Resepi Sponge Cake Coklat

Salamualaikum.. and hai..




terus ke resepi.. aku tak nak buang masa mereka yang tengah mencari resepi..


Bahan untuk kek:

(A)

(Bahan kering)

100gm tepung superfine
20gm serbuk koko
45gm gula castor
3/4 sudu serbuk penaik
1/4 sudu soda bikarbonate

(Bahan basah)

4 biji kuning telur
65 gm fresh milk
45 gm corn oil
3/4 sudu vanilla essence

(B)

4 biji putih telur
1/4 sudu cream of tartar
80gm gula castor


Cara penyediaan:

1. Sediakan loyang bersaiz 8' dan panaskan ketuhar dengan 140 degree Celsius.

2. Mulakan dengan bahan-bahan kering A. Ayak kesemua bahan kecuali gula castor. Selepas diayak, satukan kesemua bahan-bahan kering A.

3. Di dalam bekas lain, satukan bahan-bahan A yang basah sehingga sebati. Apabila sudah sebati, satukan bahan kering dan basah. Ketepikan sebentar.

4. Untuk bahan B, campurkan cream of tartar ke dalam putih telur.. Pukul putih dengan kelajuan sederhana menggunakan electric whisk. Campurkan gula castor secara berperingkat-peringkat ke dalam putih telur. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga terbentuk soft peak (meringue).

5. Satukan bahan A dan B. Gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang dan hentakkan loyang yang berisi adunan kek beberapa kali untuk mengeluarkan gelembung udara yang besar.

6. Bakar selama 50~60 minit / sehingga masak.



ok done!

boleh la aku sambung cerita..

aku buat kek tu sebab ada kawan akak aku yang order.

Jadi, tak salah aku asah balik skill yang hampir berkarat ni..
dan tadaaa~

inilahh hasilnya..




alhamdulillah.. 

aku buat dua.. yang dekat belakang tu aku jual.. 
yang depan ni buat makan family aku..

nyum nyum.. boleh try resepi ni..

rasa pun sedang-sedang.. tak manis sangat.. sesuai semua peringkat usia.. 

cara hias kek terpulang kepada individu.. aku pun belajar sendiri.. 

selamat mencuba =D


wassalam..


la revende, 
hasta la vista






4 comments

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.