Prosedur Perkahwinan

Assalamualaikum.
Its raining outside. huehue.. before that, warning from sponsor, this entry is a long entry. if u willing to read until the last letter, go on =]

belek-belek majalah Persona Pengantin, tetiba gatal lak tangan ni nak search camna procedure nikah. Last time aku dengar ada orang cakap susah. So, aku nak tengok sejauh mana kesusahan tu. Hahaha..

Sekali lepas ku google, seriously... memang payah. Banyak gila siaa borang nak kena apply. Aku ingatkan setakat;
"Aku nikahkan dikau si fulan binti si fulan... dengan mas kahwin...7 dinar..."

then, henjut sikit tangan si pengantin laki, pastu jawab;

*bismillahirahmanirahimm
"Aku terima nikahnya si fulan binti si fulan dengan mas kahwin 7 dinar..."

Tok kadi pun pandang 4 saksi, tanya "Sah?", saksi-saksi pun jawab sah.. Alhamdulillah.. selesai..

punya la mentality aku fikir camtu.. hahaha

Ghupanya cam ni step dia, 

Langkah 1 : Kursus Kahwin (RM 80-RM 120)

:: Kursus Perkahwinan functionnya untuk dapatkan Sijil Kursus Kahwin (or certain orang panggil Kursus Pra Perkahwinan) and korang jangan la nak ngada hilangkan sijil ni. Kursus ini mesti dihadiri paling koman pun sebulan sebelum menikah. Kedua-dua pasangan (Lelaki/Perempuan) di WAJIBkan menghadiri Kursus Perkahwinan ni. Sebab? suddah termaktub dalam syarat PERMOHONAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA. 

>Apa yang korang perlu buat/ hadap: 

i) waktu kursus (maybe sepanjang 1 hari or 2-3 hari)
ii) fotokopi kad pengenalan 
iii) gambar ukuran pasport:
    1. Lelaki -pakai songkok
    2. Perempuan - berhijab dan memakai baju kurung

Langkah 2 : Isi Borang Permohonan Nikah 

:: Memandangkan sekarang dunia maya semakin luas, kita boleh akses dari hujung jari, tak percaya? Korang boleh dapatkan Borang Permohonan Nikah ni online =]

cari dekat laman web jabatan agama negeri sendiri and try taip "Permohonan NCR" 
contoh untuk negeri Selangor punya *coz aku tak jumpa untuk negeri aku sendiri =3


>Apa yang korang perlu buat/ hadap:

i) Borang Permohanan Nikah dibeli 1 set, RM 5
  - bagi sesetengah Pejabat Agama, pembelian borang tak boleh diwakilkan kepada sesiapa. Sesetengah pejabat agama mungkin boleh terima wakil tapi dengan syarat salinan kad pengenalan pemohon disertakan.

ii) Dah complete borang permohonan tu tadi, ha sila-silalah hantar SEAWAL 3 BULAN or PALING LEWAT 2-4 MINGGU sebelum tarikh bernikah. *jangan la dok nyusahkan orang, esok nak nikah, hari ni baru nak hantar.. memang mintak cepuk tok imam la gamaknya =.=
  -tyme beli borang, sila pastikan segala senarai dokumen yang diperlukan diperolehi dari Pejabat Agama daerah masing-masing. (If pasangan dari negeri lain, pasangan perlu dapatkan Borang Permohonan Nikah dari negeri asalnya) *sobb..sobb hahaha
  - untuk negeri johor lak, even borang nikah korang special coz dalam tulisan jawi, pasangan yang nak isi borang tu still leh tulis dalam tulisan rumi. *jangan nak cabar tok imam lak tulis dalam Russian language.. ish3 

> Apa yang korang perlu ada : 

i) Borang permohonan (ada 2 jenis) : 
  • Borang 1- Borang Permohonan oleh Lelaki untuk kebenaran berkahwin
  • Borang 2- Borang Permohonan oleh Perempuan untuk kebenaran berkahwin
ii) Borang Ujian Saringan HIV -lengkap dengan sampul uga disertakan bersama tetapi perlu dibeli dengan harga RM5/set.

iii) Dapatkan Surat Akuan Status Diri / Surat Akuan Bujang dari Pejabat Agama

iv) Dapatkan Surat Pengesahan Passport di Bahagian Undang-Undang Syariah di Jabatan Agama *bagi pernikahan warganegara dengan warganegara asing.
-bawa surat ni ke Pejabat Imigrasi untuk pengesahan passport pasangan korang. 
- surat Pengesahan Passport hendaklah dilampirkan bersama dokumen-dokumen di atas. 

Langkah 3 : Isi Borang Permohonan lengkap Pra-syarat berkahwin yang kedua-dua pihak perlu patuhi sekiranya anda/ pasangan; 
  • Janda/ Duda : Dapatkan sijil percerain atau kematian pasangan yang sebelumnya. 
  • Masih Bujang : Dapatkan pengesahan mengenai status bujang dari Penghulu atau Ketua Kampung atau majikan yang beragama Islam.
  • Saudara baru (muallaf): dapatkan Akuan Memeluk Agama Islam / Sijil Pengenalan Saudara Baru yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah.
  • Tinggal di alamat yang berlainan dari yang dicatat pada kad pengenalan : dapatkan Pengesahan bermastautin dari Ketua Kampung / Penghulu (syarat: harus tinggal di tempat baru melebihi 6 bulan) *tukar i/c before nikah ui, senang kerja.. hahaha
Langkah 4 : Dapatkan tandatangan 2 saksi untuk Borang Permohonan dan Tandatangan Wali 

i) Saksi untuk borang permohonan terdiri daripada 2 orang lelaki yang bukan di kalangan keluarga dan hanya untuk saksi dalam borang permohonan nikah ini sahaja. 

ii) Wali diperlukan untuk menandatangani borang permohonan nikah ini. 

*.... err yang ni aku malas sikit nak huraikan, bab wali2 ni korang boleh refer kat Pejabat Agama.. Aku tak reti sangat nak explain. karang tersalah explain, naya.. 

Langkah 5 : Surat Akuan Status Diri 

Dapatkan Surat Akuan Status Diri / Surat Akuan Bujang dan ianya boleh diperolehi oleh satu daripada berikut: 
  • Penghulu
  • Ketua kampung
  • Majikan beragama Islam
  • Surat kebenaran PDRM (utk anggota polis)
  • Surat Kebenaran KAGAT (untuk anggota tentera)
>Apa yang korang perlu buat?

- Sila bawa sorang saksi tyme nak 'sign' surat ni
- Maklumat penghulu / ketua kampung boleh dirujuk di Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal memasing. 

Langkah 6 : Ujian Saringan HIV

>Apa yang korang perlu tahu?

-laporan Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV) hanya boleh diperolehi dari Hospital / Klinik Kerajaan Malaysia sahaja. 
- macam biasa RM 1 jer kalau buat ujian di Klinik Kerajaan tapi kena rujuk dengan jadual waktu tertentu untuk buat ujian ni =]
-kalo terasa kaya, boleh jugak try pegi klinik swasta. Paling rendah service charge RM 25.
-Sebelum ujian HIV dijalankan, pemohon perlu isi borang yg dikeluarkan oleh pihak klinik dulu. 

Langkah 7 : Sediakan salinan dokumen dibawah; - 

>Kena sediakan tau!
  • Kad pengenalan bakal pengantin lelaki
  • Kad pengenalan bakal pengantin perempuan
  • Kad pengenalan Wali
  • Kad pengenalan saksi borang (2 lelaki)
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan 
  • Surat Akuan Status Diri
  • Sijil asal dan salinan nikah ibu bapa *( untuk pengantin perempuan anak pertama sahaja) 
>Dokumen Tambahan: 
  • Salinan surat mati wali (jika wali meninggal dunia)
  • Surat / kad akuan memeluk Islam (untuk muallaf)
  • Sijil Cerai *asal (jika duda/ janda)
  • Salinan Sijil Kematian (jika balu)
  • Surat Kebenaran Berkahwin Luar Kariah @ Luar Negeri (jika suami tinggal berlainan daerah Pejabat Agama Daerah / di negeri lain)
  • Surat Sokongan dari Jabatan Imigrasen Malaysia (jika pemohon warganegara yang memegang Pas Lawatan kerja Sementara) 
  • Surat Pengesahan Tandatangan Wali jauh (jika wali tinggal jauh dari tempat permohonan) 
*bagi prosedur warganegara asing, emm ni pulak hal yg korang kena settlekan..

A. Dokumen yang Diperlukan Jika Pengantin Lelaki (warganegara asing)
  • salinan passport
  • Surat Keterangan diri dari pihak agama / berkuasa negara asal (surat izin tumpang menikah di Malaysia) 
  • bagi pemohon duda- sertakan Akuan Perceraian atau Sijil Kematian pasangan terdahuhlu
  • Surat kebenaran menikah daripada Kedutaan / Embassy di Malaysia
B. Dokumen yang Diperlukan Jika Pengantin Perempuan (warganegara asing)
  • Salinan passport
  • Surat Keterangan diri dari pihak agama / berkuasa negara asal (surat izin tumpang menikah di Malaysia)
  • Surat Wakalah (bagi pernikahan yang tidak dihadiri oleh wali sewaktu pernikahan berlangsung) -surat ini dari wali yang sudah disahkan benar dari pihak agama / pihak berkuasa setempat negara asal
  • bagi pemohon janda / balu, sertakan Akuan Perceraian atau Sijil Kematian pasangan terdahulu
  • Surat kebenaran menikah daripada Kedutaan / Embassy di Malaysia 
C. Apabila Pasangan Anda Merupakan Kerakyatan Warganegara Asing 
  • bawa bakal suami / isteri anda ke Pejabat Imigresen berdekatan dan serahkan Surat Permohonan Pengesahan Passport yang anda ambil di Bahagian Undang-Undang Syariah tadi dan serahkan ke kaunter imigresen untuk disahkan/ dicop.
Langkah 8 : Hantar Borang Permohonan Lengkap

> Apa yang korang perlu buat?
  1. Bawa semua dokumen yang dah lengkap ke bahagian Undang Undang Syariah di Jabatan Agama
  2. Submit semua dokumen
  3. Pastikan sijil asal - Sijil Nikah ibubapa (untuk pengantin perempuan ANAK PERTAMA sahaja) dibawa bersama.
  4. lepas tu, korang kena pegi Kaunter Semakan dan Temubual.
  5. Temubual ringkas akan dibuat dan soalan yang akan ditanya adalah berkaitan dengan soalan-soalan yang biasa sebagai seorang Islam. *sila prepare yer.. jangan gagap depan tester.. tak confident nak kawen nanti =3
Apabila pasangan Kerakyatan Warganegara Asing 
  • Pasangan dibenarkan pulang ke negara asal beliau setelah pemotongan permit kerja.
  • Sila bawakan SURAT PENGESAHAN PASSPORT (SALINAN) tersebut bersama dengannya untuk Urusan Visa ketika berada di negara beliau. Function: Supaya kerja anda mudah untuk dapatkan PASS LAWATAN SOSIAL dari Pejabat Imigresen negara beliau. 
  • Pasangan anda diperbolehkan kembali ke Malaysia setelah mendapatkan PAS LAWATAN SOSIAL dari negaranya untuk melanjutkan Resepsi Pernikahan Tanpa Sebarang Masalah =)
Langkah 9: Beli 2 Borang terakhir 
p/s: dah boleh senyum dah pasni, coz ni step terakher dalam prosedur pernikahan.. leh standby nak nikah ja =D

-Borang 3: KEBENARAN MENIKAH akan dikeluarkan setelah semua dokumen and lengkap serta sesi temubual sudah selesai.. (yahooo!!)

- Beli Borang 6, RM 2 (PERMOHONAN MENDAFTARKAN NIKAH)

- Beli Borang 8, RM 10 (SIJIL NIKAH)

-Pihak Agama setempat akan menyertakan seberondong dokumen untuk anda bertemu orang terakhir yang memainkan peranan sebagai "JURUNIKAH"

- And, lepas tu... bahagianya dunia.. plus2 pasangan korang yang uruskan sendiri semua prosedur ni.. Tapi, lebih afdal kalo dibuat bersama yer dak? Tapi ke'haeven'an lagi terasa kalo ada orang yang urusakan. huehue.. bahagianya, lepas ni jumpa Jurunikah / Imam Mukim untuk urusan.. jen jen jengg.. AKAD NIKAH.. baraka ALLAH lakuma wal barakhh~~ 

 Langkah 10: Hantar Borang 3. 6. & 8 kepada Jurunikah / Imam 

Subhan ALLAH, penantian dan usaha keras korang selama ni akan tamat dengan bahagianya ikut syariah.. seronoknya.. tapi ingat, meronok-ronok jangan lupa dengan perintah Allah.. =)) 

-korang just kena bawak dokumen yang ada mengandungi borang2 yang disebut diatas utk hadap Jurunikah yang dah disertakan alamatnya, serta no. telefon oleh PIHAK PEJABAT AGAMA. Dokumen ni sesiapa boleh hantar, lebih best lagi kalau WALI dari PIHAK PEREMPUAN takpun ayahanda PIHAK LELAKI yang hantarnyer.. huhhuuuu~~

Langkah 11 : Hari Akad Nikah- that day finally comes..chill, and smile =DD 

Haa.. tau nervous tapi ada lagi benda kena pastikan siap supaya majlis nanti berjalan dengan lancar.. 
  1. Ingatkan ayahanda tercinta agar beliau dapat menghubungi JURUNIKAH 2 atau 3 hari sebelum detik pernikahan korang. Jangan kelam kabut nanti kay..
  2. Pastikah Wali dan Saksi dah standby untuk majlis dan harap diorang dah prepare awal2.
Semoga dengan perancangan yang penuh dengan kesabaran ni membuahkan hasil yang cukup membahagiakan dan menggembirakan hari yang paling bermakna untuk korang.. cheewahhh~~

p/s: jangan lupa solat sunat 2 rakaat lepas akad nikah. tau gumbira, sujud kpd Allah jangan lupa.. In Sha ALLAH, urusan makin dipermudahkan.. aamiin and..and.. doa untuk isteri jugak.. Suami kena ingat, lepas kawen.. tanggungjawab korang 'berat' tau.. 






ehh jap2.. Ada lagi last step. Jangan risau, ni penghujungnya ok..

Langkah (terakhir) 12 : Pendaftaran Dan Borang Permohonan Kad Perakuan Nikah 

seronok yer? huntonngg la dah hidup berdua. Semoga bahagia till Jannah.. Aamiin
Ni untuk bukti yang korang dah jadi pasangan dunia akhirat.. haha KAD NIKAH!
  • Pendaftaran Perkahwinan hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 HARI SELEPAS MAJLIS PERNIKAHAN diljalankan dengan menggunakan Borang 6- Borang Permohonan Untuk Mendaftar Perkahwinan. 
  • Kad Perakuan Nikah boleh diperolehi dengan memohon di Bahagian Undang- Undang Syariah Pejabat Agama Daerah dengan bayaran sebanyak RM 30 dengan menyertakan borang berikut:
  1. Borang Permohonan Lengkap
  2. Salinan Kad pengenalan pasangan masing2
  3. Salinan Sijil Nikah
  4. Gambar berukuran passport (pengantin lelaki & perempuan) 
  • pemohon akan dipanggil semula apabila kad dah siap! 

selesai~~~.. aku yang nulis ni pun melepaskan nafas lega.. fuhh! panjang beno nak ikut prosedur ni.. ni baru malaysia.. lom lagi kawen kat luar, (err.. yang sah lah.. kalo kat siam tu aku pun tak berani nak komen apa2) .. 
 err.. aku nak kawen camni boley? hahaha bestnyaa~~

thanks to SINI, aku tulis entri kali ni berdasarkan apa yang beliau ni tulis.. kalau nak detail lagi, leh rujuk sendiri dengan Pejabat Agama Daerah masing-masing... 

To korang yang bakal menamatkan zaman solo/ bujang/ single tak lama lagi, semoga dipermudahkan segala urusan.. Selamat Pengantin Baru! till Jannah, Insha ALLAH..aaminn..

aku? ehh lambat lagi... hahaha tunggu masa sesuai.. n tunggu turn.. wahahaha 
okeyh. da merapu. thnx sudi baca.. Salamualaikum =D

4 comments

  1. say NAK Tanya , bkal husband daerah lain ... alamat still sama dengan ic , perlu jugak ke dapatkan pengesahan tok kampung walaupun alamat sama ? pls , sy perlu thu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak berapa pasti. better tanya dengan pihak pejabat agama sebab dorang lagi arif dalam hal-hal ni =D

      Delete
  2. where can i get the borang 1 dan 2? (kebenaran untuk berkahwin)

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.