Childhood Memories: Permainan Budak 90's

Assalamualaikum,
semalam balik lewat lepas habes program Pra AGM (Annual Grand Meeting)
hakak-hakak n habang-habang bawak la g makan reramai dekat restoren melayu (one and only) kat kolej aku nih..

Time makan tu jugak la suma pakat bukak cerita zaman childhood memasing. =)

Seronok tak boleh dibilang. Hampir semua game jugak la di sebut.
Masing-masing pulak dari zaman 90's but different school. Ramai-ramai ni jugak la dok cerita pasal pengalaman masing-masing.

Dari game gasing, guli, pemadam, batu seremban, wau, layang-layang, digimon, sampai la ke cerita cara makan nasik lemak/bihun kat sekolah. haha tu pun mesti ada gaya punya.. gigit kat bahagian bawah plastik makanan tersebut then keluarkan sikit-sikit.
Boleh makan sambil main gitu.. (aku penah buat. success!)


cerita pengalaman pasal gasing, hmm aku tak penah lagi men gasing. tapi dengar cerita abang-abang senior yang mana penang main, makk aihh tersangat la seronok nya.. ada cara main pondan la.. main showoff la.. banyak gila taktik.. aku rasa dulu zaman gasing, aku enjoy main yoyo kut.. eleh buat taktik yoyo pun setakat trick 'long sleeve' pe barang ehe. 


main guli lak aku masih ingat lagi, member sekelas aku time darjah 3. Setiap kali datang mesti bawak guli. sampaikan bilik PK HEM aku penuh bertong-tong (tong sampah yang hitam tu) dengan guli semata. Iye la, dulu guli 10 sen 3 bijik. ada yang lawa seposen satu. masa tu duit belanja sekolah 50 sen pun masih boleh support main guli. 

Mana budak yang bawak seringgit dua ringgit tu dah dicop sebagai anak orang kaya. Macam-macam boleh beli. Zaman sekarang duit belanja 5 ringgit belom tentu kenyang =/




haa yang game pemadam ni aku pun join sekali. tapi aku tak sempat nak kumpul semua negara (sebab pemadam yang aku main kira cam gambar di atas) pensil case aku hilang.. tsk tsk ='/
paling best kalo dah kumpol bebanyak, nak cukupkan collection, boleh la g trade dengan member mana yang ada negara kita nak. terasa macam conversation nak beli negara tu quite sensetip kalo orang tak paham. aha 

"Dil, ko ada negara apa? Aku takda Malaysia aa"
" Aku ada 3 Malaysia, ko ada Australia tak?"
"Ada-ada. Aku trade dengan ko Australia, kasi aku Malaysia" 

aa gitu la conversation nya.. tapi idea buat pemadam dengan printed flag ni bagus jugak, cer tanya budak zaman sekarang bendera Russia cengana? konfhem membilang-bilang lagi. kalo bendera negeri sendiri pun boleh lupa, jauh lagi la nak ingat bendera negara len.. so, adik-adik.. belaja lebih sikit yaa..



batu seremban. permainan yang agak sinonim dengan budak perempuan.. katanya. p member aku dulu paling terer dalam kelas budak laki. pantang tengok kitaorang keluarkan batu dari beg, mesti dia dah tunggu kat lantai.. dulu kelas aku ada pasang tikar getah dalam kelas. nak masuk kelas kena bukak kasut. So, kitaorang main kat bawah la.. yang paling tak leh tahan kalo ada member stoking bau 'stong' n stoking lubang.. habes aa dia haritu.. kena bahan tak sudah!



Wau and layang-layang adalah satu benda yang berbeza. Dari nama lagi dah jelas perbezaan. Even cara permainan yang lebih kurang, tapi wau ada keunikan yang tersendiri, mengeluarkan bunyi yang 'quite scary'. Sebab, bentuk wau yang unik and bila bertembung dengan desiran angin yang kuat tu yang buat special 'effect' gitu. (dan sayangnya aku tak penah men wau, dan aku pun baru tau pasal special effect tu malam tadi.. ehe) 

bab layang-layang aku penah la main.. itu pun jarang sebab kawasan rumah aku banyak sangat wayar berselirat. nak main kena tunggu mak sibuk buat hal dia, baru boleh main.. dari mainan macam ni sedar tak sedar dah belajar ilmu fizik secara tak langsung. Sekarang susah nak nengok layang-layang terbang, lagi-lagi lah wau kalo duduk kat tengah bandar.. hmm kim salam. persekitaran yang tak mengizinkan langsung =/


main teng-teng ni kira da jadi permainan wajib setiap petang kat rumah aku. haa main lah dengan adik beradik suma, carik batu, tikam then melompat-lompat la atas petak-petak tu.. salah lompat, eliminated terus.. hahaha

ni game yang bila sembang malam tadi ramai jugak yang tak penah main. aku panggil game Pok. tak tau la tempat lain panggil apa. Pok ni kira daun terup yang kecik-kecik, tapi takde pekdah pun nak nengok spade ke heart ke apa, game dia cam men guli jugak. awal-awal sapa yang join tu aku letak pok kat tengah-tengah. Then, sorang demi sorang aku cuba hentakkan tangan (seperti gaya di atas) untuk produce angin, bagi pok tu tebalik.. mana yang terbalik dia punya la.. sapa yang terer, sekali hentak je dah semua terbalik. hmm huntong la nak.. balik sekolah tangan merah-merah sebab hentak kuat sangat kat lantai. p ilmu fizik dapat jugak, amacam? ohsem kan?





dah penat main mainan fizikal, masuk rumah, adik beradik ajak men huruf. Lebih kurang macam contoh di atas, Huruf feveret aku, N P A S B D banyak la jugak, sampai ada yang nak kena kan member or adik beradik sendiri g request huruf Z. naa hengkau~ mana nak carik negeri Z. Time tu mano la ada google ke apa. Semata tak nak kalah tu, g lah bukak peta (sanggup tu) amek la mana lagi nama negera yang orang tak amek lagi.. kalo orang amek markah jadi 50. menyumbang kepada kekalahan tu.. hahaha




tak cukup dengan mainan huruf, disebabkan buku garis satu hbes koyak kat tengah sebab nak main huruf, buku matematik pun apa kurangnya. boleh tahan jadi mangsa main titik. pen yang biasanya akan dipakai memang merah n biru. time sekolah rendah mana pakai pen nak tulis. yang ad dalam pencil case, pensil kayu 2 batang, pemadam, pengasah pensel, pembaris. kira complete set dah tu. 

sapa yang ada pen konfhem ada aje yang sibuk tanya kenapa bawak pen la, nak tulis apa la.. darjat sebatang pen zaman sekolah aku dulu tersangatlah tinggi. Even just pen kilometrico tu (badan kaler kuning kusam) 

main titik ni kalo main nak budak gegurl siap ada bawak pembaris, nak kasi garisan 'kawasan rumah' dia lurus gittiew.. budak laki, hmmph apa kesah.. kalo takda rules cakap main macam mana, sampai ke meja aa sanggup conteng, semata tak nak kalah! 

but the end of game, sakit hati memang ada, p habis kat situ je la.. takdanya nak buli ke apa.. cukup hanya sebuah permainan. biasanya kalo dah habis game, ketas game ni akan jadi 'kapal terbang'.. dari tingkat 2 tu terbangkan sampai ke klinik gigi sekolah. hahaha


mana yang dah up sikit, main game boy ni. dok la main susun-susun bata. aku ingat lagi dulu, kat rumah aku ada 2 benda ni. ada banyak pilihan game dalam ni, rupa tak ada la macam grafik 3d habes, just pixel-pixel yang pecah tu la.. beli pun RM 8.90. Kira mahal la tu.. 

List game dlm tu:
A: Game nyamuk aku gelar coz big bos dia cam mosquito
B: Car racing, serious ketagih main. kalo dah terer main sampai 3 lane. hahaha
C- Z: dah start game susun bata. aku selalunya main huruf P kalo tak silap aku


mana yang dah maju lagi siap ada PC kat rumah (komputer tebal) tu mula la menghadap game Solitaire. sangat-sangat puas hati kalo dah dapat main sampai menang (seperti gambar di atas)
siap panggil adik beradik lagi soh tengok yang dia dah menang.. 

oh ohsemnya!


dari satu topik ke satu topik di sentuh. lab kat sekolah la, masuk awal semata rebut bangku yang tak goyang (ok, tu aku). cerita member g curik kertas litmus (aku pun penah amek jugak)
kertas litmus yang untuk kesan asid/ alkali tu. jakun kejap nengok. tu yang gi amek bawak balik, sibuk nak try sana sini barang mak kat dapo. (maap mr. wong)

paling extreme yang aku dengar semalam, cerita member dorang g amek bunsen burner tu buat masak megi kat asrama. itu memang tak leh blah. sempat menyempat je.

Penunu Bunsen (Bunsen Burner) 


tak kira lagi mana yang dok asrama cerita pasal member kentut time sembahyang, ada yang kentut tertahan-tahan, tapi bau dia.. masha Allah.. silent weapon tu..
yang parah lagi kalo time sujud tu (budak laki) member pegi angkat kain pelikat sampai nampak punggung! (ok. aku tak penah buat yang tu.. )
berdekah-dekah kitaorang sembang semalam. aish aish aish


kalo pengalaman aku pulak, aku penah la dok asrama kejap.. apa yang aku buat, g ikat kain and telekung member dengan member yang lain.. nanti tengok la macam mana dorang nak bangun.. tetarik sana sini. ada yang marah gila, sampai hilang ayu muka, ada yang siap nanges lagi..  (sila jangan ikut yer.. time tu budak lagi.. sorry gurls..)

banyak la.. kalo nak cerita semua malam tadi memang tak balik kitorang semua.

tu la yang best kalo kita berkawan. banyak benda yang kita tak tau, dia tau.. mana la tau, benda yang kita tau, dia tak tau.. seronok bila part sharing experience ni..

so, pesanan dari aku, hargai lah member-member korang.

mana-mana pengalaman korang nak share, boleh tulis kat ruangan komen. ni pengalaman aku, mana tau pengalaman korang pun boleh tahan kelakar jugak.

Thanks for reading my entry!

3 comments

  1. amboiii kemain na? seronok main nampak...hahahaha

    *yeah i'm a robot that read ur entry huh?
    plez remove that conformation..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.