Assalamualaikum,
mesti korang pernah dengar nama dua-dua kedai makan
yang aku mention kat atas kan?
(gambar takda kaitan, sebab aku dok pusing klcc hari kejadian)
WARNING: ENTRI NI PANJANG GILA
Fuhh,
Dolly Dimsum dah semakin hangat diperkatakan
makanan sedap memang cepat je viral wehh
yang Nando's tu pulak, memang terkenal dengan
keenakkan ayam and sos-sos dia
yang pelbagai jenishh
aishh aku yang nulis ni pun dok kecur liuq!
disebabkan dah ramai sangat yang dok sebut sebut pasal
Dolly Dimsum ni, aku pun sehari sebelum tu
memang dah prepare nak order apa
katanya menu takda gambar
serious, dorang tak letak gambar
kecuali yang best seller,
kalau tak paham boleh je panggil waiter kann..
aku pegi dekat K Avenue, berhadapan KLCC
ada jugak dekat NU Sentral, tapi banyak review tulis kecik
and selalu sesak time lunch hour,
ok. terus ke makanan yang aku order,
kebanyakan makanan yang aku order based on hot selling and yang really recommended dekat
Dolly Dim Sum ni
Alhamdulillah time aku pegi haritu,
tak ramai sangat orang
jadi, ni la antara makanannya
nampak sikit?
aii lom... aku ambik sikit-sikit dulu
karang muak pulak nak telan semua sekali dalam satu masa
lek lek luu haha
// Crispy Cheong Fun - RM 12.50
Komen: Atas tu chicken floss (bahasa senang: serunding ayam)
aku lupa dalam dia inti apa
tapi sedap, memang sedap even time tu aku lapar
// Crystal Prawn Dumpling - RM 9,50
Komen: Ada 4 ketul dumpling. Dihidangkan panas.
Jadi careful kalo rasa nak sumbat seketul terus dalam mulut
kang sia-sia keluar balik haha
cuma aku tak berapa kenan sebab kulit dia da ok nipis
tapi bila nak ambik guna chopstick tu, melekat la pulak
melekat jugak dengan kertas kat bahagian bawah dia,
then kulit dumpling ni pun koyak
maka terkeluarlah udang tuu..
last-last aku makan je guna tangan. selesaiii
// Dolly Mozza Roll - RM 11.90
Komen: Memula aku ragu-ragu jugak bila assistant kat situ suggestkan Mozza Roll ni
ye la, rupa macam tak selera je,
aku ada jugak tengok orang recommend cakap sedap,
tapi tu la, senang betul judge appearance
tapi aku try jugak
nahh ambik kauuu
SEDAPPP YAAA AMPUNNN!!
dalam ada udang 2-3 ekor wehh besar-besar lagitu
denga mozarella cheesenyaa
oh wait, kalo tengah jaga badan, berhati-hati la k
seee? seee? ada udang kat dalam,
ni aku koyakkan k, bukan aku gigit
kalo aku gigit memang terus masuk mulut laa
takda masa nak angkat camera lagi haa
// Egg Custard Bun - RM 7.80
Komen: Ni la yang buat Dolly Dimsum virall! Comel tapi sedapp
Rasa macam pau, tapi inti dia custard cair
and careful jugak, kut teruja sangat makan, hati-hati custard tu panas
and please, aku warning awal
kalau korang jenis tak makan telur separuh masak (yolk masih cair)
((macam aku))
tolong jangan imagine pelik-pelik time tengah kunyah-kunyah ni
habis tersebuqqq! hahaha
// Snowskin Durian Mochi - RM 12,30
Komen: oh maiii, rasa macam taknak makan
kulit selembut baldu nii.. sayang wehh nak gigit
fluffyyhhh gilaa hahaha
aku order ni sebab tak boleh move on dari Durian Mochi (limited edition) dekat Sushi King
tapi yang bezanya,
dekat Sushi King tu dia goreng
so, yang ni version sejuk, nyummss nyummss
oh ya, durian tu tak bau k.
so dont worry, lepas makan
mulut korang takdanya bau durian tempoyak
try ok?
// Scallop Cheong Fun - RM 16,30
Komen: ni semua pengaruh Hell Kitchen, teringin sangat nak merasa scallop.
alhamdulillah merasa jugak haha,
yang ni sedap, dalam sedap pun menyihatkan
sebab ada sayur, so korang mana yang tengah jaga kesihatan
order la yang ni
// Fried Chicken Wings - RM 12.50
Komen: Standard ayam goreng biasa. Aku tak recommend la korang try sebab boleh masak
sendiri haha. Aku order sebab duk lepak sembang lama
jadi, tengah-tengah sembang boleh la main ratah-ratah
ayam ni huehue
// Iced Sea Coconut - RM 7.00
Komen: Well, this one actually under dessert punya menu.
Tapi rasa dia macam air kelapa laut, jadi kira halal lahh jadi air minum
so tak payah order air lagi kalo dah order yang ni
dalam air ni ada, kelapa laut dengan buah longan.
banyak k. so tak rugi punn
// Ju Bao - RM 4.30 per cup
Komen: haa yang ni khas untuk korang yang tengah kawal bajet.
dorang bagi 1 teko, tapi rm4,30 per cup.
maksudnya, kalo korang order 2 cup, dorang still bagi 1 teko, tapi charge rm4,30 x 2
emm paham ke idok? hahaha
jadi, untuk sapa nak merasa tu, order je 1 cup,
pahtu share je laa
sebab banyak woo
yang ni adalah campuran teh bunga dengan daun teh
(haa nampak tak bunga chrysanthemum dalam tu?)
nak merasa boleh je, jangan tak cuba je ^^
aku ada lagi order satu lagi air, tapi tak sempat ambik gambar
dah habis dulu haha ggwp
so total makan dekat Dolly Dimsum ni (+ service charge)
= RM 111.85
pandangan korang? aku puas hati sebab makan kenyang even tak order nasik.
banyak sangat baca review kata nasi tak berbaloi
btw, aku masuk makan time satu setengah petang,
keluar dekat pukul 4 lebih jugak laa..
so, bagi aku, tersangatlah berbaloi untuk cuba makanan baru
nak release tension sambil gossip sana sini hahaha
// view yang aku sempat ambik, sibuk sangat makan sembang bagai, lupa nak ambik gambar interior dgn exterior huhu
ok habis dah untuk Dolly Dimsum
beralih pulak ke Nando's
actually aku dah lama banned Nando's since incident dekat Palm Mall, Seremban dulu
adalah dekat 3-4 tahun jugak aku puasa Nando's ni
tapi, dah ada orang ajak
jadi berpergian lahh jugak
// Menu: Full Platter - RM 59.90
1 Whole Chicken (1/2 Mild. 1/2 Mango Lemon)
4 side dishes (regular):
Spicy Rice
Mediterranean Rice
Peri Wedges
Coleslaw
Komen:
Kali ni dah tak mengecewakan macam dulu
Servis cepat, staff ok, paling penting makanan sodapp!
// Medeira Red - RM 9.90
// Spark Apple - RM 9.90
ehem, aku pesan awal je
kalau rasa tak dapat habiskan makanan
prepare siap-siap plastic ke ape
macam air, bawak plastik boleh ikat tepi
sayang kalo bazir baru minum separuh dah kenyang
sebab ayam tu sedap bila makan dengan sos yang pelbagaii
So, total semua (+ service charge)
= RM 87,65
ayam boleh mintak tapau, tapi takda plastik
nasib aku ada beli barang sikit, so ada lah plastik nya
boleh buat makan esok lagi hahaha
and thats the wrap guyss!
balik kekenyangan. haha ada orang gagah nak tengok bebudak raver
ramai dah kat klcc haritu, nasib hujan
yang ni pulak sampingan,
kebetulan pulak haritu SK II ada buat roadshow dekat KLCC
fuhh dah lama dah menyimpan hasrat nak pakai product ni
dann dann pulak laa dorang buat sale
untuk trial package RM 199 (dapat 3 barang)
maunyaa tak nangis, hahaha
takpa lah, insha Allah ada rezeki lain
so, aku try la sembang dengan sales assistant kat situ
dia invite aku test kulit muka
and tadaaaa!
supposed to be, semua mesti above 50% tapi aku spoiled dekat Spot Control
why? sebab aku jenis yang tak rajin tempek sunblock
or so ever thing yang ada spf before keluar hadap sunray haha
jadi resultnyaa,
kulit aku punya umur adalahh....
18 tahun!! hoyeahh
*pat myself*
feeling young, wild and free!
alhamdulillah, aku guna skincare yang natural je
tak main barang yang ada chemical ni,
bahaya wehh, sayang lah kulit korang-korang sume ye
lepas check kulit, dapat free eskem!
k gais, sampai sini je entri kali ni
next time aku catch up lagi k
banyak sangat nak cerita ni,
sampai tak tertulis semua haa
k till we meet again,
la revende,
hasta la vista
wassalam!
Post a Comment