Salamualaikum..
Sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW
marilah kita perbanyakkan selawat ke atas baginda
Allahuma Solli ala Saiyidina Muhammad,
wa ala ali Saiyidina Muhammad
Alhamdulillah..
*** *** *** *** *** ***
Mari kita bercerita
Tentang Nabi kita,
Agar engkau kenal nabimu sendiri
Shallallahu' ala Muhammad
Shalallahu' alaihiwassalam
Ayahnya Syayid Abdullah
Ibunya Siti Aminah
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim
Baginda yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Seorang anak yang tidak pernah
Bermanja pada ibu dan ayahnya
Dia adalah makhluk yang pertama dan utama
Yang paling dicintai Tuhan
Yang diberi nama Nur Muhammad
DAri Nur Muhammad inilah
Seluruh yang ada diciptakan
Syurga Neraka dunia akhirat
Manusia dan lain-lainnya
Dia adalah Nabi yang di Isra' dan di Mi'rajkan
Mukanya laksana bulan purnama
Karena cahayanya yang terang
Hamba Allah yang paling bertaqwa
Dan paling takut dengan Tuhan
Sangat tahan menerima ujian
Yang berbagai-bagai keadaaan
Kerana itulah dipanggil Habibullah
Penghulu para Rasul para Ambia
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa
Imam seluruh manusia
Nabi menpunyai akhlak yang paling mulia
terutama kasih sayangnya kepada manusia
Tawadhuk merendah diri pakaian peribadinya
Kerana akhlaknya dapat pujiaan dari Tuhannya
Dia sangat suka meminta maaf dan memberi maaf
Kejahatan orang dibalas kebaikan
Satu perbuatan yang luar biasa
*** *** *** *** *** *** ***
Lama tak baca pasal personaliti Rasulullah :')
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteMoga kita selalu mengingati baginda :D
DeleteMoga kita selalu mengingati baginda :D
DeleteKan.. Mofa kita selalu mengingati baginda :D
Delete