Tenang ah~

sound efek..: tiada duka yang abadi-opick <sila klik untuk mendapat lebih feel> bunyik awal ada spoiled skit, p lagu ni memang berkait rapat dengan entri kali ni

Cerita minggu ni aku taktau bila nak habis. Never ending story kut. Ish sejuk la pulak kipas nih.. Macam biasa, rutin kebelakangan ni.. Balik rumah, termenung setengah jam then tido. Cara-cara orang tension la tu.. Ye la. Bila dah sampai mood rasa nak marah dengan semua orang tu, baik diam. kang tak pepasal kena penampaq sebijik dua, naya~=.="
Huuu~ dunia ni.. cliche habis. Dah selesai satu masalah, satu lagi yang datang, dah pass yang satu, tiga pat lima jatuh terjun dari langit ala-ala buat sky-diving.. macam cilake +___+" bak kata amiga, roller coaster life kitaorang tengah dekat bawah ni.. Esok lusa pandai la naik balik..<kata kata penyedap hati>
bila tension, pressure macam ni, otak mula la terpikir nak buat benda jahanam gila baik. Inche Google amat memahami aku nampaknya. yay!^^

tapi, aku taknak la tengok mak aku nangis lagi. Udah-udah la dengan masalah yang aku buat dari kechik sampai la ke tua bangka ni. SPM tak lama lagi. Masih lagi nak main cak-cak dengan buku kimia, fizik, bio suma tu. Bila ntah nak dapat kesedaran. tadi, lam kelas waktu BM, baca sajak "Bangkitlah" bunyik macam Papazola dalam Boboiboy jer. Nak gelak takda selera. Eh! Mesti~ kalau nak dengar aku mengilai, kena ada selera. Mood aku mati sejak semalam. Pandang depan, kosong. Belakang, kosong- imaginasi aku la.. walaupun hakikat nya ada orang dekat depan dengan belakang aku. Orang sebelah macam paham yang dia buat salah. Lantak p la dengan korang! Janji aku bahagia, jadi apa masalahnya kalau aku diam sehari? Takda kaitan dengan hidup mati korang kan... #ciri-ciri tak puas hati# 

Aku sihat jer. Sekali aku datang sekolah sengih menyengih sensorang, tak pepasal kena tegur dengan cikgu Bio aku. 

"Are you okey?" -muka risau macam aku nak mati sesaat dua lagi.
Soalan chegu tu aku balas dengan senyuman. Konon-konon okey la tu. Eceh! 
bla..bla..bla..<OhMyEnglish!> then, aku blah. Menapak setapak demi setapak aku fikir, sekolah ni la tempat aku senyum n sekolah ni la jugak tempat aku jadi senyap tak bersuara. 

Patut sangatlah sorang member tu tanya aku ok ke tak semalam. Bila aku tau the truth of the story, nah~ hambek kau! Tak bunyik~ sampai balik aku fikir kata-kata keramat amiga, 

"You deserve better than him, bro" 

betul la tu. Oda pun penah post kat status fesbuk dia,  

"Jangan impikan lelaki setampan Nabi Yusuf kalau diri tak setabah Zulaikha"

ok. itu memang aku sokong. Tadi aku jenguk jap kart profile "member" lama,


hmmm~ kuat sangat la teori Oda tu.
Serious. Aku pun tak tau nak marah dekat sapa sebenarnya. Nak salahkan Inche Wali Allah, dia hanya menyahut seruan cabaran suruhan orang. Memang Cold War lagi la gamaknya. Blok blok kapitalis dengan komunis nampaknya dah muncul balik. Semangat Adolf Hitler makin memuncak ni. Tapi bukan dengan perlumbaan senjata, dengan kepandaian yang ada. Hidup perlukan kemajuan. Buat apa nak toleh skodeng-skodeng belakang, suma dah jadi sejarah.

Penghargaan jugak buat amiga. Kalau dia tak buat, tak godek-godek segala isi tersurat dan tersirat kejadian yang berlaku, konfhem sampai ke saat ni aku jadik orang bodo sial tunggu kuda bertanduk. Sekali unicorn datang, nahh~ pengsan tak bangun-bangun dah~ thnx my lady: Queen Eqa the Third^^.

Anyway, nilah cabaran yang semua orang akan/dah hadapi masa teenager.. cuma aku lambat setahun dua. mungkin ada yang dah facing konflik macam ni waktu sekolah rendah, form one,three and so on la.., p hakikatnya manusia tu tak penah lepas di uji oleh yang Maha Kuasa. Mungkin cara kita berbeza...kut~

Nak Tido..!

pejam celik pejam celik mata tengok jarum jam kat tangan dah nak pukul 3. uhh~ macam cilake jugak mata ni tak dapat tido.. mungkin tak biasa dengan suasana persekitaran kut.
Aku, filos, Oda ngan Mizan jadik photographer sepanjang Kem Perdana kali ni. Penat tu memag penat, tapi nak buat cenggana mata tak dapat nak layan.. pfftt~

kitaorang lepak kat surau. Memandangkan line internet sampai kat surau dan tak sampai kat blok teknologi (kat belakang nuu hah), so kitaorang mengambil keputusan untuk lepak golek golek kat surau. Ok. itu Mizan yang buat. Aku tido sekejap pas siap pasang charger battery camera member. Then, bila bangun balik, rasa macam paralyzed jer badan belah kiri. Sakit doo~

Mungkin antara sebab aku tak dapat tido adalah:
1. Ni surau, takkan aku nak tido golek-golek kut macam kat rumah =.="
2. Kitaorang ada dua laki, dua perempuan. Tak manis jugak kalau nak tido tak ingat dunia dengan member laki kat sebelah kan?
3. Sejuk dan terang. Kipas pusing-pusing kat dalam surau ni sejuk nak mati. Ditambah lagi dengan angin kat luar, perghh rasa macam ayam masak merah ditambah perencah Knoor-Cukup Rasa.. (lapa la pulak..ngee~)
4. Amiga tak tido. Tak sedap jugak nak tido kalau Inche Oda belum tido.

Tapi yang penting, aku rasa skunk ni aku memang tak dapat tido lagi.

Game Over..^^

"leyha ribena!" uhh.. aku rasa laungan or panggilan macam ni adalah dari orang yang taknak tengok aku meninggi dengan jayanya kutt.. =.=
just kidding. Assalamualaikum.

kali ni aku nak story banyak sikit. Pasal aku dah tak update  untuk beberapa hari kebelakangan ni. Kalau aku tak update, itu tandanya akak aku menyorokkan broadband atas alasan, takut adik aku tak belajar.. eche! no comment..  kalau engkorang nak tau lebih lanjut apa yang aku tak update, amiga aku dah update kat blog dia juga. klik kat sini untuk baca lebih lanjut...

Aku crita sikit sikit udah la yer. Semalam aku ikut Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak under MaxcellKira menumpang kasih la jugak. Eh! Tak! Kita orang dijemput sebenarnya... hehe Ada jugak member lain, p disebabkan kitaorang <aku, Eqa, Zul ngan Oda> register nama kat cikgu lain, members yang lain kat cikgu lagi satu, kita segregate lah ikut istilah 'biology'nya. Just kitaorang empat.. Perasan la jugak orang yang lalu lalang suma pakat nak usha kitaorang. yer la. dah dua laki, dua pompuan.. korang rasa?  *ker aku sorang yang perasan akak sebelah tu pandang kitaorang empat sambil senyum senyum tahap hutan tebu manisnya..* ==" ntah. Lantak p la ngan dia.. Janji Bahagia.

Part yang paling aku rasa best la jugak, waktu kitaorang jalan-jalan pegi beli menatang yang boleh dimakan. Mula-mula Oda melangkah ke gerai yang jual keropok lekor. Dari rupa dan gayanya, keropok lekor tu dah sejuk.*dari pandangan aku lah* then, Eqa ajak aku pegi kat gerai belah sana pulak.. memandangan aku terpandang ada lagi gerai lain yang jual keropok lekor belah sana, aku pun terus la ikut Eqa. Bila sampai kat gerai tu, ada la dalam 4 ke 5 orang mamat yang handle gerai tu berdiri. Aku rasa cam... "o.k..." gerai tu sama cam gerai yang belah belakang tadi. Cuma yang ni penjualnya 5 orang mamat pangkat pakcik aku rasa, yang gerai belah belakang tu acik-acik yang jual. Sesi perbualan pun bermula bila aku melangkah ke gerai tu,

" Kitak...(Sarawak's language . its mean: Awak)  ..... yer dik, nak beli apa? "  terus bertukar dialek pegi ke dialek Malaya.
~eche. ingat aku tak paham ke cakap sarawak.. teyy~!

"Gerai ni sama eyk dengan gerai belakang sana?" Game on bro.. Suma pokcik memandang ke arah aku yang kechi..
 "Ha'ah dik. Sama jer.." senyum memanjang................

Tangan aku terus capai popcard yang disangkut kat besi khemah gerai tu. membelek-belek.
"Eh.. terbalik tu dik..." sedangkan aku tengah membaca tu terus dipusingnya.. macam cilake aku menyumpah dalam hati. Tak berani jugak keluarkan.. Tak manis.. dan tak baik.. 

Pastu dia orang gelak-gelak sebab diaorang rasa berjaya mempermainkan aku. Yang amiga Eqa kat tepi, tak bunyik sepatah haram sebab dia tengah sakit. tetiba tengah diaorang gelak-gelak, jenjejeng..., Oda ngan Zul sampai..
Sampai dan terus bertanya, "Beli apa, ha?" Oda bersuara. Pokcik sekalian kembali meneruskan kerja.. Tinggal dua orang jer yang berani mengangkat muka. Tau takut..

"Sikda. Ambik la 3 ringgit kopok ya.." sesi jual beli tamat.
Zul pun cakap, "bukan sama jak ka dengan gere belakang nun ka ha? Ko tengok barang yang dijual ka tengok penjual nya..?" sambil melemparkan senyuman yang aku rasa "agak" sinis..=.=
"Sik la. Aku ingatkan nya gere lain..<tak lah. Aku ingatkan dia tak sama>" selamba menjawab dengan bahasa Sarawak.
.  Pokcik2 tersebut memandang kitaorang berempat dengan pandangan yang sayu aku sendiri tak dapat nak tafsirkan.. Mungkin diaorang ingat aku ni orang Malaya kut. Apsal? Ada ka cop mohor "MALAYA" tertulis kat dahi aku? takda pun aku nenggok eyh.

hahaha. Sampai la kitaorang bersembang dan berdebat pasal bunga dan buah dalam air laici dengan air teh bunga crysanthemum.. best la semalam. kalau ada masa lagi aku nak spent masa ngan diaorang tiga. Sesi game on, bersambung belah petang..^^

Petang tu kitaorang together-gather gak pegi party rumah kenalan member sorang ni. Pergghh! rasa cam pegi majlis tunang  or akad nikah orang jer.. macam menunggu pengantin ngan keluarga pengantin lelaki sampai jer rasanya. Aku terfikir gak, perlu ke buat segala masakan hidangan juadah cenggitu sekali? Siap dengan birthday girl's  tu dimekap sebegitu rupa. Untuk memujuk hati, perlu lah kut. Orang setiap tahun sambut birthday. Bukan cam aku. Aku rasa buat kali awal dan akhirnya hari lahir aku kena sambut waktu first tyme aku memekak kat delivery room, hospital Miri. And my dad sambut dengan laungan iqamah.. Allahuakbar! Memang dilahirkan untuk jadi pejuang la kiranya ni. And lepas tu, tak pernah dah buat makan-makan, kek segalak tu suma bila tarikh 2 April setiap tahun.. Sob..sob..
#touching la jugak semalam tyme  pokcik nyer si Azyan baca doa pembukak majlis. Syes! Aku rasa nak nangis sebab aku tak pernah diberi peluang untuk sambut birthday cam tu.. Takpa.. Allah Maha Mengetahui apa hikmahnya..#

Menurut kata Queen Eqa the Third, kalau tak kerana topping kek tu, takkan kitaorang dua nak masuk. Kira best la jugak... Jugak...=Kut.. hahahaha memandai jer buat equation.. Kerja addmath terbengkalai. Macam cilake jer orang yang update kat Scribd tu.. nang update pun biarlah logic kut. ni tidak. 

Sambung balik. Tyme Azyan tengok hadiah dari aku, eqa, zul ngan oda tu, suma buat muka chequai.. Blurr.. Kenapa hadiah kitaorang empat bersama dalam beg Famous Amos itu? hahaha lantak korang la nak tafsirkan apa pun. Yang penting, kitaorang bahagia^^





 

Amiga Sakitt.., tapi

>> aku selitkan sekali lagu Monster by Big Bang. Dapat lebih feel dulu..^^

sesi hati berbunyik dubdabdubdab ala ala Laksamana Sunan tengah bertarung dengan Mangala sudah pun tamat .. yay!

Entri dibuka dengan assalamualaikum^^
<tengah senyum memanjang ni.. hati tengah gumbira~^^>

Tak. Aku baru jer pas call member yang dah lama #lama ker?# menghilang. Dua hari tu kira lama la bagi aku. Sebagai member yang bertanggungjawab, hati tak tenang la.. Mana lah tau apa-apa terjadi kat dia. Risau d0o~ So, tu yang hati tak tenang kat sekolah asyik pike sal dia. *eceh!* Dah tutup kes. Dia okey. Dia cakap kalau dia sihat, dia datang la esok. Insya Allah. Jap. Mana aci dia ambik cuti lama-lama. Dahla baru lepas cuti, dia nak sambung cuti lagi. Hurmm.. Takpa la kut. Mungkin dia ada sebab lain. Who's know kan? 

Ni pun tadi amiga Eqa tengah mengalami triple combo set sakit dekat bahagian perut. Wallahualam la apa menda yang meng'attack' perut my filos. Janganlah ada menda-menda yang mengarut dalam badan amiga aku. Sudah sudah la dengan kenangan dulu. Taknak berulang dah. Aku harap amiga Eqa akan recover cepat-cepat. Lemah aku tengok orang takda semangat nak berjalan nih..

Tadi amiga sengaja usik aku dengan kucing. ughh~ macam cilake jugak kucing tu kat belakang aku tadi. Tak. Aku bukan takut kucing, tapi tak biasa. Aku jarang dengan binatang berbulu segalak suma ni. Cuak plus plus geli la bila amiga taruk kat belakang aku. dah aku tanak pegang, cara nak buli gurau ngan aku la tu. Konon.

Whatever pun, amiga kalau sakit, still boleh dibawak main. Bukan macam certain orang yang dah duduk melepek bila tangan terkena jarum kerongsang. hek' eleh. Luka takda la sebesar serombong kapal, tapi lemah badan macam kena langgar kapal titanic. ok. Itu klise.

hope amiga Eqa cepat-cepat recover coz pas nih banyak benda yang kitaorang kena buat. Together-gether~!^^  tu yang best tu. Dah la esok sengaja lari dari sekolah, bukan ponteng la lari dengan cari terhormat.. kitaorang g Mega Hotel. Jadi, apa masalahnya? ^^ =kesian gak kat Inche yang sorang kat atas tu kalau dia kena handle sorang-sorang junior esok. huhu=



Cikgu... Jangan risau..^^


welkem back! Assalamualaikum~ nyte.. ughh tangan masih lagi kepak pas dukung baby kechi tadi.. takkan nak biarkan dia nangis meraung sampai muka biru kut baru nak peduli. Mummy dia busy buatkan susu untuk abang dia yang hansem. Serious. Abang dia memang hansem. Dulu dia somel, skunk ni makin hansem.. Cerdik orangnya.

Introducing Mohd Farish Danish- 3 years <22 July 2009> k. ni gambaq lama. yang baru aku lom ada masa nak upload.

Gambaq diatas adalah mukadimah pembuka entri. Actually aku nak stori kat korang pasal hapa yang jadik kat sekolah tadi. Ok. Before tu, for y'all infomation, tahun ni aku bakal berdepan dengan tembok paling besar dalam setiap hidup pelajar form 5 dekat Malaysia, which is SPM... bukan Skim Pinjaman Malaysia tapi Sijil Pelajaran Malaysia. ni kira O-level la. Tak boleh nak iktiraf A-level lagi. Aku pun tak tau apsal cikgu-cikgu suma pakat risau dengan kitaorang satu kelas. Yela  dah nama nya cikgu, takkan dia nak tengok studentsss dia failed kut. kan?

Macam tadi, waktu BM.. #macam biasa, waktu ni la keja aku dengan filo Eqa akan dok sembang tak ingat dunia..^^- Jangan ikut perangai tak elok ni..# Chegu G pun dok la cakap, kitaorang ni takda buat persiapan langsung la, masih dengan dunia sendiri la.. *Ni yang aku nak berterima kasih dengan Allah ni sebab kasi telinga yang dapat dengar apa yang filo Eqa cakap ngan apa yang Chegu G cakap.. Alhamdulillah* tak cikgu, kitaorang bukan tak sedar, cuma buat-buiat terlupa.. leka sekejap.. Bila exam, konfhem kitaorang sedar tahap beruang terkejut kena cuit dengan ikan jerung waktu berhibernasi.. 

Waktu Sejarah lain pulak ceritanya. Yang aku pulak, maseh terkejut tahap mandat Sultan jatuh golek-golek sebab aku tak sedar  cikgu yang ajar Sejarah dah pindah. So, aku ingat Cikgu A tu just sit-in.. sekali dia buat mcm kelas sendiri, aku tanya la kat member sebelah

"Weh, ni cikgu sit-in kan?"
- Alif pandang aku dengan muka yang peliks. " Mana ada. Cikgu ni la yang ganti Cikgu L" <nada serius>
aku rasa cam.. THE WHAT?!
"oii aku baru nak semangat belajar sejarah dengan cikgu tu, tuptup dia pindah lak..? asal aku tak tau pun..?" <geram nih... >
"takkan ko tak perasan kut, haritu ada cikgu L bagitau.. ko pegi mana eyk masa tu? aku rasa ko ada dalam kelas.. tu la engko, lain kali, chegu cakap, dengar.."

mata terkebil-kebil. free  free jer dapat penampar angin sebijik kat muka.. Dush!
Bila cikgu A start memperkenalkan diri, aku rasa cam... uhh ok. aku x yakin yg aku akan dapat follow up apa yang bakal dia ajar macam aku follow up cikgu L. ni kira kes serius la.. bagi aku.

bila cikgu ni nak share "Formula Kejayaan" dengan kitaorang, kelas terus jadik senyap. Dari riuh rendah pasar Tamu Muhibbah, bleh jadi suasana Pustaka. Cikgu A yang mula-mula nak share formula tu pun tetiba senyap.. Kitaorang pandang cikgu, cikgu pandang kitaorang.. pastu cikgu try nak explain, tapi nampak macam kitaorang sumer getting blurr.. pastu cikgu gelak, dia cakap dia tak dapat nak explain sebab aura kitaorang punya formula  yang lain kuat sangat. Amende ntah..@_@
then, cikgu beria cakap study hard skunk ni sebab kalau tolak cuti suma tu kira tinggal 39 hari lagi untuk SPM.. perghh~ taknak aku belajar cara Silencer dalam 3 Idiots tu.. Menghadap buku 24 jam p tak jugak sehebat si Rancho.. ok. mungkin otak Rancho tu macam span. ni dia salu aplikasikan apa yang dia belajar kat benda sekeliling.full stop. enough with 3 Idiots~

whatever pun apa yang kitaorang buat, cikgu-cikgu kat SMKBM jangan risau. Insya Allah, batch 5 Science 1 2012 takkan menghampakan para cikgu sekalian.Insya Allah , kita akan kasi cikgu-cikgu gembira menitis air mata tengok result gempak kitaorang~ Amin!!

: tak semestinya kitaorang tak bukak buku, tanda kitaorang tak belajar cikgu... ^^

credits: Cikgu Ahmad Fauzi, Cikgu Lei, Cikgu Adib

All is Well~

Sekati dua kati ikut hati binasa diri pegi mati seorang diri... ah. sudah. apekehelnya malam ni..?
by the way: Assalamualaikum ngan good night to all people

ntah. meroyan kut pasal markha physic macam taik unta. ughh! hinanya~ memang pun. Takpa. All is Well ^^
setakat ni result untuk exam kali ni banyak yang meningkat <alhamdulillah~> cuma sejibik dua jer yang sangkut. tak alang-alang pulak sangkutnye, failed terus. Uhh~ huduhnya grupa kalau berjawatan tapi akademik macam orang lemas kat Laut China Selatan. Dahla masin, kelat pulak kalernya. Kalau tak dapat nombor la kali ni dalam kelas, pegi terjun Sg. Adong aku.. #k. tu klise.. tak sanggup aku nak terjun sungai itam legam tu.. eiiuu#
mau tak mau tadi menahan hati dan perasaan #skema# jugak la bila dah total up suma markah paper physic tu tadi.. sob..sob.. sadis nak nyebut nyer.. tanak tulis. wat malu jer.. ==" 

sentiasa simpan dalam hati: 

JANGAN KEJAR KEJAYAAN

Apsal buat dahi berkerut-kerut? Pelik? Kenapa? Tak salah aku tulis tu..
biasanya kita belajar tujuan nya satu. SATU >> HIDUP SENANG. hek'eleh tipu lah kalau korang belajar tanak berjaya. taknak hidup senang. ada rumah besar, keta besar, duit banyak, kredit kad bersusun.. macam gambaq-gambaq kart bawah ni..: 

ini rumah oprah.

ni lak keta yang kebanyakan orang minat.

menipulah kalau orang malaysia takmau kutip duit ni kalau bersepah dekat bank..

 ni biasa jumpa tyme kerja. rasa nak patah-patahkan kalau customer main lempar jer kad ni depan muka. cilake sungguh. takda adab langsung..=.="

ok. cukup. gambar kan atas dah cukup silau utk menerangkan apa tujuan korang belajar sebanarnya. Kebiasaannya orang MEMANG akan belajar UNTUK HIDUP SENANG di kendian hari. #SERIOUSLY#  termasuk aku jugak sebenarnya. So, skunk ni aku cuba try test untuk ubah persepsi tujuan belajar adalah untuk menambahkan ilmu, bukan atas desakan sesapa dengan  belajar demi Allah. ^^ Insya Allah, kejayaan terjamin dunia Akhirat.
 
 

Aku suka... Janji Bahagia^^

Sebut je nama Ribena, mesti semua orang kenal kan? Bukan Ribena anak Pepsi, bukan juga Ribena binti Tungau.. Kali ni aku nak sebut pasal Ribena- Minuman Buah.. ni yang aku nak crita sikit pasal latar belakang Ribena.
 #Terima kasih Inche Google kerana memberikan kerjasama ngan gamba Ribena ni^^#

Diperkenalkan oleh syarikat GlaxoSmithKline pada tahun 1936.. ughh! lama jugak Ribena ni hidup! aku pun baru tau. Hari-hari dok minum tumtum tak ingat dunia, taktau pulak yang air ni dah lama hidup. tak pa.. Aku suka Janji Bahagia^^
Syarikat British tu buat Ribena ni kira cam soft drink tapi tak berkarbonat la. Kepada sesape yang taktau kaler air ribena, kalernya ungu atau dalam sebutan org putehnya, purple..  # aku salu gadoh ngan orang pasal sebut ungu tak betul.. macammana ntah sebutan yang betul aku pun taktau. hangpa suma boleh rujuk Dewan Bahasa Dan Pustaka. Untuk keterangan yang lebih lanjut pasal Ribena, boleh la pegi bukak tingkap ni yer.. http://www.ribena.co.uk/

tu dia... Pembuka entri kali ni. Sebenarnya aku nak cerita yang aku suka air Ribena. Tak salah kan minum air ribena. Bukannya kita minum terus jadik Kanak-kanak Ribena. dekat cover botol air tu takda pun tulis had umur dari berapa sampai ke berapa boleh minum.. Aku berani tak minum Ribena dah kalau dekat cover dia tulis had umur aku tak leh minum. Serius. Sebab apa aku serius lam entri ni aa? Aha! Sebab aku selalu kena gelak dengan pakcik ngan makcik yang amek order kalau aku makan dekat restoran luar. ughh~ hina sangat ka aku minum Ribena? Aku punya suka la.. Janji Bahagia!

Korang penah tengok cerita 3 Idiots? Buat peminat cerita Hindustan memang layan la cerita ni. Aku suka sungguh ngan cerita ni. Sebab apa? Banyak sebabnya. Antaranya :

1. Bukan macam cerita Hindustan biasa yang dok golek golek kart padang rumput.
2. Kehidupan sebenar penuntut dekat universiti.
3. Pasal engineering.
4. Member yang best :  Ranchhoddas  Shamaldas Chanchad/ Phunsukh Wangdu, Raju Rastogi dengan Farhan Qureshi.
4. Ada Amir Khan, Kareena Kapoor ngan sapa nama pelakon yg bawak watak Raju Rastogi tu.. hah yg ni barisan pelakon yang aku suka

try la tengok kalau tak percaya yang cerita ni best.. sungguh! aku tengok untuk kali yang keberapa ntah still menangis gak tyme si Raju Rastogi tu terjun dari bangunan sebab si Virus tu suruh dia buat pilihan samada dia atau Rancho tu yang kena buang universiti coz dierorang pegi kencing depan rumah prof dierorang tu.
Kawan beb. Ranchhoddas Shamaldas Chanchad tu lah orang yang bersusah payah menyelamatkan ayah dia hari tu yang hampir mati.. perghh! jalinan persahabatan kuat mampuih!

Based on cerita ni, apa yang aku dapat:
-Kita terlalu sangat mengejar kejayaan sampai kejayaan pun tak cukup tanah nak lari dari kita.
- Takut sangat dengan future. Risau dengan kerjaya, rumah,gaji yang kita bakal dapat tapi kita tak fikir pun pasal minat kita.
-Jangan ikutkan sangat kehendak makpak kalau hati tak berkenan. Bak kata Farhan, "Biarlah ayah memarahi saya pada hari ni atas tindakan saya, asalkan saya tidak memarahi ayah untuk seumur hidup pada hari kemudian atas tindakan ayah"

Okeyh! Aku suka Janji bahagia sampai kat sini jer. Salam^^



Holiday punya Crita...

tengok title entri kart atas tu pun dah tau yang aku nak kotakan janji aku dalam entri yang lepas..

Yeah~ Assalamualaikum!

Pada cuti yang lepas.. #asal skema nak mati nih?#
ok. aku serius.. Aku nak start crita dah ni.. jenjenjeng...

K. Dalam masa dua minggu tu, mungkin buat sesetengah orang dia rasa tak banyak benda boleh buat.. Aku la antara manusia yang berfikiran sedemikian rupa..^^ certain orang lak, lam masa dua minggu tu adalah era keboringan yang amat.. mungkin dia taktau nak buat apa sebab family dia busy or something else.. ye la.. kita manusia, jadual bukan sama pun..

Ok. Perenggan kat atas tu mukadimah pembuka bicara.
Aku suka buat.. menggalakkan orang membaca dengan lebih banyak..hihi

Mula-mula cuti, aku pun berazam macam orang lain gak.. antara azam aku :

"Cuti ni nak blajaq la betol-betol"
"Fokus! SPM tak lama lagi.. belajar Add Math..!"
 #saya adalah student yang selalu dapat markah yang can'taik' dalam subjek addmath#

Klise tak klise. camna nak buat. Orang tua tua selalu cakap, "hangat-hangat taik ayam". hah yela tu.. sesangat aku punya taik ayam..huhu
 3 hari aku lepak kart rumah, cuba nak merealisasikan impian dan harapan aku nak study poyo-poyo untuk spm, akhirnya tak berjaya... kejanya asyik dok membuta sampai ke tengah hari.. ok. perangai aku memang tak elok. so, jgn ikut..
then, aku p la masuk kerja kart hypermarket yang berdekatan.. awat? tak percaya yang aku ada kerja ka?
Dari tahun lepas lagi aku memulakan kerjaya aku #skema# haha aku jadik cashier.. nak sangat pegang duit bebanyak tyme kecik kan? Akhirnya aku dapat gak capai salah satu impian aku tyme kecik dulu.. Eleh.. tipu la korang tak kagum dengan akak abang cashier tyme kecik kecik dulu sebab boleh main mesin canggih pastu pegang duit bebanyak.. 
Daripada duduk membuta kat rumah, baik aku pegi kerja kan? Dapat la sesen dua hujung bulan nanti.. *ni mak aku yang cakap.. *^^ 

Lepas aku keja buat beberapa hari and tangan aku pun dah mengalami pengelupasan kulit yang agak.. ugghh! terok gak la.., family aku bawak pegi Kuching, Sarawak.. Uncle aku kawin..
Alhamdulillah, akhirnya dia memilh Islam sebagai pegangan hidup.. Aku sempat jugak la jadi photographer yang tak bertauliah atas tunjuk ajar sifu Canon-Delighting You Always, Lady Eqa.. thnx bro!^^

hmm hape lagi eyh? aku rasa tu jer kut buat entri kali ni.. sal holiday jer kan? okeyh! i'm done!

p/s: buat para pembaca,  ayat aku memang teruk.. part tatabahasa dengan grammar aku selalu tak pas.. sori eyk kalau aku terkasar bahasa.. ^^ janji bahagia-tagline kawan aku.. xpa bro.. aku pinjam jap^^
 


Perasmian Blog Baru..

holiday dah habis.. semua orang pakat malas nak datang sekolah esok.. #termasuklah aku#
Assalamualaikum!^^

Yang atas tu mukadimah jer sebab aku taktau dah ni blog yang ke berapa aku bukak.. hahaha akulah sebenarnya orang yang suka signup dekat gmail untuk meramaikan keahlian dierorang.. kalau Inche Google dapat detect aku, rasanya dia mesti cakap cenggini :

"Balik balik dia lagi yang signup..! Buat penat aku jer nak bukak dia punya akaun ni.. punya berlambak akaun dia yang dulu-dulu bukan nak bukak balik pun!" <echeh!>

lau Mr. Nuffnang pulak:

"ish! takmau aku nak approve budak ni.. kejanya asyik nak signup p taktau nak aktifkan akaun.."

kepada Inche dan Mr diatas, lau aku dapat tau yang korang cakap macam tu.. aku baling selipar sebijik sorang biaq melekat dekat pipi korang berdua.. suka hati aku la nak buat apa pun.. Customer Always Right tak gitu Inche dan Mr berdua sekalian? ^^

doa-doa la blog ni jadik blog terakhir yang bakal aktif dalam hidup aku untuk melariskan Inche Google dan Mr. Nuffnang sekalian.. naik bosan gak aku nak buat benda yang sama tiap kali signup dalam blogger ni.. hihi^^

nie sebagai perasmi tirai,
aku blah dulu.. next entry nanti aku share dengan korang apa yang aku buat sepanjang cuti dua minggu yang lepas .. #bunyik cam karangn bahasa melayu UPSR jer =.=#

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.