Game Over..^^

"leyha ribena!" uhh.. aku rasa laungan or panggilan macam ni adalah dari orang yang taknak tengok aku meninggi dengan jayanya kutt.. =.=
just kidding. Assalamualaikum.

kali ni aku nak story banyak sikit. Pasal aku dah tak update  untuk beberapa hari kebelakangan ni. Kalau aku tak update, itu tandanya akak aku menyorokkan broadband atas alasan, takut adik aku tak belajar.. eche! no comment..  kalau engkorang nak tau lebih lanjut apa yang aku tak update, amiga aku dah update kat blog dia juga. klik kat sini untuk baca lebih lanjut...

Aku crita sikit sikit udah la yer. Semalam aku ikut Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak under MaxcellKira menumpang kasih la jugak. Eh! Tak! Kita orang dijemput sebenarnya... hehe Ada jugak member lain, p disebabkan kitaorang <aku, Eqa, Zul ngan Oda> register nama kat cikgu lain, members yang lain kat cikgu lagi satu, kita segregate lah ikut istilah 'biology'nya. Just kitaorang empat.. Perasan la jugak orang yang lalu lalang suma pakat nak usha kitaorang. yer la. dah dua laki, dua pompuan.. korang rasa?  *ker aku sorang yang perasan akak sebelah tu pandang kitaorang empat sambil senyum senyum tahap hutan tebu manisnya..* ==" ntah. Lantak p la ngan dia.. Janji Bahagia.

Part yang paling aku rasa best la jugak, waktu kitaorang jalan-jalan pegi beli menatang yang boleh dimakan. Mula-mula Oda melangkah ke gerai yang jual keropok lekor. Dari rupa dan gayanya, keropok lekor tu dah sejuk.*dari pandangan aku lah* then, Eqa ajak aku pegi kat gerai belah sana pulak.. memandangan aku terpandang ada lagi gerai lain yang jual keropok lekor belah sana, aku pun terus la ikut Eqa. Bila sampai kat gerai tu, ada la dalam 4 ke 5 orang mamat yang handle gerai tu berdiri. Aku rasa cam... "o.k..." gerai tu sama cam gerai yang belah belakang tadi. Cuma yang ni penjualnya 5 orang mamat pangkat pakcik aku rasa, yang gerai belah belakang tu acik-acik yang jual. Sesi perbualan pun bermula bila aku melangkah ke gerai tu,

" Kitak...(Sarawak's language . its mean: Awak)  ..... yer dik, nak beli apa? "  terus bertukar dialek pegi ke dialek Malaya.
~eche. ingat aku tak paham ke cakap sarawak.. teyy~!

"Gerai ni sama eyk dengan gerai belakang sana?" Game on bro.. Suma pokcik memandang ke arah aku yang kechi..
 "Ha'ah dik. Sama jer.." senyum memanjang................

Tangan aku terus capai popcard yang disangkut kat besi khemah gerai tu. membelek-belek.
"Eh.. terbalik tu dik..." sedangkan aku tengah membaca tu terus dipusingnya.. macam cilake aku menyumpah dalam hati. Tak berani jugak keluarkan.. Tak manis.. dan tak baik.. 

Pastu dia orang gelak-gelak sebab diaorang rasa berjaya mempermainkan aku. Yang amiga Eqa kat tepi, tak bunyik sepatah haram sebab dia tengah sakit. tetiba tengah diaorang gelak-gelak, jenjejeng..., Oda ngan Zul sampai..
Sampai dan terus bertanya, "Beli apa, ha?" Oda bersuara. Pokcik sekalian kembali meneruskan kerja.. Tinggal dua orang jer yang berani mengangkat muka. Tau takut..

"Sikda. Ambik la 3 ringgit kopok ya.." sesi jual beli tamat.
Zul pun cakap, "bukan sama jak ka dengan gere belakang nun ka ha? Ko tengok barang yang dijual ka tengok penjual nya..?" sambil melemparkan senyuman yang aku rasa "agak" sinis..=.=
"Sik la. Aku ingatkan nya gere lain..<tak lah. Aku ingatkan dia tak sama>" selamba menjawab dengan bahasa Sarawak.
.  Pokcik2 tersebut memandang kitaorang berempat dengan pandangan yang sayu aku sendiri tak dapat nak tafsirkan.. Mungkin diaorang ingat aku ni orang Malaya kut. Apsal? Ada ka cop mohor "MALAYA" tertulis kat dahi aku? takda pun aku nenggok eyh.

hahaha. Sampai la kitaorang bersembang dan berdebat pasal bunga dan buah dalam air laici dengan air teh bunga crysanthemum.. best la semalam. kalau ada masa lagi aku nak spent masa ngan diaorang tiga. Sesi game on, bersambung belah petang..^^

Petang tu kitaorang together-gather gak pegi party rumah kenalan member sorang ni. Pergghh! rasa cam pegi majlis tunang  or akad nikah orang jer.. macam menunggu pengantin ngan keluarga pengantin lelaki sampai jer rasanya. Aku terfikir gak, perlu ke buat segala masakan hidangan juadah cenggitu sekali? Siap dengan birthday girl's  tu dimekap sebegitu rupa. Untuk memujuk hati, perlu lah kut. Orang setiap tahun sambut birthday. Bukan cam aku. Aku rasa buat kali awal dan akhirnya hari lahir aku kena sambut waktu first tyme aku memekak kat delivery room, hospital Miri. And my dad sambut dengan laungan iqamah.. Allahuakbar! Memang dilahirkan untuk jadi pejuang la kiranya ni. And lepas tu, tak pernah dah buat makan-makan, kek segalak tu suma bila tarikh 2 April setiap tahun.. Sob..sob..
#touching la jugak semalam tyme  pokcik nyer si Azyan baca doa pembukak majlis. Syes! Aku rasa nak nangis sebab aku tak pernah diberi peluang untuk sambut birthday cam tu.. Takpa.. Allah Maha Mengetahui apa hikmahnya..#

Menurut kata Queen Eqa the Third, kalau tak kerana topping kek tu, takkan kitaorang dua nak masuk. Kira best la jugak... Jugak...=Kut.. hahahaha memandai jer buat equation.. Kerja addmath terbengkalai. Macam cilake jer orang yang update kat Scribd tu.. nang update pun biarlah logic kut. ni tidak. 

Sambung balik. Tyme Azyan tengok hadiah dari aku, eqa, zul ngan oda tu, suma buat muka chequai.. Blurr.. Kenapa hadiah kitaorang empat bersama dalam beg Famous Amos itu? hahaha lantak korang la nak tafsirkan apa pun. Yang penting, kitaorang bahagia^^





 

1 comment

  1. "lemah aku baca entry kau pok ng tetak ajak hahaha" - Queen Eqa the Third

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.