Slider

December Addiction



hi and assalamualaikum

lama jugak aku menyepi sebab tinggal beberapa hari lagi nak Crit Day
boleh selamba je aku
haha chill aku pun nak something yang boost up my life

So, December already shows up! 
and opkos la Year End Sale tersangatlah menggila sekarang 
aku pun nak nanges tengok semua benda murah gila nak mati

tapi kalau diturutkan napsu ni, 
semua benda tak puas
jadi, aku share sikit antara hasil shopping aku 
bulan ni
emm bukan show off tapi nak jugak share ! haha

mana tau ada yang nak beli untuk future
jadi tak salah aku bagi info sikit yer dak?

andd lets go..!


COLOURPOP STAYCATION  BOX | MATTE LIPPIE STIX 

aku dah semakin obses dengan beauty products 
since aku tengok tutorial makeup yang bersepah 
kat instagram
hmm mungkin aku dah boleh uninstall instagram kut haha



aku beli ni bukan dengan duit parents aku k
tu yang penting haha
wish list dah lama. 
lippie stix ni pun kalau di ikutkan dah out dated 
since Colourpop sekarang banyak gila buat keluaran terbaru

macam peachy, helo kitty, holiday collections
bersepah la.. tapi aku still ambik yang ni
sebab banyak haha ada 6 kaler k 
and aku dah pernah try lip cream, boleh refer post SINI
jadi, aku nak try yang lippie stix la pulak 



ni bahagian dalam, comel je susun 6 lippie stix camtu
and kotak dah siap ada cermin
jadi tak perlu sesuah nak cari cermin kalau nak pakai lipstik hocay



6 shades dalam Staycation box (left to right):
Cookie, Brink, i <3 (Heart) This, Bossy, LBB, Grunge

Kat bawah ni adalah description every shades berdasarkan kat website:

Cookie: True nude beige in a matte finish

Brink: A warm dusty taupe in a matte finish

I Heart This: Red based fuchsia in a matte finish

Bossy: Classic blue red in a matte finish

LBB: Rich plum wine in a matte finish

Grunge: A cool-toned plum brown in a matte finish


.

Hand Swatches 



Lip Swatches



Full face 


Basically, shades yang dalam Staycation box ni mostly kaler yang perlu ada
untuk sebarang mood
kalau rasa nak rupa innocent / less makeup 
boleh pakai nude color
kalau nak confident tinggi sikit
pakai 'bossy' shade
konfem menyerlah
kalau mood tengah tak berapa elok (mood swing)
aku suka pakai dark shades haha

kalau berminat nak beli direct dari website 
boleh klik kat sini 


The next thing is, 

WOODEN BRUSHES SET (11 PIECES)

Disebabkan aku selalu tengok bermacam-macam jenis 
brush makeup di pasaran sekarang, 
aku rasa macam perlu beli 1 set supaya 
bila aku balik or jumpa dengan sisterss aku
boleh conteng muka dorang puass puass hahaha

Biasa aku jumpa orang jual brush set kat instagram 
paling murah 1 set, RM 29 (exclude postage)

tapi haha
aku jumpa kat Lazada.com
1 set RM 19.67 
postage aku tak ingat ada ka tak
macam tak ada pun ada haha

klik kat gamba untuk direct shopping kat Lazada.com
but sekarang currently Out of Stock yerr
bawak bersabar
yang ni gambar seller




yang ni gambar yang aku ambik. 
Amacam? 
Ok je kan. Bagi aku yang beginner level ni
its ok la kalau setakat nak pakai brushes
or makeup time ada event (yang setahun sekali)
so, aku satisfied dengan brush set ni

nanti dah reti conteng muka
baru beli tarte ke sephora punya ke
tak da lah rasa membazir sangat sebab maybe guna selalu
maybe la kut haha


and done!

2 barang ni buat aku rasa December ni dah takpayah shopping lagi 
cukup-cukup dah banyak expenses kat barang tak boleh nak makan
better beli makanan kan?

haa sampai sini je la aku update blog ni
lagi 5 hari nak final presentation
3D aku tak siap lagi
ingat nak present guna video jer
if and only if boleh kan
haha k gais
thanks for reading
leave me a comment if ada apa-apa hocay

aku doakan yang terbaik untuk semua
oh ya btw, kepada sesiapa yang dah nikah/bakal nikah
or 
yang dah nak jadi mommy/daddy -to-be
tahniahhh gaiss!
moga Allah permudahkan segala urusan kita
aamiin

(sebab ada member aku bakal jadi mommy to be and ada sorang nikah harini.. tahniahh semua)


La revende,
hasta la vista 










Bagaimana Bayi Di Lahirkan

Salamualaikum and hi!

Sekarang dah nak habis tahun 2016, musim exam, musim orang kawen and tak lupa jugak musim orang dari berdua, jadi bertiga, or berempat or seterusnya!
apa-apa pun tahniah atas segala achievement yang korang peroleh sepanjang tahun 2016 ni
(wish awal, takut tak sempat)

(topik kali ni try to be open minded yaa!)
and korang mesti pernah wondering or cuba imagine
macam mana bayi boleh dilahirkan 
and yes of course kita tau 
proses awalnya adalah dengan hubungan persenyawaan 
antara lelaki dan perempuan
(basic thing)

tapi kali ni 
aku nak share beberapa gambar yang terjadi 
selepas proses persamaan antara lelaki dan perempuan ya
credit to Bright Side 



Selama 10 tahun , jurugambar Lennart Nilson cuba untuk merakamkan detik-detik dari tahap embrio dan digabungkan menjadi Proses Kelahiran Manusia
Beliau telah menghasilkan beberapa karya yang telah diterbitkan di 'The Sunday Times', 'Paris Match', 'Stern' dan banyak lagi.
Lennart Nilson cuba untuk ketengahkan keunikan proses kejadian manusia dari tahap mikro sejak tahun 1957, dengan gambar beliau yang pertama, proses bayi tahap foetus 
tapi kurang memuaskan untuk di paparkan pada umum. 

Namun, beliau tidak berputus asa dan cuba untuk mendapatkan gambar-gambar yang terbaik dengan bantuan alat 'cystoscope'- instrumen perubatan khas bagi wanita untuk mengkaji bahagian dalaman melalui saluran air kencing. Dengan cystoscope tersebut, Lennart Nilson telah berjaya merakamkan berjuta gambar proses kejadian bayi dari tahap embrio dalam rahim

Usaha Lennart Nilson akhirnya membuahkan hasil 
kerana dengan gambar-gambar beliau, masyarakat mula mengetahui dan dapat melihat
proses kejadian manusia dari tahap yang pertama lagi 


Saksikan gambar-gambar ohsem Proses Kejadian Manusia dibawah ni
be prepare to be amazed!

Selepas proses persenyawaan, sperm 'berenang' melalui Fallopian Tube ke arah telur


Telur wanita

Detik pertemuan sperm dan telur 

(Dah macam Dr. Strange jumpa Dormamu pun ada haha)

Salah satu di antara 200 million spermatoza si bapa yang telah berjaya memasuki lapisan membrane telur 

(Pandangan tepi) Kepala spermatoza mengandungi kesemua genetik

Seminggu kemudian, embrio bergerak ke bahagian bawah menghala ke rahim melalui Fallopian tube


Selepas seminggu kemudian, embrio telah melekat di dinding uterus


Selepas 18 hari, jantung merupakan organ yang pertama dan mula berdegup pada saat ni


Selepas 22 hari, otak mula terhasil! Warna kelabu tu la yang akan jadi otak manusia 


Selepas 28 hari. Subhanallah !


Dah 40 hari,  sel luar fetus telah bergabung dengan permukaan luar uterus untuk menghasilkan placenta


Selepas 5 minggu, pertumbuhan fetus sepanjang 9mm telah mula menghasilkan wajah dengan terjadinya mulut, hidung dan mata. Dah dapat tengok dah time ni 


Minggu ke 8

Minggu ke 10. Kelopak mata mula terbuka separuh. Dalam beberapa hari, kelopak mata akan terbentuk dengan sempurna

Dalam minggu ke 10 jugak, embrio telah menggunakan tangannya untuk merasai dunia sekeliling tau. Comelnyaa ^^


Minggu ke 16


Tulang dan saluran darah dah mula kelihatan pada kulit


Minggu ke 18, fetus telah mula  dengar segala perkara yang berlaku di dunia luar


Minggu ke 19


Minggu ke 20, rambut telah mula tumbuh dan panjang fetus mencecah 20 cm panjang.


Minggu ke 24

6 Bulan

Minggu ke 26, baby dah standby untuk di lahirkan.. =D


Amacam? 
Pengalaman yang mengujakan betul! Macam ni rupanya kita terhasil

oh ya, 
Lennart Nilson juga pernah menghasilkan buku 'A Child is Born' pada tahun 1965 dah telah kehabisan stok dalam masa beberapa hari sahaja!
Buku tersebut telah di cetak dan di pasarkan beberapa kali, dan menjadi buku paling popular dalam dunia fotografi tauu!

Sekarang Lennart Nilson dahn 91 tahun namun beliau masih berminat dalam dunia sains dan fotografi


La revende,
hasta la vista 



Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.