Sambal Ikan Bilis #PeriukNasiChallenge



Salamualaikum and hi!

since aku tengah enjoy masa terluang sebelum naik sem
and aku terlebih eksaited sebab 
dapat makan makanan yang sodap-sodap even  masak dengan periuk nasik
so, aku pun meng'challenge'kan diri aku
dengan share beberapa makanan yang agak
sinonim dengan culture Malaysia,
dengan masak hanya menggunakan
'Periuk Nasi'

as you can see, my previous post 
and today aku share pulak macam mana nak masak
Sambal Ikan Bilis, masak dalam periuk nasi 

usually aku main "agak-agak" je bahan yang aku nak guna
or bahasa kasarnya 
"campak-campak"

bahan yang diperlukan teramatlah mudah nak dicari
and wajib mesti harus ada kat dapur
even time darurat pun !
(coz aku tengah darurat la ni) TT

- Ikan Bilis
- Bawang besar (Holland / Bombay tak kisah)
- Cili kisar
- Cukup rasa 
- Minyak (untuk goreng ikan bilis)



macam biasa, sediakan minyak and pastikan periuk nasi korang sentiasa on heat
kalau tak, ikan bilis berenang-renang dalam lautan minyak


agak-agak minyak dah panas, masukkan ikan bilis and goreng sampai garing!
or ikut kesukaan korang
biasa periuk nasi punya bahagian tengah kan macam tinggi sikit
so, korang boleh goreng ikan bilis ni bahagian tepi
mana yang agak-agak minyak dalam, haa lagi bagus letak ikan bilis kat situ


lepas habis goreng ikan bilis, letak atas tisu dapur or kitchen towel 
bagi excess oil yang kita taknak 
diserap habes
pastu, kurang kan minyak untuk mengoreng tadi, 
and letak cukup-cukup untuk masak sambal pulak



tanpa lengahkan masa, sebab perut dah lapa,
masukkan bawang yang dah dihiris
masak sampai naik bau
bau wangi tauu
bukan bau hangus..


agak-agak dah wangi, masukkan pulak cili kisar
yang ni pun terpulang dekat kuantiti ikan bilis yang digoreng tadi


kacau sebati bagi cili kisar ni masak 
or paling senang, bagi sampai pecah minyak


last sekali, dah pastikan cili masak sepenuhnya
masuklah ikan bilis yang dah digoreng tadi
letak penambah rasa, cukup rasa semua
and tadddaaaaa...



dah siap! 
senang tak? masak guna periuk nasi je tauu
before tu jangan lupa masak nasi dulu
makan dengan nasik pepanas perghh
layann ...
sampai ke langit ketujuh gamaknya haha


*** *** ***

bila dah darurat semput kopak apa bagai yang setaraf dan sewaktu dengannya
otak kita mulalah fikir macam-macam benda kreatif
serious.
sebab kita fikir macam mana nak survive without susahkan orang
haha penting sekali jangan susahkan orang

macam aku sekarang ni
takda la darurat mana, (darurat la jugak haha)
tapi kena fikir untuk teruskan hidup
nak meratap nasik makanan sodap-sodap taraf hotel yang kita buang 
semalam ke bulan lepas ke
takde masa wehh
buat kebuluq ada lahh XD

jadi, yang ni makanan yang paling sesuai
since kita orang Malaysia
memang tak boleh pisah dengan sambal
mana yang duduk jauh dari Malaysia pun
boleh je try
bahan tak susah mana
(kut~)

ok gais, 
selamat mencuba #periuknasichallenge kali ni
paling penting, take care and jangan sampai hanguskan rumah 
aku pesan nihh
serious. 


.
.
.

ok jumpa lain entri


la revende, hasta la vista 












2 comments

  1. Replies
    1. masak dengan periuk nasi je Qila uii hahah mekasih qilahh

      Delete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.