After A While



Assalamualaikum

lama jugak aku menyepi
senyap sunyi
tapi kalau follow instagram aku
@leyhahady
(sempat promote k)
ada je aku kat sana
thanks sesapa yang sudi tengok aku merapu
dekat story tuu

apa yang jadi sebenarnya? 
lama gila aku hilang, 
aku pun dah beberapa kali terdetik, 
nak buat giveaway tahun baru
tahun baru nya pun dah berlalu, arghh stress hahaha 

i missed 3 months kut!
haa kat sini, aku nak story apa yang jadi sepanjang 
aku menghilangkan diri tu
mungkin entri kali ni agak panjang lagi
sebab, 3 bulan kut.. aku nak compile segala-galanya yang terjadi
malas dah nak bertangguh, tak lena aku tido hahaha

ok, back to the original story,
hmm
cerita dia macam ni
.
.
.



awal tahun 2017, aku struggle dengan project studio 
oh ya, aku dah sambung degree dan kalini dah tak boleh main-main 
macam zaman diploma
jadi, aku tak berkesempatan nak update apa yang jadi
disebabkan kekangan masa, 
nak buat 3D rendering, modelling, presentation board
tak kira lagi kena standby exam segala macam punya hal
hujung bulan aku balik and tolong mak aku meniaga
sibuk sangat makan, sampai tak da masa update blog 
haha serious, berat badan aku pun naik 
gara-gara makan tak sudah-sudah 
hii biasalah, duduk jauh dari family
mana jumpa makan sesedap air tangan ibu khennn..?
jadi kerjanyaaa 
makan, makan, makan.. dan makan 
.
.
.



di antara zaman zaman debaran
almaklumlahh semua busy setting preparation kahwin
eh bukan aku
akak aku kawen, alhamdulillahh
time ni memang semua hahaha aku tak tau nak cerita macammana
kelakar pun kelakar jugak
ye lah, peneraju pertama melangkah ke alam perkahwinan
mau nye tak serabut haa
aku? insha Allah hujung tahun.. 
tahun bila? tak tau lagi hahaha

oh ya, time ni jugak aku naik sem
short sem untuk second year, 
jadi aku berterbangan berkali jugak
semenanjung-sarawak-semenanjung-sarawak-semenanjung
pohnatt wehh, mana nak handle kelasnya
mana dengan majlisnya..
fuu nasib la bukan majlis aku, 
kalo tak, leput dah tamek kali

then bila balik semula ke alam kelas-kelas ni 
sumpah blurr weh
padahal seminggu je aku balik
rasa macam dah ketinggalan jauh
sampai aku rasa macam nak differ je
sedeh wehh..
tapi aku gagahkan jugak, kalau bukan sekarang
bila lagi kan?

.
.
.


haaa 
yang ni pulak cerita dia, 
aku pindah ke rumah baru
sebab? 
personalle ler, but anyway
seronok jugak la ada pengalaman pindah randah ni
dengan lorry yang last minute cancelnya
terpaksa la berangkut ala ala penyamun gitu
lucky for mehh 
ada kengkawan yang sudi sangat tolong
pindah apartment k
imagine la dorang naik turun naik turn dengan bawak barangnya lagi
kesian jugak, ada yang sampai melecet kaki
settle pindah hangkut2 semua, 
kena deal lagi dengan owner sana sini
oh ya btw, aku handle 3 rumah dalam satu masa 
sebab satu lagi rumah, aku adjustkan utk member aku
and memandangkan owner dia lagi selesa 
nak communicate dengan aku
haa, cerita dia.. semua benda tumpu kat aku dulu laaa

dah selesai pindah, 
itupun aku tak kemas sangat rumah, still bersepah (masa tu la)
kena fokus dekat assignment group, model and presentation bagai
ya tohaannn 
tak sempat wehh nak update
cerita dah berlambak lambak itu ini
last-last semua ke laut, di tiup bayuu

alhamdulillah, 
ni aku dah habis exam
baru ada masa sikit g jenjalan
and dok update and ziarah-ziarah 
bloglist aku 
ramai jugak yang tak berapa nak aktif sekarang ni
aku tersangatlahh memahami

k korang, thanks sudi lagi keep in touch
stay tuned
insha Allah, ada rezeki aku pun nak jugak buat giveawayy!

till we meet again,
wassalam

la revende,
hasta la vista




1 comment

  1. Assalammualaikum. Jemput join sis http://akhalilah.blogspot.my/2017/03/mystery-contest-by-butik-julita-anje.html?m=1

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.