Berubahlah! Demi Kebaikan

Bismillah..

Assalamualaikum, peace be upon you~

Aku mulakan entry kali ni dengan sebuah quotation yang tiba-tiba terlintas di fikiran;

::Quote of the Day::

'Peluang Kedua'
Terhidang di hadapan mata
Ikut nafsu badan binasa
Merana jiwa malu padaNya

Allahu Rabbi
Aku rasa macam tak layak langsung aku dapat rezeki dari Yang Maha Kuasa ni.

Ada 4 jenis golongan manusia yang mana memiliki arah hidup yang berbeza-beza.

Golongan pertama: Awal baik, akhir baik
Bermaksud, rezekinya dilahirkan dalam keluarga yang sempurna Islamnya, di didik dan di asuh dengan ilmu agama, ilmu dunia dan akhirat, dan akhirnya insan ini berjaya menjadi anak soleh/solehah yang cantik akhlak peribadinya malah disegani sekalian makhluk. Paling indah, insan ini berjaya mengekalkan iman dan taqwa yang dimilikinya sehinggalah ke akhir hayatnya. Matinya dalam keadaan husnol khotimah.. Subhanallah =)

Golongan Kedua: Awal jahat, akhir baik
Golongan ini dikurniakan kesedaran atas segala kesalahan dan dosa yang dilakukan. Bertekad untuk bertaubat dan kembali ke jalanNya. Nekad untuk meninggalkan segala kekhilafan yang dilakukan dan mengembalikan segala kerosakan yang dilakukan. Menyesal atas kesilapan dan berazam untuk menjadi hambaNya yang soleh. Subhanallah. Hidayahnya datang sebelum ajalnya. =]

Golongan Ketiga: Awal baik, akhir jahat
Nauzubillah min zalik.. Doakan agar tidak terjadi pada diri anda. Sememangnya godaan syaitan tersangat kuat hasutannya. Bersyukurlah sekiranya seorang insan telah dilahirkan dengan sempurna agama, maka tetapkanlah pintu hati anda agar tidak mencuba sesuatu yang bakal mengundang celaka kepada diri. Sesungguhnya pengakhiran hidup yang kurang baik, tempatnya tidak lain tidak bukan neraka jahanam.. ya ALLAH.. campakkanlah rasa penyesalan dalam hati-hati ini sebelum sampai masa dan waktunya..

Golongan Keempat: Awal jahat.akhir jahat
Golongan ini, mungkin bukan rezekinya untuk mendalami Islam dengan sebaiknya. Matinya dalam keadaan su'ul khotimah. nazubillahminzalikk~


AKU.MAHU.BERUBAH.

Semoga hijrah aku diberkati dan menyenangkan kedua orang tuaku. Ya Allah.. bantulah hambaMu yang lemah ini.
Sesungguhnya, ya Allah.. aku tidak layak untuk FirdausMu, tetapi aku tidak mampu menanggung seksa neraka JahimMu.. sungguh aku tak mampu...

Marilah berubah wahai Insan. Ajal maut mu tidak menunggu tua. Malaikat Maut menjenggukmu setiap 21 minit sehari, subhanallah.. Sudah bersediakah anda? Dunia diambang kematian, selimut kegelapan semakin menyelubungi pengakhiran zaman. Rancangan 'mereka' menjadi nyata. Meramaikan umat Muhammad di dalam Neraka. Marilah.. Bangkitlah..Selangkah anda dekat padaNya, beribu langkah Dia mendekatkan diri kepada hambaNya.Perbanyakkan selawat. Rindulah pada KekasihNya.. Agar kewujudan kita di Padang Masyhar kelak disedari oleh Baginda..Silakan,  Pilihan di tangan Anda! =)

Post a Comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.