Food Hunting

Food Hunting Review : Dolly Dimsum, K Avenue & Nando's, NU Sentral



Assalamualaikum,

mesti korang pernah dengar nama dua-dua kedai makan 
yang aku mention kat atas kan?
(gambar takda kaitan, sebab aku dok pusing klcc hari kejadian)
WARNING: ENTRI NI PANJANG GILA

Fuhh,
 Dolly Dimsum dah semakin hangat diperkatakan
makanan sedap memang cepat je viral wehh
yang Nando's tu pulak, memang terkenal dengan 
keenakkan ayam and sos-sos dia 
yang pelbagai jenishh
aishh aku yang nulis ni pun dok kecur liuq!

disebabkan dah ramai sangat yang dok sebut sebut pasal 
Dolly Dimsum ni, aku pun sehari sebelum tu
memang dah prepare nak order apa
katanya menu takda gambar
serious, dorang tak letak gambar
kecuali yang best seller, 
kalau tak paham boleh je panggil waiter kann..

aku pegi dekat K Avenue, berhadapan KLCC
ada jugak dekat NU Sentral, tapi banyak review tulis kecik
and selalu sesak time lunch hour, 

ok. terus ke makanan yang aku order, 
kebanyakan makanan yang aku order based on hot selling and yang really recommended dekat 
Dolly Dim Sum ni
Alhamdulillah time aku pegi haritu, 
tak ramai sangat orang
jadi, ni la antara makanannya


nampak sikit?
aii lom... aku ambik sikit-sikit dulu
karang muak pulak nak telan semua sekali dalam satu masa
lek lek luu haha


// Crispy Cheong Fun - RM 12.50

Komen: Atas tu chicken floss (bahasa senang: serunding ayam) 
aku lupa dalam dia inti apa 
tapi sedap, memang sedap even time tu aku lapar


// Crystal Prawn Dumpling -  RM 9,50

Komen: Ada 4 ketul dumpling. Dihidangkan panas.
Jadi careful kalo rasa nak sumbat seketul terus dalam mulut
kang sia-sia keluar balik haha
cuma aku tak berapa kenan sebab kulit dia da ok nipis
tapi bila nak ambik guna chopstick tu, melekat la pulak
melekat jugak dengan kertas kat bahagian bawah dia, 
then kulit dumpling ni pun koyak
maka terkeluarlah udang tuu..
last-last aku makan je guna tangan. selesaiii


// Dolly Mozza Roll - RM 11.90

Komen: Memula aku ragu-ragu jugak bila assistant kat situ suggestkan Mozza Roll ni
ye la, rupa macam tak selera je, 
aku ada jugak tengok orang recommend cakap sedap,
tapi tu la, senang betul judge appearance
tapi aku try jugak
nahh ambik kauuu
SEDAPPP YAAA AMPUNNN!!
dalam ada udang 2-3 ekor wehh besar-besar lagitu
denga mozarella cheesenyaa
oh wait, kalo tengah jaga badan, berhati-hati la k


seee? seee? ada udang kat dalam, 
ni aku koyakkan k, bukan aku gigit
kalo aku gigit memang terus masuk mulut laa
takda masa nak angkat camera lagi haa



// Egg Custard Bun - RM 7.80

Komen: Ni la yang buat Dolly Dimsum virall! Comel tapi sedapp
Rasa macam pau, tapi inti dia custard cair
and careful jugak, kut teruja sangat makan, hati-hati custard tu panas
and please, aku warning awal
kalau korang jenis tak makan telur separuh masak (yolk masih cair) 
((macam aku))
tolong jangan imagine pelik-pelik time tengah kunyah-kunyah ni
habis tersebuqqq! hahaha


// Snowskin Durian Mochi - RM 12,30

Komen: oh maiii, rasa macam taknak makan
kulit selembut baldu nii.. sayang wehh nak gigit
fluffyyhhh gilaa hahaha
aku order ni sebab tak boleh move on dari Durian Mochi (limited edition) dekat Sushi King 
tapi yang bezanya, 
 dekat Sushi King tu dia goreng
so, yang ni version sejuk, nyummss nyummss
oh ya, durian tu tak bau k.
so dont worry, lepas makan 
mulut korang takdanya bau durian tempoyak 
try ok?


// Scallop Cheong Fun - RM 16,30

Komen: ni semua pengaruh Hell Kitchen, teringin sangat nak merasa scallop. 
alhamdulillah merasa jugak haha, 
yang ni sedap, dalam sedap pun menyihatkan
sebab ada sayur, so korang mana yang tengah jaga kesihatan
order la yang ni 


// Fried Chicken Wings - RM 12.50

Komen: Standard ayam goreng biasa. Aku tak recommend la korang try sebab boleh masak
sendiri haha. Aku order sebab duk lepak sembang lama
jadi, tengah-tengah sembang boleh la main ratah-ratah 
ayam ni huehue


// Iced Sea Coconut - RM 7.00

Komen: Well, this one actually under dessert punya menu. 
Tapi rasa dia macam air kelapa laut, jadi kira halal lahh jadi air minum
so tak payah order air lagi kalo dah order yang ni
dalam air ni ada, kelapa laut dengan buah longan.
banyak k. so tak rugi punn


// Ju Bao - RM 4.30 per cup

Komen: haa yang ni khas untuk korang yang tengah kawal bajet. 
dorang bagi 1 teko, tapi rm4,30 per cup. 
maksudnya, kalo korang order 2 cup, dorang still bagi 1 teko, tapi charge rm4,30 x 2
emm paham ke idok? hahaha
jadi, untuk sapa nak merasa tu, order je 1 cup, 
pahtu share je laa
sebab banyak woo


yang ni adalah campuran teh bunga dengan daun teh
(haa nampak tak bunga chrysanthemum dalam tu?)
nak merasa boleh je, jangan tak cuba je ^^

aku ada lagi order satu lagi air, tapi tak sempat ambik gambar 
dah habis dulu haha ggwp

so total makan dekat Dolly Dimsum ni (+ service charge)
= RM 111.85

pandangan korang? aku puas hati sebab makan kenyang even tak order nasik. 
banyak sangat baca review kata nasi tak berbaloi
btw, aku masuk makan time satu setengah petang, 
keluar dekat pukul 4 lebih jugak laa.. 
so, bagi aku, tersangatlah berbaloi untuk cuba makanan baru
nak release tension sambil gossip sana sini hahaha

// view yang aku sempat ambik, sibuk sangat makan sembang bagai, lupa nak ambik gambar interior dgn exterior huhu

ok habis dah untuk Dolly Dimsum
beralih pulak ke Nando's 


actually aku dah lama banned Nando's since incident dekat Palm Mall, Seremban dulu
adalah dekat 3-4 tahun jugak aku puasa Nando's ni
tapi, dah ada orang ajak
jadi berpergian lahh jugak




// Menu: Full Platter - RM 59.90
1 Whole Chicken  (1/2 Mild. 1/2 Mango Lemon)
4 side dishes (regular):
Spicy Rice
Mediterranean Rice
Peri Wedges
 Coleslaw 

Komen: 
Kali ni dah tak mengecewakan macam dulu
Servis cepat, staff ok, paling penting makanan sodapp!

// Medeira Red - RM 9.90

// Spark Apple - RM 9.90

ehem, aku pesan awal je
kalau rasa tak dapat habiskan makanan
prepare siap-siap plastic ke ape
macam air, bawak plastik boleh ikat tepi
sayang kalo bazir baru minum separuh dah kenyang
sebab ayam tu sedap bila makan dengan sos yang pelbagaii

So, total semua (+ service charge)
= RM 87,65

ayam boleh mintak tapau, tapi takda plastik
nasib aku ada beli barang sikit, so ada lah plastik nya
boleh buat makan esok lagi hahaha


and thats the wrap guyss! 
balik kekenyangan. haha ada orang gagah nak tengok bebudak raver
ramai dah kat klcc haritu, nasib hujan

yang ni pulak sampingan, 
kebetulan pulak haritu SK II ada buat roadshow dekat KLCC
fuhh dah lama dah menyimpan hasrat nak pakai product ni
dann dann pulak laa dorang buat sale
untuk trial package RM 199 (dapat 3 barang)

maunyaa tak nangis, hahaha
takpa lah, insha Allah ada rezeki lain
so, aku try la sembang dengan sales assistant kat situ
dia invite aku test kulit muka

and tadaaaa!



supposed to be, semua mesti above 50% tapi aku spoiled dekat Spot Control
why? sebab aku jenis yang tak rajin tempek sunblock 
or so ever thing yang ada spf before keluar hadap sunray haha
jadi resultnyaa, 
kulit aku punya umur adalahh....



18 tahun!! hoyeahh
*pat myself*
feeling young, wild and free!
alhamdulillah, aku guna skincare yang natural je
tak main barang yang ada chemical ni,
bahaya wehh, sayang lah kulit korang-korang sume ye

lepas check kulit, dapat free eskem!



k gais, sampai sini je entri kali ni
next time aku catch up lagi k

banyak sangat nak cerita ni,
sampai tak tertulis semua haa

k till we meet again, 
la revende, 

hasta la vista
wassalam!











Food Hunting Review : Merdeka Bersama Secret Recipe


Selamat Ulang Tahun ke 59 Malaysia! 

emm macam dah terlambat pulak aku wish 
but its ok
moga Malaysia sentiasa kukuh 
dalam mengekalkan ekonomi dan perpaduan rakyatnya
aamin

...

sebut pasal Secret Recipe
siapalah tak kenal kan? 
Famous dengan pelbagai jenis kek yang sodap bak hang!
aku nak tulis ni pun dok tetelan telan air liur 
tengok website dia pun dah tak tahan dah
tergugat iman aii

masa 31 August haritu Secret Recipe ada buat promotion
Rm 5.90 each slice of cake
dari jam 12pm - 5pm 
siapa taknak wehh
bayangkan, harga kek standard se'slice' dah rm 8.90
pulun ah kalau dapat murah camni kan?

dan.. 
aku terlepas promotion ni..
sob sob
(siapa yang terlepas jugak, mari kita menangis bersama-sama)
TT

aku awal lagi dah perasan, tapi lupa pulak nak mark dekat kalender
jadi, jam dah 4 lebih baru aku perasan
alahai.. tak berkesempatan aku nak berkejaran 
tinggal lagi beberapa minit 
jadi aku decide pergi on first of September!

pun boleh la.. janji pergi ye dak?
aku dari July haritu dah ngidam nak makan 
tapi ekonomi kurang mantap lagi goyah
jadi aku tangguh ke bulan-bulan hadapan
hmmph 
makin lama tangguh tak membantu langsung
memang kena pegi jugak..
and at last, aku nak share #foodreview untuk #foodhunting 
kali ni :D


macam biasa, aku akan pilih starter/appetizer, main dish dengan dessert 
and opkos lah air 
(barulah sedap nak buat review, if bajet tight aku tak ambik dessert :|)
kali ni aku tak dapat nak state harga, terlupa pulak mana letak resit haritu huwaa
ok, lets start laparkan diri dengan menatap makanan.. yeay!



Appetizer: Deep Fried Wantan

Review: Ada 5 ketul wantan comel-comel. Tapi boleh penuh mulut kalau dok sumbat terus. 
Serious mula-mula masuk Secret Recipe ni tak lapar pun, order pun sikit-sikit
Dah merasa wantan ni, sumpah korang akan jadi lapar
Dengan rasa sos yang buat taste bud nak-nak lagi, tak cukup wantan 5 bijik ni wey
Dalam wantan ni inti ayam, sedap!


Drink: 1. Iced Chocolate Marsh mellow

Review: Di sebabkan hari tengah panas, and aku makan time lunch (sebab ada promo lunch haha)
jadi aku order yang iced punya lorr
teringin nak minum hot choc pun kena tengok hari jugak
marshmellow comel-comel, aku pun tak perasan sangat haritu
main minum jer sebab air choc dia tak terlalu banyak ice 
so,rasa dia sedang-sedang. tak terlalu pekat, tak cair. 
just nais la 

Drink 2: Iced Apple Tea

Review: Yang ni sekali satu set kalau ambik set lunch (Rm 18,90 / Rm 20.90 something)
jadi, kita masih student, tapi nak jugak merasa makanan yaman-yaman ni
kenalah pandai dan bijak haha
air Iced Apple Tea ni ada small chunk of apple, 
jadi tengah-tengah minum tu boleh la kunyah-kunyah apple




Soup: Minestrone Soup 

Review: Rasa sup masam-masam tomato untuk spark tastebud, ada timun, potato dengan carrot.
Mula-mula aku ingat tomyam, haha 
Dah di teliti rasa sup ni, its quite nice actually.. 
tapi untuk pallet rasa aku, biasa je la kut




Main Dish: Vietnamese Beef Noodle

Review: Basically, ni seangkatan dengan bihun sup daging/ mee sup daging yang banyak di jual kat mana-mana pun. 
ada daging slice and meetball, taugeh, daun sup, standard biasa. 
Cuma, versi yang ni bukan bihun ataupun mee, versi hor fun. 
tau dak hor fun tu cam mana ? macam kuew teow tapi kecik sikit
aaa tu la dia, the best explaination about hor fun haha
and yang buat Vietnamese Beed Noodle ni berbeza dari yang dijual kat luar, 
ialah.. Secret Recipe. 

....

u get my joke? kalau dapat sila gelak, 
kalau tak, sokayy.. aku cuba lain kali huhu 




Dessert: Shinjuku Nutella Baked

Review: Ok yang ni sodapp ! lagi-lagi aku try Nutella punya version. dapat je terus makan cepat-cepat. 
makan combine semua sekali, boleh la jumpa langit ke-7 terapung-apung la di kayangan
haha
taste bud korang akan di sajikan dengan rasa 'crunchy' ke 'smooothy'
sebab? ada kacang, shinjuku cake, ice cream, whip cream
Highly recommend! Korang kena taste series Shinjuku Baked ni tauu
ada 3 lagi rasa selain dari Nutella ni, 
boleh tengok kat sini Shinjuku Baked

total makan : Rm 6+.++ 
lokasi : Secret Recipe Mid Valley
servis: fast (on weekday)

and sebelum balik mestilah aku rembat White Chocolate Macadamia 
sampai rumah tak boleh move on dari rasa Shinjuku Baked Cake
huhu 
next time food hunting kat tempat lain pulak!


next week dah naik sem untuk degree, wuuhuuu~
tak wuuhu sangat la, aku harap ada lagi masa untuk menulis kat blog ni

moga semua maju dan suksess selamanya, aamin


la revende, hasta la vista


p/s: lepas ni aku makan megi je, jangan risau. haha




Food Hunting Review : Manhattan Fish Market, Mid Valley

hi gais
salamualaikum

baru-baru ni aku ada kelapangan nak menjengah
ke sebuah restaurant yang dah 
sekian lama tersadai berkarat dalam wishlist
'Restaurants-Must-Go-Before-Die'

haa kauu..
kemainn lagi ada wishlist bagai. 
Instead of nak pegi ke Restaurant atas pokok 
kat New Zealand tu, 
kita lari kejap ke Manhattan Fish Market
yang lokasinya terletak di Mid Valley 

sebenarnya kerja yang agak gila
punya lah dah mengidam lama sangat 
lamaa weh, asyik nak masuk ada aje lah halangan
ke Nandos lah, ke BBQ Town lah, Seoul Garden lah
dan akhirnyaaa, (celebration emoticon)
aku dapat jugakk masukk jyeahh!



aku tak ada ambik gamba interior byk, 
this the only one
sebab aku fokus kat makanan
nak hurai banyak pasal interior, 
bagi aku theme color memang standard kaler
Manhattan Fish Market. 
yang lain aku puas hati.


Aku order, hmm lupa pulak nak ambik gamba menu
aku carik dekat website je
Aku makan berdua, jadinya kat bawah ni antara menu yang aku order




Starter : Ocean Gems  (RM 11.55 *incl GST)

Komen: Berpatutan dengan harga, ada scallop dengan udang dalam 3-4 ketul camtu. 
and the rest are carrot, cucumber and salad.. 
rasa? macam lebih kurang makan acar timun tapi ada seafood (udang + scallop)
sedap. sebab masam-masam and gain tastebud
makin lapar pulak lepas tu 
haha



Soup: Mushroom Soup (RM 6.89 *incl GST)

Komen: Soup aku ambik pakej sekali dengan Ice Peach Tea.
soup sampai tak lama lepas dorang ambik order, jadinya 
aku dapat soup suam-suam kuku.
since aku ada ambik set yang ada roti, 
jadi aku jimat-jimat hirup mushroom soup ni
sebab nak makan dengan roti haha
Aroma mushroom soup ni mengingatkan aku suasana dalam 
flight Air Asia, bila dorang serve makanan dekat passengers.
haa camtulah bau seluruh pesawat.. xD




Chowder : Seafood Chowder (RM 9.01 *incl GST)

Komen: Yang chowder ni pulak sama beradik dengan soup 
and haritu chowder yang disediakan adalah seafood
(aku nak order salmon chowder, tapi ikut hari lah pulak TT)
chowder ni sampai serentak dengan mushroom soup 
tapi agak sejuk, hairan aku
Memula aku hidu bau sardin, maybe sebab tomato kut 
tapi yang ni sedap !



Beverages 1: Iced Peach Tea (RM 6.89 *incl GST)

Komen: Sedap. Aku tak komen banyak sebab sedap. haha gamba yang atas tu lemon tea yeah.
jangan pulak korang ingat order peach tea, tetiba dapat jugak lemon
hee



Beverages 2 : Happiness Infusion (RM 10.49 *incl GST)

Komen: Pun sedap jugak, but aku kurang minat dengan Earl Grey Tea, 
but u gais can give a try!^^




Sharing Platters: Volcano Island - Slipper Lobster (RM 61.37 *incl GST)

Komen: By time sharing platter ni sampai, soup aku yang suam-suam kuku
dah sejuk dah. 
Aku ingat nak makan cicah dengan roti. 
Expectation makanan yang sampai panas lah,
sekali ehm bak kata Ramsay: "Stone cold in the middle"
yang panas just kuah kari kupang tu
maybe sebab tunggu kari tu kut semua makanan yang lain jadi sejuk
Roti dah jadi liat, sayur nasik sejuk, lagi sedih lobster sikit gila isi TT
potong terus selera
harapan aku tinggi sangat kut.. TT






sob sob macam ni lah bila expectation tinggi sangat.
aku harap ada rezeki aku try Manhattan Fish Market yang lain pulak
Aku sempat jenguk kat meja sebelah, dorang ada order dessert 
something look like ice cream and ada syrup panas ke cane 
yang ni la kut 



Sizzling Brownie with Ice Cream (RM 13.67 *incl GST)

sumpah nampak sedap, 
tapi sayang selera aku dah potong sebab makanan sejuk.
TT

ada member share cerita, 
kalau nak pegi Manhattan Fish Market ni, 
kena pandai cari menu and tempat
coz tak semua sama. lol 
Jadi sesapa yang penah try, share lah macam mana rasa hidangan korang
aku teroverload keciwaa

but service terbaik
pantas and alert dengan customers
tu yang aku hairan. macammanalah aku dapat makanan sejuk
still tak puas hati ni
aku nak request balik, tapi tengah lapar and aku pegi pun dah agak lewat
aku try tengok MFM yang tempat lain pulak lepas ni
if ada rezeki lagi
harap tak mengeciwakan macam kali ni 

alright. sampai sini je Food Hunting Review. 

komen kalau korang tau mana tempat makan yang femes and sodap 
dapat singgah menyinggah ni XD

la revende, 
hasta la vista 


Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.