Food Hunting Review : Manhattan Fish Market, Mid Valley

hi gais
salamualaikum

baru-baru ni aku ada kelapangan nak menjengah
ke sebuah restaurant yang dah 
sekian lama tersadai berkarat dalam wishlist
'Restaurants-Must-Go-Before-Die'

haa kauu..
kemainn lagi ada wishlist bagai. 
Instead of nak pegi ke Restaurant atas pokok 
kat New Zealand tu, 
kita lari kejap ke Manhattan Fish Market
yang lokasinya terletak di Mid Valley 

sebenarnya kerja yang agak gila
punya lah dah mengidam lama sangat 
lamaa weh, asyik nak masuk ada aje lah halangan
ke Nandos lah, ke BBQ Town lah, Seoul Garden lah
dan akhirnyaaa, (celebration emoticon)
aku dapat jugakk masukk jyeahh!



aku tak ada ambik gamba interior byk, 
this the only one
sebab aku fokus kat makanan
nak hurai banyak pasal interior, 
bagi aku theme color memang standard kaler
Manhattan Fish Market. 
yang lain aku puas hati.


Aku order, hmm lupa pulak nak ambik gamba menu
aku carik dekat website je
Aku makan berdua, jadinya kat bawah ni antara menu yang aku order




Starter : Ocean Gems  (RM 11.55 *incl GST)

Komen: Berpatutan dengan harga, ada scallop dengan udang dalam 3-4 ketul camtu. 
and the rest are carrot, cucumber and salad.. 
rasa? macam lebih kurang makan acar timun tapi ada seafood (udang + scallop)
sedap. sebab masam-masam and gain tastebud
makin lapar pulak lepas tu 
haha



Soup: Mushroom Soup (RM 6.89 *incl GST)

Komen: Soup aku ambik pakej sekali dengan Ice Peach Tea.
soup sampai tak lama lepas dorang ambik order, jadinya 
aku dapat soup suam-suam kuku.
since aku ada ambik set yang ada roti, 
jadi aku jimat-jimat hirup mushroom soup ni
sebab nak makan dengan roti haha
Aroma mushroom soup ni mengingatkan aku suasana dalam 
flight Air Asia, bila dorang serve makanan dekat passengers.
haa camtulah bau seluruh pesawat.. xD




Chowder : Seafood Chowder (RM 9.01 *incl GST)

Komen: Yang chowder ni pulak sama beradik dengan soup 
and haritu chowder yang disediakan adalah seafood
(aku nak order salmon chowder, tapi ikut hari lah pulak TT)
chowder ni sampai serentak dengan mushroom soup 
tapi agak sejuk, hairan aku
Memula aku hidu bau sardin, maybe sebab tomato kut 
tapi yang ni sedap !



Beverages 1: Iced Peach Tea (RM 6.89 *incl GST)

Komen: Sedap. Aku tak komen banyak sebab sedap. haha gamba yang atas tu lemon tea yeah.
jangan pulak korang ingat order peach tea, tetiba dapat jugak lemon
hee



Beverages 2 : Happiness Infusion (RM 10.49 *incl GST)

Komen: Pun sedap jugak, but aku kurang minat dengan Earl Grey Tea, 
but u gais can give a try!^^




Sharing Platters: Volcano Island - Slipper Lobster (RM 61.37 *incl GST)

Komen: By time sharing platter ni sampai, soup aku yang suam-suam kuku
dah sejuk dah. 
Aku ingat nak makan cicah dengan roti. 
Expectation makanan yang sampai panas lah,
sekali ehm bak kata Ramsay: "Stone cold in the middle"
yang panas just kuah kari kupang tu
maybe sebab tunggu kari tu kut semua makanan yang lain jadi sejuk
Roti dah jadi liat, sayur nasik sejuk, lagi sedih lobster sikit gila isi TT
potong terus selera
harapan aku tinggi sangat kut.. TT






sob sob macam ni lah bila expectation tinggi sangat.
aku harap ada rezeki aku try Manhattan Fish Market yang lain pulak
Aku sempat jenguk kat meja sebelah, dorang ada order dessert 
something look like ice cream and ada syrup panas ke cane 
yang ni la kut 



Sizzling Brownie with Ice Cream (RM 13.67 *incl GST)

sumpah nampak sedap, 
tapi sayang selera aku dah potong sebab makanan sejuk.
TT

ada member share cerita, 
kalau nak pegi Manhattan Fish Market ni, 
kena pandai cari menu and tempat
coz tak semua sama. lol 
Jadi sesapa yang penah try, share lah macam mana rasa hidangan korang
aku teroverload keciwaa

but service terbaik
pantas and alert dengan customers
tu yang aku hairan. macammanalah aku dapat makanan sejuk
still tak puas hati ni
aku nak request balik, tapi tengah lapar and aku pegi pun dah agak lewat
aku try tengok MFM yang tempat lain pulak lepas ni
if ada rezeki lagi
harap tak mengeciwakan macam kali ni 

alright. sampai sini je Food Hunting Review. 

komen kalau korang tau mana tempat makan yang femes and sodap 
dapat singgah menyinggah ni XD

la revende, 
hasta la vista 


Notebook Giveaway By Eeca Shyaa


| klik banner untuk join give away! |

yang di TAG!

1 |  2  |  3

goodluck gais!

la revende, 
hasta la vista 

The giveaway starts from today (23th July 2016) until 6th August 2016

10 Sebab Shopping Di Zalora


| klik pada banner untuk terus shopping di Zalora Malaysia |


hi gais, salamualaikum.
kali ni aku nak share pengalaman aku selama bershopping di Zalora. 
entri kali ni adalah dari aku sendiri, tak ditaja oleh mana-mana badan kerajaan mahupun NGO. 
aha just sharing, manatau ada yang nak shopping online tapi still tak berani,
or yang still searching which website yang selamat nak shopping.
and btw, aku dah pernah shopping dengan website lain 
and selalu jugak shopping di instagram.
but i still prefer Zalora.

even orang cakap barang dekat Zalora mahai ke apa, bagi aku 
"Di mana ada kemahuan, di situ ada highway"
yang pegi tengok barang mahai pasaipa? -.-"
aku pun tengok list start dari 'lowest price'. gituu. len kali aku ajar pulak camna nak berbelanja dengan selamat.. haha

ok taknak sembang banyak. 
Kat bawah ni adalah antara sebab you guys SHOULD shopping on Zalora. 


1. SHOPPING VIA WEBSITE DAN APPS

tersangatlah mudah dengan adanya apps Zalora di smartphone, bila-bila masa jer boleh cuci-cuci mata tengok barang-barang and sale!
Paling best, once dah log in, segala wishlist yang kita simpan, 
dari website akan ada jugak dalam mobile apps


2. SECURED PAYMENT DATA

Tak kiralah korang purchase barang di website ataupun di mobile apps, jangan risau. 
Segala maklumat peribadi selamat dan tak tiba-tiba refreshing dua tiga kali
yang akan menyebabkan duit korang terbang melayang
menangis wehh kalo duit melayang layangg!


3. NICE & ATTRACTIVE DISPLAYED ITEMS

Antara salah satu sebab harus shopping di Zalora sebab senang nak carik barang.
Tak serabut dan tak sakit mata. 
Bukan setakat susunan dan penggunaan warna yang minima, 
warna latar barangan yang di display pun puas hati nak belek-belek
di sebabkan background putih. 
Mungkin ada sesetengah barang yang ada background lain, 
but setakat ni, prefer barangan di display dengan background clear. 


4. SALE! 

ehem. YES! of course siapalah yang tak suka sale atau bahasa bakunya Potongan Harga.
Zalora antara website yang kerap buat sale.
Bukan sikit sikit tau, kadang sampai 70%! *crying emoji


5. DISCOUNT VOUCHER 

Ok. Reason yang ke-4 tadi Sale, yang ke-5 ni pulak is Discount Voucher.
yepp.. discount voucher sentiasa ada.
untuk new subscriber, bagi yang membeli dari mobile apps pun ada special voucher,
tu tak termasuk lagi kalau musim perayaan,
bersinar-sinar mata tengok code discount yang terpampang di banner website
kalau dah sale + discount voucher, berapa banyak boleh jimat 
(tak boleh tahan dah, emoji mata love love dah kelua TT)


6. BRANDED ITEM, QUALITY GUARANTEE 

Memang tak dinafikan, barangan di Zalora adalah 100% sama macam yang di display. 
kalau baju tu panjang ke apa, maknanya korang salah ukur la tu. >.<
yes, sebab biasanya buyer selalu tertipu dengan gambar iklan yang ditayangkan seller
bila dah sampai depan rumah, hampeh. 
Memang sedihla weh


7.  SIZE CHART 

Zalora guna standard sizing untuk baju lelaki dan jugak baju wanita.
Termasuklah kasut btw, jadi tak perlu risau dah.
Ukuran yang di gunakan termasuklah International / UK / US dan EU
jadi kalau tak pasti ukuran dalam inci (UK/US), boleh refer EU sizing yang dalam cm.


8.  FREE DELIVERY IN MALAYSIA

Dengan pembelian atas RM 75, buyer boleh dapatkan free postage. 
Dah tak perlu risau kos pos pos bagai. 
Lagi satu, Zalora hantar barang dengan Gdex.
Bagi orang Sabah dan Sarawak, no worries yaa.. 
Boleh shopping dengan senang hati. 
(because me also Sarawakian, laju jak barang sampe rah rumah XP)


9. EXCHANGE & RETURN IN 30 DAYS!

 Tak satisfied ataupun nak tukar sizing and refund bagai, boleh dilakukan dalam masa 30 hari lepas barangan sampai. 
ok. part ni paling best, sebab plastik parcel Zalora boleh di recycle balik.
Borang pos pun dah disediakan and dah siap tulis alamat. 
Just perlu tulis alamat buyer, and drop by mana-mana branch Poslaju
free of charge, yes. I repeat.
FREE OF CHARGE. 

oh jangan lupa untuk state barangan mana yang korang pulangkan semula di website. 
easy peasy. 
lepas tu, customer service akan took a good care of your problem. =)


10. BEST EVER CUSTOMER SERVICES

If anything korang rasa perlu untuk berhubung dengan Customer Experience Team ni, 
do contact or email to them. 
Dorang tak makan orang aku rasa. 
Sebab selama ni elok jer dorang treat aku. (terima kasih byk-byk)
Kalau korang tak tau status barang yang dipulangkan semula dah sampai ke belum, 
ha boleh dah tanya dengan dorang, as lepas 3 hari korang hanta kat poslaju. 
Make sure tanya dorang elok-elok as human yang ada hati & perasaan, 
coz dorang pun manusia.


** EXTRA **

Model Zalora hensem kacak dan chantek semuanyaa! 


ok done. 
so gais? ada rasa berani dah nak shopping kat Zalora?
jangan risau, dorang bukan scammer. 
and mana yang tak jujur dah tak leh main tipu tipu dengan dorang
komen kat bawah ni shopping website mana yang korang prefer, 
boleh aku try shopping jugak =P

ada beberapa artikel fesyen yang di inspirasikan dari Zalora aku pernah tulis, 
if you have a free time, boleh la singgah baca :



jumpa lain masa, 
la revende, 
hasta la vista






FASHION : GAYA PEMAKAIAN KASUT FLAT

| klik banner untuk tengok & shopping koleksi 'Flats' di Zalora |


yeah.. siapa suka pakai flat shoes instead of high heels, kita gengg!

sebenarnya kasut flat terbahagi kepada beberapa jenis dan rupa bentuk.
antaranya macam sandal, ballerina flat, loafer dan pump.
Kasut flat lebih senang dikenali dengan nama kasut yang tak bertumit ataupun leper. 
Beberapa contoh kasut flat ada kat bawah ni:


| Kasut ni semua dari Zalora, just klik banner untuk shopping |


ehem..
Tak semestinya pakai high heels atau boot yang bertumit tingi sahaja nampak formal, 
sekarang pelbagai jenis design flat pun menepati piawaian pemakaian formal tauu !
Jadi kalau mana yang tak berapa suka nak pakai high heels, 
jangan risau, flat shoes semestinya jadi penyelamat korang


Memang, kadang kita sebagai perempuan ni suka pakai high heels
sebab nampak tinggi
(especially orang 'petite' macam aku)
tapi for long term, pemakaian kasut bertumit tinggi boleh menyebabkan 
masalah tulang belakang
jadi, tak perlu sakitkan diri sendiri, 
pakai flat shoes pun boleh nampak cantik


Pelbagai jenis idea fashion korang boleh gabungkan 
dengan flat shoes ni
contoh gambar-gambar ni boleh dijadikan inspirasi :



Bagi yang gemar pakai dress atau kain, tak salah jika dipadankan dengan sandal ataupun pump shoes
Aura feminine still ada dan kekal bergaya dengan flats.




Bagi pengemar blouse dan seluar jeans,  kasut flat pump adalah pelengkap gaya.
Si pemakai nampak casual dan santai dalam pengayaan  
Less is more, remember? 




Short skirt atau short pants menampakkan si pemakai menjadi lebih tinggi
jadi jangan risau, pakai pump flat memang dah nampak ranggi dan style dahh
plus, selesa sepanjang hari instead of using boots or high heel
lagi lagi cuaca berkhatulistiwa macam Malaysia ni, rasanya lebih sesuai dengan flats shoes 


nahh jadi tak perlu susahkan diri sendiri
Bergaya ikut kemampuan diri, just be yourself, love. 

jadi, korang setuju tak dengan cadangan nih? 
comment kat bawah jenis kasut yang suka 
xoxo 


p/s: kasut yg aku pakai dlm gambar kat atas tu dari Zalora jugak, ehe peace!


A Message from SK II #ChangeDestiny

emm hi? 
sesapa yang belum tidur pepagi buta ni kita geng hoyeah..
asal aku tak tidur lagi? tengok gambar paling latest kat instagram aku..
(promote diri sendiri kejap -.-")

tengah-tengah melayan mood buat rainbow cookies ni,
aku macam biasa, pegang fon
nak tunggu orang mesej /whatsapp bagai 
memang tak lah.. 
dah jam berapa kan?

jadinya, notification dari youtube pun masuk
"oh dari Dota 2 WTF Moment 186"
lebih kurang camtu la aku bunyik lepas tengok noti tu
haa, sapa layan dota wtf kita geng jugak haha

so, tengah-tengah aku melayan 
tengok Wraith King dengan 'divine'nya tak sudah sudah
tetiba keluarlah iklan SK II tengah-tengah tu

ingatkan nak skip, nak tengok sapo yang "rampage", 
sekali 'ter'layan lah pulak iklannya..
tak sia-sia dorang bayar mahal untuk ads tengah-tengah video
ada jugak orang menengoknya 

Iklan SK II : Dream Again  (klik kat sini utk tengok kat youtube)



agak menyentuh hati jugak la iklan nih
tahniah SK II (celebration emoticon)!

betul jugak.
waktu kecik kita selalu angan-angan nak jadi macam-macam
boleh dikatakan off limit pun ada

aku pernah nak jadi astronaut k
nak sangat jadi first astronaut perempuan pertama dari Malaysia
nak jadi one of TUDM / TLDM team
tapi bila tau yang aku kurang berkemampuan untuk
hidup tanpa spec, satu persatu impian yang kat atas ni aku padam
dari cita-cita aku

pastu aku angan-angan nak jadi lain pulak
dentist, nurse, engineer tak payah cakap
semua aku dah berangan, ada siap 'praktikal' lagi
aku tak boleh tengok orang luka, 
bekas first aid aku bawak ke hulu ke hilir
ketuk mengetuk paku dalam bilik, 
aku la orang paling rajin, sampai kena marah XD
penyanyi? yes
melalak dekat beranda rumah 
ish ish

and etc, etc, etc 
banyak sangat

kadang diri kita sendiri yang limitkan capabilities yang ada
kadang keadaan sekeliling yang menekan .. terlalu menekan TT
kadang kita consider orang lain, but tak peduli dengan diri sendiri
takut orang cop kita 'jual ikan' 
yep.. 'selfish' lol (k tak lawak)

tapi, 
semua tu hanyalah alasan untuk diri kita lupakan
apa yang kita BOLEH realisasikan
yes.
kalau sesapa yang hidup zaman Amuk mesti pernah dengar lagu
"Jika Kau Fikirkan Kau Boleh"

be whatever you wanted to be. 
Change yourself,
#ChangeDestiny

p/s: aku tak ditaja oleh SK II untuk tulis review ni. Sekadar kongsian dan harap membantu memperbaiki hidup kita sama-sama. 

nak tengok inspiration story lagi dari SK II, boleh follow youtube dorang kayy =D



ehem, tapi kalau angan-angan mat jenin janganlah tanya ngape semua tak menjadi 
XD
usaha kena ada, target mesti jelas, mesti niat jadi yang lebih baik dari yang sebelumnya
bukan takat kemain impian angan-angan 
ke laut, ke langit ketujuh
sememangnya seakan khayalan belaka 
(haip, siapa nyanyi tu, better ngaku hhahaa)

macam aku pulak, 
aku choose study architecture instead of yang aku senaraikan kat atas
why? 
i have my own reasons
hee
yeah, of course. 
bukan sesaja, even aku tau mana potensi besar aku.
tapi, yes. macam aku state kat atas tu, 
kita punya surrounding, kadang terlalu menekan. 
pressure everywhere.

its good to have some pressure in your life,
untuk gesa kita hidup dengan lebih baik.
did I mention 'some'? yeah
some =  not all the time

so, korang pun mesti ada reason kenapa hidup korang jadi macam sekarang ni
yep, sekarang by mean, keadaan korang tengah baca entri aku ni
tak kira la korang tengah 'di atas, atau di bawah' 
roda kehidupan sentiasa berputar.
ni yang nak hashtag lagi ni nahh #syukurselalu

even size kasut kita sama, tapi kita lalui jalan yang berbeza
different situation, different story
jangan judge dulu, kita semua pendosa ='') 


dah cukup lah. 

jumpa lain kali,
wassalam

la revende, hasta la vista


Design Raya untuk Blog Aku

Salamualaikum,

haii korang, rasanya belum terlambat lagi aku nak wish 'Happy Eid Mubarak' or orang kita cakap, 'Selamat Hari Raya'
Raya kan sebulan.. ^^

Aku agak busy time Ramadhan yang lepas, sebab uruskan bazaar. Sesapa yang follow insta aku mesti tau hari-hari aku update pasal bazaar haha
and bila raya ni baru ada masa sikit, since aku tak rasa nak berjalan raya sakan -.-"

and ni lah hasilnya. ni ekceli pengaruh blogger femes, sis Sofie nihh.. aku takleh tahan tengok blog dia asyik lawaaaa memanjang. Jadinya aku pun hiaskan balik blog aku, since aku dah agak emm bosan? eh? bosan pun boleh, dengan design lama
maka terhasilahh Design Raya untuk blog aku





memang aku dah aim dari awal tahun haritu, nak buat something kat blog aku, since aku dah buat blog ni dari zaman hingusan lagi.. 12/6/12 kut.. cuma zaman tu aku tak berapa dapat nak explore macam sekarang.. 
zaman tu henfon pun cikai-cikai jer lagi.. sekarang ni, haaa dunia hujung jari kauu
ni pun masih noob, jadi maafkan aku mana yang tak habis setting tu lagi..
aku masih belajar jugak.. 

and wish me luck!


wasalam, 
hasta la vista


p/s: sesapa dah rasa ayam kepsi 'kari-kari rangup'? amacam? sodap tak? aku tengah lapar sebenarnya TT





Giveaway By Syazwani Mazlan 2016

// klik pada banner untuk join 



Buat satu entri bertajuk  GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016 (letak gambar di atas tu beserta syarat-syarat penyertaan.
Follow Blog Wani
Like Page Wani
Selesai buat entri, komen entri ini dan beri link entri tersebut
Terbuka untuk Bloggers seluruh Malaysia
Tarikh Tutup Penyertaan 13 Julai 2016

Giveaway akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang." 


Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.