Week 10 : Finally, I'm Done!

fuhh fuhh dah lama tak singgah sini..

Salamualaikum peps!
yeahh coming back here, after 4 weekdays.. my final week loo kathakhennn...
so aku punya la malas nak keluarkan lappy dari beg sampai tak terupdate belog haa..

jadi harini aku share jugak cerita minggu TERAKHIR, yess kena caps lock sebab dah HABIS!
dengan julang kalinya hoyeahh .. emm aku habis practical je punn.. seronoknya macam dah dapat duit berjuta juta! LOL

jadi harini aku tunjuk sikit muka semangat aku nak naik Final Sem.. jap.. haa ni muka aku..



ok dengan perasaan emm boleh la cakap still happy and masih tak percaya aku berjaya harungi 10 minggu menghadap pc dan dinding putih, aku sharekan jugak cerita minggu last ni.. 

apa yang jadi eh? aku pun dah lupa.. *duhh

aa aku conclude kan je la apa yang aku dapat sepanjang training ni.. 

banyak jugak yang aku dapat, bukan duit tau.. ilmu.. ilmu tak boleh di beli dengan duit.. 
(eh jap, kalau nak sambung study guna duit jugak kan? haha ah abaikan)

Dah minggu terakhir ni, aku tarik balik la mana-mana buruk aku penah cakap pasal tempat aku buat internship ni. Biasa la jiwa muda, tak paham suasana baru.. 

Staff kat situ semua basically dah kerja more than 10 years.. 
 
// em tutup sikit mulut tu.. 

malahan ada yang dah 30 tahun kerja situ.. company tu dah lama.. tempat aku ni branch kedua.. 
kalau google nama company ni komfhem naik dalam PAM.. (pam tu apa? Pertubuhan Arkitek Malaysia) 

boss yang interview aku haritu di qualified oleh LAM (lam pulak.. hahah Lembaga Arkitek Malaysia.. )

 


alhamdulillah peluang aku intern dekat company veteran.. semua jarak umur lebih 10 tahun dari aku.. memang rasa budak tadika.. masa dorang masuk U, aku masih kat sekolah rendah buat muamalat dengan cikgu and classmate.. dulu perniagaan maju.. sekarang emm ..lupakan.. haha

aku belajar masa praktikal ni lagi banyak dari belajar dekat kampus rasanya.. seronok buat benda yang real ni.. dekat universiti kita buat idea simple, lecturer dok kondem tak habis-habis.. sangka baik la kut dorang allergic tengok benda simple sangat, cakap pelajar malas.. sedangkan ingat nak cut cos, nak buat modeling gempa-gempak, barang boleh tahan cekik darah... 

design itu ini mesti ended up dengan tong sampah penuh.. budak design mesti paham.. kadang ada yang terlebih kaya, g upah orang buat.. huuu seronok la kaya.. tapi ingat .. ko tak rasa macam mana nak buat something dari otak ngan tangan ko.. termasuk anggota lain jugak .. haha

ok.. berbalik kepada isu minggu terakhir, aku dah berjaya 'sentuh' 9 projects.. huyeahh.. 
(rasa hebat) sedangkan semua project simple, setakat semi-d, single storey, double storey, haha tapi takpa.. janji pengalaman buat benda real tu ada.. 

untuk next step lepas ni, biar aku habis study dulu.. mostly staff kat company ni pun suggest kan aku habiskan degree.. 
aku pun tengah menunggu result.. ada rezeki aku sambung.. kalau belum ada, aku buat benda lain dulu.. rezeki ada di mana-mana kan? so chill out peps!

but hari terakhir tu kind of kelam kabut jugak la.. dan paling sedeh aku tak ambik gamba dengan dorang.. sobs.. 
even supervisor tu ada cakap, nak datang isnin ni pun boleh... ambik mana barang yang tertinggal.. ah boleh saja..! aku datang pastu ambik selfie ngan sensorang kat situ.. pastu dah..! hahaha

boleh dikatakan seronok la jugak.. kenal dengan orang yang berpengalaman.. lain bangsa dari kita.. tak semua orang bangsa lain jahat, and tak semua orang kita baik.. people, we have no right to judge hoccay.. 

insha Allah, after aku habiskan degree, and kalau aku settle down kat tempat aku, aku datang balik kat company ni.. one day.. panjang umur kita jumpa lagi yaa.. *sambil lambai-lambai 

terima kasih atas segala tunjuk ajar, kepercayaan, dan segala makanan yang selalu di share (korang consider kehalalan dulu, semata nak bagi aku makan.. aww touching ai tauu)
pak cik Philippine yang baik hati, 
staff yang sporting tapi office boleh jadi sunyi sepi time buat kerja..selalu buat lawak tapi sayangnya dalam chinese, but sometimes dalam manglish..haha.. 
pak cik supervisor yang selalu skodeng aku tengah buat apa, and selalu kantoi time aku tengah pegang fon.. (maap pokcik..huhu) 
budak degree yang selalu tolong aku mana yang aku tak reti, 
budak bakal master yang selalu pinjam pc aku tengah aku syok-syok buat kerja, sampai terbang melayang mood aku tunggu dia.. 
emm sis yang mintak aku ajarkan dia cara belit shawl.. haha (sempat k aku buat tutorial kat dia haha)
boss yang baik hati dan ramah
secretaries yang selalu senyum

and semualahh yang tau kewujudan aku kat company tu.. terima kasih sebab bagi peluang kat aku kenal korang even tak penah cakap.. just senyum pun dah memadai.. 

May God bless all of us.. Happy Chinese New Year (in advance aku cakap haritu haha) 
hope we will see each other after this.. 
please stay healthy, keep smiling.. ^^

sincerely from budak-intern-yang-jarang-cakap-dengan-korang haha

hmm lepas ni, balik kolej, habiskan lagi satu final sem.. 
after that, biar rezeki yang tentukan.. doakan yang terbaik ^^

aku harap yang baca warkah minggu terakhir aku ni pun stay healthy, awet muda comel-comel and kacak lagi bergaya, moga kita sentiasa dirahmati Tuhan.. aamiin

ok!
dah panjang aku bebel.. (since it will be last post kan, kasi chance la hoo) 
aku noktahkan di sini warkah aku..


semoga jumpa lagi ^^



p/s: doakan perjalanan aku menyeberangi laut selamat sampai hendaknya.. 

Wasalam, 

La revende, hasta la vista

Movie Review: The Last Witch Hunter

emm aku memang ketinggalan zaman.. baru habis tengok Vin Diesel jadi pemburu ahli sihir ni.. cerita punya lama dah keluar. sobs

takpa. janji aku dah tengok..
sempat menyempat je nengok movie sebelum makan malam..




hilang selera makan aku tengok ahli sihir ni..

mau kurus aku kalau hari-hari tengok cerita yang emm boleh buat tekak kembang.. by mean rasa nak muntah la.. 

rating aku untuk cerita ni emm 6/10? haa boleh la .. cerita dia boleh tahan simple.. nasib la ada Michael Caine, pak cik yang pegang watak as Arthur dalam Kingsman : The Secret Service.. 

yang kingsman ni dah khatam aku nengok.. siap nengok kat wayang lagi.. punya seronok teruja time tu.. perasan tak perasan aku rasa tahun lepas cerita yang sama aku tengok kat wayang sampai 4 ke 5 kali is Frozen la kut..

first, waktu baru release, cinema tak penuh lagi time tu.. tengok dekat Terminal 1.
second tengok dekat Mid Valley, start ramai dah..
third and seterusnya aku tak ingat.. sampai aku masuk wayang untuk tidur je.. meneman orang punya pasal =.="

eh salah, sambung balik pasal Last Witch Hunter ni.. 

masa tengah tengok cerita ni, tetiba otak aku pun terfikir, wujud ke witch hunter , dreamwalker bagai ni? ke just imaginasi dorang-dorang ni? 

kalau wujud, perghh menakutkan woo.. ehm bawak ngucap banyak-banyak.. tak boleh takut selain Dia.. 

cerita dia pasal si Kaulder (Vin Diesel) kena sumpah hidup as immortal lepas dia cuba nak bunuh The Witch Queen (Julie Engelbrecht). Sapa yang sumpah? Witch Queen tu la.. Kaulder nak bunuh Witch Queen tu sebab dia dah bunuh isteri dia, Helena dengan anak dorang, Elizabeth. hmm sedeh jugak la.. 

so dia kena sumpah oleh Witch Queen tu untuk hidup immortal dan alone. sobs.. tapi kalau aku happy woo dapat hidup immortal and hidup sorang-sorang haha.. 

jadi, si Kaulder ni buat satu persatuan untuk tangkap mana-mana ahli sihir yang langgar akta penyihiran (eh?) tanpa dia sedar, rupa-rupanya ada ahli dalam persatuan dia berusaha nak hidupkan balik Witch Queen.. 

macam mana dorang nak hidupkan? apa kaitan dorang dengan witch queen? macam mana segala nya bermula? haa yang tu la kena tengok sendiri.. 

pegi dunload kat torrent, ada yang clear.. pastu carik sub omputeh sekali tau, boleh belajar cakap inggeris.. 

alright tu je..
dah aku nak rehat da.. tinggal 3 hari lagi nak habis yuhuuu~~



Selamat malam gais.. 


wasalam..

La revende, hasta la vista 

Week 9 : One More Week to Go

Fuhh tinggal seminggu je lagi nak habiskan internship ni. Sedar tak sedar masa berjalan..

 Lepas ni balik ke kampus, jalani hidup as student macam biasa.. urghh.. itu pun tinggal satu semester je lagi.
Hala tuju lepas ni, biar Allah yang caturkan. 

Dalam minggu ke 9 ni aku tak banyak sangat buat kerja. Eh? Ada.. ada.. Cuma hari Isnin tu je duduk melepak (cehh ayat melepak.. harapan sungguh) siapkan elevation untuk apartment yang sememangnya bukan kerja aku, tapi sesaja gatal tangan nak hadap jugak.. 

practice kelajuan tangan dengan autocad katakan.. huehue -.-"

jadi hari selasanya aku mintak kerja lain.. mereput aku kalau tak buat kerja.. emm boleh tu memang boleh nak duduk sesenyap tak payah buat apa, tapi apa pulak pandangan pekerja sana.. aku pulak malay, dorang chinese.. mau kena cop satu bangsa kalau aku buat hal.. 

jaga nama bangsa and agama aku fikir time praktikal ni.. haha but serious. aku tak nak dorang beranggapan the whole malay and islam person ada perangai yang sama.. mim alif lam alif sin.. 

memang hakikat yang kita tak dapat lari. sikap layu yang ada dalam bangsa kita.. 
terngiang ngiang pulak puisi Malique- Layu. 

jadi, dengan semangat yang berkobar-kobar (hiperbola kejap) aku pun mintak kerja lain. Dapat la buat commercial building 6 storey.. satu benda baru bagi aku buat bangunan bertingkat-tingkat ni.. seronok haha sebab setiap level just guna satu typical floor plan.. maksudnya, copy paste! 
(emm mana paham, paham... tak paham sudah.. )

dah ada kerja ni senang sikit nak buat busy-busy ke menda ke, sebab aku selalu jugak perasan si supervisor tu awasi setiap kerja aku.. 

see? even dorang tak banyak bunyi, tapi segala pergerakkan aku di awasi.. mau fail aku punya industrial training kalau balun tido bawah meja ni.. hahaha

hmm sebut pasal tidoq, aku punya la bersungguh fight segala rasa mengantuk yang dok menempel kat mata time tu, aku try la bawah berjalan ke bahagian belakang.. just jalan kejap and pegi toilet.. 

tetiba aku boleh la pulak tertengok ada sorang pekerja baru ni.. mak aihh... 


bahagia gila dia tidur.. aku rasa ini tidak adil! 

emm takpa la.. just pujuk hati, aku tinggal seminggu lagi jangan nak buat hal.. karang naya kena repeat balik internship.. 
haha memang parah tu.. 

hmm ekceli, dalam minggu lepas pun aku terfikir jugak nak sambung kerja lepas ni kat sana.. tapi bila di ikutkan hati, memang taknak mahu! 

tapi difikirkan balik keadaan ekonomi sekarang, better jangan memilih.. (even terpaksa terperangkap dalam penjara tanpa dinding.. eh?) 

aku meneruskan aktiviti menconteng untuk hilangkan rasa mengantuk.. 





and aku rasa meme ni memang betul.. -.-"



yeay seminggu lagiii hoyeahh~

La revende,
hasta la vista


FIRST MINI GIVEAWAY BY MIMIEBELLA91

Salamualaikum, here another giveaway.. yay!  Perfume ya galss.. so aku share sikit macam mana aku pilih perfume based on criteria and cita rasa aku .. mihmihmih (dekat bawah)

p/s: syarat nak join dapat free perfume dah tertulis sekali kat sini.. klik pada banner jugak untuk pergi ke blog penganjur *wink


WELCOME EVERYBODY


Hello everyone, okay today I nak buat my first mini giveaway for u all.
Alhamdulillah rezeki yang Allah s.w.t bagi kat I sebelum nih, I niat nak share ngan u all so terbitnya this giveaway. Sebab apa I nak share ngan u all this perfume??? Perfume nih perfume favorite I makna kata kat sini sharing is caring...hahhahah..

Okay, one more thing I nak hadiahkan my fellas for their feedback to myblog based on my rules in this giveaway. 

All to my friend sudi2 la support my GA yang hanya kecil pemberian nya tapi besar maknanya buat blogger baru seperti saya.

Sekiranya, penyertaan melebihi apa yang saya jangkakan akan ada surprise for u all.



Syarat :-


Follow Blog mimiebella91


Follow Blog Dibawah:




Follow Page Dibawah:







Follow Instagram Dibawah:




Senaraikan blog saya dalam Bloglist



Buat satu Entry bertajuk "FIRST MINI GIVEAWAY BY MIMIEBELLA91"

Share Tips Bagaimana anda memilih perfume yang sesuai dengan diri anda?
Minimum 150 patah perkataan.


Tinggalkan Link entry anda di ruangan komen






  • dah submit entry boleh rujuk senarai peserta bertuah
  • 2 orang pemenang dipilih berdasarkan entry bertajuk"FIRST MINI GIVEAWAY BY MIMIEBELLA91"
  • semua peserta akan dimasukkan dalam bloglist saya
  • pastikan anda ikut rules dengan tepat tanpa tercicir, Nsyallah Adorable perfume menjadi milik anda
  • Segment ini akan berlangsung pada 22 January 2016 hingga 28 February 2016

done!

Tips Pemilihan Perfume 

ok bagi aku yang jenis aktif and mostly perfume susah nak melekat dengan aku, plus aku tak suka pakai perfume banyak atas dasar berjimat disebabkan inflasi ekonomi yang semakin gawat.. (emm aku start ke laut..maaf) 

jadi, buat masa ni, aku pakai yang mana bau just soft and tak menggatalkan tekak.. (aku penah hidu perfume yang buat aku terbatuk.. ugh)


 

ni la perfume yang aku pakai sekarang and tinggal yang biru tu je suku botol, yang hijau dah 'selamat'. 
(*shining eyes.. purllishhh, i want to be the luckiest winner)


1. Pastikan bau yang dipilih sesuai dan tahan dengan adrenaline. emm i mean, kalo aku buat aktiviti yang berpeluh pun still dapat kaver bau-bauan yang emm kurang menyenangkan tambah lagi manusia species aku haha

2. Mostly bau yang soft, like green tea emm avon punya perfume.. Haiku.. but mostly Avon punya perfume wangi.. macam Fergie's Perfume.. emm ni mesti kes salu tonyoh-tonyoh tangan kat majalah Avon haha

3. Wangian yang kadang tak buat aku mengantuk haha seharusnya bau yang melambangkan diri aku.. fresh but still tak menusuk kalbu.. 

4. Yang tak striking sangat kalau tersembur banyak.. haha dah syok sangat menyembur, tak sedar pulak. Karang ada yang cakap aku berendam dalam minyak wangi. TT

5. Seharusnya Eau de Parfum! lagi tahan dari eau de toillete and cologne. (sebut pasal cologne aku suka bau Summer Swing, botol hijau.. dulu pakai zaman sekolah haha)

tu je.. mana yang dah bekenan aku akan simpan bottle perfume tu.. huhue


 As a muslim girl, bau-bau wangi ni jugak yang boleh buat kita dapat dosa free. Tapi tak la bermaksud kita tak boleh mewangi karang macam pengotoq pulak kalo masham sana sini.. 
Pakai tu biar berkadar. 

aku somehow jelly dengan orang yang bau perfume melekat. aku pun tak tau la orang jenis ni pakai perfume jenis apa. kadang ada satu jenis manusia tu bau perfume dia dah jadi bau semulajadi diri dia.. sampai segala barang dia ada bau yang sama.. bau wangii kayy.. hahaha

eh salah, terlupa pulak ni segmen orang. 

so gaiss.. yuhuuuu! orang nak bagi free perfume ni! jom join ^^ All the best and may Allah ease everything..

Salamualaikum..

La revende,
hasta la vista

Segmen Blogwalking By Nurnbla (January)


//klik banner

Mereka yang di tag:

       

<3 <3 <3 

ohmaii asal korang comel sangat
hahaha

//hasil nukilan Permaisuri Tanah Rawak, Leyhahady =P

Sambung atau Rehat?

Salamualaikum.. fuhh lama jugak tak jengok belog aku ni.. mau yer tak bersarang si kaki lapan.

mana tak nya, aku malas nak attach battery lappy since seharian dah guna cable dekat office. Jadi balik rumah muka aku jadi orang yang disinari 'nur' je la..
emm if u know what I mean..

haha.
ok.. selama aku menghilang dalam beberapa hari ni jugak, aku banyak terfikir masa depan. eceh.. bunyi ayat macam orang yang berpandangan jauh.. (seharusnya kita kena pandangg jauhhh..even orang sebelah kita sehensem Evan Walker dalam The Fifth Wave haha)

kita pun sedia maklum UPU dah start penjualan number pin untuk masuk IPTA. Aku yang berhajat besar nak sambung lagi study aku ni pun beli la jugak (dengan ihsan dan belas kakak aku, masuk dalam buku 3 lima dulu.. aku kaya nanti jangan lupa claim)

nampaknya syarat UPU pun makin strict. And as u all knew, banyak biasiswa tajaan dah ditarik balik.. hmm Malaysia semakin hilang keberkatan. Kena tulah barangkali. Nauzubillahi min zalik!

jadi aku pun isi jugak la dengan rasa tak yakin nya, dengan banyak kurang sana sini.. apa yang aku dapat nanti, rezeki tu biarlah Allah bagi dengan redha Dia.
kita sebagai hamba, dah berusaha, berdoa and tawakkal.

aku masih lagi nak teruskan perjalanan aku dalam bidang seni bina.. even aku 'quite' tersalah langkah untuk permulaan ni, harap la dapat peluang untuk teruskan lagi


 


aku suka dengan dunia aku, even tempat praktikal kinda boring but aku tau dunia architecture yang sebenar very challenging! 

yaa aku adventurous person, of course aku suka dengan segala yang sama waktu dengannya.. 
somehow, aku rasa macam tak berbakat pula tengok budak-budak archi yang terer doodling, sketching etc.. aku yess aku kurang dari segi tu.. tapi terlalu awal jugak aku rendahkan diri.. kalau bagi aku kertas kosong and pen, haa korang tak tau apa yang aku boleh buat dengan kertas kosong sampai tak nampak rupa kertas dah..! 

tapi untuk part tu, biarlah jadi kelebihan and kekurangan pada aku sendiri. 

kalau ada rezeki aku kali ni, in sha Allah aku continue perjalanan aku untuk misi 'AR'. 
kalau rezeki tak sampai lagi, 
bak kata Malique, "Cuba lagi dik, Ku tunggu.."  thanks Malique and Lah Ahmad. Bagi semangat dalam hidup aku. 

and korang yang dah separuh jalan atau yang nak mulakan perjalanan tu, aku pesan,baca bismillah.. buat yang terbaik, do your own research biarlah camna pun sampai  ke lubang cacing ke sebesar-besar zarah, janji korang clear dengan apa yang korang nak dalam hidup.. 

untuk diri aku, aku berserah kepada KUN FAYAKUN.. 


Akhir kalam, 
kepada yang berminat ambil course archi ni, korang tak semestinya terer melukis or so whatev, ada je orang level lukisan tahap seniman, tapi still tak leh carry this course. 
mental and physical kena standby.. willing to stay awake for a week. (ok tu tipu, for a 2 days at least)
duit belanja kena korban untuk bahan-bahan modeling yang semakin gila harga plus-plus gst.. and printing yang tak main dah kertas a4, a3 pun nampak macam a6 dah.. 
nasik dengan telur plus sambal belacan jadi santapan harian.. megi tu makanan ruji..
mandi? what is that? hahaha
so u want to challenge yourself? 




p/s: yaa seriously bila ada project and exam.. tengok la betapa serabainya hidup hahaha wanna give a try? jom join =D


wasalam.. 

La revende, 
hasta la vista


Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Apa Yang Dicari, Tanyalah Hati

Salamualaikum.. night peps..

sebelum aku bawak diri beradu ke alam mimpi, aku nak share dulu benda yang selalu ligat berpusing dalam otak aku.

Apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup?
Apa tujuan kita hidup?
Kenapa kita dihidupkan?
Ke mana kita lepas habis alam kehidupan?


Biasa soalan macam ni mesti akan menyinggah dalam kotak fikiran aku. Kadang aku pun terfikir, macam mana aku nak cari jawapan ni semua.
Soalan yang terbit dari cerebrum and cerebellum aku kadang hampir tak masuk akal.
Aku pun naik penat nak halang akal aku dari berfikir terlalu jauh dari kotak.

Macam situasi aku sekarang.
Aku 'almost' lost.
Tak tahu mana hala jalan aku lepas ni.

Kadang setiap hari dilanda dilema.
apa dilemanya biarlah aku yang tau..
(haha)

setiap langkah yang kita buat sekarang, akan tentukan nasib kita di masa hadapan.
salah pilih langkah, silap masuk jalan,
hadapan sana kita rasa beban..

Buat sesuatu, tanya pada hati,
kadang hati kita ni sentiasa cuba bisikkan benda yang baik.
dengar tak dengar je.

as a Muslim,
kita juga di ajar untuk buat solat istikharah kalau ragu-ragu dalam buat keputusan.
bukan setakat dalam pemilihan pasangan hidup.
dalam apa jenis masalah yang kita rasa kita tak mampu nak pilih,
pergi la mengadu pada Dia.

Dia, Allah SWT yang Maha Bijaksana.
Mustahil Dia biarkan kita terkapai-kapai dalam lautan masalah
Hati kita semua Dia yang buatkan,
tak ada satu pun milik kita

Jadi,
Rujuklah pada Dia
Kerana Allah lah yang paling berkuasa
siapalah kita untuk menduga
nasib kita di Akhirat sana

=)

Wasalam

p/s: aku teringat cerita family member aku buat solat istikharah nak carik jam dia hilang. Jumpa dalam mimpi, tapi still tak tau keberadaan jam tu..
terima kasih jam.. dah banyak berbakti kepada manusa..

la revende,
hasta la vista

New Color Shades by Kylie Jenner

aa ok.. aku dah masuk mood gegirl things ni.

semalam aku dah upload pasal Lip Kit By Kylie Jenner then harini tadi aku pegi la 'jenguk' atau lebih spesifiknya 'stalk' instagram @lipkitbykylie

dengan harapan, please la please la ada buat giveaway ke free to sapa yang komen first ke
(cara orang promoting barang sekarang)

tapi apa yang aku jumpa hanya lah *lap air mata hujung lengan baju
new color shade ! huwaaaa
kaler yang sedia ada pun aku tak terbeli and dah sold less than a minute lagikan kaler yang baruu..
*nanges bucu katil lagi

dan inilah new color shade yang dikeluarkan oleh Kylie lepas Candy K, Dolce K and True Brown K.



ekceli Kylie ada buat contest, (haa siapa cakap orang Malaysia je yang buat contest cari nama Shawl.. dorang pun buat jugak tauu)

Kylie cari siapa yang boleh bagi nama yang paling sesuai dengan color shade yang dia keluarkan.. jadi dalam masa beberapa seken jer, beriban riban la manusia comment.. 

iye ler.. sapo la tanak dapat pengiktirafan dari billionaire kan.. lagi-lagi orang 'sana'
berdesap desup haa dorang comment.. 

tapi malangnya, Kylie dah jumpa nama yang sesuai dalam masa yang singkat.. 
jenuh jugak aku dok scrolling comment comment dorang.. Berusaha nak cari bila masa Kylie jumpa..

tapi apa yang aku jumpa is si gerangan yang berjaya menambat hati Kylie ni untuk bagi nama special untuk kaler baru rangkaian lip kit dia.. 




whoaaa wait..!
what is the name again?

yep guys.. korang tak salah baca. 

Introducing, new color after Candy K, Dolce K and True Brown K, is POSIE K!
(aku terus wonder, mana pegi group PussyCat Dolls.. haha! abaikan)




mula-mula aku tergelak jugak.. tapi takpa la,. dia punya product and dia dah berkenan dengan nama tu, so why not kan..

So, ini lah antara kaler-kaler yang akan di restock and di release kan dalam masa terdekat. 
macam aku cakap dalam entri before ni, selagi aku tak beli Sugarbelle, aku tak mampu lagi beli lip kit ni yang cekik tulang sulbi aku...haha

ikutkan harga biasa, lip kit ni cuma $29 jer.. 
jer ehh?

convert MYR still fikir dua tiga kali jugak ehh..
tapi kalau quality bagus, why not just spend untuk satu shade compare yang murah tapi beli berlambak lambak and tak bagus untuk bibir.. 

jadi sayangilah bibir anda setiap hari! *bernada iklan Vitagen

p/s: kalau aku dah beli Sugarbelle, aku akan buat la review ehh.. kesian jugak korang tertanya-tanya menatang apakah Sugarbelle tu.. 

p p/s: segala review yang aku buat ni tak ada kaitan dari mana-mana pihak. Aku just buat saja sebab aku suka shade yang dikeluarkan. Jadi, bare in mind, aku tak dapat apa-apa royalti tau.. 

kalau dapat aku la orang pertama lompat sampai ke bima sakti!




NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH



*Salamualaikum..*



/klik pada banner untuk sertai contest yang ohsem!

Di mulakan dengan bismillah..

penganjur beri keizinan untuk buat ayat sendiri jadi otak aku pun berputar ligat ibarat taufan memerah idea yang sedari semalam terloncat-loncat nak keluar. 
(abaikan penggunaan ayat yang terlalu hiperbola)

jadi bertarikhkan 16 Januari 2016 ni, aku menulis ikhlas dari hati kepada si empunya belog yang kalerful ni aku ucapkan 




yeayy! (maaf aku terlambat 10 hari .. hmm jadi belated la kut?)




jadi masih tak terlambat lagi aku nak wish.. Happy Belated Birthday Izyan Cinnamon!

(ehm aku pulak yang terlebih eksaited)

jadi di sini aku berdoa *wish* agar Cik Yan :

1. Dirahmati dan sentiasa dalam keredhaan Allah SWT
2. Moga berjaya dunia dan akhirat
3. Diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan
4. Kekal sihat dan cantik selalu *wink wink

aamiinn.. 
inilah entri khas aku buat untuk Cik Izyan Cinnamon <3 <3

Di sudahi dengan alhamdulillah.. 

moga kita dapat mengeratkan ukhwan sesama kita.. =D

wasalam..

le revende,
hasta la vista


p/s: pemenang hadiah misteri seramai 5 orang dicari. jenjejeng... mungkin anda orang yang bertuah memenangi hadiah misteri ni.. 


Lip Kit by Kylie Jenner


|UPDATED|
Please visit HERE, to purchase your Authentic Kylie Lip Kit =D 


tengah tengah tak berapa nak sihat ni la mata aku nak tatap benda-benda perempuan camni.. haha
elehh selalu jer belek zalora nile.. tipu jer cakap belek waktu tak sihat haha

girls kan.. tak benda cute, makeup, tak makeup, baju, tak baju seluar kain tudung langsir sofa semua la nak update.. paling tidak pun mesti nak yang something yang buat tambah confident diri.

so untuk bab ni, aku not a big fan of makeup plus aku memang tak reti nak pakai. aku pernah try, ok pernah try main tepek-tepek kat muka, last last aku rasa kening da macam Hagemaru, mata punya part dah macam takda masa depan then muka aku terus rasa awww itchynyaa!

aku pun tak tau muka aku ni jenis cam mana. Kalo tak pakai apa-apa ok jer.. alham dulillah natural beauty tu lagi cantik sebenarnya.. (dedicated to all girls yang confident dengan muka sendiri ecehh perasann kejap) ^^

tapi yang aku tak boleh lepas is, something yang berkaitan dengan lipbalm, lip tint and lipstick.

lipbalm memang penting, kalo tak nak rupa bibir macam desert yang kering kontang (my lips cepat kering, tapi aku tak la duk touch up touch up kalo kering.. just banyakkan minum air)

yang liptint yang seangkatan dengan liphop tu aku suka pakai sebab looks natural compare to lipstick.

lipstick ni sebagai penaik seri kalo pegi event or some place yang perlu jumpa orang.. (ai tak konfiden la nak pegi dengan bibir pucat.. hahaha)
pemilihan warna pulak aku suka yang serasi dengan aku, mostly aku akan pilih matte compare to shiny shiny.. serious tak ngam dengan aku

intro pun dah panjang jadi masuk ke perenggan isi pulak..


baru baru ni Kylie Jenner releasekan product Lip Kit by Kylie Jenner yang tersangat lah meletopss di pasaran sampai harga satu lip kit ni di Ebayy mencecah $10, 000 hocayy! and it sold out dalam masa 30 seconds jer TT


                                 

convert duit malaysia, selesai majlis kawen ala-ala anak tan sri tak pun dapat beli dryer 40kg, mesin basuh 20kg, peti ais 7 pintu, set meja makan marble 12 kerusi (biar makan hujung ke hujung), travel pusing dunia!

perghh.. banyak sangat mimpi aku ni..

sebenarnya membawa hati yang rawan kerana harga lips kit tu tersangatlah tak relevan. haha tak pa lipgloss Sugarbelle pun aku tak terbeli lagi.. sabar duhai hati *nangis tepi katil

ok sambung cerita kita tadi..

Lip Kit Kylie Jenner ni di datangkan dalam 3 warna 'suam bumi' atau bahasa eklannya warm earth..
look nice ekceli






di datangkan dengan color seperti yang korang tengok gambar kat atas ni.
di bagi nama as Candy K, Dolce K, True Brown K.. (which one aku tak berapa sure)


ni la lip kit yang mampu menceceh $10, 000.. di datangkan sekali dengan lip liner. so dun worry kalau bibir korang nipis ke tak berapa nak sexy, yakin lah dengan lip kit ni korang boleh kelihatan gojes macam Kylie Jenner!


aku harap bila pakai tak rasa 'berat' la sebab aku pernah test satu brand ni dekat watson.

mak aihh..
rasa 'berat' tu sampai rasa malas nak bukak mulut.. warna pun tak ada la berapa lawa.. brand apa aku pun lupa..

nak tau jugak?
jadi lah macam aku.
aku suka try lipstick, lipbalm, lipgloss dekat watson.
tapi aku tak ambik bawak pulang.
aku tak jahat.
jadilah macam aku...

hahahaha tak habis habis trolling ni..

but seriously, kalau mampu, if mampu la ehh.. boleh la try lip kit ni..tapi tunggu restock la.. kalo nak beli sekarang memang tengah harga sembelih.. tapi serious lip kit ni nampak ohsem..
antara sebab aku cakap ohsem:

1. Tak melekat di cawan waktu minum
2. Tahan lama (kalau nak touch uo, just put veselline or lipbalm sikit)
3. Nude colors  yang serasi dengan semua warna kulit

yang lain-lain korang boleh observe dengan video kat bawah ni...




ok aku nak sorok bawah katil nanges sebab tak beli Sugarbelle lagi sobss sobss..

eh btw, mesti ada yang tertanya tanya siapa Kylie Jenner tu kan..

hmm dia tu billionaire.. adik beradiknya family Kardashians.. kalau tengok Keeping Up with the Kardashians memang kenal la dia ni..

nak follow up, boleh la carik dekat official website dia sini:  Kylie Jenner
or nak baca pasal dia dalam wiki boleh tengok sini :  Kylie Jenner Wiki


aku nak sambung balik meratapi Sugarbelle yang tak terbeli ni..


La revende,
hasta la vista

Week 8 : Half Day

Salamualaikum..

pejam celik- pejam celik dah minggu kelapan..
ekceli tak da la pejam celik cakk terus minggu ke lapan.. Kadang mereput jugak nak tunggu masa ni bergoleng dengan cepat. Jenuh aku pejam celik pejam celik tapi still jugak kena mereput dalam ofis..

haha.

chill aku tak marah. cuma bosan sebab tak ada kerja.
jadi aku ambik half day harini! yeay!

reason aku ambik half sebenarnya sebab aku kena serang dengan Niagara Falls.. hmm bahkan lagi laju dari tu..

dalam bahasa sanskritnya selsema..
sampai pedih hidung aku.. nak buat kerja pun sebelah tangan.. mana la dapat buat Autocad drawing dengan sebelah tangan je.

dapat memang dapat.. payah la cerita dia..


dah payah-payah camni.. dari aku dok kesat-kesat sampai habis 2 rolls tissue better aku balik je la.. 
dapat jugak rehat.

so aku pegi la call my mum kat toilet.. serba salah pulak nak jawab salam.. hmm
mana tak nya. ofis tersangat krikk krikk..

rasa kalo my mum ada pasang caller ringtone, mau bergema satu ofis barangkali. 
(tapi pak cik designer tu salu sembang dengan fon.. nasib la aku tak paham.. dia guna bahasa dia.. pinoy)

p/s: lepas ni ambik kelas bahasa pinoy.. dan mandarin 

ni pun masih tak dapat melakukan sistem respiration dengan betul.. nasib bukan photosynthesis.. aku hampir tertulis hypothesis tadi lol..

zaman sekolah dulu-dulu,
ops dulu-dulu dah habis.. 


tak pa anggap je la penyakit ni pembersihan dosa.. positive sikit.. dah tahun 2016 ni.. 

alright tu je.. 
panggilan hidung aku dah macam apa haa





wasalam..

La revende, 
hasta la vista..



Segmen Blogwalking | Yaya Cendana


// klik pada banner untuk sertai segmen!

jomm berkenalan =D

Jangan Terlalu Mendongak ke Langit

Salamualaikum.. well hello ^^

harini aku 'ter' rajin pulak nak update entry hari biasa.. biasa nampak aku update hujung minggu jer.. itupun kesinambungan cerita praktikal..

tak pun kalau aku rajin, join la beberapa segmen yang best-best yang korang anjurkan tu.. 
manatau.. 'tuah ayam nampak di kaki, tuah aku nampak di jari' hahaha 

but harini macam ada kecelaruan identiti sikit.. 



not by mean yang aku tertiba rasa nak jadi laki or aku tetiba jadi malaikat.. tak..

ekceli more tu ke mood swing la.. orang perempuan macam ni la.. dah cukup bulan, tau la emosi tak stabil
aku pun dah kompius nak tulis apa ni. haha
nak tak tak stabilnya di situ..

rasa macam nak pegi ambik angin kat Grand Old Lady pulak memalam ni.. tapi cam seram pulak hahaha kut kut cerita member aku dulu ada gula-gula tunggu kat atas tu.. 
emm pepaham je la ehh..

straight to the point.

harini ada bekas intern kat office aku masuk bekerja kejap before dia sambung master..
yepp master..
aku rasa macam jelly gila.. TT


mau tak jelly coz aku rasa dia tua lebih kurang 3 4 tahun je dari aku.. dah ada rezeki buat part 2.
aku dapat tau dari designer situ dia dulu pernah intern kat situ tapi macam kejap gila coz family dia bawak g Mekah..

Designer tu non muslim pun rasa kagum yang mamat tu dapat g Mekah umur muda-muda.. 
ter'gulp' kejap aku time tu..

then, dia on the way nak buat master or part 2 dalam bidang archi nya..

comment aku, "He so blessed!"

satu cerita yang dah buat aku rasa tak bersyukur kejap sebab dia dapat lebih dari apa yang aku dapat..

then, dalam sejam before habis office hour, datang la seorang ex-employee company tu.. kira sis tu tengok member-member dia dulu la.. 

aku mula pandang sekilas, terkilas lah pulak sekali lagi.. makkkk aihh!
lawa gilaa wehh.. emm dia perempuan.. chinese..

senang cakap, dah boleh jadi model Victoria Secret la.. 
(kalau aku yang perempuan ni pun cakap cantik gila, imagine la laki yang first time jumpa)

mau ternganga aku tengok.. aku imagine kalau dia pakai wedding dress, konfhem lawa tahap dewa.. aku rasa macam nak nanges hahahaha'

// rupa dia pun lebih kurang macam ni

dengan tinggi, rambut hitam-perang bun style, putih lepak.. dia just pakai baju casual simple tapi still lawa.. 

astagfirullah aladzimm.. macam tak mensyukuri pulak nikmat yang Tuhan bagi kat aku.. 

ya Allah syukur sesangat ya Allah.. 
rezeki masing-masing, kita takda hak nak persoalkan rezeki kita..
Allah bagi oksigen free tiap-tiap saat ni pun rezeki jugak..

Jangan merungut, hidup ni memang penuh dengan dugaan,
kita manusia memang kena akur, bersyukur.. 

tetiba aku ter'flashback' memory 2007-2008 dulu.. 
zaman aku kemunculan ipod mini.. 
ingat lagi ikat-ikat belakang telekung member, pastu bila time nak salam, semua jatuh golek-golek.. 
aa kenangan.. 
waktu lalui tak rasa kemanisan.. 

dah cukup la tu.. 

kita ni sama je di sisi Tuhan.. yang bezakan amalan dan taqwa..
jadi, jangan sesekali judge orang tu macam konfhem dia masuk neraka and kita ni konfhem masuk syurga.. 

semoga kita sentiasa dalam keredhaan Dia.. 
in sha Allah.. 



p/s: Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semana kaya atau besar tetap Allahu Akbar - Malique

p p/s: perimgatan untuk diri yang mudah lupa 


Wasalam..

La revende,
hasta la vista




MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz




Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-sekian-





Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.