Chocolate Moist Cake (Milo) Recipe

Salamualaikum..
ada masa terluang memandangkan ada la cuti sehari (sempena Xmas) so manfaatkan sebaik mungkin..
Before that, marilah kita sama-sama berdoa and hulurkan sumbangan untuk rakyat-rakyat Malaysia yang dilanda musibah banjir especially Pantai Timur.. pray for them.. and for our country =']

ok.
alhamdulillah..
kek yang dibuat dari scrape tuptup menjadi.. (la jugak)
kempunan punya pasal
p kalo korang dapat bahan yang more better, just go with it..

resepi ni untuk org yang tengah tight budget cam aku (student) p nak jugak merasa..
kalo beli x puas hati makan..
and korang boleh jadi sekreatif yang mungkin di saat-saat darurat
hahaha

ni aku share resepinya:

Bahan-bahan

(A)

250gm gula pasir (di kisar)
1 tin susu cair
200gm mentega
250gm susu pekat
3 paket milo 3-in-1

(B)

2 biji telur
1 sudu besa esen vanila

(C)

150gm tepung gandum
1 sudu  kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

(D) Untuk topping
1 bar chocolate Cadbury Dairy Milk
(aku tak jumpa chocolate masakan kat tempat aku)
badam kisar -ikut suka


*aku takda timbang, so suma bahan-bahan ni aku main predict..
original resepi aku nengok kat sini: ORIGINAL RECIPE

Cara Buat:

Important thing: Panaskan periuk kukus. pastikan air sudah mengelegak bila nak masak kek.
and make sure air korang cukup untuk 1 jam, jangan jadi cam periuk kukus den, dah belobang haha
*tu tak kelaka.. mak aku baru kasi 2 minggu yang lepas.. tskk tsk

1. Masak semua bahan A di atas dapur dengan api yang pelahan sampai bahan-bahan tadi nampak licin. Then, tutup api.
2. Masukkan bahan B pulak.. slow and steady.. bahan A jgn panas sangat..termasak jugak telur yang baru nak masuk tu..haha *precaution step
3. Satukan dengan bahan C. Gaul rata. Masukkan dalam loyang yang sewaktu dengannnya punya saiz. Then, boleh la kukus selama sejam ^^
4. Bila kek da masak, angkat.. letak tepi sat. Dah tu masak coklat (double boiled).. coklat dah cair, boleh la letak kat atas kek sambil tabur badam or chocolate rice ikut suka =)

ni la hasilnya..
boleh la untuk hilangkan rasa mengidam kat kek chocolate moist..

nak try try la.. kita belajar dari pengalaman. Failures are process to success.
tapi kalo korang senang nak dapat bahan-bahan yg boleh buat kek jadi ummphh, better go with it..
ni untuk budget low boleh la.. haha puas pun puas la.. ikut budget memasing

Selamat Mencuba!

Post a Comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.