Week 1: Bicara Budak Praktikal

Ok. Lately belog ni aku akan sapu sekerap mungkin untuk hilangkan segala debu debu dan habuk.
in sha Allah kalo ada masa, aku nak buat banner sendiri.
aku pun tengah fikir nak buat macam mana.. hihi

eh eh.. lupa pulak..
Salamualykumm dearies..

sekarang ni aku tengah praktikal kat sebuah firm architecture and engineering.
so, emm dah tak availble macam dulu TT
baru aku tau betapa bosannya kerja office.
sampai la aku terfikir, patut la bisnes sendiri tersangat best..
tapi yang tak best, untung rugi kita tanggung TT

maybe jadi bosan sebab aku the one and only budak melayu comel yang wujud dekat company tu..
serious.
sampai aku pun tak tau nak sembang apa dengan dorang.

cerita minggu pertama,
hmm tak banyak jugak sebenarnya..
kebanyakkannya aku lebih ke mereput sensorang.
cer bayangkan cubicle sebesar 2m x 2.5m tu korang dok sensorg..
dan buat benda yang mm boleh tahan bosan hahaha




*ni la tempat pengabdian aku kat opis tu*


see?
aku rasa macam nak bawak comforter tido kat bawah meja bcoz bila kol 9 ke 10 aku akan rasa mengantuk disebabkan bahana bangun awal.
eceh..
nak jugak mention bangun awal... (puihh)
ok abaikan part tu..

dorang provide kan aku tempat ni ler..
hmm ada jugak provide drinks at 10 am & 3pm
cuma aku ja yang malas nak turun g pantry
aku cuba la turun isnin ni
kalo rajin aku datang la..






yang ni pulak first task yang aku dapat.
plan rumah biasa.
aku kena redraw balik dalam cad
because yg dalam kertas tu hand drawing

awal-awal dapat semangat la nak buat.
lagi bengong aku buat mana yang takda measurement tu men agak-agak
pekakas aku xda! toolbox aku semua tinggal kat tanah seberang.. TT

dah kamis lepas baru aku pinjam scale ruler dengan sorang staff kat situ..
bongok kan? TT tapi alhamdulillah
takda la bongok sangat
coz mana yang aku agak-agak tu
mostly tak jauh lari, or kadang ada yang ngam-ngam soi



yang ni pulak cerita hari jumaat lepas.
punya eksaited dalam habiskan first week (sapa tak eksaited wehh dapat cuti) internship ni, aku dah siap men selfie bagai..

yang belakang tula keja aku..
hampir siap.. sebab aku buat main-main.
emm takda la main sangat.
cuma mostly kalo aku bosan, aku layan lagu or pegi baca buku Gila by Lejen Press..
lepas baca buku tu, sumpah mind blowing gila and aku pun hampir gila

terus aku campak buku tu dalam laci, tinggalkan kat opis..


sebelum aku habiskan tulis entri first week practical ni..
aku ada 1 story nak share..

kebiasaannya aku datang awal kat opis..
orang kedua lepas supervisor.
disebabkan supervisor yang bukak office, so, aku orang kedua la.. macammana nak masuk office kalo tak bukak lagi en?

nak dijadikan cerita, haritu, lepas bukak office, encik supervisor tu keluar..
aku biasanya akan ke tandas dulu sementara pc aku ambik masa nak hidupkan

then, time aku on-the-way nak g toilet kat belakang, aku ada dengaq bunyi macam ada orang tengah typing kat keyboard.
aku pun rasa macam, waa awal gila dorang ni..
mesti banyak kerja ni.. kunon macam nak sapa laa siapa yang datang awal sangat tu..

ok..
aku jalan ke belakang..
lalu kubikel pertama, tak ada orang.. hmm ok..
kubikel kedua, ..
pun tak ada orang..
maybe last skali barangkali..
aku tersangat positif.. mood awal pagi..
so, aku lalu and toleh la ke kubikel yang ketiga..
hmm
pun takda orang..

aku pandang straight g toilet..
masih positif, maybe 'dia' tengah carik barang kat bawah meja kut..

lepas kelua toilet semua, aku tengok la dari arah belakang.. semua pc gelap..
and takda orang pun dalam opis melainkan aku sorang yang terpacak kat belakang tu..

hmm ini sangat tak kelakar..
tak pa..

aku anggap bunyik tu datang dari kipas aircond yang bising..
positip kann?

hahaahhaha
then, aku balik ke kubikel aku terus buat kerja..
malas nak kenang..
jadi apa-apa, office aku dah la kalo nak lari kena lalu 5 pintu..
pintu kaca, pintu rintangan api, tangga, pintu rintangan api lagi, pintu kaca and tirai besi..
nak gila ko..
hmm so, aku pun just layan township je dari fikir benda bukan-bukan..

setakat tu ja benda yang jadi dalam minggu pertama..
apa-apa lagi nanti aku share yaa..



La revende, 
hasta la vista

Giveaway : 100 Followers Celebration by Zanna Ghazali


klik banner untuk join

syarat simple!
do join this giveaway! 
good luck yaa


Liebster Award



Salamualykum, well hello dearies!

sebagai intro kali ni, berkenaan dengan banner kat atas tu:

LIEBSTER AWARD:  Penganugerahan khas ditujukan kepada blogger-blogger yang memiliki follower bawah dari 400 or 200 orang macam follower belog nihh haha 

Objektif (eceh..) Liebster Award ni adalah untuk menggalakkan para blogger mengenali antara satu sama lain.. kiranya nak mengeratkan silaturahim gituee

ok. AMARAN! . Ini adalah entri panjang dan sangat menyeronokan! aha.

dah pengenalan. meh aku tulis pulak segala isi kandungan. aku bukak dengan serangkap pantun ea.

"Awal bismillah pembuka bicara, 
Salam sayang saya layangkan;
Moga terjalin ukhwah bersama,
Terima kasih Yuha saya ucapkan."

nah bunga!haha


masuk isi penting yang seterusnya which is every competition must comes with the "T&C" rite?
sama jugak dengan Liebster Award ni.

TERMS AND CONDITIONS
(senang jerr~~)
  1.  Korang kena ucapkan terima kasih kepada blogger yang dah calonkan korang and korang kena letak link entri korang di blog mereka.
  2. Korang wajib tempek sebesar-besar alam banner "LIEBSTER AWARD" tak kira macammana pun.
  3. Jawab 6 soalan special yang ditujukan kepada korang.
  4. Share 6 facts about yourself! 
  5. Calonkan 5-6 blogger lain yang mempunyai follower kurang dari 200/400 orang yang korang fikir layak untuk dicalonkan dalam Liebster Award ni.
  6. Reka 6 soalan baru untuk dijawab oleh calon yang terpilih.
  7. Sila maklumkan kepada calon bahawa mereka telah dipilih untuk menerima Liebster Award.

p/s: each t&C are compulsory yaa.. takmo men tipu hokeyy~

ok. soalan yang diberikan Yuha kat aku berbunyi begini.. (emm macam susah jerr..aha just for fun rite?)


*gulp

first question pun dah cuak.. hahaha ape nak jawab ehh?
ok chill chill yukenduit!

*breath in.., breath out (bernada serious) lolol chill ler.. menda just for fun.. ecehh
ok setelah difikr masak-masak, ini laa jawapan yang tercapai akal aku nak tulis (buat masa ni)

JAWAPANNYA:
  1.  "If you're failed to plan, u're plan to fail" which is, dalam buat apa benda sekalipun kita kena plan elok-elok.. Never messed with your own future right? *sambil betulkan spec
  2. Benda utama ya? so maknanya rumah sendiri la kan? Untuk kes macam ni, aku akan ambik beg yang aku dah sediakan untuk escape plan, which is semua dokumen penting pasal aku. *betulkan spec sekali lagi.. (aha!)
  3. Aku tak tau kenapa. Tapi aku suka Ben dalam movie Song of The Sea. =D 
  4. Leave Out All the Rest by Linkin Park. Lagu memorial ni takkan boleh lupa. (But for this moment, aku prefer lagu Ko Koni Iru Yo -Soulja..^^)
  5. Novel? err aku dah lama tak baca novel hmm.. Hidup aku dah macam Metric Handbook =P
  6. 50-50. Ada yang macam aku nak, ada yang aku tak nak.. eceh! but i'm on my track right now.. In Sha Allah apa yang aku bayangkan 10 tahun lepas, akan jadi kenyataan. 
finally! habis dah menjawab.. 

seterusnya kita pegi ke segmen yang berikutnya:

6 FACTS ABOUT YOURSELF!
(emm aku nak carut apa pulak kat sini.. tulis la apapun..)

  1. Shorty! aha. #syukurselalu
  2. lesen motor L dah 4 kali tuka tapi still tak P lagi
  3. One and only muslim girl dalam kelas
  4. Pernah menangis tengok orang buat skydiving sebab nak sgt buat!
  5. Suka buat random things
  6. target 5C's before 30
dah! cukup-cukup la tu.. heee~

CALON-CALON AWARD SETERUSNYA:



SOALAN :

  1. Artis kegemaran anda. Nyatakan sebab anda meminati mereka.
  2. Apakah jenis gajet yang menjadi milik anda sekarang?
  3. Tempat yang paling menarik yang ingin anda lawati/ tinggal. Sila nyata nama tempat dan sebab.
  4. Artistik atau sistematik. Manakah satu pilihan anda?
  5. Masa bilakah anda rasakan sesuai untuk akhiri zaman bujang?
  6. Apakah matlamat hidup anda?  



*breath out~
akhirnya.. berjaya jugak aku menghabiskan Liebster Award ni. Aku rasa waktu ni la patutnya exam dibuat, aktif semacam otak aku waktu ni. Konfhem 4 flat ni. Kepada calon-calon yang seterusnya, moga jawabnya dengan suksess yaa! 

Jangan lupa letak link entri korang dekat ruangan komen. Aku nak jugak tau apa jadi dengan korang lepas menjawab Liebster Award ni. XD

ok. aku permisi dulu. 
wasalam.



La revende, hasta la vista





Japanese Cotton Cheesecake Simple

Salamualykum ..

masa sem break ni la aku pulun buat benda benda yang mostly tertangguh masa on sem dulu..

kali ni aku nak share pulak resepi Japanese Cotton Cheesecake yang mudah lagi simple ya ampunnn gituu..

Tersangat mudah.. Bahan-bahan yang digunakan pun tak susah nak carik kat Malaysia ni..
kadang ada sesetengah resepi ni guna bahan yang kita pun tak pernah tau benda tu wujud dan pastinya tak ada dekat Malaysia ni.





ini laa hasilnya..

p/s: background tak berapa nak lawa and ada lighting probs, so aku edit sikit.. but kek tu memang macam tu kay..

do follow my insta :@zul_hady.here (aku upload kat situ untuk lagi clear)



ok terus ke resepi yang super duper simple ni..

Bahan WAJIB kena ada :

6 biji telur ayam -asingkan kuning and putih telur
250 gm cream cheese (aku guna tartura.. nak guna brand lain pun boleh, and set as room temperature)
60 gram butter (set as room temperature)
140 gm sugar
200 ml susu segar
60 gm tepung gandum*
20 gm tepung jagung *

*tepung tepung di ayak bersama.

mana yang set as room temperature kalo tak paham, kiranya korang dah keluarkan siap-siap dari peti ais.
sebab?
akan memudahkan kerja korang guna bahan yang tak keras.

Cara-cara nya pulak:

1. Set ketuhar 150 degree celcius
2. Satukan cream cheese and susu, cairkan dengan cara double boiling
3. Sebatikan dengan butter sementara masih hangat di pasaran
4. Asingkan telur kuning dan putih di dalam bekas yang berlainan (ofkos!)
5. Letakkan 40 gm gula ke dalam bekas kuning telur dan pukul kuning telur sehingga bewarna seperti kuning lemon. (pukul menggunakan hand whisk. )
6. Campurkan adunan bater dan kuning telur.  Masukkan campuran tepung. Gaul sebati dan ketepikan.
7. Pukul putih telur bersama lebihan gula (letak sedikit demi sedikit). Pukul putih telur sehingga berupa seperti meringue  dan ada stiff peak.  It's better kalo guna handwhisk coz korang boleh agak bila nak stop.

(aku taruk gamba bagi senang paham)


(gamba pinjam)

then lepas tu,
8. Campurkan adunan tepung dan putih telur. Satukan dengan cara meng'kuap'. (dari bawah ke atas) bagi elakkan ruang udara hilang. 

(because resepi ni takdaa guna baking powder mahupun baking soda, jadi perlu berhati hati dengan meringue yang anda telah buat sampai rasa macam nak tercabut bahu tuu XD

9. Alaskan kertas minyak ke dalam loyang. (it's even better kalo korang buat kertas minya tu tinggi dari layong because adunan ni pandai menaik waktu bakar nanti)
alaskan bahagian luar dengan aluminium foil bagi mengelakkan air masuk ke dalam adunan. 

Bakar dengan cara water bath selama 1 jam 40 minit (sehingga kek masak). 

teknik water bath

10. Lepas kek masak, alihkan loyang yang berisi air dan biarkan kek di dalam ketuhar selama 30-45 minit dengan keadaan pintu ketuhar terbuka sedikit. Ini bagi mengelakkan kek mengecut dan jadi tak cantik. 

hmm nampak senang but if slightly technical error, habis rosak kek.. 

after that, DONE!

korang dah boleh relax relax minum petang bersama Japanese Cotton Cheesecake yang super lembut ni. 

ok. setakat ni ja entri kali ni. 
bolehla try pasni. 

mana yang menjadi tu boleh-boleh la share.. =D


La revende, hasta la vista






3D PUZZLE GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN


Salamualykum.. 
dah lama tak join giveaway ni.. mana tau ada rezeki lagi kali ni..

jom join giveaway ni pulak, since aku ni suka 3D tak kira la apa pun.. 
(coz kerja aku memang melibatkan grafik.. ecee)


3D PUZZLE GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN
klik banner untuk ke belog penganjur



dengan syarat yang cukup simple, korang mungkin antara yang bertuah!
try ur luck.. rezeki ada di mana-mana.. =D

p/s: kalo den monang, den kaboan.. dunwori..








Dear Maurice Lacroix...

Salamualykum fellas

today, just got nothing to done with.. then almost half a day spending on scrolling Facebook.
sungguh ler buang masa..

ntah.. dah cuti ni la kita manfaatkan untuk buat benda benda yang tak bermanfaat khannn..?

ok. kali ni nak citer pulak pasal ehemm ehemm pakwe baru.. (aww yeahh~~)

Maurice Lacroix nama dia..
da nama camtu sah sah bukan orang Malaysia..
Zurich mali maa..

actually bukan nya manusia pungg
mana lahai aku nak cekau mamat omputeh ni.. dah la tinggi pun tak seberapa
lagi satu, yang cik abang tu nak taruk mana?

ish ish ishh
(harap dia tak tau kewujudan belog ni..)





ni branding untuk jam tangan..
aku memang pengumpul jam tangan

but usually just brought from night market la.. standard student macam aku ni mana la mampu nak pakai jam ratus ratus...

tapi kali ni nak kasi korang meleleh jugak (if korang suka jam tangan jugak)
sila la baca lagi entri aku kali ni..

ok.

founded on 1975 kat zurich.. tu basic je la..
dorang hanya keluarkan 90 k jam setahun..
emm kira sikit la kut kalo nak banding china copy

kalo nak tau dia punya background lagi,

sila klik DI SINI (wiki)

official webpage: mauricelacroix.com

masa untuk cuci mata~~

tada~~




aku jatuh cinta dengan yang ni.. serious fall in lavv

nama dia:


FC BARCELONA MASTERPIECE SQUELETTE
MP7228-PVB01-002


naa hambek kauu...
aku bukan minat barcelona punn.. but dia punya design buat aku cengini




sumpah, aku rasa kagum sebentar dengan manusia yang berjiwa seni yang terer gila buat masterpiece camni..

cengghinniii haaa *thumbs uppp!

aku kasi lagi cuci mata
pleasee la paham betapa hansemm nyaa awakkk!

<3 <3 <3







yang ni design lain pulak





swiss made.. umum tau dorang memang terer buat masterpiece haluih haluih ghini..
*kagum 

pastu barang da nampak lawa camni.. aku try la google price.. 
ok..
takpa.. aku tolong nanges kan dulu untuk korang


ni sumber dari collectorstime.com 
boleh click untuk tengok dengan lebih jelas




gambar price list ni dalam dollar.. currency malaysia sekarang dah jadi RM 4.40 kan per dollar?
hmm sesusah convert, meh aku kasi pulak price list dalam ringgit malaysia

tadaa...!
sumber dari : www.bodying.my





hmm camni la ekspressi aku,,

hahaha ingat nak buat as hantaran because cik abang pengemar jam jenis camni..
sekali tengok harga.. 

makaihh...!
better buat beli kereta sejibik ni.. tak pun rumah.. paling tidak pun buat pegi holiday..
tak nak sangat, simpan untuk emergency.. lagi berfaedah!


*ayat di atas hanya lah untuk mengubat hati dan perasaan terkejut dek harga seutas jam tangan yang berpuluh puluh riban mahalnya..




actually, tengok benda macam ni better coz it will give you spirit untuk berusaha dengan lebih gigih lagi next time.. 
maksud aku, takda la buang duit nak beli jam riban riban camni.. at least kita dapat senangkan hidupkan kita and tolong orang sekeliling kita, tu pun dah memadai =D


pesanan ikhlas dari saudara sedarah aku:

"Buat apa jam mahal-mahal,
 kalau masih tak reti tepati masa...?"

ouch...
!

deep la weyy

buat renungan bersama.. mana yang baik, semat elok-elok jadikan pembakar semangat..
mana yang buruk, teruk.. jadikan sempadan laut china selatan.. ahaha

kbai..

eh salah..

wasalam..

La revende, hasta la vista







Resepi Daging Masak Lada Hitam Mudah!

Salamualykum!

harini dah selamat jejak tanah tumpah darah sendiri.. alhamdulillah..
(even selalu tak dapat smooth landing but it sokeyy..  )

thanks ya Captain Megat Asfarizal.. (harap betul la.. sayu sayu je denga tadi) haha
sebab dah selamat bawak anak bumi kenyalang ni jejak balik tanah Ibu Pertiwi dia..

saiyangg Malaysia Airlines!
#supportlocal
#lokal

ok.
terus kepada resepi..

balik-balik terus lepas gian nak berketang ketung dekat dapo.. fuhh fuhh..
ni la hasilnyaaa





Bahan bahan yang super duper simple:

300gm daging (hiris nipis, sedang-sedang bagi cepat masak.. =D)
3 sudu sos lada hitam
1 biji bawang besar holland (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (cincang hancur)
1/3 lobak merah (potong nipis)
5 kacang panjang *kalo suka (potong panjang yang sedang-sedang)
cili sikit
minyak masak 
air untuk proses pelembutan daging
garam dan perasa

Cara penyediaan:

-panaskan periuk n letak minyak masak
then letak sos lada hitam beserta daging 
-letak air sehingga atas paras daging 
-biarkan daging direneh sehingga lembut.

setelah daging lembut, masukkan bawang besar, bawang putih, lobak merah dan cili.
sebatikan..
masukkan kacang panjang , garam dan perasa.

done!

jangan lupa masak nasik tau..

makan time sejuk sejuk macam macam stew daging da rasa..
nyum nyum! 

selamat mencuba dear fellas~

sila-sila la tag kalo dah cuba =D

La revende,
hasta la vista






Dari Kampus ke KLCC

Salamulykum =D

setelah berhempas pulas siapkan final project ahernya sekarang baru rasa free~~
sebulan bulan jadi zombie. makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah.
risau oo..


dan ahernya,
alhamdulillah.. semua dah selesai.

kali ni aku nak sapu habuk-habuk yang dah bersarang dalam belog ni.

nak cerita pulak pengalaman merdeka yang sekian lama hilang semenjak jd budak archi ni.
isk isk~

Lepas habis presentation final project, aku banyak habiskan masa dengan qada' balik semua tido. Jadi segala manusia yang cuba hubungi aku pada masa tu memang takkan dilayan.
Bukan pilih kasih. Even mak aku sendiri call pun aku tak berangkat.
Sumpah tido mati.

Then for the next-next day, akak-akak aku pulak datang rumah tak habaq2!
Dorang pun lepak la semalaman dengan aku.

Punya lama tak jumpa. Hambek kau..! Sembang tak ingat dunia..
then, before dorang balik ke tempat study memasing, aku temankan la hakak aku sorang ni nak ke KLCC jumpa member dia..

Perjalanan dari kampus ke stesen KTM dihantar oleh kakakku yang sulung. Tunggu untuk 5-7 minit, ahernya train ke KL Sentral pun sampai.

kunon nak jimat belanja, kitaorang siap bawak bekal la.. nak piknik katanya.. aha XD

So, dari KL Sentral kitaorang gerak la ke KLCC.

hmm baru aku perasan, selama aku study kat sini, aku tak pernah jejak KLCC lagi.
bak kata cik abang n member aku.. "kawasan orang kaya"

memang betul pun. aku pun pegi sekadar cuci mata. pegi ahad pulak. memang bersepah-sepah la umat manusia nya =\

aku belanja gamba sikit.

cerita dengan gambar ni senang. Aku ni bukan bangsa orang yang suka sangat menulis.
ni pun ambik masa berjam carik idea..
haha




ok. yang ni kolam. nak deepavali kan. sempat la snap satu gamba.. aku pun teruja tengok kesenian dorang buat benda artistik camni. 
agak-agak kalo masak balik beras tu, jadi kaler apa eh?


then, jalan-jalan lagi sikit.. lalu depan kedai Vincci. 
yepp kedai kasut tuu.. yang tempoh hari ada buat jualan gudang RM15 each pair of shoes.. housemate aku ada ajak pegi, nasib tak pegi.. mau mati aku kena lenyek.. bia la dia kasi free, kalo camtu la ghupa gaya macam zombie mengganas.. tak dann aku haaa..

baik aku sopping elok-elok dekat kedai.. biar la mahal pun, janji tak berebut dengan segala umat yang indescribable camtu. 




dah jalan, mesti la lapar.. bajet student ni selalu tight everyday.. so kitaorang pun singgah la kat  food court.
iye.. food court je mampu.. kalo korang student, mesti paham. tambah tambah lagi budak archi.. mesti paham.. cost printing bukan murah.. ='(

dah tawaf food court tu carik mana gerai yang berkenan, kitorang decide makan dekat emm aku lupa la pulak nama kedai dia.. 

tapi makanan dia macam gamba kat bawah ni..
haaa..

dia punya taste pun ok la.. not so bad.. 
huhu


yang gambar-gambar kat bawah ni pulak view sekitar klcc..
kena asah balik skill photography ni..







alrite.. ni pulak gambar kitaorang wefie ngn twin tower tu.. 
malangnya lighting failed, twin tower tak nampak.. sob sob




papepun, i really enjoyed my weekend!klcc is must-visit-place if u travel to Kuala Lumpur. 
Twin Tower tu la lambang kegemilangan Malaysia.
Saiyang Che Det!!

dah nak maghrib kitaorang pun bertolak balik ke kampus aku.. 
penat~~


lepas ni boleh hibernate lagi.. hihi
In sha Allah lepas ni aku cuba untuk selalu sapu lap-lap belog ni bagi tak da habuk and bersinar!
tq ya for those yang still up-to-date baca entri aku ni.. 
saiyang korang!

La revende, 
Hasta la vista.



Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.