Musim sekolah dah nak mula..

Salamualaikum,

malam tadi sumpah tak leh nak tido bila fikir pasal dorang Pantai Timur and kawasan-kawasan banjir. Dengar khabar, banjir da nak start masuk negeri-negeri selatan pulak. Sekarang tinggal melaka lagi. Johor pun dijangka banjir. ='[
Aku nak tolong tapi tak mampu. hanya mampu berdoa untuk dipermudahkan dalam menjalankan segala urusan. Aamin.. Stay Strong Malaysia.. Pray For Pantai Timur

tak lama lagi dah nak masuk tahun baru.. beberapa hari lagi ni.. masuk tahun baru memang similar dengan masuk sekolah balik untuk adik-adik yang masih sekolah.. Banjir pulak tak surut lagi.
Macam mana nak buat preparation. Kita tak semua beruntung. Eh, tak selamanya beruntung. Roda tu bulat. Kadang atas, kadang bawah.

bila-bila masa kita boleh rasa kenikmatan dan kepayahan hidup.

Kelmarin aku dengan housemate aku pegi la beli barang sikit untuk dapur kat rumah kitaorang. Kebetulan pulak ada member aku ajak. So, pegi je la..
then housemate aku cakap nak belikan kasut sekolah untuk adik dia. Time tu pulak, mini market yang kitaorang pegi ada buat promosi barangan sekolah la.

Kasut sekolah (no brand) 2 pairs only for RM5!
nama pun no brand, just kasut putih je la.. housemate aku pun pilih saiz untuk adik dia.
Dalam hati aku pun terdetik, aku mana pandang kasut ni dulu..
kalau boleh aku nak kasut converse paling low pun bata.

tak semua kita selamanya beruntung. aku ulang sekali lagi.
mula-mula housemate aku ingatkan sepasang tu 5 hinggit, tapi tengok lagi betol betol memang 2 pasang RM5. so sepasang RM2.50 la..


dulu kasut sekolah aku, aku ingat paling rendah harga pun RM23.99. nasib baik la tak lasak sangat.
tapi tu pun standby 2 pasang, in case kasut tak kering/ basah sebab hujan.

aku pun rasa nak jugak amik set alat tulis faber-castell yang harga RM3.49 dari harga asal nam ringgit lebih. Kaler pencil pun dorang offer RM4 je untuk faber-castell yang panjang tu (12 batang)




tapi takpe la. aku tak perlukan buat masa ni.. pencil warna stabilo aku elok lagi.. jarang sentuh. kalo ada drawing subject baru sentuh rasanya..

hmm zaman sekarang kos sara hidup makin tinggi. nak buang nasik pun kira-kira lagi, masih boleh masak balik ke tak. gaji 2k sekarang tak rasa apa.

tambah-tambah lagi kalo dah banjir setiap tahun. segala harta benda rosak. beli memahal pun tak leh nak selamatkan waktu banjir. rasa membazir pun ada.
harap ditabahkan hati orang-orang yang dilanda musibah banjir ni.. moga dijadikan penghapus dosa.. aamiin.



Chocolate Moist Cake (Milo) Recipe

Salamualaikum..
ada masa terluang memandangkan ada la cuti sehari (sempena Xmas) so manfaatkan sebaik mungkin..
Before that, marilah kita sama-sama berdoa and hulurkan sumbangan untuk rakyat-rakyat Malaysia yang dilanda musibah banjir especially Pantai Timur.. pray for them.. and for our country =']

ok.
alhamdulillah..
kek yang dibuat dari scrape tuptup menjadi.. (la jugak)
kempunan punya pasal
p kalo korang dapat bahan yang more better, just go with it..

resepi ni untuk org yang tengah tight budget cam aku (student) p nak jugak merasa..
kalo beli x puas hati makan..
and korang boleh jadi sekreatif yang mungkin di saat-saat darurat
hahaha

ni aku share resepinya:

Bahan-bahan

(A)

250gm gula pasir (di kisar)
1 tin susu cair
200gm mentega
250gm susu pekat
3 paket milo 3-in-1

(B)

2 biji telur
1 sudu besa esen vanila

(C)

150gm tepung gandum
1 sudu  kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

(D) Untuk topping
1 bar chocolate Cadbury Dairy Milk
(aku tak jumpa chocolate masakan kat tempat aku)
badam kisar -ikut suka


*aku takda timbang, so suma bahan-bahan ni aku main predict..
original resepi aku nengok kat sini: ORIGINAL RECIPE

Cara Buat:

Important thing: Panaskan periuk kukus. pastikan air sudah mengelegak bila nak masak kek.
and make sure air korang cukup untuk 1 jam, jangan jadi cam periuk kukus den, dah belobang haha
*tu tak kelaka.. mak aku baru kasi 2 minggu yang lepas.. tskk tsk

1. Masak semua bahan A di atas dapur dengan api yang pelahan sampai bahan-bahan tadi nampak licin. Then, tutup api.
2. Masukkan bahan B pulak.. slow and steady.. bahan A jgn panas sangat..termasak jugak telur yang baru nak masuk tu..haha *precaution step
3. Satukan dengan bahan C. Gaul rata. Masukkan dalam loyang yang sewaktu dengannnya punya saiz. Then, boleh la kukus selama sejam ^^
4. Bila kek da masak, angkat.. letak tepi sat. Dah tu masak coklat (double boiled).. coklat dah cair, boleh la letak kat atas kek sambil tabur badam or chocolate rice ikut suka =)

ni la hasilnya..
boleh la untuk hilangkan rasa mengidam kat kek chocolate moist..

nak try try la.. kita belajar dari pengalaman. Failures are process to success.
tapi kalo korang senang nak dapat bahan-bahan yg boleh buat kek jadi ummphh, better go with it..
ni untuk budget low boleh la.. haha puas pun puas la.. ikut budget memasing

Selamat Mencuba!

Bersyukur Atas Segalanya

Salamualaikum..

lama juga dah tak menyinggah dekat sini..
eseimen eseimen.. sem pendek memang tersangat la tak best.. hmm best la jugak sebab tak lama lagi dah balik cuti..
yang tak bestnya, kena amek subjek MQA.. and kena buat kerja grouping.

Ni la yang aku maleh.
Bukan sebab apa, kalo buat grouping, tak kira laki/pompuan, bila kita da divide part masing-masing, and hoping dorang buatla kerja seperti yang diharapkan, last-last end up dengan 98% hasil kerja kita sendiri
*marah face

Ni pun sempat menyempat singgah menaip kejap.
Tepu jugak mengadap menghadam segala tulisan, kalo drawing tahan lagi..
ni dah masuk zaman karangan SPM adeh, aku punya bakat penulisan dah makin tumpul la
tak salah g practice kat sini kan? haha

but, aku bersyukur yang aku masih ada peluang lagi..
PELUANG?

yepp.. peluang.. chances..
another chance.

group aku punya assignment ada peluang untuk baiki balik kerja kitaorang..
fuhh nasib..

dan berita yang semakin hot lagi hangat dekat blog-blog famous is,
"Dr. Fatin Liyana Asri Dah Bertunang!"

pergh. eh silap..
Alhamdulillah =]

Syukur, jodohnya udeh sampe..
orangnya lawa, tak salah bina masjid cepat-cepat.
Bakal suami dia? Pun doktor jugak.. fuyoo
eh, alhamdulillah.. ada 'kerja sama' di situ.. seronok!
tak paham leh tanya dengan mr. Husbeng

aku nak jugak carik arkitek. haha p aku syukur je kalo siapa yang dah 'berkenan' tu bukan arkitek.
Tak jadi masalah pun.. SYUKUR!
Engineer pun boley.. jangan CIVIL! (konfhem gado teruk.. haha *kidding.... but that is the fact)

dah baca-baca cerita pertunangan cik kiut miut Dr. FL tu, aku ternampak la satu link, Blogger Paling Cantik kut tak silap aku..

then, rajin lak mata ni nak perhati sorang demi sorang..
SubhanAllah! sungguh la.. aku yang pompuan pun cakap dorang lawa..
apa lagi kaum Adam.. *melting

dan,
hati terasa rendah.. merajuk seketika..
pujuk balik.. syukur.. Alhamdulillah

Aku masih ada rupa paras yang lengkap dengan pancaindera..
masih ada yang sayang.
ALHAMDULILLAH

TERIMA KASIH SEMUA =']






"Blank Space"

salam subuh,

lately, aku punya jadual tido dah bertukar.
tido awal ko.. haa sampai lupa ada kelas.. haha bukan kelaas biasa la.. kelas silat.

dah tidonya kol 9 (malam), kelas silatnya pun start waktu yang sama.. memang tak dan la aku nak pecah badan..

lagipun takda orang nak temankan aku balik.. and, aku sengaja 'grounded' kan diri sendiri =3

tido kol 9, bangun kol 12 tengah malam. haa time ni la internet laju..
(sedangkan aku guna internet sendiri kut.. slow mende nya.. )

bangun tido, bangun tido, otak aku mesti nak nyanyi lagu "Blank Space-Taylor Swift"

hmm nampak gaya lagu tu berjaya pengaruh minda aku.. arghh! tidak!

suka tu memang suka la jugak dengar, tapi kalo mulut sendiri tetiba gerak nyanyi tanpa aku fikir, aa sudah.. tak ke parah tu.. adeh

"cause darling, i'm nightmare dressed like a daydream.."
jyeahh baby~

ada jugak la parody dari Bart Baker yang aku layan, gila aah

korang leh aa singgah kat youtube kalo nak nengok Blank Space-Taylor Swift

aku attach yang Bart Baker Blank Space Parody Version kat sini..
happy watching!



Musim Mengawan dah Sampai!

Assalamualaikum

dah nak sampai penghujung 2014 rupanya. Pejam celik pejam celik je masa berlalu.
kucing-kucing aku pun semua dah besar.

Sedar sedar dah lima ekor kucing dalam rumah aku! ahaha
paling aku sayang ofcos la Prada, Nicole ngn tadaaa newbie: Catniss The Fluffy! a.k.a Fufu ==

ni kucing baru aku.. dan aku baru tau tadi.. dia jantan! omigahh!

sangat-sangat la manja dengan Prada 

Aku rasa bila dah keja nanti, for sure aku buat photo album untuk si Prada's Family ni.. 
nanti ada la tatapan aku kalo umur Prada tak panjang.. sob sob TT







dorang tersangat lah mengada sekarang. Time mengawan dah sampai katakan. 
Aku nak lepaskan tapi sayang. Hmm nak kena beli colar ngn tali dorang, baru best nak bawak jenjalan skali. 


ouch.. sakit lak perut aku nih.. lapa semacam..

kalo korang ada info nak share sal kucing boleh tulis kat ruangan komen yer =)


Childhood Memories: Permainan Budak 90's

Assalamualaikum,
semalam balik lewat lepas habes program Pra AGM (Annual Grand Meeting)
hakak-hakak n habang-habang bawak la g makan reramai dekat restoren melayu (one and only) kat kolej aku nih..

Time makan tu jugak la suma pakat bukak cerita zaman childhood memasing. =)

Seronok tak boleh dibilang. Hampir semua game jugak la di sebut.
Masing-masing pulak dari zaman 90's but different school. Ramai-ramai ni jugak la dok cerita pasal pengalaman masing-masing.

Dari game gasing, guli, pemadam, batu seremban, wau, layang-layang, digimon, sampai la ke cerita cara makan nasik lemak/bihun kat sekolah. haha tu pun mesti ada gaya punya.. gigit kat bahagian bawah plastik makanan tersebut then keluarkan sikit-sikit.
Boleh makan sambil main gitu.. (aku penah buat. success!)


cerita pengalaman pasal gasing, hmm aku tak penah lagi men gasing. tapi dengar cerita abang-abang senior yang mana penang main, makk aihh tersangat la seronok nya.. ada cara main pondan la.. main showoff la.. banyak gila taktik.. aku rasa dulu zaman gasing, aku enjoy main yoyo kut.. eleh buat taktik yoyo pun setakat trick 'long sleeve' pe barang ehe. 


main guli lak aku masih ingat lagi, member sekelas aku time darjah 3. Setiap kali datang mesti bawak guli. sampaikan bilik PK HEM aku penuh bertong-tong (tong sampah yang hitam tu) dengan guli semata. Iye la, dulu guli 10 sen 3 bijik. ada yang lawa seposen satu. masa tu duit belanja sekolah 50 sen pun masih boleh support main guli. 

Mana budak yang bawak seringgit dua ringgit tu dah dicop sebagai anak orang kaya. Macam-macam boleh beli. Zaman sekarang duit belanja 5 ringgit belom tentu kenyang =/




haa yang game pemadam ni aku pun join sekali. tapi aku tak sempat nak kumpul semua negara (sebab pemadam yang aku main kira cam gambar di atas) pensil case aku hilang.. tsk tsk ='/
paling best kalo dah kumpol bebanyak, nak cukupkan collection, boleh la g trade dengan member mana yang ada negara kita nak. terasa macam conversation nak beli negara tu quite sensetip kalo orang tak paham. aha 

"Dil, ko ada negara apa? Aku takda Malaysia aa"
" Aku ada 3 Malaysia, ko ada Australia tak?"
"Ada-ada. Aku trade dengan ko Australia, kasi aku Malaysia" 

aa gitu la conversation nya.. tapi idea buat pemadam dengan printed flag ni bagus jugak, cer tanya budak zaman sekarang bendera Russia cengana? konfhem membilang-bilang lagi. kalo bendera negeri sendiri pun boleh lupa, jauh lagi la nak ingat bendera negara len.. so, adik-adik.. belaja lebih sikit yaa..



batu seremban. permainan yang agak sinonim dengan budak perempuan.. katanya. p member aku dulu paling terer dalam kelas budak laki. pantang tengok kitaorang keluarkan batu dari beg, mesti dia dah tunggu kat lantai.. dulu kelas aku ada pasang tikar getah dalam kelas. nak masuk kelas kena bukak kasut. So, kitaorang main kat bawah la.. yang paling tak leh tahan kalo ada member stoking bau 'stong' n stoking lubang.. habes aa dia haritu.. kena bahan tak sudah!



Wau and layang-layang adalah satu benda yang berbeza. Dari nama lagi dah jelas perbezaan. Even cara permainan yang lebih kurang, tapi wau ada keunikan yang tersendiri, mengeluarkan bunyi yang 'quite scary'. Sebab, bentuk wau yang unik and bila bertembung dengan desiran angin yang kuat tu yang buat special 'effect' gitu. (dan sayangnya aku tak penah men wau, dan aku pun baru tau pasal special effect tu malam tadi.. ehe) 

bab layang-layang aku penah la main.. itu pun jarang sebab kawasan rumah aku banyak sangat wayar berselirat. nak main kena tunggu mak sibuk buat hal dia, baru boleh main.. dari mainan macam ni sedar tak sedar dah belajar ilmu fizik secara tak langsung. Sekarang susah nak nengok layang-layang terbang, lagi-lagi lah wau kalo duduk kat tengah bandar.. hmm kim salam. persekitaran yang tak mengizinkan langsung =/


main teng-teng ni kira da jadi permainan wajib setiap petang kat rumah aku. haa main lah dengan adik beradik suma, carik batu, tikam then melompat-lompat la atas petak-petak tu.. salah lompat, eliminated terus.. hahaha

ni game yang bila sembang malam tadi ramai jugak yang tak penah main. aku panggil game Pok. tak tau la tempat lain panggil apa. Pok ni kira daun terup yang kecik-kecik, tapi takde pekdah pun nak nengok spade ke heart ke apa, game dia cam men guli jugak. awal-awal sapa yang join tu aku letak pok kat tengah-tengah. Then, sorang demi sorang aku cuba hentakkan tangan (seperti gaya di atas) untuk produce angin, bagi pok tu tebalik.. mana yang terbalik dia punya la.. sapa yang terer, sekali hentak je dah semua terbalik. hmm huntong la nak.. balik sekolah tangan merah-merah sebab hentak kuat sangat kat lantai. p ilmu fizik dapat jugak, amacam? ohsem kan?





dah penat main mainan fizikal, masuk rumah, adik beradik ajak men huruf. Lebih kurang macam contoh di atas, Huruf feveret aku, N P A S B D banyak la jugak, sampai ada yang nak kena kan member or adik beradik sendiri g request huruf Z. naa hengkau~ mana nak carik negeri Z. Time tu mano la ada google ke apa. Semata tak nak kalah tu, g lah bukak peta (sanggup tu) amek la mana lagi nama negera yang orang tak amek lagi.. kalo orang amek markah jadi 50. menyumbang kepada kekalahan tu.. hahaha




tak cukup dengan mainan huruf, disebabkan buku garis satu hbes koyak kat tengah sebab nak main huruf, buku matematik pun apa kurangnya. boleh tahan jadi mangsa main titik. pen yang biasanya akan dipakai memang merah n biru. time sekolah rendah mana pakai pen nak tulis. yang ad dalam pencil case, pensil kayu 2 batang, pemadam, pengasah pensel, pembaris. kira complete set dah tu. 

sapa yang ada pen konfhem ada aje yang sibuk tanya kenapa bawak pen la, nak tulis apa la.. darjat sebatang pen zaman sekolah aku dulu tersangatlah tinggi. Even just pen kilometrico tu (badan kaler kuning kusam) 

main titik ni kalo main nak budak gegurl siap ada bawak pembaris, nak kasi garisan 'kawasan rumah' dia lurus gittiew.. budak laki, hmmph apa kesah.. kalo takda rules cakap main macam mana, sampai ke meja aa sanggup conteng, semata tak nak kalah! 

but the end of game, sakit hati memang ada, p habis kat situ je la.. takdanya nak buli ke apa.. cukup hanya sebuah permainan. biasanya kalo dah habis game, ketas game ni akan jadi 'kapal terbang'.. dari tingkat 2 tu terbangkan sampai ke klinik gigi sekolah. hahaha


mana yang dah up sikit, main game boy ni. dok la main susun-susun bata. aku ingat lagi dulu, kat rumah aku ada 2 benda ni. ada banyak pilihan game dalam ni, rupa tak ada la macam grafik 3d habes, just pixel-pixel yang pecah tu la.. beli pun RM 8.90. Kira mahal la tu.. 

List game dlm tu:
A: Game nyamuk aku gelar coz big bos dia cam mosquito
B: Car racing, serious ketagih main. kalo dah terer main sampai 3 lane. hahaha
C- Z: dah start game susun bata. aku selalunya main huruf P kalo tak silap aku


mana yang dah maju lagi siap ada PC kat rumah (komputer tebal) tu mula la menghadap game Solitaire. sangat-sangat puas hati kalo dah dapat main sampai menang (seperti gambar di atas)
siap panggil adik beradik lagi soh tengok yang dia dah menang.. 

oh ohsemnya!


dari satu topik ke satu topik di sentuh. lab kat sekolah la, masuk awal semata rebut bangku yang tak goyang (ok, tu aku). cerita member g curik kertas litmus (aku pun penah amek jugak)
kertas litmus yang untuk kesan asid/ alkali tu. jakun kejap nengok. tu yang gi amek bawak balik, sibuk nak try sana sini barang mak kat dapo. (maap mr. wong)

paling extreme yang aku dengar semalam, cerita member dorang g amek bunsen burner tu buat masak megi kat asrama. itu memang tak leh blah. sempat menyempat je.

Penunu Bunsen (Bunsen Burner) 


tak kira lagi mana yang dok asrama cerita pasal member kentut time sembahyang, ada yang kentut tertahan-tahan, tapi bau dia.. masha Allah.. silent weapon tu..
yang parah lagi kalo time sujud tu (budak laki) member pegi angkat kain pelikat sampai nampak punggung! (ok. aku tak penah buat yang tu.. )
berdekah-dekah kitaorang sembang semalam. aish aish aish


kalo pengalaman aku pulak, aku penah la dok asrama kejap.. apa yang aku buat, g ikat kain and telekung member dengan member yang lain.. nanti tengok la macam mana dorang nak bangun.. tetarik sana sini. ada yang marah gila, sampai hilang ayu muka, ada yang siap nanges lagi..  (sila jangan ikut yer.. time tu budak lagi.. sorry gurls..)

banyak la.. kalo nak cerita semua malam tadi memang tak balik kitorang semua.

tu la yang best kalo kita berkawan. banyak benda yang kita tak tau, dia tau.. mana la tau, benda yang kita tau, dia tak tau.. seronok bila part sharing experience ni..

so, pesanan dari aku, hargai lah member-member korang.

mana-mana pengalaman korang nak share, boleh tulis kat ruangan komen. ni pengalaman aku, mana tau pengalaman korang pun boleh tahan kelakar jugak.

Thanks for reading my entry!

GIVEAWAY KUSARAH 2014


Assalamualaikum..meh jum join =)


*klik banner untuk join

Syarat-syarat penyertaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Seorang blogger sama ada lelaki atau perempuan
  • Patuhi semua syarat yang ditetapkan
Start : 25 November 2014
Deadline : 25 December 2014
Winner Announce : 27 December 2014 (My Birthday! Tick on your calendar :p)


PRIZES

Top Refferral; [ 1 Winner ]
  • Tribal Blouse
  • 2x Button Badge

Top Comment in your entry (more than 40 comment); [ 1 Winner ]
  • 2x Chiffon Shawl 

Random Winner; [ 5 Winner ]
  • 5x Mystery Gift

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

Penangan Masterchef

Assalamualaikum.. ehe lama juga tak update sini. Takda cerita aku nak cerita..

Balik ke nogri awal sangat, so buat la koja macam cuti.. tido makan mandi berak semua.. kebosanan gler.. and menghabehkan duit belanja.. antara hobi aku bila tak tau nak buat apa.

Dalam seminggu pas aku balik kolej, keja aku makannnnnn jer..
tak tau la berape dah berat badan ni haa
dok makan tart telur, chocolate moist, banan cheese (dun worry, aku masak sendiri.. tak jumpa pun kat sini.. jumpa pun mahal nak mampoihh)
ni la penangan nengok masterchef.. khatam dah masterchef season 5 dengan junior masterchef season 1..
Judges: Graham Elliot, Gordon Ramsay and Joe Bastianich 


Masterchef US Season 5 
Winner: Courtney,25
Runner Up: Elizabeth, 31

Aku sokong Elizabeth, and Francis B. Sayangnya Francis B kelua awal.. tsk tsk

 tadi baru je menghabehkan latest episode junior masterchef season 2..sokong Oona! memandangkan si hensem Levi and Mitchell, adik-adik aku dah terkulua..sob sob tsk tsk~ sdehh.. takpa, ada dua orang lagi adik aku, Logan still ada.. so, go Oona and Logan! do your best!







Masterchef Junior Season 1. 
Winner: Alexander, 13
Runner-up: Dara, 12

kat season 1 aku sokong Jack dengan Alexander. Comelll sesangat dorang. Dari kecik lagi dah diberi pendedahan kat dunia masakan.. jelly nya aku.. TT


Masterchef Junior Season 2



bebudak ni masak mengalahkan adult, tu yang takleh blah.. aku sama je, umur 9 soploh taun dah start pegang ayam potong masak semua.. tapi tu la.. sayangnya negara aku ni tak pandang semua benda tu.. tau nak bebudak cemerlang akedemik je.. ikut pengalaman aku time doblas taun dah adun main asing kek bagai.. aarghh past is past la adehh..

taper.. taper.. cold down nengok adik-adik aku nih:

Levi, 12 
eliminated week 4 (with Josh)


Mitchell, 12 
eliminated week 2 

Logan, 11
still in competition =)

Oona, 9
still standing in competition ! hoyeahh!

Moment-moment dorang dedikasikan hidup dorang saat-saat terakhir.. aku lak yang nebes nengok kekadang.. kecomelan kehenseman dorang haihh melting~~ tauk! jellyy~~










benda camni la kekadang (..selalunya) jadi pembakar semangat aku.. dedikasi saat-saat terakhir dalam hidup untuk jadi yang terbaik.. haha

ok. cukup dengan masterchef. aku punya sem ni sangatlah bohsannnn~~
2 subjek je.. citer pe? subjek boring lak tu.. sem pendek la katakan.. iye lerr..

rasa cam baik aku g praktikal.. p takpa la.. alang-alang je.. 8 minggu je pun kelasnya.. kelas punya jadual pun macam nak tak nak je ada kelas. isnin awalllll pagi kelas, sampai kol 10.. petang sampai kol 5.. tu je yang pack.. hari len? kalo rumah aku dekat, setiap petang aku balik.. hahaha

tadi otw aku balik dari opis, aku dengan selambanya berjalan sambil telinga ditekap oleh headphone..
rasa macam ada tak kena, feelin kena follow gitu? then, aku lurutkan la headphone dari kelapa, sangut kat leher.. cik cik cik bunyik dari belakang.. malas nak noleh..
aku nengok nset, call la Mak Long, tanya dia dah gerak lom..

Sekali aku perasan la ada bunyik orang gelak.. hmm tak leh jadi nihh..
dan aku pun menoleh ke belakang..
tader orangg....pun..pandang sekali lagi..
sekor anjing putih belang coklat follow.. laaa~~ adeh.. sakit jantung den.. tersumpah kat mak long pulak.. haha nasib la tak buat acara lari 400m berpagar haa ..

cukup-cukup la dengan kucen-kucen.. ni anjing pun nak jugak follow aku.. hmm tak leh jadi ni..

aww yeah, tu je la perkhabaran dari aku from nogri..
psstt~ aku start men sim free play balik, dunload the voice.. nengok online running man.. hahaha habehkan internet sebelom depa datang.. hahaha kejam siaa.. ! tader la.. ade je lagi..

babai~



Happy Belated Burfday dear Buddyz! B.F.F (Buddyz-Friendship-Forever)







Salamualalaikum !

cerita pasal semalam dan harini, aku berkesempatan keluar sembang (lepak) dengan member-member aku merangkap buddyz.





Memandangkan aku pun jarang jumpa dah dengan dorang sejak dua menjak sibuk dengan kertas yang gulung-gulung, maka aku bila tiba burfday dorang aku belikan la hadiah. Tader la yang vogue gitiew but based my affordability aku la. Setakat mana aku mampu. Aku pun mano la keja lagi nya pun.. haha

Yang si Cik Pipah nya, burfday dia tempoh hari.. dalam bulan 10.
Lady Eqa lak bulan 2 lepas.. yang ni memang aku kasam hadiah dia berabis. Sampai dah takda stok tempat aku beli barang tu.. hahaha punya la lama gila aku perap.

Bulan 2 kut, nak expect apa, aku pun mana balik raya haritu.. tsk tsk~

And as a friend when dorang appreciate hadiah yang kita kasi, aku tersangat lah happy! yippiee~~
memang la orang terima hadiah gembira kan? but, korang penah tak rasa hadiah korang di'return-back'?
ouch.. thats hurt u know.. orang yang kita kasi tu bukan laki k.. mm paham paham je la.. maybe hadiah kita tak setaraf dengan dia.. iye dak... terima je la seadanya.. huhu TT

Dorang tag aku kat ig, happy nya tengok dorang terima hadiah tu.. takot la kena reject huhu

Happy burfday to korang,

firstly to Cik Pipah,
who always near my side...
happy belated burfay uii~~ welkem to 19, the last age in 'teen' stage,
I always update ur progress from nogri, so anything happen n u wanted to share or afiis bully u just give me a call hahaha
do all da best for ur stpm, wishing u success ur stpm!
hoping u still maintain cute like this forever ever after..hahaha (but ur height already higher than me..tsk tsk)
may Allah bless ur life.. ~

and dearly my lady, EqaSham,
the one who always be my bestie from school level until now,
selamat hari tua pokk! u only have less than 3 months to spend in 'teen' stage..
and after that u going to 'ty' level.. hahaha feel older huh? accept it!
its feel like yesterday we escaped the class and go climb the tree..(gilo zaman dolu-dolu haa)
dun forget to invite me for ur wedding~
wish all da best for ur engineering things
please, do keep ur 'prettyness' face, maintain ur body weight.. dun be like papan sekeping haha
may Allah bless ur life also.. !



                                             


                                             


naa kau.. tak alang alang aku kasi, grenade.. ko ada? hahaha
tudung tu alhamdulillah tak menghampakan aku, takot sangat nak beli tudung tak ngan dengan skin face orang.. karang tal ngam, for sure orang tamau pakai.. sia-sia kita beli.. haruu~~

but, if i wanna someone appreciate u, u must know how to appreciate people first..
adat dunia, adat manusia, "GIVE & TAKE" adalah benda yang wajib/pasti/harus ada dalam setiap perhubungan..aishh dah bersyarah lak aku haa..

Sekali godek punya godek aku punya document, jumpa la beberapa gambar time form 5 dulu.. terasa singkat masa berlalu.. sedar tak sedar dah dua tahun aku tinggalkan sekolah..

kenangan kitorang main aising kek last day skolah, masuk kelas Cikgu Hamidon as cikgu Prinsip Perakaunan dengan muka yang tersangatlah comot dan lambat pulak tu.. but, cikgu tu tak kesah..last day.. thanks cegu midon! cegu paling sporting!

ku share kan sket la gamba last-last day skolah ni.. memoria~~ memoriaaa






 hoping our friendship till Jannah! aamiin

credit to: Cik Pipah, Lady EqaSham, and to all guys yg aku rasa korang la makhluk-makhluk 'penyeri' alam yang paling bongok.. haha just kidin' chill bebeh!

enjoy reading~ ^^

The Cats: Prada, Nicole & Zorro

Assalamualaykum, well hello there!

untuk pembuka entri aku kali ni, aku nak story sikit.. haha adeh
aku tak leh nak tahan diri aku dari tak mengupdate blog sebab seiap hari aku nengok akak aku update dia punya blog before tido.. haihh tak boleh jadi ni.. hahaha .. so, sebagaoi rakyat yang berdaya saing dan bersaing secara sihat untuk memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara (cliche) aku takkan mudah menyerah! hahaha *evil laugh.. (realiti: krik..krik..krik -bunyik cengkerik)

Tadi singgah ke Popular dengan team seangkatan. Lama jugak kami tak jalan sesama macam tadi. Cuma angkatan kali ni tak cukup corum. Yang sorang tu tak balik lagi haaa.. lambot bebeno.. berambut dah nunggu ekauu..! haha

Apa yang aku jumpa kat Popular? Buku..memang la buku. Untuk lebih specific buku pasal kuceng..
Dan aku makin lama makin nak kaji pasal kucing sejak dua menjak 'mereka mereka' lepak dekat rumah aku.


disebabkan offer yang menjunam darjah celcius, aku sambar dua buku ni.. kira boleh la aku baca time boring and terus apply kat 'mereka mereka' tu.. 


maybe untuk sesiapa nak membela kucing, kalau nak lebih specific pasal kucing, grooming, rutin jenis kucing macam mana, boleh refer kat buku macam ni.. (if korang still oldschool la.. mostly orang akan carik kat internet je =3)



haa nii la stock buku novel omputeh yang kami 'sapu' dari popular.. harga murah gler.. kalau dengan member card dapat lagi 10%.. hmm nasib je pitih tader.. hahaha


So, bebalik kepada isu 'mereka'..
Siapakah gerangan mereka? Nuu haa.. nama yang jadi entri kali ni..

perghh! rindu serindu rindunya oi!
rasanya aku ada tulis pasal dorang ni dalam post bulan april.. eh? haah..

mano la tak rindu weh.. aku jugak la yang jadi bidan untuk si Prada ni.. dari dia tak bunting sampai tak perasan yang di bunting aku follow story dia.. last last.. dari tak suka/takut kuceng dah berani da men pegang sikit-sikit.. belai.. usap usap.. haha cehh.. penakut sungguh. but, aku tak biasa lagi kalau kuceng nak gigit or start keluarkan kuku.. ehe


yang ni gambar masa dorang baru 2 minggu tak silap.. 

dan..
sekarang dorang ni dah besar..! 
yang last sekali dah pun kena adopt orang lain.. member aku jugak.. 
dorang kasi nama kucing tu Ash..
Ash huh? hmm not bad..



ok.. yang ni gambar yang sulung.. Nicole a.k.a Nikky (emm censored sikit yer.. tak senonoh baringnya tu -_-)


ni pulak time Nicole dengan Zorro a.k.a Kiky main 'gusti' dalam bilik aku.. aa dun worry.. kucing kucing aku semua betina. Ash tu je yang jantan.. =]


kekadang bila aku bukak pintu bilik, ni la keja si Prada bila jumpa karpet. uhhuhu salah aku jugak.. 
tak sediakan tempat yang selesa untuk dorang.. sorry =\


kekadang aku pun pelik nengok dorang ni.. relationship dengan beradik sendiri kuat beno haa.. 
nengok si Zorro tidur beribakan bontot si Nicole,kekadang vice versa.. sungguh la dorang ni =]



gamba last sebelum aku balik cuti. time aku bertungkus lumus siapkan eseimen, dorang pun tak kena layan. cian kan ='\

Ni aku ada story pasal sorang uncle cina dekat kawasan aku. Setiap hari dalam jam 8 pagi and jam 5 petang dia akan panggil kucing-kucing yang ada sekitar kawasan tu and kasi makanan. SETIAP HARI kayy..
Istiqamah pulak tu. Kekadang terserempak dengan dia time aku nak g kelas. Tegur la sekali sekala. 
Sampai kadang-kadang aku pun terikut ikut, 'meow meow papie taii.." camtu la antara panggilan dia masa nak panggil kucing kucing tu.. 
pastu, tengok la segerombolan kucing-kucing bermacam-macam jenis (dan geng.. hahaha) datang.

Waktu mula mula aku pindah sini, aku mampu cakap ohsem giler uncle ni.. =]!



kawasan ni aku panggil Cat's Street sebab banyak kucing-kucing lepak kat sini petang petang. 

balik ni karang aku nak try potong kuku n mandikan dorang dorang ni.. semangat ni.. ahaha harap dorang tak memberontak. harap la.. huehue

p/s: kalau keberanian aku naik sampai level tertinggi.. haha 

orite. tu je untuk entri kali ni. apa-apa pun kalau korang nak tau lanjut pasal kucing better refer dengan doc veterinar. 

wassalam!

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.