Resepi Donut Gebu and Fluffy~~

Salamualaikum,

bfore tu, nak ucapkan Happy New Year 2015! tapi aku dah new year awal lagi.. 1 Muharam yang lepas.. tak lama lagi Maulidur Rasul dah.. fuu~ masa berlalu dengan pantas ya..
hmm.. bebalik kepada topik,
bercakap pasal makanan, nak cakap aku cukup arif, memang jauh lagi la.. eventhough, nama orang tersebut 'arif' haha! eh?

but, bagi aku makanan memainkan peranan penting, petik sikit pepatah omputeh:

"Angry man is hungry man"

dan aku bukanla  orang yang agak cerewet bila sampai part makan.
yepp.
aku boleh makan semua makanan (halal la, of cos) tapi kalo makanan tu consider as "foods for ant" dia punya size serving, tak bebaloi dengan harga (hotel 5 bintang len cita =P) baik balik p masak kat rumah.

sejak dua menjak keboringan dan perasaan tak sabar nak balik dah meloncat-loncat, maka perut aku pun mula mengeluarkan keinginan nak makan donut selembut umi aku buat.
Umi punya donut 'legend' kut. 2 hari masih lembut. Mana nak cari? Free lagi =P

Dek kerana henfon dari taun lepas tak reload (haha), so, aku pun godek-godek cari resepi kat internet, instead of call Umi mintak resepi.. kalo aku call, mesti umi cakap takyah buat sebab aku dah makin bambam! homaigad!>..<

Maka ini la resepi nya:

Bahan:

500g tepung gandum
2 sudu majerin
1 sudu teh garam
3 sudu gula pasir (aku gula gula perang*)
11g mauripan/yis (yang paket kecik tu)- rendam sat dalam  secawan air suam, kasi yis kembang sikit
air sejuk untuk lembutkan doh (yang ni aku tak perlu pun sebab air dari yis da cukup)

Cara:

1. Kembangkan mauripan guna air suam. Masukkan garam. Biarkan.
2. dalam satu bekas besar, masukkan tepung, gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan. bagi serasi dulu.
3. Masukkan mauripan ke dalam adunan. Uli kesemuanya menjadi doh. 
4. Uli sampai doh jadi lembut. Kalau tak lembut lagi, boleh letak air sejuk sikit demi sikit. Uli sehingga adunan menjadi lembut. 
5. Terapkan adunan menggunakan acuan selepas digelek rata. Ataupun, jika korang tak mempunyai acuan, boleh hasilkan sendiri dengan tangan. Buat biji kecil-kecil, biarkan seminit dan tebuk lubang ditengah.
6. Biarkan donut dalam masa 5-6 minit, kemudian panaskan api, letak minyak untuk mengoreng dan dah boleh start goreng donut kalo minyak dah panas. Pastikan api jangan terlalu besar, Minyak yang terlalu panas cepat menghitamkan kulit donut tapi isi di dalam masih mentah. 
7. Hidangkan mengikut cita rasa anda. (aku blender gula je..simple)



aku jumpa resepi tu kat sini:

-------------------------------------   Citarasa Rinduan  -----------------------------------


leh klik kat link untuk lebih detail pasal donut gebu..
try la.. makan 2 bijik cukup memuaskan! hilangkan rasa lapa dengan segera!

mekasih sudi baca. jangan lupa cuba, ^^




5 comments

  1. Memang gebusss ke ni ikut resipi? hikhik

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah..

    Ibu akak niaga kuih ms akak membesar dr umur 7-17tahun..

    Ibu guna bahan murah dan mudah dicari.
    Tiada bahan mewah, tapi gebusnya Allahuakhbar..


    Bila dewasa, kak guna resepi ibu u niaga.
    Mmg digemari pelanggan citarasa rinduan


    Apapun. Tahniah kerana menjadi dengan molek donut adik tu.
    Dan terima kasih kerana sudi ambil resepi dr blog kak.

    Moga murah rezeki dan ibu sihat3 selalu

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.