#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia

// klik sini untuk terms and conditions


Salamualaikum and hai ~ 
dari semalam lagi aku dok scroll scroll reading list dok terpampang segmen ni, ahernya aku terbukak hati jugak nak join haha..

hmm agak susah jugak sebenarnya segmen ni.
dia tanya siapa kita..

BEFORE TU AKU MINTAK MAAF, ENTRI NI PANJANG GILAA

obviously kalo straight to point aku jawab aku manusia, hamba Tuhan di bumi.
serious.

benda tu yang datang terus kat otak aku. 
cliche tak cliche tapi entah.. aku dah cakap, soklan ni susah..
sama susahnya macam member korang tanya 

"Nak makan apa? Nak makan kat mana?" time kat universiti..

ok tu sebagai mukadimah aku je. Let's move on to real part.. 
shall we?


"WHO AM AI?"

1. NAMA

aku adalah Queen of Randomland.
eceh.. tak habis-habis nak ada kingdom sendiri. 

senang nak kenal, orang gelarkan aku Leyha..  (sebutan Leha). Jujur aku cakap, manusia yang panggil aku dengan nama ni aku tak tegur dia selama 2 minggu lebih time aku form 5. 
aku tak boleh terima. (tapi last-last dia la yang melekat dengan aku sampai sekarang)

but my real name quite difficult to pronounce and sound not really friendly (duh!) haha agaknya la kut.. dah tu la satu-satunya nama yang aku ada.. 
kadang aku jelous dengan orang yang ada sampai 3 4 5 panjang nama..

contoh: Dayangku Nurul Raihana Fatihah Zaharah.. (contoh ok, tak ada kaitan antara hidup atau yang mati)

pastu bila panggil nama sama macam nama panggilan aku (for example: Teha) and orang selalu silap panggil antara aku dengan dia.. aku rasa macam.. 

"u got plenty of namessss kut.. why must bother me yang only got SINGLE yupp SINGLE name?" 



ha marah marah .. hahaha 

but for those name yang aku jadikan example tu, its just an example ok.. no butt-hurt here.. chill


ok. haa itu baru nama.. bukan nama sebenar pulak tu.. 
dah nama, mesti nak tau asal mana kan?
(perasan sendiri)

2. ORIGIN

aku purely Sarawak. Asal dari tanah orang minyak. Mana yang paham-paham la..
but, I always need to explain (hardly) to people yang tak percaya aku orang Sarawak. 

thought like;

"u must from kl right? pahang? no? aa i know.. johor right.. also no aa? penang? perak?" 
(tetiba jadi slang cina pulak ni.. terasa racist kejap lol)

actually yang tanya bukan orang cina pun.. kadang orang tanah aku sendiri tak percaya aku asal sarawak. sedih uu.. lima negeri dekat atas tu antara yang femes kalo orang tanya aku asal mana..
aku pun tak tau kenapa.. TT
ada member aku lagi kejam, cakap aku Sarawak murtad. dah kena buang negeri. 
aku rasa macam nak buang dia dalam lautan Atlantik. Biar jadi koleksi barang antik. Nampak sikit artistik. 
*senyum plastik



3.CURRENT LIVING

sekarang ni tengah struggle final year Diploma in Architecture.. tengah buat industrial training. 


4. JENIS-JENIS AKU

(aku pun tak tau nak letak caption apa kat atas tu.) 

-Night Person: personally aku bukan saja-saja decide nak jadi night owl ke apa, cuba jugak jadi morning person which yang ada life bila bangun pagi hidu aroma coffee semangat-semangat turun ke kelas ke apa.. tapi still tak dapat. bukan 100% tak dapat, dalam 30-50% je yang suksess.. yang lebihnya aku prefer ke malam..

sebab? 

1. Bintang
malam bagi aku satu keindahan (pagi pun lawa jugak) yang misteri.. 
aku suka bintang, tengok konon-konon reti tengok horoskop.. aku tau biduk ngan scorpion ja.. sagitarius jarang muncul.. yang lain.. setakat ni aku tak penah nampak.. 

2. Air 
ok isu air memang femes even kat mana-mana pun or setakat ni certain tempat yang aku pegi mesti ada masalah air. 
personally aku jenis tak suka jenis air yang pondan-pondan which mean bila nak mandi pun tak basah.
range 6-8 pagi adalah masa air tetiba kena suntikan hormon estrogen terlebih.. 
sayup sayup je haa nak mandi.. aku rasa laju lagi air mata aku kalo tiap-tiap hari nanges terkenangkan air macam tu.. 

3. Senyap/Sunyi
malam dicipta untuk kita berehat. tapi bagi aku lagi senang kalo nak buat keja malam. and of course, mana-mana budak archi, stay up all night untuk buat drawings, model, boards bagai adalah benda biasa. tak banyak gangguan.. takda tetiba ada orang mintak tolong itu ini.. kalo kes lapar pun, pandai-pandai lah cara makan sendiri.. megi kan ada? 

4. Line internet lebih laju!
haa yang ni aku tak tau fakta ke auta.. tapi aku rasa waktu malam la yang paling best kalo nak tengok runningman, main game, blogwalking, facebooking and youtubing dalam satu masa..
ke aku sorang ja yang rasa macam tu? =.=


cukup lah 4 sebab kenapa aku suka malam.. 
ada lagi sebab yang lebih personal. macam kalo dah stress buat kerja, boleh g ambik wuduk solat ngadu jap ngn Dia.. aku paling suka moment ni..


-Love photography and baking: Dua benda ni aku akan buat waktu ada matahari. Bila aku rasa dah fed up dengan something or rasa nak asah skills, aku akan lari antara 2 bidang ni.. 
macam-macam jugak aku buat eksperiment.. try to imporve myself. 

dunia ni penuh dengan drama, sampai bila nak duduk takuk yang sama.. =D


-Adventure sport: aku jenis perempuan yang suka adventure/ ekstrem sport.. waktu aku g feringhi last sem, aku nak try paragliding.. bajet pulak semput-semput =.=

sampai haritu aku nanges tengok orang buat sky diving dengan bungee jumping yang tertinggi di dunia tu.. 
besa kesan dia dekat aku.. aku pernah terfikir nak join The Amazing Race  masa 2010.  Cita-cita besar sangat nihh..

aku penah buat, abseiling, flying fox (itupun rezeki dalam plkn), mountain climbing yang biasa biasa ja.. so ni jadi mission aku sebelum kawen/mati (in sha Allah) 


*** *** *** *** ***

aku rasa macam dah banyak sangat pulak aku tulis lol.. 
ingat nak tulis sikit je, last last hambek terus kelua segala yang ni..

itu pun dah potong favorite thingsss yang bersepah sepah.. 

harap 'pengenalan diri' aku kat korang ni tak la menakutkan sangat. 
aku tak menakutkan pun.. cuma aku yang tak suka orang penakut ahaks!

nice to know korang.. ada masa boleh la sembang-sembang dengan aku kat sini ..
aku doakan apa yang korang nak dalam hidup, akan termakbul and sentiasa dalam keredhaan Tuhan 
^^

mana-mana watak yang aku wujudkan secara sengaja atau tak, aku mintak maaf and memang tak ada kaitan dengan sesiapa.. 

hopefully we will know each other better after this. <3

p/s: bagus jugak segmen camni sebenarnya.. kita boleh tau orang tu jenis yang macam mana.. hihi

Wasalam..

La revende,
hasta la vista..





3 comments

  1. wahhh...budak archi...haha..gdluck2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la ngn sis.. all the best..! mana tau ada rezeki kita jumpa =D

      Delete
  2. congratulation win!

    http://ash-tsukidate.blogspot.my/2016/01/tahniah-tahniah-tahniah-from-kalia.html

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.