Movie Review : Victor Frankenstein



eh haii..
besar-besar dah aku tepek poster ni guna gam dinosour.. harap korang tertarik la nak tengok. haha
(awkward~)

lama jugak aku sunyi sepi, carik idea nak menulis ni.. last-last aku pegi la dunload segala movie yang dok dalam waiting list aku buat berkurun lamanya. 
aku tengok ada la movie baru, legend antaranya, Pearl Harbour, Pulp Fiction, Good Dinosour, habiskan series Human Season 1 haha pasni aku nak tengok pulak Slumdog Millionaire.. 

uhuks.. cerita yang keluar tahun 2008, baru la ni nak tengok.. sedih kan?

takpa.. sambung balik review untuk cerita Victor Frankenstein ni. 
(movie release Thanksgiving last year, aku dah habes Cap Goh Meh baru nak update.. lameeee..)


Ok. Starting cerita ni pasal seorang hamba (Daniel Radclife) yang dijadikan bahan tarikan kat circus sebab ada ketumbuhan kat belikat dia.. kira macam Hunchback (sila tengok balik cerita kartun Hunchback of Notre Dame) kalau tak tau.. 

  
(eklan jap)

Si hamba ni suka baca buku perubatan and one day Lorelei (Jessica Brown Findlay), penari circus terjatuh masa dia tengah buat show. Jatuh dari tempat yang tinggi yang menyebabkan tulang bahu dia halang saluran pernafasan. 

Hamba ni dah lama syok kat Lorelei, kelam kabut la dia nak selamatkan si Lorelei ni tadi. Maka datanglah watak si Victor Frankenstein (James McAvoy) nak selamatkan jugak si Lorelei yang jatuh tu. 
Menggunakan akal fikiran yang banyak mentelaah buku perubatan, Si Hamba tu mintak jam poket Victor untuk betulkan balik soket bahu Lorelei sekaligus nak selamatkan Lorelei yang tak boleh bernafas di sebabkan tulang yang terkehel. Akhirnya, Lorelei berjaya diselamatkan.

Maka, dari situ la Victor sangat impress dengan si hamba ni tadi and bawak dia lari ke rumah dia dan diberi nama Igor sempena nama kawan dia yang tak berapa nak wujud. 
Sesampai je dekat rumah tu, Victor terus sedut segala fluid belakang si Igor yang menyebabkan beliau jalan terbongkok-bongkok. Sedut dengan pekakas la, bukan men hisap je.. gg geli guwa gitu.. haha

Pas habis Victor rawat Igor, maka Igor pun kemaskan diri dia nampak neat dan handsome. (dah boleh berdiri normal dahh!)
Disebabkan terhutang budi dekat Victor, Igor ni sanggup buat apa saja demi Victor. 

One day Victor tunjukkan hasil eksperimen dia. Dia berjaya hidupkan kembali sepasang mata. Victor pun cerita la matlamat dia buat segala eksperimen tu untuk hidupkan balik orang yang dah mati. Igor agak eksaited dan sanggup tolong Victor untuk merealisasikan matlamat beliau. 

Dan bermulalah segala eksperimen mereka yang pada mulanya hanyalah cantuman beberapa komponen dan organ binatang dalam bangkai chimpanzee dan akhirnya berjaya menghidupkan bangkai tersebut. Tapi malangnya eksperimen diorang menemui kegagalan apabila subject (chimpanzee) tu mengganas dan terpaksa di bunuh. 

Dari situlah Victor Frankenstein and Igor buat research balik dan still dengan matlamat yang sama, nak hidupkan kembali manusia yang telah mati. That creature must has long life. So that, dorang pun double-double kan segala organ dalaman manusia. 
2 Hearts
2 sets of Lungs
The size is 2x bigger than average human.

Tanpa pengetahuan Igor, rupanya Victor telah menyimpan mayat abangnya, Henry Frankenstein yang telah mati dalam ribut salji masa dorang main kecik-kecik dulu dalam umur Victor 10 tahun. 
Tu yang Victor bersungguh nak hidupkan balik abang dia. 

kesudahanya? haa yang tu korang kena tengok sendiri. 
yang pastinya lakonan mantap si Victor Frankenstein sampai mereceek korang boleh tengok dengan jelas. haha

cerita mad scientist zaman Europe dulu ni sangat tak mengecewakan buat peminat cerita Victor Frankenstein. cuma dragging sikit la.. 
cerita ni aku kasi 3.5/5 bintang.  boleh jugak tengok trailer di bawah :



Rating IMDB: 6.1/10


ok. jap lagi aku bagi trivia Victor Frankenstein, before tu cuci mata dulu tengok hasil ciptaan Victor ni. 

yang ni versi kartun (and dah bertaubat)

tadaa ini laa diaa hasil ciptaan Victor Frankenstein.. 


horite untuk trivia pulak :

  • Victor Frankenstein adalah watak dari novel Frankenstein; or The Modern Prometeus yang di hasilkan pada tahun 1818 oleh Mary Shelley
  • Mempunyai 2 adik lelaki, Ernest Frankenstein and William Frankenstein
  • Nama Henry merupakan panggilan kepada beliau juga mempunyai teman rapat yang bernama Henry Clerval. 
  • Mempunyai anak yang diberi nama Wolf Frankenstein hasil perkongsian hidup dengan Elizabeth Lavenze (merangkap isteri dan sepupu)
  • Asal nama Frankenstein di inspirasikan dari sebuah istana, Burg Frankenstein yang terletak di Pergunungan Odenwald menghadap bandar Darmstadt, German
  • Makna Frankenstein dalam German ialah, "Stone of the Franks". 
  • Cerita pertama mengenai Victor Frankenstein yang di tayangkan secara tidak rasmi pada tahun 1910, produced by Thomas Edison. (guess who? Saintis yang buat lampuuu!! tak percaya boleh baca elok-elok kat sini Thomas Alva Edison (Other Inventions and Projects > Motion Picture > Rangkap ke-6)

ok cukuplah 7 trivia yang dah buat aku mind-blowing.. kalau nak tau lebih lanjut, sila la cari yaa.. 
whatever it is, cerita ni best.. !

aku nak tengok Slumdog Millionaire pulak.. 

La revende, 
hasta la vista. 



3 comments

  1. macam best je, kena tengok ni. ^^

    ReplyDelete
  2. tahun lepas masa tengok maze runner 2 nampak trailer filem ni, beriya gila nak tengok. tapi sampai la ni tak tengok2. hahaha. nice review! nak kena download gak ni :D

    ReplyDelete
  3. bhuwawawwwwwwwaaaa slumdog millionaire lagi best!!!

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.