulak semput-semput =.=

sampai haritu aku nanges tengok orang buat sky diving dengan bungee jumping yang tertinggi di dunia tu.. 
besa kesan dia dekat aku.. aku pernah terfikir nak join The Amazing Race  masa 2010.  Cita-cita besar sangat nihh..

aku penah buat, abseiling, flying fox (itupun rezeki dalam plkn), mountain climbing yang biasa biasa ja.. so ni jadi mission aku sebelum kawen/mati (in sha Allah) 


*** *** *** *** ***

aku rasa macam dah banyak sangat pulak aku tulis lol.. 
ingat nak tulis sikit je, last last hambek terus kelua segala yang ni..

itu pun dah potong favorite thingsss yang bersepah sepah.. 

harap 'pengenalan diri' aku kat korang ni tak la menakutkan sangat. 
aku tak menakutkan pun.. cuma aku yang tak suka orang penakut ahaks!

nice to know korang.. ada masa boleh la sembang-sembang dengan aku kat sini ..
aku doakan apa yang korang nak dalam hidup, akan termakbul and sentiasa dalam keredhaan Tuhan 
^^

mana-mana watak yang aku wujudkan secara sengaja atau tak, aku mintak maaf and memang tak ada kaitan dengan sesiapa.. 

hopefully we will know each other better after this. <3

p/s: bagus jugak segmen camni sebenarnya.. kita boleh tau orang tu jenis yang macam mana.. hihi

Wasalam..

La revende,
hasta la vista..





First Mini Giveaway by Tashira


klik pada banner untuk sertai give away =D


Sempena akhir-akhir tahun ni, jom try join give away ni mana tau ada rezeki menang..
hadiah pun best!

Closed date: 7 Jan 2016

dapat-dapat hadiah tahun baru =D


"Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif"


klik pada banner untuk sertai segmen

Wajah Baru!

alhamdulillah..

akhirnya aku dapat jugak edit blog aku dengan hasil titik peluh sendiri (berpeluh ke?)
atas bantuan akak aku jugak! nahh Yuha.. aku bagi publisiti sikit.

before ni aku pakat ambik je template dari webpage lain.. mano yang free la.. tak dan nak beli yang mahai-mahai..

pastu, ada mintak tolong orang buatkan, tapi bagi aku why not kita belajar buat sendiri.. kan?

dan ahernya, dari tak paham-paham sampai la jadi hasilnya gini..

dunia sekarang hujung jari ja, bak kata akak aku, ko tanya google soklan yang tak releven camna pun, google konfhem jawab..

dan aku berpuas hati dengan percubaan pertama ni. =D

ada masa lagi aku try perbetul mana yang tak berapa nak kenan kat mata..

ok good nyte!

Countdown to Final Semester

tetiba pulak rasa nak mengupdate kali ni.. nampak macam tak ada gangguan kat office untuk hari pertama minggu ke 4.

alhamdulillah.
karang aku pulak yang tak habis-habis paranoid dengan benda benda macam tu. TT



nak cakap countdown tu boleh la jugak.. lama lagi kut.. ada dalam 6 weeks I think?
yepp.. sampai hujungg bulan January ni aku habis practical.

serious. kadang best. kadang bosan. emm bosan its more to aku tak banyak berinteraksi dengan orang.
aku ni jenis manusia yang memang tak banyak cakap unless dah jumpa dengan betul-betul yang tau perangai aku camna..
tengok la sembang dia tak ingat dunia..

but I'm not friendly person la.. thats y aku prefer move alone, tapi bila difikirkan balik, aku ni jenis yang suka bercerita.
haha sampai time sekolah rendah dulu masuk peringkat .. (jap aku check sijil) daerah..
daerah je punn masa 2004.. hahaha

yang part best nya, skill tangan jadi makin laju guna CAD, em boleh makan makan (its not like, makan nasik berlauk kari kambing) just snack and fefeling tengah buat eseimen..
yang dalam keadaan serious la..

kalo ikut cara biasa aku buat eseimen, sempat la melalak kejap, tido bagai..
tapi ni just focus on me work je.. even though dorang bagi aku kerja, tapi dorang tak cakap pun date line bila, aku buat je..
tak nak la buat tergopoh gapah, then banyak silap sana sini..

minggu ni dah masuk rumah ketiga yang aku buat.
not literally aku yang buat, just re sketch balik dalam cad.
kadang nak kena tengok betul ke tidak,

and aku ni sentiasa ada masalah 'ralat' aku lupa pulak istilah omputeh nya..
kadang lari sampai 50-100 mm, bagi aku as budak yang baru nak belajar ni, nampak macam gap tu tak ada la besar mana.. tapi bagi dorang yang akan submit drawing ke contractor, even just 0.01 mm pun main peranan besar.

nampak tak bertapa noobnya aku?

takpa. learning process..

next sem dah final. fuuu
hmm nampak gaya memang aku la still standing.. yang lain, harapan.. harapan menjadi layu~

kadang bila difikirkan balik, sedih jugak even certain time aku rasa annoyed dengan dorang. tapi tu a alarm yang dok kejut aku soh pegi kelas.. yang suka berebut printer dengan aku, rebut soket letrik kat studio, submit eseimen sesama, suka ambik idea aku bila dah tak tau nak buat model camna.. haha

yaa thanks guys! u're the best!

dulu masa baru kenal dorang, awkward gila.. tak reti nak sembang pun ada. dah aku sorang pompuan.. tapi nasib baik dorang pun jenis easy going.. so, dalam masa 2 weeks jugak dah ok da pastu.. itu pun gara-gara nak buat eseimen sanggup pinjam t ruler aku tengah pagi pagi buta sebab tunggu aku habis buat kerja..

kalo yang model pulak, sanggup lari pegi bawah blok aku tunjuk model memasing.. waktu tu semua dah tak fikir rupa macam mana.. eyebag berkaton katon tak pernah kisah, tak mandi tak payah cakap.. kadang nampak dorang keluar pegi beli lauk pun pakai seluar tido je.. aku pun as always, sem satu pun dah start pakai sweater ke sana ke mari, sampai housemate aku cakap sweater tu la harta paling berharga.. coz jarang guna baju lain..

aisheh~
dah ter'throwback' pulak.
demm..

haha kira sakit hati susah senan segala gosip semua aku dah boleh sangat dengan dorang ni.
paling best, part 'lanje melanje' ni

haritu ke main lagi nak belanja roti bakar ja..
sekali tengok, aku pegi rembut kuew teow goreang..

sorry bro.. bukan selalu en? haha

actually aku nak tulis pasal lain tapi dah termerapu ke throwback pulak..
so, tak pa la..

len kali aku tulis cerita yang tengah sangkut dalam kepala aku ni..

doa aku untuk dorang berdua yang setia dengan aku sampai sem 7 (tolak final sem ngan praktikal, oh campur short sem sekali) semoga korang berjaya dunia akhirat and kejar impian korang sampai jadi kenyataan.

aaminn..

la revende,
hasta la vista






Week 3: Almost Haunted?

emm sampai termimpi mimpi aku nak update entry kali ni huhu
dulu kehmainn nak update selalu, tapi apa kan daya, aku tak terdaya..





ok.
catchy not catchy title but that is the reality.

minggu ketiga aku as Budak Praktikal dah pun habes.. next week masuk minggu ke 4 pulak. 
orang cakap, orang cakap la, nombor 4 ni nasib malang.. tapi takpayah la caya.. 
as a muslim, qada' dan qadar kita, Allah yang tentukan..
yep.. believe it.

untuk minggu ketiga ni, aku nak list down beberapa cerita almost haunted dekat office tu.
takda la beberapa sangat, cuma lebih dari satu.

AMARAN / WARNING: KEPADA SESIAPA YANG MEMILIKI DAYA IMAGINASI YANG TERLAMPAU, ATAU KETAKUTAN YANG MENGHANTUI, DENGAN SEGALA HORMATNYA AKU TAK MENGGALAKKAN KORANG TERUSKAN PEMBACAAN. 

ok. dah warning. Segala Risiko Adalah Atas Tanggungan Sendiri.
fuhh..
macam apa dah haa.. takda la gempak mana pun.. cuma aku taknak korang termimpi mmimpi macam aku.. huhu

ready?


CERITA 1: PINTU

Benda ni jadi sebenarnya dari minggu first aku start praktikal. Hari pertama lagi. But, aku takda la cepat sangat melatah. So, aku pun proceed to further investigation. 

kali ni dah habis minggu ketiga, and jangkaan aku ternyata sangat-sangat la menyimpang dari apa yang terjadi waktu first day tu.

apa yang jadi? 

hm macam ni.. 

ok. waktu tu masa nak balik.. biasanya staff dua-dua office (structure & archi) akan masing-masing que dekat pintu tangga turun sebelum keluar ke pintu utama, which is, kitaorang punya office on second floor, and pintu utama on first floor.. 

company kecik je, sooffice kat bangunan kedai.

ok. cerita dia, aku masa tu pun dah otw nak turun, disebabkan semua staff office structure pun dah turun, and office pun dah kosong. 
before aku turun tu, kiranya ada sorang akak ni, (the only and only not chinese in this company) turun depan aku masa kat tangga ni..

memang waktu tu aku rasa aku masih waras belum gila apa bagai.
aku nampak memang dia turun betul-betul depan aku.
aku pun follow la dia.. 

nak ke first flow, memandangkan tu tangga belakang.. so keadaan kat situ agak gelap sikit waktu petang..


ni tangga nya..

waktu tu memang aku cakap, aku memang ikut exactly kat belakang akak tu.. kira lambat 4 anak tangga.. then, aku nampak akak tu masuk pintu bangunan sebelah. 

waktu tu aku thought, maybe staff ja kut boleh keluar dengan pintu tu coz aku pun dengar budak hentakkan pintu tu ditutup, aku try la pulas tombol, 
berkunci.

hmm tombol pun nampak sikit berkarat.

aku pun, takpa la turun je guna jalan biasa..
then, aku nampak akak tu dah ada kat bawah. as i thought, maybe pekerja lama ja kut boleh guna pintu tu..

kemudian, hari lepas-lepas tu.. sepanjang minggu pertama, minggu kedua.. tak ada pulak aku nampak staff lain guna tangga tu. 
ada jugak hari hari aku try pulas tombol pintu tu, but still berkunci la.. 
and aku rasa macam takda sapa pun yang keluar dari mahupun masuk melalui pintu tu..

so, siapakah yang aku follow belakang 'dia' time first day tu?

hmm.. 
jenjejengg...


CERITA 2: LAGU

aku memang jenis manusia yang cepat bosan and mereput kalo buat satu benda dalam jangka masa yang lama. Senang cakap, cepat bosan, if benda tu takda excitement. 

dah nama pun budak praktikal, so, aku buat kerja yang memang benda biasa yang aku buat macam buat assignment. 

aku biasanya kalo buat assignment, naik bosan sikit, aku akan melalak kejap mahupun tengok movie or makan or tido. 
standard benda yang aku boleh buat duduk rumah. 
kalo dah bosan tahap gaban, aku buat la makanan or baking guna bahan yang ada kat dapo. 

sedap tak sedap, memang ended up aku yang hadap. 
haha

ok. 
kali ni buat kerja dekat tempat praktikal, takkan la nak membuta or tetiba pegi masak dekat pantry sambil jemput,

"Guys, I already cooked for lunch!" 

or

bila dorang terkejut tengok aku dah bertepung tepung dekat pantry, 
aku cakap:

"When I get bored, usually I do some baking" 

sambil tenyeh tenyeh adunan kunon nak buat donut. 


luar alam betul. cakap tak pernah. tetiba buat macam tu.. tapi tak salah jugak try. such a brilliant idea. must try after this haha!

ok. mana cerita kita tadi.
ha aku bosan.

ok. aku bukak la satu playlist lagu yang estimate masa nak habiskan 1 playlist mau 2 minggu (baru 1 folder) tapi kali ni aku bukak lagu melayu.

lama jugak dah tak dengar lagu melayu. rindu jugak dengar lagu Mengapa Di Rindu. 
hmm.. macam tak ngam ja ayat tu..

dan dalam masa yang sama, aku pun bukak dekat other player, cerita Scream Queen. 
(atas pengaruh kakak aku, credit la sikit untuk dia)

waktu tu dekat nak rehat. 

aku pun pause la dua-dua media. kunon nak chill sikit telinga ni dari berjam-jam kena sumbat dengan earphone. 

tapi aku tak cabut lagi earphone dari telinga. 

then, tetiba aku dengar music.. dalam 5 saat.

dengan muka berkerutnya, aku carik la mana datang music tu.. 
I'm very sure, bukan dari phone staff-staff kat situ sebab aku dah tau sangat telephone dorang guna basic music. 

pastu aku check satu-satu. 
scream queen: dialog, and memang tak ada music.
playlist lagu melayu: suara mila tak silap aku..

tapi dua-dua takda bunyi 5 saat sebelumnya yang aku dengar. 
mau tak cuak. 

aku just, pause balik dua-dua media.. and tunggu waktu rehat.
sambil belek belek phone..
aku malas nak fikir..

tapi tula.. bila difikir-fikirkan balik and aku cerita dekat kakak aku, 
dia cakap, haa tu mesti muzik Menanti Kekasih..

gulp?!

ok. sampai sini ja cerita Budak Praktikal versi minggu ketiga. 

semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

take care guys. 

p/s: Scream Queen adalah cerita bimbo. Aku warning awal jugak. And lagu-lagu yang aku senaraikan dekat sini, terpulang kalo korang nak dengar/ carik.. macam biasa pesanan aku, 
Risiko Adalah Tanggungan Sendiri. 

Wasalam

La revende, 
hasta la vista. 




Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.