Week 1: Bicara Budak Praktikal

Ok. Lately belog ni aku akan sapu sekerap mungkin untuk hilangkan segala debu debu dan habuk.
in sha Allah kalo ada masa, aku nak buat banner sendiri.
aku pun tengah fikir nak buat macam mana.. hihi

eh eh.. lupa pulak..
Salamualykumm dearies..

sekarang ni aku tengah praktikal kat sebuah firm architecture and engineering.
so, emm dah tak availble macam dulu TT
baru aku tau betapa bosannya kerja office.
sampai la aku terfikir, patut la bisnes sendiri tersangat best..
tapi yang tak best, untung rugi kita tanggung TT

maybe jadi bosan sebab aku the one and only budak melayu comel yang wujud dekat company tu..
serious.
sampai aku pun tak tau nak sembang apa dengan dorang.

cerita minggu pertama,
hmm tak banyak jugak sebenarnya..
kebanyakkannya aku lebih ke mereput sensorang.
cer bayangkan cubicle sebesar 2m x 2.5m tu korang dok sensorg..
dan buat benda yang mm boleh tahan bosan hahaha




*ni la tempat pengabdian aku kat opis tu*


see?
aku rasa macam nak bawak comforter tido kat bawah meja bcoz bila kol 9 ke 10 aku akan rasa mengantuk disebabkan bahana bangun awal.
eceh..
nak jugak mention bangun awal... (puihh)
ok abaikan part tu..

dorang provide kan aku tempat ni ler..
hmm ada jugak provide drinks at 10 am & 3pm
cuma aku ja yang malas nak turun g pantry
aku cuba la turun isnin ni
kalo rajin aku datang la..






yang ni pulak first task yang aku dapat.
plan rumah biasa.
aku kena redraw balik dalam cad
because yg dalam kertas tu hand drawing

awal-awal dapat semangat la nak buat.
lagi bengong aku buat mana yang takda measurement tu men agak-agak
pekakas aku xda! toolbox aku semua tinggal kat tanah seberang.. TT

dah kamis lepas baru aku pinjam scale ruler dengan sorang staff kat situ..
bongok kan? TT tapi alhamdulillah
takda la bongok sangat
coz mana yang aku agak-agak tu
mostly tak jauh lari, or kadang ada yang ngam-ngam soi



yang ni pulak cerita hari jumaat lepas.
punya eksaited dalam habiskan first week (sapa tak eksaited wehh dapat cuti) internship ni, aku dah siap men selfie bagai..

yang belakang tula keja aku..
hampir siap.. sebab aku buat main-main.
emm takda la main sangat.
cuma mostly kalo aku bosan, aku layan lagu or pegi baca buku Gila by Lejen Press..
lepas baca buku tu, sumpah mind blowing gila and aku pun hampir gila

terus aku campak buku tu dalam laci, tinggalkan kat opis..


sebelum aku habiskan tulis entri first week practical ni..
aku ada 1 story nak share..

kebiasaannya aku datang awal kat opis..
orang kedua lepas supervisor.
disebabkan supervisor yang bukak office, so, aku orang kedua la.. macammana nak masuk office kalo tak bukak lagi en?

nak dijadikan cerita, haritu, lepas bukak office, encik supervisor tu keluar..
aku biasanya akan ke tandas dulu sementara pc aku ambik masa nak hidupkan

then, time aku on-the-way nak g toilet kat belakang, aku ada dengaq bunyi macam ada orang tengah typing kat keyboard.
aku pun rasa macam, waa awal gila dorang ni..
mesti banyak kerja ni.. kunon macam nak sapa laa siapa yang datang awal sangat tu..

ok..
aku jalan ke belakang..
lalu kubikel pertama, tak ada orang.. hmm ok..
kubikel kedua, ..
pun tak ada orang..
maybe last skali barangkali..
aku tersangat positif.. mood awal pagi..
so, aku lalu and toleh la ke kubikel yang ketiga..
hmm
pun takda orang..

aku pandang straight g toilet..
masih positif, maybe 'dia' tengah carik barang kat bawah meja kut..

lepas kelua toilet semua, aku tengok la dari arah belakang.. semua pc gelap..
and takda orang pun dalam opis melainkan aku sorang yang terpacak kat belakang tu..

hmm ini sangat tak kelakar..
tak pa..

aku anggap bunyik tu datang dari kipas aircond yang bising..
positip kann?

hahaahhaha
then, aku balik ke kubikel aku terus buat kerja..
malas nak kenang..
jadi apa-apa, office aku dah la kalo nak lari kena lalu 5 pintu..
pintu kaca, pintu rintangan api, tangga, pintu rintangan api lagi, pintu kaca and tirai besi..
nak gila ko..
hmm so, aku pun just layan township je dari fikir benda bukan-bukan..

setakat tu ja benda yang jadi dalam minggu pertama..
apa-apa lagi nanti aku share yaa..



La revende, 
hasta la vista

4 comments

  1. wow... cantiknya work station... keje baik-baik sis...

    ReplyDelete
  2. kalau praktikal dkt swasta dpt $$ kalau kerajaan xda kan..tp xpala dpt pengalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang depends dekat company.. yepp.. pengalaman tu yg lagi berharga.. ^^

      Delete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.