Aku suka... Janji Bahagia^^

Sebut je nama Ribena, mesti semua orang kenal kan? Bukan Ribena anak Pepsi, bukan juga Ribena binti Tungau.. Kali ni aku nak sebut pasal Ribena- Minuman Buah.. ni yang aku nak crita sikit pasal latar belakang Ribena.
 #Terima kasih Inche Google kerana memberikan kerjasama ngan gamba Ribena ni^^#

Diperkenalkan oleh syarikat GlaxoSmithKline pada tahun 1936.. ughh! lama jugak Ribena ni hidup! aku pun baru tau. Hari-hari dok minum tumtum tak ingat dunia, taktau pulak yang air ni dah lama hidup. tak pa.. Aku suka Janji Bahagia^^
Syarikat British tu buat Ribena ni kira cam soft drink tapi tak berkarbonat la. Kepada sesape yang taktau kaler air ribena, kalernya ungu atau dalam sebutan org putehnya, purple..  # aku salu gadoh ngan orang pasal sebut ungu tak betul.. macammana ntah sebutan yang betul aku pun taktau. hangpa suma boleh rujuk Dewan Bahasa Dan Pustaka. Untuk keterangan yang lebih lanjut pasal Ribena, boleh la pegi bukak tingkap ni yer.. http://www.ribena.co.uk/

tu dia... Pembuka entri kali ni. Sebenarnya aku nak cerita yang aku suka air Ribena. Tak salah kan minum air ribena. Bukannya kita minum terus jadik Kanak-kanak Ribena. dekat cover botol air tu takda pun tulis had umur dari berapa sampai ke berapa boleh minum.. Aku berani tak minum Ribena dah kalau dekat cover dia tulis had umur aku tak leh minum. Serius. Sebab apa aku serius lam entri ni aa? Aha! Sebab aku selalu kena gelak dengan pakcik ngan makcik yang amek order kalau aku makan dekat restoran luar. ughh~ hina sangat ka aku minum Ribena? Aku punya suka la.. Janji Bahagia!

Korang penah tengok cerita 3 Idiots? Buat peminat cerita Hindustan memang layan la cerita ni. Aku suka sungguh ngan cerita ni. Sebab apa? Banyak sebabnya. Antaranya :

1. Bukan macam cerita Hindustan biasa yang dok golek golek kart padang rumput.
2. Kehidupan sebenar penuntut dekat universiti.
3. Pasal engineering.
4. Member yang best :  Ranchhoddas  Shamaldas Chanchad/ Phunsukh Wangdu, Raju Rastogi dengan Farhan Qureshi.
4. Ada Amir Khan, Kareena Kapoor ngan sapa nama pelakon yg bawak watak Raju Rastogi tu.. hah yg ni barisan pelakon yang aku suka

try la tengok kalau tak percaya yang cerita ni best.. sungguh! aku tengok untuk kali yang keberapa ntah still menangis gak tyme si Raju Rastogi tu terjun dari bangunan sebab si Virus tu suruh dia buat pilihan samada dia atau Rancho tu yang kena buang universiti coz dierorang pegi kencing depan rumah prof dierorang tu.
Kawan beb. Ranchhoddas Shamaldas Chanchad tu lah orang yang bersusah payah menyelamatkan ayah dia hari tu yang hampir mati.. perghh! jalinan persahabatan kuat mampuih!

Based on cerita ni, apa yang aku dapat:
-Kita terlalu sangat mengejar kejayaan sampai kejayaan pun tak cukup tanah nak lari dari kita.
- Takut sangat dengan future. Risau dengan kerjaya, rumah,gaji yang kita bakal dapat tapi kita tak fikir pun pasal minat kita.
-Jangan ikutkan sangat kehendak makpak kalau hati tak berkenan. Bak kata Farhan, "Biarlah ayah memarahi saya pada hari ni atas tindakan saya, asalkan saya tidak memarahi ayah untuk seumur hidup pada hari kemudian atas tindakan ayah"

Okeyh! Aku suka Janji bahagia sampai kat sini jer. Salam^^



1 comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.