Week 9 : One More Week to Go

Fuhh tinggal seminggu je lagi nak habiskan internship ni. Sedar tak sedar masa berjalan..

 Lepas ni balik ke kampus, jalani hidup as student macam biasa.. urghh.. itu pun tinggal satu semester je lagi.
Hala tuju lepas ni, biar Allah yang caturkan. 

Dalam minggu ke 9 ni aku tak banyak sangat buat kerja. Eh? Ada.. ada.. Cuma hari Isnin tu je duduk melepak (cehh ayat melepak.. harapan sungguh) siapkan elevation untuk apartment yang sememangnya bukan kerja aku, tapi sesaja gatal tangan nak hadap jugak.. 

practice kelajuan tangan dengan autocad katakan.. huehue -.-"

jadi hari selasanya aku mintak kerja lain.. mereput aku kalau tak buat kerja.. emm boleh tu memang boleh nak duduk sesenyap tak payah buat apa, tapi apa pulak pandangan pekerja sana.. aku pulak malay, dorang chinese.. mau kena cop satu bangsa kalau aku buat hal.. 

jaga nama bangsa and agama aku fikir time praktikal ni.. haha but serious. aku tak nak dorang beranggapan the whole malay and islam person ada perangai yang sama.. mim alif lam alif sin.. 

memang hakikat yang kita tak dapat lari. sikap layu yang ada dalam bangsa kita.. 
terngiang ngiang pulak puisi Malique- Layu. 

jadi, dengan semangat yang berkobar-kobar (hiperbola kejap) aku pun mintak kerja lain. Dapat la buat commercial building 6 storey.. satu benda baru bagi aku buat bangunan bertingkat-tingkat ni.. seronok haha sebab setiap level just guna satu typical floor plan.. maksudnya, copy paste! 
(emm mana paham, paham... tak paham sudah.. )

dah ada kerja ni senang sikit nak buat busy-busy ke menda ke, sebab aku selalu jugak perasan si supervisor tu awasi setiap kerja aku.. 

see? even dorang tak banyak bunyi, tapi segala pergerakkan aku di awasi.. mau fail aku punya industrial training kalau balun tido bawah meja ni.. hahaha

hmm sebut pasal tidoq, aku punya la bersungguh fight segala rasa mengantuk yang dok menempel kat mata time tu, aku try la bawah berjalan ke bahagian belakang.. just jalan kejap and pegi toilet.. 

tetiba aku boleh la pulak tertengok ada sorang pekerja baru ni.. mak aihh... 


bahagia gila dia tidur.. aku rasa ini tidak adil! 

emm takpa la.. just pujuk hati, aku tinggal seminggu lagi jangan nak buat hal.. karang naya kena repeat balik internship.. 
haha memang parah tu.. 

hmm ekceli, dalam minggu lepas pun aku terfikir jugak nak sambung kerja lepas ni kat sana.. tapi bila di ikutkan hati, memang taknak mahu! 

tapi difikirkan balik keadaan ekonomi sekarang, better jangan memilih.. (even terpaksa terperangkap dalam penjara tanpa dinding.. eh?) 

aku meneruskan aktiviti menconteng untuk hilangkan rasa mengantuk.. 





and aku rasa meme ni memang betul.. -.-"



yeay seminggu lagiii hoyeahh~

La revende,
hasta la vista


11 comments

  1. hahaha comey juak intern ya eh~

    ReplyDelete
  2. hahahaha that meme is sho cute!
    gogogo sistah! all the best tau tau <3

    ReplyDelete
  3. nak kata dia comel lah tu sama macam kucing intern.. yang juling ast. manager tu paling cute.. hahaha.. selamat menghabiskan internship

    ReplyDelete
  4. untungla nak habis intern. kita next week start intern T_T

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.