Week 6 : Hikayat Hujung Tahun

Salamualaikum..

kali ni aku nak share peristiwa yang jadi harini.. aku klasifikasikan sebagai teguran dari Tuhan.

Kenapa?

sebab lepas tengok segala kejadian yang jadi depan mata, buat akal waras aku berfikir,
siapa kita nak bangga di bumi yang tak ada satu pun barang milik kita..

mula-mula waktu keluar lunch, aku makan nasi berlauk..
mungkin rezeki aku dapat kepingan besi dalam lauk sotong.

aku fikir, "Semua orang melakukan silap. Hatta diri aku sendiri pun. Secara tak sengaja. Jadi, tak mengapalah.."

usai bayar, aku cakap secara berbisik pada cashier pasal lauk 'tambahan' yang aku dapat. Dengan harapan supaya benda yang sama tak berulang dekat customer yang lain pulak.

alhamdulillah.. settle penyakit hati. tak payah sesusah sakitkan hati sendiri.. cakap je elok-elok. Orang boleh je terima.

then pergi masjid, bukak pintu tempat wudhu', nampak seorang gadis tengah ambil wudhu' and ada sorang budak kecik tengah main-main kat belakang dia..

as I thought, maybe adik dia.. siap ada yoko-yoko lagi kat kepala. Demam mungkin. Comel. Senyum sendiri.

Si gadis pun balas senyuman.

"Adik ke?" soalan diajukan.

"Aa tak lah.. Anak." Di balas ringkas.


aku pun potato kejap.

tengok gaya macam orang susah. Aku harap la dia datang dengan suami dia. Kesian jugak aku tengok si gadis. Dari riak wajah, macam budak belasan lagi.

sedih.

alhamdulillah aku dapat peluang sambung belajar.. syukur sangat-sangat. Sungguh aku sedeh tengok si gadis tu.

Habis sembahyang, kedengaran pula seorang pak cik menangis teresak-esak dalam solatnya.
Sebak hati aku wehh..
Rasa macam kerasnya hati aku.. dah buat banyak dosa tapi still buat selamba lalai dalam solat.
Allahu ya Rabbi..

Mata aku tertacap pulak sesusuk tubuh yang nampak jalan terhuyung-hayang dari sebalik langsir.
kemudian berdiri tengak.

Aku gelarkan dia Si Kurang.
kurang siuman secara spesifiknya..

Aku dapat tengok dia tengah perhatikan gerak geri lelaki di sebelahnya menunaikan solat.

Kemudian dia pula yang berdiri dan melakukan pergerakkan solat yang tidak mengikut tertib. Hanya mengikuti orang sekelilingnya dengan senyuman yang paling bahagia
tapi masih juga mahu bersujud kepada Yang Esa.

lagi aku rasa tertampar.

kadang kita yang waras ni, dengan selamba tak mahu sujud kepada Dia.
apakah kita lagi gila dari Si Kurang?


Terima Kasih Tuhan..
Kekuasaan-Mu tiada tandingan,
Bersediakah kita menghadapi Hari Perhitungan?
Sekecil zarah dosa kita tetap akan mendapat balasan
Namun Dia sedia memaafkan
malah dibuka seluas-luasnya pintu pengampunan
selagi roh belum meninggalkan badan
Kembalilah kepada Ar-Rahman.

moga kita sentiasa dalam keredhaan Dia..
in sha Allah..

wassalam..






5 comments

  1. May 2016 be a better year for all of us.. InshaAllah.. Selamat tahun baru.. MD singgah follow sini.. =)

    ReplyDelete
  2. Deep sangat .. ><
    selalu sangat melupakan nikmat apa yg lota dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. harap 2016 ni jadi tahun yang terbaik dari yang sebelumnya.. ^^

      Delete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.