Musim sekolah dah nak mula..

Salamualaikum,

malam tadi sumpah tak leh nak tido bila fikir pasal dorang Pantai Timur and kawasan-kawasan banjir. Dengar khabar, banjir da nak start masuk negeri-negeri selatan pulak. Sekarang tinggal melaka lagi. Johor pun dijangka banjir. ='[
Aku nak tolong tapi tak mampu. hanya mampu berdoa untuk dipermudahkan dalam menjalankan segala urusan. Aamin.. Stay Strong Malaysia.. Pray For Pantai Timur

tak lama lagi dah nak masuk tahun baru.. beberapa hari lagi ni.. masuk tahun baru memang similar dengan masuk sekolah balik untuk adik-adik yang masih sekolah.. Banjir pulak tak surut lagi.
Macam mana nak buat preparation. Kita tak semua beruntung. Eh, tak selamanya beruntung. Roda tu bulat. Kadang atas, kadang bawah.

bila-bila masa kita boleh rasa kenikmatan dan kepayahan hidup.

Kelmarin aku dengan housemate aku pegi la beli barang sikit untuk dapur kat rumah kitaorang. Kebetulan pulak ada member aku ajak. So, pegi je la..
then housemate aku cakap nak belikan kasut sekolah untuk adik dia. Time tu pulak, mini market yang kitaorang pegi ada buat promosi barangan sekolah la.

Kasut sekolah (no brand) 2 pairs only for RM5!
nama pun no brand, just kasut putih je la.. housemate aku pun pilih saiz untuk adik dia.
Dalam hati aku pun terdetik, aku mana pandang kasut ni dulu..
kalau boleh aku nak kasut converse paling low pun bata.

tak semua kita selamanya beruntung. aku ulang sekali lagi.
mula-mula housemate aku ingatkan sepasang tu 5 hinggit, tapi tengok lagi betol betol memang 2 pasang RM5. so sepasang RM2.50 la..


dulu kasut sekolah aku, aku ingat paling rendah harga pun RM23.99. nasib baik la tak lasak sangat.
tapi tu pun standby 2 pasang, in case kasut tak kering/ basah sebab hujan.

aku pun rasa nak jugak amik set alat tulis faber-castell yang harga RM3.49 dari harga asal nam ringgit lebih. Kaler pencil pun dorang offer RM4 je untuk faber-castell yang panjang tu (12 batang)




tapi takpe la. aku tak perlukan buat masa ni.. pencil warna stabilo aku elok lagi.. jarang sentuh. kalo ada drawing subject baru sentuh rasanya..

hmm zaman sekarang kos sara hidup makin tinggi. nak buang nasik pun kira-kira lagi, masih boleh masak balik ke tak. gaji 2k sekarang tak rasa apa.

tambah-tambah lagi kalo dah banjir setiap tahun. segala harta benda rosak. beli memahal pun tak leh nak selamatkan waktu banjir. rasa membazir pun ada.
harap ditabahkan hati orang-orang yang dilanda musibah banjir ni.. moga dijadikan penghapus dosa.. aamiin.



Chocolate Moist Cake (Milo) Recipe

Salamualaikum..
ada masa terluang memandangkan ada la cuti sehari (sempena Xmas) so manfaatkan sebaik mungkin..
Before that, marilah kita sama-sama berdoa and hulurkan sumbangan untuk rakyat-rakyat Malaysia yang dilanda musibah banjir especially Pantai Timur.. pray for them.. and for our country =']

ok.
alhamdulillah..
kek yang dibuat dari scrape tuptup menjadi.. (la jugak)
kempunan punya pasal
p kalo korang dapat bahan yang more better, just go with it..

resepi ni untuk org yang tengah tight budget cam aku (student) p nak jugak merasa..
kalo beli x puas hati makan..
and korang boleh jadi sekreatif yang mungkin di saat-saat darurat
hahaha

ni aku share resepinya:

Bahan-bahan

(A)

250gm gula pasir (di kisar)
1 tin susu cair
200gm mentega
250gm susu pekat
3 paket milo 3-in-1

(B)

2 biji telur
1 sudu besa esen vanila

(C)

150gm tepung gandum
1 sudu  kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

(D) Untuk topping
1 bar chocolate Cadbury Dairy Milk
(aku tak jumpa chocolate masakan kat tempat aku)
badam kisar -ikut suka


*aku takda timbang, so suma bahan-bahan ni aku main predict..
original resepi aku nengok kat sini: ORIGINAL RECIPE

Cara Buat:

Important thing: Panaskan periuk kukus. pastikan air sudah mengelegak bila nak masak kek.
and make sure air korang cukup untuk 1 jam, jangan jadi cam periuk kukus den, dah belobang haha
*tu tak kelaka.. mak aku baru kasi 2 minggu yang lepas.. tskk tsk

1. Masak semua bahan A di atas dapur dengan api yang pelahan sampai bahan-bahan tadi nampak licin. Then, tutup api.
2. Masukkan bahan B pulak.. slow and steady.. bahan A jgn panas sangat..termasak jugak telur yang baru nak masuk tu..haha *precaution step
3. Satukan dengan bahan C. Gaul rata. Masukkan dalam loyang yang sewaktu dengannnya punya saiz. Then, boleh la kukus selama sejam ^^
4. Bila kek da masak, angkat.. letak tepi sat. Dah tu masak coklat (double boiled).. coklat dah cair, boleh la letak kat atas kek sambil tabur badam or chocolate rice ikut suka =)

ni la hasilnya..
boleh la untuk hilangkan rasa mengidam kat kek chocolate moist..

nak try try la.. kita belajar dari pengalaman. Failures are process to success.
tapi kalo korang senang nak dapat bahan-bahan yg boleh buat kek jadi ummphh, better go with it..
ni untuk budget low boleh la.. haha puas pun puas la.. ikut budget memasing

Selamat Mencuba!

Bersyukur Atas Segalanya

Salamualaikum..

lama juga dah tak menyinggah dekat sini..
eseimen eseimen.. sem pendek memang tersangat la tak best.. hmm best la jugak sebab tak lama lagi dah balik cuti..
yang tak bestnya, kena amek subjek MQA.. and kena buat kerja grouping.

Ni la yang aku maleh.
Bukan sebab apa, kalo buat grouping, tak kira laki/pompuan, bila kita da divide part masing-masing, and hoping dorang buatla kerja seperti yang diharapkan, last-last end up dengan 98% hasil kerja kita sendiri
*marah face

Ni pun sempat menyempat singgah menaip kejap.
Tepu jugak mengadap menghadam segala tulisan, kalo drawing tahan lagi..
ni dah masuk zaman karangan SPM adeh, aku punya bakat penulisan dah makin tumpul la
tak salah g practice kat sini kan? haha

but, aku bersyukur yang aku masih ada peluang lagi..
PELUANG?

yepp.. peluang.. chances..
another chance.

group aku punya assignment ada peluang untuk baiki balik kerja kitaorang..
fuhh nasib..

dan berita yang semakin hot lagi hangat dekat blog-blog famous is,
"Dr. Fatin Liyana Asri Dah Bertunang!"

pergh. eh silap..
Alhamdulillah =]

Syukur, jodohnya udeh sampe..
orangnya lawa, tak salah bina masjid cepat-cepat.
Bakal suami dia? Pun doktor jugak.. fuyoo
eh, alhamdulillah.. ada 'kerja sama' di situ.. seronok!
tak paham leh tanya dengan mr. Husbeng

aku nak jugak carik arkitek. haha p aku syukur je kalo siapa yang dah 'berkenan' tu bukan arkitek.
Tak jadi masalah pun.. SYUKUR!
Engineer pun boley.. jangan CIVIL! (konfhem gado teruk.. haha *kidding.... but that is the fact)

dah baca-baca cerita pertunangan cik kiut miut Dr. FL tu, aku ternampak la satu link, Blogger Paling Cantik kut tak silap aku..

then, rajin lak mata ni nak perhati sorang demi sorang..
SubhanAllah! sungguh la.. aku yang pompuan pun cakap dorang lawa..
apa lagi kaum Adam.. *melting

dan,
hati terasa rendah.. merajuk seketika..
pujuk balik.. syukur.. Alhamdulillah

Aku masih ada rupa paras yang lengkap dengan pancaindera..
masih ada yang sayang.
ALHAMDULILLAH

TERIMA KASIH SEMUA =']






"Blank Space"

salam subuh,

lately, aku punya jadual tido dah bertukar.
tido awal ko.. haa sampai lupa ada kelas.. haha bukan kelaas biasa la.. kelas silat.

dah tidonya kol 9 (malam), kelas silatnya pun start waktu yang sama.. memang tak dan la aku nak pecah badan..

lagipun takda orang nak temankan aku balik.. and, aku sengaja 'grounded' kan diri sendiri =3

tido kol 9, bangun kol 12 tengah malam. haa time ni la internet laju..
(sedangkan aku guna internet sendiri kut.. slow mende nya.. )

bangun tido, bangun tido, otak aku mesti nak nyanyi lagu "Blank Space-Taylor Swift"

hmm nampak gaya lagu tu berjaya pengaruh minda aku.. arghh! tidak!

suka tu memang suka la jugak dengar, tapi kalo mulut sendiri tetiba gerak nyanyi tanpa aku fikir, aa sudah.. tak ke parah tu.. adeh

"cause darling, i'm nightmare dressed like a daydream.."
jyeahh baby~

ada jugak la parody dari Bart Baker yang aku layan, gila aah

korang leh aa singgah kat youtube kalo nak nengok Blank Space-Taylor Swift

aku attach yang Bart Baker Blank Space Parody Version kat sini..
happy watching!



Musim Mengawan dah Sampai!

Assalamualaikum

dah nak sampai penghujung 2014 rupanya. Pejam celik pejam celik je masa berlalu.
kucing-kucing aku pun semua dah besar.

Sedar sedar dah lima ekor kucing dalam rumah aku! ahaha
paling aku sayang ofcos la Prada, Nicole ngn tadaaa newbie: Catniss The Fluffy! a.k.a Fufu ==

ni kucing baru aku.. dan aku baru tau tadi.. dia jantan! omigahh!

sangat-sangat la manja dengan Prada 

Aku rasa bila dah keja nanti, for sure aku buat photo album untuk si Prada's Family ni.. 
nanti ada la tatapan aku kalo umur Prada tak panjang.. sob sob TT







dorang tersangat lah mengada sekarang. Time mengawan dah sampai katakan. 
Aku nak lepaskan tapi sayang. Hmm nak kena beli colar ngn tali dorang, baru best nak bawak jenjalan skali. 


ouch.. sakit lak perut aku nih.. lapa semacam..

kalo korang ada info nak share sal kucing boleh tulis kat ruangan komen yer =)


Childhood Memories: Permainan Budak 90's

Assalamualaikum,
semalam balik lewat lepas habes program Pra AGM (Annual Grand Meeting)
hakak-hakak n habang-habang bawak la g makan reramai dekat restoren melayu (one and only) kat kolej aku nih..

Time makan tu jugak la suma pakat bukak cerita zaman childhood memasing. =)

Seronok tak boleh dibilang. Hampir semua game jugak la di sebut.
Masing-masing pulak dari zaman 90's but different school. Ramai-ramai ni jugak la dok cerita pasal pengalaman masing-masing.

Dari game gasing, guli, pemadam, batu seremban, wau, layang-layang, digimon, sampai la ke cerita cara makan nasik lemak/bihun kat sekolah. haha tu pun mesti ada gaya punya.. gigit kat bahagian bawah plastik makanan tersebut then keluarkan sikit-sikit.
Boleh makan sambil main gitu.. (aku penah buat. success!)


cerita pengalaman pasal gasing, hmm aku tak penah lagi men gasing. tapi dengar cerita abang-abang senior yang mana penang main, makk aihh tersangat la seronok nya.. ada cara main pondan la.. main showoff la.. banyak gila taktik.. aku rasa dulu zaman gasing, aku enjoy main yoyo kut.. eleh buat taktik yoyo pun setakat trick 'long sleeve' pe barang ehe. 


main guli lak aku masih ingat lagi, member sekelas aku time darjah 3. Setiap kali datang mesti bawak guli. sampaikan bilik PK HEM aku penuh bertong-tong (tong sampah yang hitam tu) dengan guli semata. Iye la, dulu guli 10 sen 3 bijik. ada yang lawa seposen satu. masa tu duit belanja sekolah 50 sen pun masih boleh support main guli. 

Mana budak yang bawak seringgit dua ringgit tu dah dicop sebagai anak orang kaya. Macam-macam boleh beli. Zaman sekarang duit belanja 5 ringgit belom tentu kenyang =/




haa yang game pemadam ni aku pun join sekali. tapi aku tak sempat nak kumpul semua negara (sebab pemadam yang aku main kira cam gambar di atas) pensil case aku hilang.. tsk tsk ='/
paling best kalo dah kumpol bebanyak, nak cukupkan collection, boleh la g trade dengan member mana yang ada negara kita nak. terasa macam conversation nak beli negara tu quite sensetip kalo orang tak paham. aha 

"Dil, ko ada negara apa? Aku takda Malaysia aa"
" Aku ada 3 Malaysia, ko ada Australia tak?"
"Ada-ada. Aku trade dengan ko Australia, kasi aku Malaysia" 

aa gitu la conversation nya.. tapi idea buat pemadam dengan printed flag ni bagus jugak, cer tanya budak zaman sekarang bendera Russia cengana? konfhem membilang-bilang lagi. kalo bendera negeri sendiri pun boleh lupa, jauh lagi la nak ingat bendera negara len.. so, adik-adik.. belaja lebih sikit yaa..



batu seremban. permainan yang agak sinonim dengan budak perempuan.. katanya. p member aku dulu paling terer dalam kelas budak laki. pantang tengok kitaorang keluarkan batu dari beg, mesti dia dah tunggu kat lantai.. dulu kelas aku ada pasang tikar getah dalam kelas. nak masuk kelas kena bukak kasut. So, kitaorang main kat bawah la.. yang paling tak leh tahan kalo ada member stoking bau 'stong' n stoking lubang.. habes aa dia haritu.. kena bahan tak sudah!



Wau and layang-layang adalah satu benda yang berbeza. Dari nama lagi dah jelas perbezaan. Even cara permainan yang lebih kurang, tapi wau ada keunikan yang tersendiri, mengeluarkan bunyi yang 'quite scary'. Sebab, bentuk wau yang unik and bila bertembung dengan desiran angin yang kuat tu yang buat special 'effect' gitu. (dan sayangnya aku tak penah men wau, dan aku pun baru tau pasal special effect tu malam tadi.. ehe) 

bab layang-layang aku penah la main.. itu pun jarang sebab kawasan rumah aku banyak sangat wayar berselirat. nak main kena tunggu mak sibuk buat hal dia, baru boleh main.. dari mainan macam ni sedar tak sedar dah belajar ilmu fizik secara tak langsung. Sekarang susah nak nengok layang-layang terbang, lagi-lagi lah wau kalo duduk kat tengah bandar.. hmm kim salam. persekitaran yang tak mengizinkan langsung =/


main teng-teng ni kira da jadi permainan wajib setiap petang kat rumah aku. haa main lah dengan adik beradik suma, carik batu, tikam then melompat-lompat la atas petak-petak tu.. salah lompat, eliminated terus.. hahaha

ni game yang bila sembang malam tadi ramai jugak yang tak penah main. aku panggil game Pok. tak tau la tempat lain panggil apa. Pok ni kira daun terup yang kecik-kecik, tapi takde pekdah pun nak nengok spade ke heart ke apa, game dia cam men guli jugak. awal-awal sapa yang join tu aku letak pok kat tengah-tengah. Then, sorang demi sorang aku cuba hentakkan tangan (seperti gaya di atas) untuk produce angin, bagi pok tu tebalik.. mana yang terbalik dia punya la.. sapa yang terer, sekali hentak je dah semua terbalik. hmm huntong la nak.. balik sekolah tangan merah-merah sebab hentak kuat sangat kat lantai. p ilmu fizik dapat jugak, amacam? ohsem kan?





dah penat main mainan fizikal, masuk rumah, adik beradik ajak men huruf. Lebih kurang macam contoh di atas, Huruf feveret aku, N P A S B D banyak la jugak, sampai ada yang nak kena kan member or adik beradik sendiri g request huruf Z. naa hengkau~ mana nak carik negeri Z. Time tu mano la ada google ke apa. Semata tak nak kalah tu, g lah bukak peta (sanggup tu) amek la mana lagi nama negera yang orang tak amek lagi.. kalo orang amek markah jadi 50. menyumbang kepada kekalahan tu.. hahaha




tak cukup dengan mainan huruf, disebabkan buku garis satu hbes koyak kat tengah sebab nak main huruf, buku matematik pun apa kurangnya. boleh tahan jadi mangsa main titik. pen yang biasanya akan dipakai memang merah n biru. time sekolah rendah mana pakai pen nak tulis. yang ad dalam pencil case, pensil kayu 2 batang, pemadam, pengasah pensel, pembaris. kira complete set dah tu. 

sapa yang ada pen konfhem ada aje yang sibuk tanya kenapa bawak pen la, nak tulis apa la.. darjat sebatang pen zaman sekolah aku dulu tersangatlah tinggi. Even just pen kilometrico tu (badan kaler kuning kusam) 

main titik ni kalo main nak budak gegurl siap ada bawak pembaris, nak kasi garisan 'kawasan rumah' dia lurus gittiew.. budak laki, hmmph apa kesah.. kalo takda rules cakap main macam mana, sampai ke meja aa sanggup conteng, semata tak nak kalah! 

but the end of game, sakit hati memang ada, p habis kat situ je la.. takdanya nak buli ke apa.. cukup hanya sebuah permainan. biasanya kalo dah habis game, ketas game ni akan jadi 'kapal terbang'.. dari tingkat 2 tu terbangkan sampai ke klinik gigi sekolah. hahaha


mana yang dah up sikit, main game boy ni. dok la main susun-susun bata. aku ingat lagi dulu, kat rumah aku ada 2 benda ni. ada banyak pilihan game dalam ni, rupa tak ada la macam grafik 3d habes, just pixel-pixel yang pecah tu la.. beli pun RM 8.90. Kira mahal la tu.. 

List game dlm tu:
A: Game nyamuk aku gelar coz big bos dia cam mosquito
B: Car racing, serious ketagih main. kalo dah terer main sampai 3 lane. hahaha
C- Z: dah start game susun bata. aku selalunya main huruf P kalo tak silap aku


mana yang dah maju lagi siap ada PC kat rumah (komputer tebal) tu mula la menghadap game Solitaire. sangat-sangat puas hati kalo dah dapat main sampai menang (seperti gambar di atas)
siap panggil adik beradik lagi soh tengok yang dia dah menang.. 

oh ohsemnya!


dari satu topik ke satu topik di sentuh. lab kat sekolah la, masuk awal semata rebut bangku yang tak goyang (ok, tu aku). cerita member g curik kertas litmus (aku pun penah amek jugak)
kertas litmus yang untuk kesan asid/ alkali tu. jakun kejap nengok. tu yang gi amek bawak balik, sibuk nak try sana sini barang mak kat dapo. (maap mr. wong)

paling extreme yang aku dengar semalam, cerita member dorang g amek bunsen burner tu buat masak megi kat asrama. itu memang tak leh blah. sempat menyempat je.

Penunu Bunsen (Bunsen Burner) 


tak kira lagi mana yang dok asrama cerita pasal member kentut time sembahyang, ada yang kentut tertahan-tahan, tapi bau dia.. masha Allah.. silent weapon tu..
yang parah lagi kalo time sujud tu (budak laki) member pegi angkat kain pelikat sampai nampak punggung! (ok. aku tak penah buat yang tu.. )
berdekah-dekah kitaorang sembang semalam. aish aish aish


kalo pengalaman aku pulak, aku penah la dok asrama kejap.. apa yang aku buat, g ikat kain and telekung member dengan member yang lain.. nanti tengok la macam mana dorang nak bangun.. tetarik sana sini. ada yang marah gila, sampai hilang ayu muka, ada yang siap nanges lagi..  (sila jangan ikut yer.. time tu budak lagi.. sorry gurls..)

banyak la.. kalo nak cerita semua malam tadi memang tak balik kitorang semua.

tu la yang best kalo kita berkawan. banyak benda yang kita tak tau, dia tau.. mana la tau, benda yang kita tau, dia tak tau.. seronok bila part sharing experience ni..

so, pesanan dari aku, hargai lah member-member korang.

mana-mana pengalaman korang nak share, boleh tulis kat ruangan komen. ni pengalaman aku, mana tau pengalaman korang pun boleh tahan kelakar jugak.

Thanks for reading my entry!

GIVEAWAY KUSARAH 2014


Assalamualaikum..meh jum join =)


*klik banner untuk join

Syarat-syarat penyertaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Seorang blogger sama ada lelaki atau perempuan
  • Patuhi semua syarat yang ditetapkan
Start : 25 November 2014
Deadline : 25 December 2014
Winner Announce : 27 December 2014 (My Birthday! Tick on your calendar :p)


PRIZES

Top Refferral; [ 1 Winner ]
  • Tribal Blouse
  • 2x Button Badge

Top Comment in your entry (more than 40 comment); [ 1 Winner ]
  • 2x Chiffon Shawl 

Random Winner; [ 5 Winner ]
  • 5x Mystery Gift

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.