Salamualaikum peps!
yeahh coming back here, after 4 weekdays.. my final week loo kathakhennn...
so aku punya la malas nak keluarkan lappy dari beg sampai tak terupdate belog haa..
jadi harini aku share jugak cerita minggu TERAKHIR, yess kena caps lock sebab dah HABIS!
dengan julang kalinya hoyeahh .. emm aku habis practical je punn.. seronoknya macam dah dapat duit berjuta juta! LOL
jadi harini aku tunjuk sikit muka semangat aku nak naik Final Sem.. jap.. haa ni muka aku..
ok dengan perasaan emm boleh la cakap still happy and masih tak percaya aku berjaya harungi 10 minggu menghadap pc dan dinding putih, aku sharekan jugak cerita minggu last ni..
apa yang jadi eh? aku pun dah lupa.. *duhh
aa aku conclude kan je la apa yang aku dapat sepanjang training ni..
banyak jugak yang aku dapat, bukan duit tau.. ilmu.. ilmu tak boleh di beli dengan duit..
(eh jap, kalau nak sambung study guna duit jugak kan? haha ah abaikan)
Dah minggu terakhir ni, aku tarik balik la mana-mana buruk aku penah cakap pasal tempat aku buat internship ni. Biasa la jiwa muda, tak paham suasana baru..
Staff kat situ semua basically dah kerja more than 10 years..
// em tutup sikit mulut tu..
malahan ada yang dah 30 tahun kerja situ.. company tu dah lama.. tempat aku ni branch kedua..
kalau google nama company ni komfhem naik dalam PAM.. (pam tu apa? Pertubuhan Arkitek Malaysia)
boss yang interview aku haritu di qualified oleh LAM (lam pulak.. hahah Lembaga Arkitek Malaysia.. )
alhamdulillah peluang aku intern dekat company veteran.. semua jarak umur lebih 10 tahun dari aku.. memang rasa budak tadika.. masa dorang masuk U, aku masih kat sekolah rendah buat muamalat dengan cikgu and classmate.. dulu perniagaan maju.. sekarang emm ..lupakan.. haha
aku belajar masa praktikal ni lagi banyak dari belajar dekat kampus rasanya.. seronok buat benda yang real ni.. dekat universiti kita buat idea simple, lecturer dok kondem tak habis-habis.. sangka baik la kut dorang allergic tengok benda simple sangat, cakap pelajar malas.. sedangkan ingat nak cut cos, nak buat modeling gempa-gempak, barang boleh tahan cekik darah...
design itu ini mesti ended up dengan tong sampah penuh.. budak design mesti paham.. kadang ada yang terlebih kaya, g upah orang buat.. huuu seronok la kaya.. tapi ingat .. ko tak rasa macam mana nak buat something dari otak ngan tangan ko.. termasuk anggota lain jugak .. haha
ok.. berbalik kepada isu minggu terakhir, aku dah berjaya 'sentuh' 9 projects.. huyeahh..
(rasa hebat) sedangkan semua project simple, setakat semi-d, single storey, double storey, haha tapi takpa.. janji pengalaman buat benda real tu ada..
untuk next step lepas ni, biar aku habis study dulu.. mostly staff kat company ni pun suggest kan aku habiskan degree..
aku pun tengah menunggu result.. ada rezeki aku sambung.. kalau belum ada, aku buat benda lain dulu.. rezeki ada di mana-mana kan? so chill out peps!
but hari terakhir tu kind of kelam kabut jugak la.. dan paling sedeh aku tak ambik gamba dengan dorang.. sobs..
even supervisor tu ada cakap, nak datang isnin ni pun boleh... ambik mana barang yang tertinggal.. ah boleh saja..! aku datang pastu ambik selfie ngan sensorang kat situ.. pastu dah..! hahaha
boleh dikatakan seronok la jugak.. kenal dengan orang yang berpengalaman.. lain bangsa dari kita.. tak semua orang bangsa lain jahat, and tak semua orang kita baik.. people, we have no right to judge hoccay..
insha Allah, after aku habiskan degree, and kalau aku settle down kat tempat aku, aku datang balik kat company ni.. one day.. panjang umur kita jumpa lagi yaa.. *sambil lambai-lambai
terima kasih atas segala tunjuk ajar, kepercayaan, dan segala makanan yang selalu di share (korang consider kehalalan dulu, semata nak bagi aku makan.. aww touching ai tauu)
pak cik Philippine yang baik hati,
staff yang sporting tapi office boleh jadi sunyi sepi time buat kerja..selalu buat lawak tapi sayangnya dalam chinese, but sometimes dalam manglish..haha..
pak cik supervisor yang selalu skodeng aku tengah buat apa, and selalu kantoi time aku tengah pegang fon.. (maap pokcik..huhu)
budak degree yang selalu tolong aku mana yang aku tak reti,
budak bakal master yang selalu pinjam pc aku tengah aku syok-syok buat kerja, sampai terbang melayang mood aku tunggu dia..
emm sis yang mintak aku ajarkan dia cara belit shawl.. haha (sempat k aku buat tutorial kat dia haha)
boss yang baik hati dan ramah
secretaries yang selalu senyum
and semualahh yang tau kewujudan aku kat company tu.. terima kasih sebab bagi peluang kat aku kenal korang even tak penah cakap.. just senyum pun dah memadai..
May God bless all of us.. Happy Chinese New Year (in advance aku cakap haritu haha)
hope we will see each other after this..
please stay healthy, keep smiling.. ^^
sincerely from budak-intern-yang-jarang-cakap-dengan-korang haha
hmm lepas ni, balik kolej, habiskan lagi satu final sem..
after that, biar rezeki yang tentukan.. doakan yang terbaik ^^
aku harap yang baca warkah minggu terakhir aku ni pun stay healthy, awet muda comel-comel and kacak lagi bergaya, moga kita sentiasa dirahmati Tuhan.. aamiin
ok!
dah panjang aku bebel.. (since it will be last post kan, kasi chance la hoo)
aku noktahkan di sini warkah aku..
semoga jumpa lagi ^^
p/s: doakan perjalanan aku menyeberangi laut selamat sampai hendaknya..
Wasalam,
La revende, hasta la vista
wah dah habis praktikal. good luck for ur final sem :))
ReplyDeletetq fieyqa ^^
Deletegood luck for final... counting days nak fly lak kan?
ReplyDeletehaah woott woot.. fly to the moon!
Deletealhamdulillah! all the best in next everything pulak! :p wuhuw! <3
ReplyDeletegogogo fighting!
tqsm qila! ada rezeki kita jumpa kayy~
Deleteuntong rrrrr dah habis!!!!
ReplyDelete