Food Hunting Review : Merdeka Bersama Secret Recipe


Selamat Ulang Tahun ke 59 Malaysia! 

emm macam dah terlambat pulak aku wish 
but its ok
moga Malaysia sentiasa kukuh 
dalam mengekalkan ekonomi dan perpaduan rakyatnya
aamin

...

sebut pasal Secret Recipe
siapalah tak kenal kan? 
Famous dengan pelbagai jenis kek yang sodap bak hang!
aku nak tulis ni pun dok tetelan telan air liur 
tengok website dia pun dah tak tahan dah
tergugat iman aii

masa 31 August haritu Secret Recipe ada buat promotion
Rm 5.90 each slice of cake
dari jam 12pm - 5pm 
siapa taknak wehh
bayangkan, harga kek standard se'slice' dah rm 8.90
pulun ah kalau dapat murah camni kan?

dan.. 
aku terlepas promotion ni..
sob sob
(siapa yang terlepas jugak, mari kita menangis bersama-sama)
TT

aku awal lagi dah perasan, tapi lupa pulak nak mark dekat kalender
jadi, jam dah 4 lebih baru aku perasan
alahai.. tak berkesempatan aku nak berkejaran 
tinggal lagi beberapa minit 
jadi aku decide pergi on first of September!

pun boleh la.. janji pergi ye dak?
aku dari July haritu dah ngidam nak makan 
tapi ekonomi kurang mantap lagi goyah
jadi aku tangguh ke bulan-bulan hadapan
hmmph 
makin lama tangguh tak membantu langsung
memang kena pegi jugak..
and at last, aku nak share #foodreview untuk #foodhunting 
kali ni :D


macam biasa, aku akan pilih starter/appetizer, main dish dengan dessert 
and opkos lah air 
(barulah sedap nak buat review, if bajet tight aku tak ambik dessert :|)
kali ni aku tak dapat nak state harga, terlupa pulak mana letak resit haritu huwaa
ok, lets start laparkan diri dengan menatap makanan.. yeay!



Appetizer: Deep Fried Wantan

Review: Ada 5 ketul wantan comel-comel. Tapi boleh penuh mulut kalau dok sumbat terus. 
Serious mula-mula masuk Secret Recipe ni tak lapar pun, order pun sikit-sikit
Dah merasa wantan ni, sumpah korang akan jadi lapar
Dengan rasa sos yang buat taste bud nak-nak lagi, tak cukup wantan 5 bijik ni wey
Dalam wantan ni inti ayam, sedap!


Drink: 1. Iced Chocolate Marsh mellow

Review: Di sebabkan hari tengah panas, and aku makan time lunch (sebab ada promo lunch haha)
jadi aku order yang iced punya lorr
teringin nak minum hot choc pun kena tengok hari jugak
marshmellow comel-comel, aku pun tak perasan sangat haritu
main minum jer sebab air choc dia tak terlalu banyak ice 
so,rasa dia sedang-sedang. tak terlalu pekat, tak cair. 
just nais la 

Drink 2: Iced Apple Tea

Review: Yang ni sekali satu set kalau ambik set lunch (Rm 18,90 / Rm 20.90 something)
jadi, kita masih student, tapi nak jugak merasa makanan yaman-yaman ni
kenalah pandai dan bijak haha
air Iced Apple Tea ni ada small chunk of apple, 
jadi tengah-tengah minum tu boleh la kunyah-kunyah apple




Soup: Minestrone Soup 

Review: Rasa sup masam-masam tomato untuk spark tastebud, ada timun, potato dengan carrot.
Mula-mula aku ingat tomyam, haha 
Dah di teliti rasa sup ni, its quite nice actually.. 
tapi untuk pallet rasa aku, biasa je la kut




Main Dish: Vietnamese Beef Noodle

Review: Basically, ni seangkatan dengan bihun sup daging/ mee sup daging yang banyak di jual kat mana-mana pun. 
ada daging slice and meetball, taugeh, daun sup, standard biasa. 
Cuma, versi yang ni bukan bihun ataupun mee, versi hor fun. 
tau dak hor fun tu cam mana ? macam kuew teow tapi kecik sikit
aaa tu la dia, the best explaination about hor fun haha
and yang buat Vietnamese Beed Noodle ni berbeza dari yang dijual kat luar, 
ialah.. Secret Recipe. 

....

u get my joke? kalau dapat sila gelak, 
kalau tak, sokayy.. aku cuba lain kali huhu 




Dessert: Shinjuku Nutella Baked

Review: Ok yang ni sodapp ! lagi-lagi aku try Nutella punya version. dapat je terus makan cepat-cepat. 
makan combine semua sekali, boleh la jumpa langit ke-7 terapung-apung la di kayangan
haha
taste bud korang akan di sajikan dengan rasa 'crunchy' ke 'smooothy'
sebab? ada kacang, shinjuku cake, ice cream, whip cream
Highly recommend! Korang kena taste series Shinjuku Baked ni tauu
ada 3 lagi rasa selain dari Nutella ni, 
boleh tengok kat sini Shinjuku Baked

total makan : Rm 6+.++ 
lokasi : Secret Recipe Mid Valley
servis: fast (on weekday)

and sebelum balik mestilah aku rembat White Chocolate Macadamia 
sampai rumah tak boleh move on dari rasa Shinjuku Baked Cake
huhu 
next time food hunting kat tempat lain pulak!


next week dah naik sem untuk degree, wuuhuuu~
tak wuuhu sangat la, aku harap ada lagi masa untuk menulis kat blog ni

moga semua maju dan suksess selamanya, aamin


la revende, hasta la vista


p/s: lepas ni aku makan megi je, jangan risau. haha




6 comments

  1. selamat hari kemerdekaan juga ye. alhamdulillah :D
    follow sini #196
    follow back and keep in touch :D

    ReplyDelete
  2. Lama sebenarnya tak dine in dekat Secret Recipe, akak tak tahu pun dieorg ada Shinjuku Baked tuh..Boleh lah cuba next time! Thanks for the blog entry! :D

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe welcome babe. ni pun kempunan nak kek SR. alang-alang trus dine skali hihi

      Delete
  3. woi pahal ayat last sekali tu sedih je pasal megi tu alaaa hahahah.

    Bestnyaaa dh lama qila tak food huntinggg hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha biasa la student mmg camni qila. kalo dah perabih awal bulan, hujung2 tinggal nak makan nasik dengan belacan je TT haha jom la buat food hunting sesama =D

      Delete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.