Sampoong Departmental Store : Runtuhnya Kerana Angkuh

Salamualaikum..
entri kali ni aku fokuskan lebih sikit bekenaan dengan assignment aku.
nampak macam meanrik nak di share bersama.
boleh la jadi renungan kita bersama =D

Apa tu 'Sampoong Departmental Store?'

Dekat mana?

Bila runtuhnya?

Kenapa?

Macam mana boleh jadi macam tu?

tu la antara soalan-soalan yang start aku google bila jumpa list failure/collapse buildings

nampak kes Sampoong ni tersangatlah menarik bagi pandangan mata aku. eceh.

meh aku story sikit.



Sampoong Departmental Store

Hak milik: Sampoong Group
Lokasi: Seoul, South Korea
Masa runtuhan: Khamis, 29 June 1995
Mangsa: a) Mati: 509 orang
               b) Cedera: 937 orang

Kenapa dan mengapa tu meh sini aku huraikan lebih lanjut.
banyak punca dan sebab kenapa bangunan yang kira baru sahaja di bina (1987-1989) boleh rutuh dalam tempoh masa yang tersangatlah singkat. Masa untuk runtuh pun singkat. Kurang dari 10 minit. Hebat kan?










Sebab-sebabnya:

1. Proposal berubah:
Ikut planning asal, bangunan ni sepatutnya jadi pejabat. Tapi sebab ikut sangat cakap chairman yang masa tu Lee Joon (bukan member mblaq tu k) and Lee Han Sang yang nak bangunan ni diubah jadi departmental store. Kira suruh ubah jadi shopping mall la.
Masa suruh ubah pulak construction dah separuh jalan. SEPARUH kut. Kira dah siap tanam foundation, column pun dah pacak banyak tetiba suruh ubah. Senget sangat la makhluk berdua ni.

2. Melawan Hukum (Building by Law):
Dah la suruh ubah function bangunan, dikeluarkan lagi arahan suruh potong beberapa column (tiang) yang ada untuk install escalators.
hampeh.

Planning asal bangunan ni sepatutnya ada 4 tingkat je, dia suruh pulak tambah tingkat kelima.
Untuk buat restoran. Kira macam medan selera la.
and tingkat kelima ni la yang super-duper heavy!
Ni memang sah tak fikir panjang.

 Nak construct bangunan tu bukannya main hari ni nak 8 tingkat, esok nak 12 suka hati main cakap.
Lepas arkitek lukis (draf), engineer kena kira pulak. Kalau struktur tu sesuai untuk tampung berat tigkat yang kita nak, boleh la proceed. Kalo tak sesuai, drawing kena pass balik ngan arkitek, lukis balik mana yang patut untuk tambah floor.
Cakap senang duit banyak boleh la..

Contractor dah tak approve dorang punya request tambah tingkat, tapi sebab degil tanak dengar cakap orang, contractor tu dah dipecat dari tender buat bangunan tu.

Pastu yang part bumbung, dia taruk pulak air cond yang satu dah berat 15 tan. Berat yang 4 kali lebih besar dari sepatutnya bumbung tu support. haa kau, mati kenahempap ajaib hidup balik. Sumpah aku tak tau nak cakap apa.

3. Guna Bahan Binaan Tak Tepati Piawaian
dah tau nak buat bangunan high-rise, guna lah barang yang bermutu sikit.
Ini tak ambil peduli asal bangunan pacak. Kan dah runtuh. Rugi tak rugi?

Bilangan yag sepatutnya concrete di 'reinforced' kan banyak, tapi di'cut' bajetnya. adeh
Column lak sepatutnya berdiameter kan 80 meter, pegi buat 60 meter je.
Tingkat paling atas ni yang paling berat, Tiangnya kecik. hmm..

4. Maintanence tak ambil peduli
sebelum runtuh, ada peniaga-peniaga yang cakap, bangunan dah start cracking. Tapi pihak pengurusan tak ambil kisah pun. Katanya sikit je. ish..ish

-bangunan start cracking bila penghawa dingin dekat atas bumbung dialihkan sebab pihak pengurusan terima aduan daripada civilian, bunyi dari kipas penghawa dingin bising sangat.
so, dorang decide remove la dua kipas.
cara nak remove kipas tu dorang dok tolak-tolak, dan menyebabkan berat kipas tu turun ke bawah. Dan jadi punca utama keretakkan.

gegaran yang dihasilkan dari kipas penghawa dingin



Concrete slab yang tak dapat nak tampung berat
sebab kekurangan tiang


Moral of the story, 
punca utama adalah sikap angkuh, selfish, stubborn, arrogant and tamak chairman yang nak cut construction budget tapi nak bangunan tinggi-tinggi. Time nak runtuh tu sempat pulak larikan diri. 
Bukan nak fikir customers yang tengah shopping kat bawah. 

Jangan.
Buat apa-apa biarlah dengan hati yang ikhlas.
Buat benda biar ingat Tuhan, ingat orang yang kita sayang.

Dibuatnya dalam bangunan ni anak bini nak shopping, time tu jugak la runtuh
agak-agak nangis nak ada lagu ke takda lagu?

To those,
future builders, designers, architects, engineers and all workers yang melibatkan nyawa orang,
time nak buat tu ingat 
kut la kalau-kalau orang yang kita sayang, family kita, dalam bangunan yang kita design tak ikhlas, berpotensi besar nak runtuh, sanggup ka bila jawab talipon orang inform, cakap dorang dah takdak?
*pesanan untuk diri sendiri jugak =)

Runtuhnya Sampoong Departmental Store ni dah cetuskan mogok la, pepecahan masyarakat la dan yang paling penting, tertulis dalam sejarah Korea Selatan sebagai bencana yang paling teruk dalam industri pembinaan. 

takmau.takmau.

Together, We Made Future Better. =D
(ahaks!)

p/s: saya budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan =)















4 comments

  1. menariknya kes ni ya..dah berapa tahun baru tahu

    ReplyDelete
  2. ohh kes ni , berat sangat tu . tengok dalam discovery xsilap , huhuu . lama dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.. kat Second From Disaster.. baguih amik pengajaran aa ni

      Delete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.