PLKN: Memori Sepanjang Zaman

Assalamualaikumm..

Kembali untuk menunaikan janji aku yang dulu. Berkurun jugak aku nak kumpul data nak buat entri nih.. Banyak gambaq da hilang. Tapi takpa. PLKN memang mermori sepanjang zaman. Orang cakap apa yang kita alami, sumpah kita takkan pernah lupa melainkan kita hilang ingatan yer dak?

Ni apa yang aku tulis dulu:
"lama dah tak buat kerja mcm nihh.. Lepas masuk PLKN, hidup jadi cam memoriable skit.. echehh kehak nyer ayat..Jadual kat kem even buat bnda yg sama p dlm masa tu jugakla kita blaja knl sapa diri kita... seriouslyy..###hagtagsss....doohh       xtvt awal pagi: PT pagi mcm biasa.. exercise tampar lalat .. push up.. kawad.. sit up.. pusing pdg kawad berkali kali.. sampai terasa nak muntah sbab oxygen berlumba lumba mcm racing car jer nak masuk lam lubong idongg.. tapi yg paling aku takleh lupa.. kenangan tyme rehearsal utk mjlis penangguhan plkn tu... dah la matahari terpacak atas kepala..mau tidaknya.. 12 tgh hari kut.. alasannya sebab kitaorg x buat sungguh sungguh tyme rehearsal pagi tadi.. hakpuiihh!  kalau kitaorg buat btol btol pun cikgu2 mmg sesaje jer tanak pujii... ecececece... ni aku sertakan sekali gambar2 kenangan dlm plkn kem similajau.. Kumpulan 2 Siri 10/2013"

beberapa bulan yang lepas. Gila takda masa nak update. Memandangkan hari ni hari sabtu, so, tu yang aku ambik kesempatan untuk menoktahkan (cehh! ayat~) entri, PLKN ni.. Nanti kalau tak update, boleh lupa jugak aku. Kalau part kena jemur, kena sembur, pengsan lepas derma darah haa yang tu memang aku takkan lupa.

Aku kena Kem Similajau. Kem yang paling strict dalam Malaysia. Seriously..! Kem ni tak mewah macam kem lain. Tapi itulah misi dan visi kerajaan nak buat kem ni bukannya nak suruh kita pegi honeymoon ke hapa. Muka hitam tu typical la sebab nama pun kena jemur. Tapi kini kulitku lebih cerah~ hahahaha watpa ntah nak takut dekat matahari.. nikmat tu..

Melalut panjang da pulak. Malas la nak tulis, aku kasi korang tengok gamba jer yer..


macam biasa. aku takkan melepaskan peluang ke'emas'san ni.. Dengan Tuan Komandan Kem Similajau, Mejar Azahari Bin Abdul Halim^^ (yay! aku masih ingat nama dia)
 
 
ni.. gamba semua bendera kompeni. Aku kompeni Alpha. Macam kita sedia maklum, army memang akan guna nama Alpha, Bravo, Charlie n Delta.
 
>>Bendera ni atas hasil idea dan usaha kerjasama wira n wirawati setiap kompeni. Tapi banyak jugak kontroversi bendera ni. Biasalah.. darah muda, bab gaduh nombor satu~
 
 
Yang paling aku suka, bab makan! mana taknya, kerajaan bagi makan 6 KALI SEHARI!
-sarapan: 07:00
-makan pagi: 10:00
-lunch: 12:00
-minum petang: 16:00
-dinner: 18:00
-supper: 20:00
 
beginilaa contoh makanan tengah hari / malam.. tapi yang ni tyme handphone ada dekat tangan. Kekadang makanan mewah jugak. Nasik ayam, nasik beriani.. depends aa..

untuk minum pagi/petang, 2 bijik kuih.. donut, karipap, popiah, penyaram, pau, tapi yang paling pergghh~! sekali donat coklat!! sedap giler!! selalu jugak buat muka tak malu, pegi mintak lagi dengan Ah Hao, si tukang masak.
 
haaa~ yang ni contoh makanan mewah. Waktu ni ada Sambutan Kem Terbuka, meraikan ulang tahun kem similajau ni yang ke berapa ntah. aku pun da lupa.. Janji aku kenyang~

selitan sikit. Ni adala wira yang curik tulang waktu event sedang berlangsung. Sesedap rasa je dia nih.. Lupa da nama dia.. Sorry~

 
macam ni la rutin kitaorang.. Kena bawak bendera kompeni, jalan berkawad hatta hari sabtu n ahad pun. Tak macam kem lain. Strict giler! kalau Tuan Komandan tak dengar bunyi "kiri, kanan, kiri.. left, right, left.. kibak, kanan, kibak~" haa siapla lepas tu.. konfhem takda OUTING!!
 
 
 
Keadaan dalam dorm wirawati. Alpha punya blok jauh sepelaung.. And, kitaorang selalu jadi kompeni yang paling lambat sampai dewan. Haha takpa. Chillex~^^
Kaler dorm based on kaler kompeni;
 
Alpha: Merah
Bravo: Biru
Charlie: Kuning
Delta: Hijau
 
>> delta paling depan. Paling senang nak lari kalau zombie attack!
 
ni antara sebahagian ahli kompeni Alpha. Tengok je nametag semua merah. Ada beberapa nama yang aku dah lupa da.. Ingat muka pun cukupla~haha
 
 
 
 last day: dari kanan: Tikah, Mona, dengan Rina.
Dorang nak ke airport~ bubye^^

kayy~ itu jer la.. banyak lagi sebenarnya. Aku takleh nak tulis satu satu.. pengalaman pegang m16, tembak menembak, kena tengking dengan cikgu-cikgu, kawad tak henti-henti, kena sembur (facial treatment) by Pak Suhai malam Kem Wirajaya, kejadian rempuh merempuh tyme aktiviti apa ntah yang pasal Daulat.. Aktiviti yang paling gila. Aku saja je busykan diri dengan benda lain.
Btw, korang mesti perasaan kan, menatang dekat bahu aku tu.. Aku jadi Rank Holder. Alah satu line je. bawak pangkat Sarjan. Dapat dua sijil aku masuk PLKN, setimpal la dengan apa yang aku kena tanggung. Tau je la perasaan jadi pemimpin.. hanya Allah yang tahu. Dari jawatan ni jugakla aku hafal bahasa 'command' hahaha!

Last words: TAK RUGI MASUK PLKN, berbaloi muka jadi hitam, pengalaman dan peluang tak semua orang dapat. Memori sepanjang zaman. ^^ wasalam!








Post a Comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.