Kesan Makan Kerang Berlebihan

Assalamualaikum and Salam Jumaat ^^

tskkk..tskk aku tak boleh tidur~ kepala aku pening gila. Maunya tidak, melantak kerang dekat 4 bakul! hahaha sangat teruk ini perangai. Pulun makan kerang habehh aa malam tadi. Plus plus lak dengan spicy wings.. huehue. Semakin "sihat" aku duduk diperantauan. =3

So, akibat daripada makan kerang yang ter'overload' kuantitinya, aku sekarang mengalami:

-pening kepala yang teramat sangat, kejap depan, kejap belah kanan, kejap lagi belakang..mau gila aku macham ghini!
-my blood pressure running very fast! seriously, i can feel my heart beat worked hard at this time.
-and i'm getting blurr~== tak tau nak explain tang mana dah.. poning gilo nih



Pening-pening ni jugakla aku try godek.korek,inbestiget pasal overload makan kerang.. Ni antara yang aku dapat:

1.Kerang merupakan sejenis haiwan yang dikategorikan sebagai makanan laut, or bahasa kampung aku :seafood. Kerang ni telah dicipta sejak azali lagi dengan sifatnya yang unik dinamakan Oseanografi LIPI, nak mudah paham, lebih kurang macam vacuum la.. bahasa negara aku cakap, Penyedut Debu.. ngeh3
Menurut kajian, kerang memiliki peratusan logam yang agak tinggi hasil daripada sedutan yang sememangnya habits dari kecik lagi.. hahaha 

2. Boleh mengakibatkan darah tinggi malahan amat berbahaya kepada ibu mengandung (even kerang ni bukan lah sejenis haiwan yang ganas mahupun menyeramkan... hahaha)


Kesimpulan yang boleh aku buat, kerang nu simpan kandungan logam yang agak tinggi. Darah yang dok mengalir dalam badan kita ni mostly ada element Iron, Fe. (hahahahah chemistry da pulak! )
So, kalau korang, nope i mean kita, as human makan melantak kerang ni secara overload, kuantiti iron dalam badan korang pun bertambah (iron: element logam dalam darah, bukan seterika ok.. ^^) dan seterusnya akan membuatkan korang jadi hyperactive!! yeayy!! 
Akibat yang lain jugak yang berkemungkinan besar korang boleh dapat ialah serang jantung and sesapa yang ada penyakit gout, janganlah mencari nahas anda. INI AMARAN KERAS! *jika tidak, rakan-rakan anda berekmungkinan akan mengucapkan ayat ini:

"Arwah baik orangnya"- sambil siram pusara korang dengan air Ice Lemon Tea. mahu? =/
hehe. just kidding :P

p/s: mencegah lebih baik dari mengubat. Jaga kesihatan korang!!

Jangan Lupa Bersyukur!

Bismillah, Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, segala pujian hanya kepada Allah. Syukur sangat-sangat masih direzekikan lagi untuk hidup and buat kebaikan atas bumi Allah ni. Alhamdulillah

Setakat ni, aku tengah berusaha untuk menjalankan misi aku, macam yang korang baca dalam entri beberapa hari yang lepas. Ada dah beberapa perkara yang aku boleh buat, cuba buat and ada jugak yang tak dapat direalisasikan lagi =[

Story hari ni, ngeh3
bangun pagi, dengan tak mandinya lagi sebab panas tahap dewa, aku bukak la tingkap nak ambik angin pagi. Maunya tak panas, dalam tu ada 4 org, (sorang budak bilik sebelah tido kat bilik aku so total up, 4 org) sebilik! Dengan tingkapnya ditutup rapat, arrghh! aku ketiadaan oksigen!... *ehem, kaver kaver.. awak tu nak jadi perempuan sopan =3

then, pas solat subuh aku terus la turun bawah rumah, buat streching kejap then pusing la kawasan hostel aku. perghhh! memang nikmat giler~ suda la sejuk angin pagi, dengan bunyi burung.. so, apa yang aku target tengah dalam progress la..
alhamdulillah =)


Semalam, aku pegi kat rumah yang "bakal" aku sewa dalam bulan depan. Dekat blok international. Huuu~ jauh jugakla dari hostel aku sekarang n dari kolej. Kena redah tasik lagi bagai.. hahaha bunyi redah tasik tu macam la redah guna kayak =="

Benda yang paling aku tak boleh blah dekat area ni ialah, blok kawasan hostel ni takda blok 14 n 4.. hahaha aku tersangatlah pelik pada awalnya sebab kenapa blok DR 03*contoh takda DR 04? Just ada, DR 03, DR 03A and terus DR 05.. hahahaha


 

kawasan dia pun ok. tak ramai "nigger" sangat. Kawasan local hostel tu yang aku rasa da jadi kawasan international. Suma pakat masok main redah ja kat situ. Sapa ada duit boleh la duduk kat situ. Sewa semua cekik darah. Nak masuk rumah tu kena standby RM 1.6k .. hahaha selama aku duduk kat sini, kerja dok cari rumah ja.. Dari sem satu sampai la sekarang =3 ngeh~

and aku tak bincang lagi dengan ayah aku camna keadaan rumah ni. Kalau boleh, memang aku nak sangat sebab.. aa banyak la sebabnya.. Jauh sikit dari orang, kawasan situ sunyi, sejuk, security ketat, murah bla3..
hmm tapi aku baru je dapat berita dari WhatsApp kakak2 aku cakap, ayah aku nak beli rumah dekat-dekat sini, adala dalam 4 km macam tu dari area aku. Aku pun tak dapat identified location tu dekat mana. 4km bhaiii~ habis aku nak g kolej naik apa do? driving license pun tak kasi aku ambik lagi ==". Jangan cakap suruh aku jalan kaki mahupun naik bas. Aku boleh tahan lagi jalan kaki kalau setakat 1km, ni 4.. 4!! Naik bas? Sure sangat ke bas ada kat situ? huehue~

Apa yang penting, aku bincang dengan dia elok2. Kalau dia tak kasi jugak, hmm nak buat tang mana. Aku dah usaha nak berubah jadi yang terbaik. Mungkin jalan yang ditentukan untuk aku lebih baik kalau aku ikut cakap ayah aku. Just ,"dengar dan taat" ja la.. =]

haha. i'm done! thnx for reading. ^^ Wassalam~


Final First Year!

Bismillah.. Assalamualaikum.
 
*dok senyum sorang-sorang sambil dengar lagu Kaho Na Pyar Hai =)

Alhamdulillah. Masih di rezekikan untuk menulis entri pada harini. *mood riang 
Semalam aku da register untuk masuk semester 3. weeee~~ waaa sedar tak sedar aku da final year one! alhamdulillah Ya Allah. 
rezeki aku untuk belajar jadi arkitek masih terbuka. And inshaa Allah kalau di rezekikan lagi aku nak ambik part I (degree) n part II (master)^^

Untuk sem ni aku ada 3 subjek. Sepatutnya 4 subjek, tapi memandangkan aku dah ambik subjek Pengajian Islam sem yang lepas, kira 3 je la.
Building construction I, Architecture Communication II n Materials in construction. hmm aku rasa nak add subjek. Nak cuba potong masa study =3
kalau ikut kiraan aku, maybe 2016 aku habis study. Awal 2016. Kalau boleh nak before 2016 and by 2016 (inshaa Allah umur panjang) aku da start kerja.. waktu tu pun aku baru 21.. hahaha rsenya mseh ada peluang aku nak buat degree camni. 

Aku pun dah godek mana nak sambung degree pasni, maybe dekat UTM kut.. Duration:3 year, kalau keluar aku dah 24 years old.. Paling-paling pun kerja setahun, loan kereta and rumah dah boleh enjoy dah lepas tu *if aku rsa xnak continue part II la..hahaha


Berubahlah! Demi Kebaikan

Bismillah..

Assalamualaikum, peace be upon you~

Aku mulakan entry kali ni dengan sebuah quotation yang tiba-tiba terlintas di fikiran;

::Quote of the Day::

'Peluang Kedua'
Terhidang di hadapan mata
Ikut nafsu badan binasa
Merana jiwa malu padaNya

Allahu Rabbi
Aku rasa macam tak layak langsung aku dapat rezeki dari Yang Maha Kuasa ni.

Ada 4 jenis golongan manusia yang mana memiliki arah hidup yang berbeza-beza.

Golongan pertama: Awal baik, akhir baik
Bermaksud, rezekinya dilahirkan dalam keluarga yang sempurna Islamnya, di didik dan di asuh dengan ilmu agama, ilmu dunia dan akhirat, dan akhirnya insan ini berjaya menjadi anak soleh/solehah yang cantik akhlak peribadinya malah disegani sekalian makhluk. Paling indah, insan ini berjaya mengekalkan iman dan taqwa yang dimilikinya sehinggalah ke akhir hayatnya. Matinya dalam keadaan husnol khotimah.. Subhanallah =)

Golongan Kedua: Awal jahat, akhir baik
Golongan ini dikurniakan kesedaran atas segala kesalahan dan dosa yang dilakukan. Bertekad untuk bertaubat dan kembali ke jalanNya. Nekad untuk meninggalkan segala kekhilafan yang dilakukan dan mengembalikan segala kerosakan yang dilakukan. Menyesal atas kesilapan dan berazam untuk menjadi hambaNya yang soleh. Subhanallah. Hidayahnya datang sebelum ajalnya. =]

Golongan Ketiga: Awal baik, akhir jahat
Nauzubillah min zalik.. Doakan agar tidak terjadi pada diri anda. Sememangnya godaan syaitan tersangat kuat hasutannya. Bersyukurlah sekiranya seorang insan telah dilahirkan dengan sempurna agama, maka tetapkanlah pintu hati anda agar tidak mencuba sesuatu yang bakal mengundang celaka kepada diri. Sesungguhnya pengakhiran hidup yang kurang baik, tempatnya tidak lain tidak bukan neraka jahanam.. ya ALLAH.. campakkanlah rasa penyesalan dalam hati-hati ini sebelum sampai masa dan waktunya..

Golongan Keempat: Awal jahat.akhir jahat
Golongan ini, mungkin bukan rezekinya untuk mendalami Islam dengan sebaiknya. Matinya dalam keadaan su'ul khotimah. nazubillahminzalikk~


AKU.MAHU.BERUBAH.

Semoga hijrah aku diberkati dan menyenangkan kedua orang tuaku. Ya Allah.. bantulah hambaMu yang lemah ini.
Sesungguhnya, ya Allah.. aku tidak layak untuk FirdausMu, tetapi aku tidak mampu menanggung seksa neraka JahimMu.. sungguh aku tak mampu...

Marilah berubah wahai Insan. Ajal maut mu tidak menunggu tua. Malaikat Maut menjenggukmu setiap 21 minit sehari, subhanallah.. Sudah bersediakah anda? Dunia diambang kematian, selimut kegelapan semakin menyelubungi pengakhiran zaman. Rancangan 'mereka' menjadi nyata. Meramaikan umat Muhammad di dalam Neraka. Marilah.. Bangkitlah..Selangkah anda dekat padaNya, beribu langkah Dia mendekatkan diri kepada hambaNya.Perbanyakkan selawat. Rindulah pada KekasihNya.. Agar kewujudan kita di Padang Masyhar kelak disedari oleh Baginda..Silakan,  Pilihan di tangan Anda! =)

Mulakan Dengan Disiplin

Assalamualaikum..
Ni the 'REAL' entry untuk harini sebenarnya. Entry yang aku post beberapa jam (jam ke? nta) yang lepas adala entry aku yang terbantut dari tahun lepas.. Sadiskan? ahahaha

Well, inilah real life. Camna pun cuba nak elak, benda macam ni tak boleh nak dihalang. So, harini aku nak share skit dengan korang semua beberapa rules aku utk diri aku sendiri yang semakin 'tak tentu hala' ni. Bukan azam, cuma target untuk perbaiki diri. Kalau nak buat azam, banyak beno azam aku dari dolu lagi. Semuanya hampeh! Satu pun xleh pakai.. Tak jugak semua. Ado la satu dua. Itupun sipi-sipi jer.. =.=

And.. tadi aku sempat jugak listkan apa yang patut aku buat untuk menjadi "Pelajar Cemerlang Gemilang & Terbilang" (cliche sungguh ._.) sementara menunggu lappy aku restart untuk update beberapa benda 'baru' (kata Inche Vaio.. aku pun tak tau amenda yang barunya) wahahah..

So, first things first; ni la antaranya,

1. SOLAT- istiqamahkan 5x per day
2. PUASA SUNAT - hari Isnin and Khamis.. (kalo boleh wajibkan..huehue)
3. KELAS - Don't You Dare to Escape *evil laugh
4. MAKAN - Breakfast n Lunch, never missed! Dinner, tak pe :3
5. MONEY- manage properly.. diwajibkan ke atasku untuk menabung untuk masa hadapan
6. SOLAT SUNAT- Taubat, Tahajud and Dhuha! Don't missed it~
7. EXERCISE- pagi/petang

tadddaaaaa~~~
inilah rules and order aku untuk diri aku sendiri inshaa Allah sepanjang tahun 2014 ni. Wajib ke atas aku untuk amalkan. Bila umur mula bertambah satu angka, kena la berubah. Tak boleh selamanya duduk kat takuk lama. Sampai bila nak maju, yer dak?

Meh la aku huraikan kenapa aku buat undang2 macam tu.. (memandangkan aku tak mengantuk lagi)

Rule No. 1:
 sebab as student.. aku la kan, amatla susah untuk bangun subuh. Jujur aku mengaku. hahaha so sesapa yang ada hati yang nak cari calon isteri, jangan cari yang susah bangun pagi. Nanti tak memasal korang pulak yang kena masakkan breakfast untuk mem besar.. hahaha *err just reminder..
And solat-solat masa yang lain.. Kadang-kadang ada aje benda yang mendatang, terlupa la.. hmm sungguh la dunia akhir zaman bila mana manusia memandang remeh tentang solat. (aku baru baca status Helmi Zain kat fesbuk sebentar tadi.. thnx kat beliau =D)

No.2: Puasa Sunat (yer?)
Yang ni aku penah buat last2 sem dulu. Puasa Isnin Khamis ni memang sunnah Nabi. Mengaku umat Nabi Muhammad kan? tak salah kita amalkan apa yang Baginda buat. Dapat pulak pahala free. Tapi ingat! buat sesuatu kena ikhlas. nemu kitak? And ia juga amat sesuai buat mereka yang ingin mengurangkan berat badan n malas nak pegi exercise, ini la jln singkat untuk kurus dengan cepat. Aaa kalo korang sakit lepas tu tanggung sendiri loo~~ sapo suroh nak diet sangat. -_-"

No. 3: Kelas
Haaa~~ yang ni memang jadi topic hangat kepada student uni/college/kampus dan seangkatan dengan nya.. Kekadang rasa malas tu tetiba datang tak kena waktu. Lebih-lebih lagi kalo kena dengan lecturer yang teramatlah membosankan dan terlebih skema. Macam aku last sem, mau nya attendance aku teruk sebab satu subjek ni.. Dalam jadual tulis venue kat tempat ini ini, bila aku pegi kosong pulak.. habeh semua blok aku dengan Asyraf (member aku) jelajah. Sekali rujuk kat office, lecturer tu sesuka suki ja ubah venue without inform kat school aku.. menyirap jugak aku.. haihh.. So, next sem aku hopiinggg sesangat.. jangan la dapat lecturer boring.. aku da semangat ni nak turun kelas.. please, don't let me down :3

No.4: Makan
Bab makan memang jadi isu besar bila duduk kat kolej, especially kolej yang tak leh masak. Fuuu~ nasib baik la kolej aku izinkan bawak segala pekakas and kalau nak buat apartment tu macam rmh sendiri pun boleh.. (asalkan duit banyak nak bayar penalty) wahahaha. Kalau nak cut cost, makan la sarapan.. n kalau xnak mkn mlm, jgn makan tgh hari. macam aku, mmg banyak pakai duit utk projek itu ini. memey la xlepas kalo nak mkn full set sehari hari 6 kali cam PLKN dulu..

No.5: Manage Duit Elok-elok
Menjadi masalah kat semua orang kut bila da dapat duit banyak-banyak. hahaha tapi aku da standby buku akaun dari first sem aku study. Yepp belanja and untuk project sana sini sama banyak keluar. Ini bermakna aku kena kurangkan makan.. hahaha so, memang kena la amalkan rule no.2 and no.4 tu.. simpan.. berjimat, esok lusa nak continue study senang.. tak pun kumpul beli rumah before kahwin.. *eecheewahh~

No.6: Solat Sunat
Hidupkan balik malam-malam yang kian suram. Tahajud, Taubat, Witir and sebelah siang pulak, untuk bukak pintu rezeki, ringan-ringankan lah tulang tu buat solat Dhuha. Inshaa Allah.. rezeki masyuk punya. Percaya janji Allah =)

No.7: Exercise
Ini..hmm aku kena kentalkan semangat untuk jogging awal pagi. Takpun g main badminton sebelah petang (if aku tarak kelas tyme petang la) Naik sem ni kena start buat fitness~ Semua dok pakat cakap aku gemok gemok, haisshh.. panas pulak telinga aku.. tak sedap sungguh mendengarnya.. meh la aku buat badan sikit, jangan tekejut lak pasni.. hahahaha


fuuu~~
itulah antara huraian yang aku boleh simpul-belit-golong-ikat-kan untuk korang dari pemahaman aku la. Nak disiplinkan diri bukan mudah. But, people always said "No Pain, No Gain", right? so, prove it!

Next sem, cuba untuk dapatkan pointer yang terbaik, arrange balik jadual macam mana. Perbaiki diri..
Impianku ingin menjadi Muslimah Sejati.. Semoga dipermudahkan. In shaa Allah..  Amiiinnn~~^^

Drama,,Klise~ Novel ==

Assalamualaikum..
pergghh. Tekejut jugak aku bukak blog aku. Semuanya suda berubah. Maunyer tidak, kaler suma dah bertukar. Beta hampir tidak mengecam blog kepunyaan beta.. *ecceewahh
Last update pun bulan November lepas, than sunyi sepi. Bunyi macam busy (memang busy pun = =) sampai tak berupdate untuk bulan December n New Year.huhu

nak habaq mai~ hati che da kena rompak buat kesekian kalinya. Oleh sapo? Manusia ler. Haa cerita yang agak panjang kalo nak dikongsikan dekat sini. Biarlah dia menjadi pekasam dua tiga kurun dulu, baru aku cerita secara umum..weee~

Secara ringkasnya, tadi ada majlis kat kolej aku. Dek kerana aku tidak memiliki kasut bertumit tinggi yang ingin dipadankan dengan baju kurung pahang yang agak exclusive dan sangat huduh jika dipakai bersama selipar 'flipper' aku yang kelihatan agak usang, maka aku mengambil keputusan untuk meminjam high heels member serumah. Bapak aa tinggi beno~ aa sudah. Aku da lewat, jalan je la..

Dpertengahan jalan, kesakitan mula menjalar di setiap saraf aku, aku decide untuk bukak heels tu then jalan guna kaki yang hanya berstoking. Lantak aa. Janji kaki tak sakit, and aku memang da lambat.
Sesampai jo kek majlis tu, member-member mula la pelik, apasal la minion ni tinggi semacam. Da lah pakai serba kuning, tak alang-alang pulak kuning tu. Kuning diraja!
Lama-lama aku perhati diri aku kat cermin tandas, darjah keperasanan aku pun turut naik. Haah la~ da macam nak g majlis hape aku ni. Rupa macam nak kena tabal as Permaisuri Agong pun ada ^^ *perasan jap
Aku hanya mampu tersengih bila diorg mula tengok kasut aku. Haaihh patut la tinggi semacam, bapak aa kasut ko minion! Da macam robot pinguin aku tengok ko jalan.. , kata sorg member yang berharap sangat aku bagi buah hempok dekat dia.

Selesai majlis, aku duduk sekejap ambik angin kat lua dengan beberapa senior yang lain. *kira senior la memandangkan aku paling kecik..hwahwahwa~
Bila nak balik tu, kaki aku dah xleh tahan sangat. So, aku cakap kat dia, aku nak bukak heels. Dia balas, bukak kat kawasan hostel la. Ni kotor.. Aaa pedulik.. aku terus bukak nak pegang heels tu kat tangan sambil jalan buat muka happy~

"Ke nak pakai capal abang?" suara dibelakang mengeluarkan tawaran.
Aku toleh. "Habeh tu abg nak pakai ape? Nak pakai heels ni?" sambil menyuakan heels ditangan.
"Takpe la. Abang ok je jln kaki ayam." terus bukak capal and ambik heels dari tangan aku.
biar betull..

terkesima tahap impak maksima sekejap. *gulp
rasa bersalah lak buat orang macam tu, tapi.. pedulik..haha dia offer.. capal dia pun bleh tahan besar gak..
Ouu sooo sawiittt~~
wujud jugak orang macam ni. Aku ingat dalam drama korea and novel melayu je yang macam ni.. Hadehh~ hidupku diselubungi drama-drama *die3

Dalam hati berdoa, Ya Allah dijika dialah yang dijanjikan untuk menjaga aku till Jannah (amiinn..) berkatilah kami.. Amiinn

#novel







Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.