harini dah tak kerja, so aku pun nak update satu entri pasal judgement.
mungkin serius sikit kut entri kali ni..
(mungkin..hahah chill-chill aku saje je)
emm korang pernah tak lalui situasi ni?
Situasi pertama:
Korang pakai baju simple je, cukup memadai tutup semua aurat tapi tak ikut trend pemakaian zaman sekarang masuk kedai ternama pastu sales girl bagi pandangan banyak punya sinis lagi jijik macam korang tak layak jejak kaki kat kedai tu laa!
//lebih kurang pandang macam ni, tapi tak secomel kucing ni..
or,
Situasi kedua:
Korang pegi kedai makeup, skincare or mana-mana produk yang jual barangan kecantikan but tengok sales girl dia muka macam tembok pecah, sampai korang terkejar-kejar keluar lelaju dari kedai tu macam nampak makhluk yang sungguh menakutkan! maigawdd!
//korang terkejut sampai buat muka macamni..
or,
Situasi ketiga:
Korang join team budak-budak usrah or study dekat tempat yang basically agama is the first thing kalau exam agama failed memamg tak layak masuk, tapi perangai manusia yang dalam team or tempat macam ni serupa korang belajar kat london, pegi kelas pakai pakaian sampai sapu lantai tapi sayangnya habis kelas keluar malam dengan pasangan masing-masing. Dalam erti kata klasik, berjimba dekat kelab.
tapi bila korang join satu group yang nampak macam takda hala tuju, masing-masing tak tau solat ke tak, dengan family yang tak tau hujung pangkal but suddenly one day dorang sembang dekat kedai mamak pasal isu hudud siap dengan hujah dalil semua sahih, sampai korang sendiri pun ternganga tengok 'sampah' yang di anggap masyarakat tu lebih arif dari diri korang sendiri.
if, dua jenis manusia yang aku statekan dalam situasi ni, kalau dorang bagi nasihat kat korang, jenis manusia mana yang korang akan ambil nasihat yang diberi?
// agak kompius soalan yang diberi.. hmm
based on situasi dan soalan kat atas, selama hidup korang penah tak rasa, lalui, hadap..
penah tak?
aku pernah.
sampai aku naik stress fikir.. lagi-lagi situasi yang ketiga. haha
bagi aku situasi yang pertama tu, mungkin sales person untuk branded shop ni memang diajar untuk pandang mata senget sebelah kasi sinis je kat orang.. biar orang tu rasa diri dia hina.. Why?
sebab manusia ada satu sifat yang konfhem tak nak kalah!
bila dorang bagi pandangan macam tu, for sure korang rasa macam,
"I banyak duit hokay, You ingat gaji you mampu ke nak beli semua ni? Ntah-ntah gaji you lagi kecik dari bibik I."
then korang pun hangkut semua sekali koleksi yang ada dalam kedai tu sampai berjuta nam..
sedar tak sedar, korang dah terover spent and sales person tu dapat sale tinggi..
konklusinya, korang jugak yang rugi and si sales person tersenyum sumbing sampai nampak semua gigi sebab dapat banyak gaji..
tapi kalau aku dorang pandang macam ni, aku blah je dari kedai tu.. sebab aku memang takda duit pun.. and aku memang takkan masuk kedai branded.. cukup je la kedai biasa-biasa.. jangan membazir tu lebih baik..
sales person je kut, buat apa nak tanding ngan dia.. u've much better thing than fight macam budak tak matured.. (just sayin~)
close untuk isu situasi pertama, ok masuk ke situasi kedua.
ni berkenaan orang yang serve korang, tak seperti produk yang dijual.
aku pernah jugak lalui kejadian ni.
adala masuk satu kedai skin care, sekali yang serve mak aihh.. tak kondifen aku nak beli haa.. terus senyum and cabutt! hahaha
malas aih nak cakap banyak,. jahatkan aku.. huhu
jump to third situation,
yang ni memang agak berat. tapi aku tak tujukan kat sesapa..
just benda yang lama berhabuk sepi dalam otak aku.. tiba masa untuk nak keluar harini..
pada aku, untuk share satu kesulitan and masalah yang dihadapi, kita kena share dengan orang yang paling dipercayai.
maksud dipercayai ni, korang boleh terima sikap and watak dia..
orang yang korang dah anggap as kawan.. bukan setakat kenalan. *ada beza ok
jadi terpulang dekat korang nak dengar cakap and nasihat yang siapa.. of course decision memang terletak di tangan korang, pandangan / nasihat bukan bermaksud keputusan.
don't lets others to control your ship.. let yourself be the captain..
tapi Rasulullah pesan, kalau orang yang bagi nasihat tu even pencuri sekalipun tapi nasihatnya baik, dengar nasihat nya.. kita ambil nasihat bukan judge siapa yang bagi nasihat..
somehow kita selalu berdepan dengan Mr/Miss- Know-it-All .. bagi aku, orang macam ni, dengar boleh percaya jangan.
nak percaya atau tak, tu terpulang kepada individu.. hak kepercayaan korang yang punya..
(serious gak aku nulis ni.. haha)
ok lets end up benda ni..
kenapa aku timbulkan situasi-situasi di atas?
sebab aku perasan, manusia which is aku sendiri, memang tak lari dari sikap suka judge orang dari penampilan.. kita tak tahu life seseorang tu macam mana, tapi hati kita mesti terdetik something tak kira baik atau jahat.. lebih kurang macam judge statement..
isu paling simple bila perempuan pakai tudung:
tengok orang ni lawa pakai tudung simple belit-belit, : "Huntong la lawa.. pakai apa pun cantik.. ni mesti pakai produk kecantikan sekarang.. biasala sekarang nak cantik semua makan pill"
tengok orang pakai tudung labuh and niqab,: "Ustazah..ustazah.. konfhem alim ni.. "
bila perempuan pakai tudung bawal biasa staright ke bawah pin bersusun,: " ehh zaman bila punya tudung kau pakai ni? macam mak nenek dah aku tengok *then gelak jahat"
last sekali, bila girl tak pakai tudung,: "harap je islam, tudung tak pakai.."
serious. sedar tak sedar, orang tu dah kena judge.. kesian kan?
semua orang akan ada perasaan tu? tak percaya?
cuba lalui situasi yang aku statekan dekat atas tanpa ada rasa nak 'talk-back' belakang orang-orang macam tu..
tak ada rasa nak talk back?
alhamdulillah..
moga hati korang bersih dan sentiasa dalam perlindungan Allah.
macam mana aku come up dengan isu ni?
haa ni aku nak story jugak.. aku gi dental clinic..
and aku bet dah nama klinik gigi kan, semua la mesti ada gigi lawa..
see? aku dah judge semua orang kat situ..
ermm paham tak?
dah aku tinggalkan korang dengan segala teka teki, (if ada la haha)
kalau takda alhamdulillah..
nahh.. quote pembuka bulan Februari ni
moga kita sentiasa bersih dari berprasangka yang bermacam-macam..
Wasallam..
La revende, hasta la vista
yang part masuk kedai , salesgirl tu pandang kerek tu saya setuju. Alamak nmpak mcm tak berduit sngt ke ? T_T ( in fact yes! Student mana nak ada duit banyak2 HAHAHHA ) Ustazah ? Yep saya selalu kena. Bukan tak suka. yeah we know that apa yang orang cakap tu kan doa, tapi saya sendiri tak selesa dengan tittle tu :') Tak layak sgt rasanya
ReplyDeletejudgement... tu la memang semua tak terlepas kak T.T tapi saya selalu ingat pesan cikgu saya yang cakap, 'baik tak semestinya baik, buruk tak semestinya buruk'...
ReplyDeletewondering around again? hurm... sikap tu la paling malas nak kisah tapi tak leh nak hindar.
ReplyDeletesusah kan nak husnuzon hihi. thanks for the reminder sistah <3
ReplyDelete