Mulakan Dengan Disiplin

Assalamualaikum..
Ni the 'REAL' entry untuk harini sebenarnya. Entry yang aku post beberapa jam (jam ke? nta) yang lepas adala entry aku yang terbantut dari tahun lepas.. Sadiskan? ahahaha

Well, inilah real life. Camna pun cuba nak elak, benda macam ni tak boleh nak dihalang. So, harini aku nak share skit dengan korang semua beberapa rules aku utk diri aku sendiri yang semakin 'tak tentu hala' ni. Bukan azam, cuma target untuk perbaiki diri. Kalau nak buat azam, banyak beno azam aku dari dolu lagi. Semuanya hampeh! Satu pun xleh pakai.. Tak jugak semua. Ado la satu dua. Itupun sipi-sipi jer.. =.=

And.. tadi aku sempat jugak listkan apa yang patut aku buat untuk menjadi "Pelajar Cemerlang Gemilang & Terbilang" (cliche sungguh ._.) sementara menunggu lappy aku restart untuk update beberapa benda 'baru' (kata Inche Vaio.. aku pun tak tau amenda yang barunya) wahahah..

So, first things first; ni la antaranya,

1. SOLAT- istiqamahkan 5x per day
2. PUASA SUNAT - hari Isnin and Khamis.. (kalo boleh wajibkan..huehue)
3. KELAS - Don't You Dare to Escape *evil laugh
4. MAKAN - Breakfast n Lunch, never missed! Dinner, tak pe :3
5. MONEY- manage properly.. diwajibkan ke atasku untuk menabung untuk masa hadapan
6. SOLAT SUNAT- Taubat, Tahajud and Dhuha! Don't missed it~
7. EXERCISE- pagi/petang

tadddaaaaa~~~
inilah rules and order aku untuk diri aku sendiri inshaa Allah sepanjang tahun 2014 ni. Wajib ke atas aku untuk amalkan. Bila umur mula bertambah satu angka, kena la berubah. Tak boleh selamanya duduk kat takuk lama. Sampai bila nak maju, yer dak?

Meh la aku huraikan kenapa aku buat undang2 macam tu.. (memandangkan aku tak mengantuk lagi)

Rule No. 1:
 sebab as student.. aku la kan, amatla susah untuk bangun subuh. Jujur aku mengaku. hahaha so sesapa yang ada hati yang nak cari calon isteri, jangan cari yang susah bangun pagi. Nanti tak memasal korang pulak yang kena masakkan breakfast untuk mem besar.. hahaha *err just reminder..
And solat-solat masa yang lain.. Kadang-kadang ada aje benda yang mendatang, terlupa la.. hmm sungguh la dunia akhir zaman bila mana manusia memandang remeh tentang solat. (aku baru baca status Helmi Zain kat fesbuk sebentar tadi.. thnx kat beliau =D)

No.2: Puasa Sunat (yer?)
Yang ni aku penah buat last2 sem dulu. Puasa Isnin Khamis ni memang sunnah Nabi. Mengaku umat Nabi Muhammad kan? tak salah kita amalkan apa yang Baginda buat. Dapat pulak pahala free. Tapi ingat! buat sesuatu kena ikhlas. nemu kitak? And ia juga amat sesuai buat mereka yang ingin mengurangkan berat badan n malas nak pegi exercise, ini la jln singkat untuk kurus dengan cepat. Aaa kalo korang sakit lepas tu tanggung sendiri loo~~ sapo suroh nak diet sangat. -_-"

No. 3: Kelas
Haaa~~ yang ni memang jadi topic hangat kepada student uni/college/kampus dan seangkatan dengan nya.. Kekadang rasa malas tu tetiba datang tak kena waktu. Lebih-lebih lagi kalo kena dengan lecturer yang teramatlah membosankan dan terlebih skema. Macam aku last sem, mau nya attendance aku teruk sebab satu subjek ni.. Dalam jadual tulis venue kat tempat ini ini, bila aku pegi kosong pulak.. habeh semua blok aku dengan Asyraf (member aku) jelajah. Sekali rujuk kat office, lecturer tu sesuka suki ja ubah venue without inform kat school aku.. menyirap jugak aku.. haihh.. So, next sem aku hopiinggg sesangat.. jangan la dapat lecturer boring.. aku da semangat ni nak turun kelas.. please, don't let me down :3

No.4: Makan
Bab makan memang jadi isu besar bila duduk kat kolej, especially kolej yang tak leh masak. Fuuu~ nasib baik la kolej aku izinkan bawak segala pekakas and kalau nak buat apartment tu macam rmh sendiri pun boleh.. (asalkan duit banyak nak bayar penalty) wahahaha. Kalau nak cut cost, makan la sarapan.. n kalau xnak mkn mlm, jgn makan tgh hari. macam aku, mmg banyak pakai duit utk projek itu ini. memey la xlepas kalo nak mkn full set sehari hari 6 kali cam PLKN dulu..

No.5: Manage Duit Elok-elok
Menjadi masalah kat semua orang kut bila da dapat duit banyak-banyak. hahaha tapi aku da standby buku akaun dari first sem aku study. Yepp belanja and untuk project sana sini sama banyak keluar. Ini bermakna aku kena kurangkan makan.. hahaha so, memang kena la amalkan rule no.2 and no.4 tu.. simpan.. berjimat, esok lusa nak continue study senang.. tak pun kumpul beli rumah before kahwin.. *eecheewahh~

No.6: Solat Sunat
Hidupkan balik malam-malam yang kian suram. Tahajud, Taubat, Witir and sebelah siang pulak, untuk bukak pintu rezeki, ringan-ringankan lah tulang tu buat solat Dhuha. Inshaa Allah.. rezeki masyuk punya. Percaya janji Allah =)

No.7: Exercise
Ini..hmm aku kena kentalkan semangat untuk jogging awal pagi. Takpun g main badminton sebelah petang (if aku tarak kelas tyme petang la) Naik sem ni kena start buat fitness~ Semua dok pakat cakap aku gemok gemok, haisshh.. panas pulak telinga aku.. tak sedap sungguh mendengarnya.. meh la aku buat badan sikit, jangan tekejut lak pasni.. hahahaha


fuuu~~
itulah antara huraian yang aku boleh simpul-belit-golong-ikat-kan untuk korang dari pemahaman aku la. Nak disiplinkan diri bukan mudah. But, people always said "No Pain, No Gain", right? so, prove it!

Next sem, cuba untuk dapatkan pointer yang terbaik, arrange balik jadual macam mana. Perbaiki diri..
Impianku ingin menjadi Muslimah Sejati.. Semoga dipermudahkan. In shaa Allah..  Amiiinnn~~^^

Post a Comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.