Produk Kecantikan Extra

Salamualaikum peps..

semoga yang tengah baca entri ni comel-comel and kiut kiut belaka ^^
kali ni nak share pasal pelbagai jenis produk kecantikan yang ada kat pasaran malaysia ni..
dah macam cendawan tumbuh dah
kejap-kejap dengar ada yang ini la, itu la..

hati perempuan kan.. mesti nak tau lebih detail lagi lagi kalau benda tu pasal kecantikan..
sapa lahai takmo jadi cantik.. hmm ada la jugak tapi mesti nya nak tau sikit-sikit sal kecantikan

macam biasa, aku ni memang ada banyak sangat kemahuan. bila tengok produk kecantikan ni automatik nak jugak jadi putih lelawa macam si pemakai produk berkenaan.. tapi aku tak sure mana satu yang ngam dengan aku. even though si 'arif' cakap aku dah cukup putih tapi still tak puas hati tu heee.. =P

setakat masa aku tulis entri ni,
aku sertakan sekali produk-produk untuk jadi cantik yang tengah 'up-up' masa ni..
korang boleh jugak share-share review kalau penah guna produk-produk ni

mana la tau kut-kut la ada rezeki, aku nak jugak try sekali ^^


1. Toujour Advance Collogen



Jenis: Cecair 
Harga: RM 199 (SM) / RM 209(SS)
p/s: Ramai sangat dah tengok insta artis dok upload gamba tengah minum toujours ni.. 
dan pastikan korang dapatkan dari pengedar yang sah!

2. K Colly Sweet 17


Jenis: Serbuk (boleh dimakan dengan pelbagai kaedah eh?)
Harga: RM 169 (SM) / RM 179 (SS)
p/s: Fattiya dah diangkat jadi duta. cam best jer nak try.. =)
most important. pastikan korang beli k colly yang original. 

3. Dianz Vitamin C Whitening Collagen




Jenis: Tablet/ pill
Harga: RM 80 (SM)/ RM 85 (SM)
p/s: Sekarang ber'wajah' baru. Pengeluar sama dengan 'peel-off' mask colour purple pertama di Malaysia. Dah naik harga.. tskk..tsk.. sayang tak beli awal-awal 

4. BeautyOat Collagen Plus


Jenis: Oat 
Harga:RM 79 (SM)/ RM 89 (SS)
p/s: boleh kuruskan badan sekali. Jimat pun jimat =)

5. Ephyra Ocean Life



Jenis: Serbuk (untuk diminum)
Harga: RM 179 (SM)
p/s: Memey Suhaiza jadi duta. ohsem! 

6.Maco Collagen Peptide 



Jenis: Serbuk (macam K Colly)
Harga: RM 99 (SM)
p/s: menarik untuk dicuba. pastikan dari agent yang sah!

7. Radiance Signature


Jenis: Cecair 
Harga: RM 180 (SM)
p/s: nampak elegant dan sekarang ni tengah ada promotion, cepat pegi facebook dorang
dapatkan penjimatan yang ohsem dan t-shirt percuma* 

*terma dan syarat ya

8. Satin Skinz  


Jenis: Tablet/ pill
Harga: RM 180 (SM)
p/s: jangan tertipu dengan produk tiruan !


Alright..!
Aku review 8 produk ni yang bagi aku berpotensi untuk dicuba.
Produk lain tu boleh cuba, tak bermakna tak berpotensi, cukup la aku senaraikan 8 jenis ni..
nak senaraikan semua tak tido aku malam ni haha

aku teringin nak guna Radiance Signature. Packaging yang nampak simple tapi elegant! Suka suka suka! Akak aku sorang ada try Satin Skinz.  Mak aihh muka dia, dah jadi macam Claire Danes dalam cerita Stardust! Shining giler! Seronok tengok lebih lebih lagi kalo dia senyum.. melting orang haa..

review yang aku buat ni dari apa yang aku tengok. Aku tak penah lagi try mana-mana produk di atas. Dan harga tu mungkin berubah sebab aku just tengok mana yang sekilas pandang aku nampak. eh? Aku bukan stokis kayy.. jangan order dengan aku.. =..=

Butiran lanjut aku dah sertakan website dengan facebook produk tu. Sila-sila la rajinkan diri membaca untuk dapatkan keterangan lanjut before guna produk kecantikan ni.

Semoga cantik selalu! ^^  



Post a Comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.