Resepi Daging Masak Lada Hitam Mudah!

Salamualykum!

harini dah selamat jejak tanah tumpah darah sendiri.. alhamdulillah..
(even selalu tak dapat smooth landing but it sokeyy..  )

thanks ya Captain Megat Asfarizal.. (harap betul la.. sayu sayu je denga tadi) haha
sebab dah selamat bawak anak bumi kenyalang ni jejak balik tanah Ibu Pertiwi dia..

saiyangg Malaysia Airlines!
#supportlocal
#lokal

ok.
terus kepada resepi..

balik-balik terus lepas gian nak berketang ketung dekat dapo.. fuhh fuhh..
ni la hasilnyaaa





Bahan bahan yang super duper simple:

300gm daging (hiris nipis, sedang-sedang bagi cepat masak.. =D)
3 sudu sos lada hitam
1 biji bawang besar holland (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (cincang hancur)
1/3 lobak merah (potong nipis)
5 kacang panjang *kalo suka (potong panjang yang sedang-sedang)
cili sikit
minyak masak 
air untuk proses pelembutan daging
garam dan perasa

Cara penyediaan:

-panaskan periuk n letak minyak masak
then letak sos lada hitam beserta daging 
-letak air sehingga atas paras daging 
-biarkan daging direneh sehingga lembut.

setelah daging lembut, masukkan bawang besar, bawang putih, lobak merah dan cili.
sebatikan..
masukkan kacang panjang , garam dan perasa.

done!

jangan lupa masak nasik tau..

makan time sejuk sejuk macam macam stew daging da rasa..
nyum nyum! 

selamat mencuba dear fellas~

sila-sila la tag kalo dah cuba =D

La revende,
hasta la vista






Post a Comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.