Tenang ah~

sound efek..: tiada duka yang abadi-opick <sila klik untuk mendapat lebih feel> bunyik awal ada spoiled skit, p lagu ni memang berkait rapat dengan entri kali ni

Cerita minggu ni aku taktau bila nak habis. Never ending story kut. Ish sejuk la pulak kipas nih.. Macam biasa, rutin kebelakangan ni.. Balik rumah, termenung setengah jam then tido. Cara-cara orang tension la tu.. Ye la. Bila dah sampai mood rasa nak marah dengan semua orang tu, baik diam. kang tak pepasal kena penampaq sebijik dua, naya~=.="
Huuu~ dunia ni.. cliche habis. Dah selesai satu masalah, satu lagi yang datang, dah pass yang satu, tiga pat lima jatuh terjun dari langit ala-ala buat sky-diving.. macam cilake +___+" bak kata amiga, roller coaster life kitaorang tengah dekat bawah ni.. Esok lusa pandai la naik balik..<kata kata penyedap hati>
bila tension, pressure macam ni, otak mula la terpikir nak buat benda jahanam gila baik. Inche Google amat memahami aku nampaknya. yay!^^

tapi, aku taknak la tengok mak aku nangis lagi. Udah-udah la dengan masalah yang aku buat dari kechik sampai la ke tua bangka ni. SPM tak lama lagi. Masih lagi nak main cak-cak dengan buku kimia, fizik, bio suma tu. Bila ntah nak dapat kesedaran. tadi, lam kelas waktu BM, baca sajak "Bangkitlah" bunyik macam Papazola dalam Boboiboy jer. Nak gelak takda selera. Eh! Mesti~ kalau nak dengar aku mengilai, kena ada selera. Mood aku mati sejak semalam. Pandang depan, kosong. Belakang, kosong- imaginasi aku la.. walaupun hakikat nya ada orang dekat depan dengan belakang aku. Orang sebelah macam paham yang dia buat salah. Lantak p la dengan korang! Janji aku bahagia, jadi apa masalahnya kalau aku diam sehari? Takda kaitan dengan hidup mati korang kan... #ciri-ciri tak puas hati# 

Aku sihat jer. Sekali aku datang sekolah sengih menyengih sensorang, tak pepasal kena tegur dengan cikgu Bio aku. 

"Are you okey?" -muka risau macam aku nak mati sesaat dua lagi.
Soalan chegu tu aku balas dengan senyuman. Konon-konon okey la tu. Eceh! 
bla..bla..bla..<OhMyEnglish!> then, aku blah. Menapak setapak demi setapak aku fikir, sekolah ni la tempat aku senyum n sekolah ni la jugak tempat aku jadi senyap tak bersuara. 

Patut sangatlah sorang member tu tanya aku ok ke tak semalam. Bila aku tau the truth of the story, nah~ hambek kau! Tak bunyik~ sampai balik aku fikir kata-kata keramat amiga, 

"You deserve better than him, bro" 

betul la tu. Oda pun penah post kat status fesbuk dia,  

"Jangan impikan lelaki setampan Nabi Yusuf kalau diri tak setabah Zulaikha"

ok. itu memang aku sokong. Tadi aku jenguk jap kart profile "member" lama,


hmmm~ kuat sangat la teori Oda tu.
Serious. Aku pun tak tau nak marah dekat sapa sebenarnya. Nak salahkan Inche Wali Allah, dia hanya menyahut seruan cabaran suruhan orang. Memang Cold War lagi la gamaknya. Blok blok kapitalis dengan komunis nampaknya dah muncul balik. Semangat Adolf Hitler makin memuncak ni. Tapi bukan dengan perlumbaan senjata, dengan kepandaian yang ada. Hidup perlukan kemajuan. Buat apa nak toleh skodeng-skodeng belakang, suma dah jadi sejarah.

Penghargaan jugak buat amiga. Kalau dia tak buat, tak godek-godek segala isi tersurat dan tersirat kejadian yang berlaku, konfhem sampai ke saat ni aku jadik orang bodo sial tunggu kuda bertanduk. Sekali unicorn datang, nahh~ pengsan tak bangun-bangun dah~ thnx my lady: Queen Eqa the Third^^.

Anyway, nilah cabaran yang semua orang akan/dah hadapi masa teenager.. cuma aku lambat setahun dua. mungkin ada yang dah facing konflik macam ni waktu sekolah rendah, form one,three and so on la.., p hakikatnya manusia tu tak penah lepas di uji oleh yang Maha Kuasa. Mungkin cara kita berbeza...kut~

Post a Comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.