Japanese Cotton Cheesecake Simple

Salamualykum ..

masa sem break ni la aku pulun buat benda benda yang mostly tertangguh masa on sem dulu..

kali ni aku nak share pulak resepi Japanese Cotton Cheesecake yang mudah lagi simple ya ampunnn gituu..

Tersangat mudah.. Bahan-bahan yang digunakan pun tak susah nak carik kat Malaysia ni..
kadang ada sesetengah resepi ni guna bahan yang kita pun tak pernah tau benda tu wujud dan pastinya tak ada dekat Malaysia ni.





ini laa hasilnya..

p/s: background tak berapa nak lawa and ada lighting probs, so aku edit sikit.. but kek tu memang macam tu kay..

do follow my insta :@zul_hady.here (aku upload kat situ untuk lagi clear)



ok terus ke resepi yang super duper simple ni..

Bahan WAJIB kena ada :

6 biji telur ayam -asingkan kuning and putih telur
250 gm cream cheese (aku guna tartura.. nak guna brand lain pun boleh, and set as room temperature)
60 gram butter (set as room temperature)
140 gm sugar
200 ml susu segar
60 gm tepung gandum*
20 gm tepung jagung *

*tepung tepung di ayak bersama.

mana yang set as room temperature kalo tak paham, kiranya korang dah keluarkan siap-siap dari peti ais.
sebab?
akan memudahkan kerja korang guna bahan yang tak keras.

Cara-cara nya pulak:

1. Set ketuhar 150 degree celcius
2. Satukan cream cheese and susu, cairkan dengan cara double boiling
3. Sebatikan dengan butter sementara masih hangat di pasaran
4. Asingkan telur kuning dan putih di dalam bekas yang berlainan (ofkos!)
5. Letakkan 40 gm gula ke dalam bekas kuning telur dan pukul kuning telur sehingga bewarna seperti kuning lemon. (pukul menggunakan hand whisk. )
6. Campurkan adunan bater dan kuning telur.  Masukkan campuran tepung. Gaul sebati dan ketepikan.
7. Pukul putih telur bersama lebihan gula (letak sedikit demi sedikit). Pukul putih telur sehingga berupa seperti meringue  dan ada stiff peak.  It's better kalo guna handwhisk coz korang boleh agak bila nak stop.

(aku taruk gamba bagi senang paham)


(gamba pinjam)

then lepas tu,
8. Campurkan adunan tepung dan putih telur. Satukan dengan cara meng'kuap'. (dari bawah ke atas) bagi elakkan ruang udara hilang. 

(because resepi ni takdaa guna baking powder mahupun baking soda, jadi perlu berhati hati dengan meringue yang anda telah buat sampai rasa macam nak tercabut bahu tuu XD

9. Alaskan kertas minyak ke dalam loyang. (it's even better kalo korang buat kertas minya tu tinggi dari layong because adunan ni pandai menaik waktu bakar nanti)
alaskan bahagian luar dengan aluminium foil bagi mengelakkan air masuk ke dalam adunan. 

Bakar dengan cara water bath selama 1 jam 40 minit (sehingga kek masak). 

teknik water bath

10. Lepas kek masak, alihkan loyang yang berisi air dan biarkan kek di dalam ketuhar selama 30-45 minit dengan keadaan pintu ketuhar terbuka sedikit. Ini bagi mengelakkan kek mengecut dan jadi tak cantik. 

hmm nampak senang but if slightly technical error, habis rosak kek.. 

after that, DONE!

korang dah boleh relax relax minum petang bersama Japanese Cotton Cheesecake yang super lembut ni. 

ok. setakat ni ja entri kali ni. 
bolehla try pasni. 

mana yang menjadi tu boleh-boleh la share.. =D


La revende, hasta la vista






2 comments

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.