Assalamualaikum
fuu~~ sekarang ni zaman2 bertungkus lumus da pun selesai..
2 minggu jugak la jadi zombie
dengan tido tak menentunya, makan tak makannya, kadang sikit kadang banyak tak hingat dunia kadang tak makan langsung utk dua hari (nasik aa), aa mandi tak yah cakap aa
ish3 teruk betul..
mana taknya, kadang 2 hari sekali mandi, kalo rasa ada sikit lapang tu mandi la sekali sehari.. terlebih free skit, mandi 2 kali sehari.. semuanya bergantung kepada keadaan..
bila tak tido, camtu la jawabnya.. rasa cam kita tak perlu mandi coz tak tido.. yepp.. i'm agree..
sepanjang 2 minggu tu, aku sentiasa rasa aku org 'semalam'
sebab?
aku tak tau apa pun update benda sekeliling.. rumah terbakar ke, kena rasuk ke, puting beliung ke, kes ini la, kes tu la.. suma aku tak amek pedulik.. merumitkan kepala otak aku yang dah sedia rumit..
beli surat khabar setiap hari pun, sampai rumah, aku dok campak kat bawah meja.. kunon nak baca before tido, kunon la sungguh.. tido ntah kemana, paper tu ntah kemana.. seminggu kendian newspaper tu bertapa kat bawah meja, baru la aku macam "Eh, sejak bila lak ada keluar berita ni?"
Lame tak aku? -_-"
sungguh aa lame..
Dah dekat-dekat masa submission segala project tu jugak la aku g join competition.. ni memang annual competition.. last year aku tak join, this year aku 'disuruh' join, n aku join jer la jang.. rase lagi kerja multitask..
Memandangkan rumah aku ada space, satu bilik kosong, aku memang niat nak buat office.. kali ni dapat lak project yang main dengan kayu syelek varnish thinner tu semua, maka ini lah office aku.. tadaaa~~
view office aku tyme tgh busy.. tak sempat kemas oi~
Dari dreaming, turun ke sketching, ke planning, sampai la ke modelling suma aku buat dalam keadaan zombie.. mana dengan kelas nya lagi, commitment dengan pertandingan lg (kena turun site) meeting silatnya.. memang, sungguh.. kekadang kesian gak aku dengan Cik Abg, selama aku busy, dia langsung tak kena peduli.. mianhae oppa~~
Sungguh. Aku dapat idea kekadang tgh nak mandi la, tgh aku tak dapat nak tido, aa mula la idea datang.. project kali ni tak silap aku idea datang time aku jalan-jalan nak ke kelas.. dok la perati pokok sekeliling jalan masa aku ondaway g kelas..
Then, (nak buat gimik cam org cendiakawan sket) "Eureka!!"
~banyak la aku punya eureka, model pun senget benget, nasib tak kena reject je.. aduss.. ni sangat menjejaskan reputasi aku buat kerja last minutes..
Hmm aku tunjuk model ni kat umi aku, dia pun tak dapat recognize rumah ni camna.. toksah la umi dok pening mikir nya.. aku pun buat last-last minute, selekeh nak mampoihh~~
Nasib baik, untuk projeck History, si Asyraf buatkan model, aku buat presentation board, si zuan lak tlg carrie yang mana ktorg takleh catchup.. see? ktorg lagi satu team..
Sampai masa final presentation or lebih afdal aku gelarkan as "Critic Day", - kena buat presentation depan semua lecturer n budak-budak (senior/junior) dari kelas lain.. kira satu school aa tengok hasil seni yang dah korang hasilkan.. dari kelas aku, balik balik muka Asyraf, Zuan ngn aku.. sampai ada junior tu tanya aku, "kelas korang memang korang bertiga je ke?"
Aku pusing belakang, sambil pandang member aku dua orang nih.. "aa yang wujud kitaorang tiga la, yang len wallahualam.. " senyum sumbing.. puhahaha..
*aku private uni, so, jgn hairan sangat kalo dalam kelas aku hanya wujud kami bertiga.. kekadang sampai masa malas turun kelas tu datang, aku dating je dengan lecturer..
final presentation aku, tak tido semalaman dibuatnya.. printing buat terbang melayang duit hoiihh
Sepanjang aku siapkan project kayu ni, ak memang jarang masuk bilik tidur aku.. kalo masuk pun sambung buat autocad dengan sketchup.. mana nak cukup tido nya.. kesian dah aa laptop aku, jadi peneman setia siang malam, kekadang terkena nasik yang aku makan depan dia, kena serbuk-serbuk kayu, cap tangan/ jari aku toksah kira.. bawak lappy ke kelas, mesti kena bising ngn member berdua tu.. bukan aku taknak jaga, takda masa nak clean-up.. hhahaha
Berbalik isu pertandingan yang aku join, Perlembagaan Akitek Malaysia (PAM) punya annual competition.. kali ni tema Healthy and Happy Space.. dah seminggu lebih bertungkus lumus main dengan cat semua, malam 14/10 tu g install dekat One Utama, Damansara.
Time ni la dok nengok budak-budak archi dari uni lain.. muka kami memang sepesen.. mesti ada line hitam bawah mata.. mostly yang aku tengok malam tu budak laki.. ada yang dah tertido la kat tepi kedai.. maklum la kedainya tutup.. kitorang sampai kol 11.30 malam.. installation sampai kol 4.00 pagi..
Aku ni yang sampai kolej dah kol nam lebih, paksa tunggu kat lobby kolej coz hujan lebat sangat.. dah la dengan sehariaan tak makan, kelaparan giler.. paksa mintak tolong jasa baik Cik Abang bawakkan payung n temankan kejap g makan kat memana dulu.. sejuk siaa pepagi hujan lebat..
Rumah aku lak jauh sebatu dari kawasan local hostel.. sungguh lerr kan..
malam installation ..
ni la booth dari uni aku, hasil kerjasama member seteam semua..
ni lak booth Limkok Wing University.. dorg menang 2nd place..
Lim Kok Wing Booth..
Dekat-dekat nak final exam dengan Critic day tu jugakla kitaorang mana yang core member buat booth ni wajib turun, bukan dekat woo.. OU kut.. adeh... dari pagi sampai ke malam nak kena dok kat sana.. tu yang malam pas balik terus bertungkus lumus buat eseimen..
aa yang untuk booth ini kan pertandingan,
First place: Universiti Tunku Abdul Rahman
Second place: Lim Kok Wing University
Third place: Universiti Malaya
next year dah nak masuk final year, so, kena chaiyok2 la.. struggle kena lebih.. apa yang aku buat sem lepas, baru 10% dari zaman kerja.. waktu kerja nanti lagi sakit..
so, to all people yang berhajat nak join architecture punya course, pastikan anda dah cukup hardcore n sanggup sacrifice anything..especially money time study.. sangat2 kesempitan.. so, pertimbangkan elok... masa kerja nanti memang lumayan dapat gaji bebanyak, but remember one thing, as archi, we'll trade our life for money..
haihh.. sekarang aku malas nak pike sal eseimen lagi.. masa untuk aku bercuti 15 hari.. hip hip hurrayyyy~~wassalam =]
"Terbang~
Terbang tinggi walau tanah dikaki...
Kan ku cari langit..
Terbang~
Terbang tinggi awan biru menanti..
Bersama pelangi...~" -YUNA
Post a Comment