PLKN: Memori Sepanjang Zaman

Assalamualaikumm..

Kembali untuk menunaikan janji aku yang dulu. Berkurun jugak aku nak kumpul data nak buat entri nih.. Banyak gambaq da hilang. Tapi takpa. PLKN memang mermori sepanjang zaman. Orang cakap apa yang kita alami, sumpah kita takkan pernah lupa melainkan kita hilang ingatan yer dak?

Ni apa yang aku tulis dulu:
"lama dah tak buat kerja mcm nihh.. Lepas masuk PLKN, hidup jadi cam memoriable skit.. echehh kehak nyer ayat..Jadual kat kem even buat bnda yg sama p dlm masa tu jugakla kita blaja knl sapa diri kita... seriouslyy..###hagtagsss....doohh       xtvt awal pagi: PT pagi mcm biasa.. exercise tampar lalat .. push up.. kawad.. sit up.. pusing pdg kawad berkali kali.. sampai terasa nak muntah sbab oxygen berlumba lumba mcm racing car jer nak masuk lam lubong idongg.. tapi yg paling aku takleh lupa.. kenangan tyme rehearsal utk mjlis penangguhan plkn tu... dah la matahari terpacak atas kepala..mau tidaknya.. 12 tgh hari kut.. alasannya sebab kitaorg x buat sungguh sungguh tyme rehearsal pagi tadi.. hakpuiihh!  kalau kitaorg buat btol btol pun cikgu2 mmg sesaje jer tanak pujii... ecececece... ni aku sertakan sekali gambar2 kenangan dlm plkn kem similajau.. Kumpulan 2 Siri 10/2013"

beberapa bulan yang lepas. Gila takda masa nak update. Memandangkan hari ni hari sabtu, so, tu yang aku ambik kesempatan untuk menoktahkan (cehh! ayat~) entri, PLKN ni.. Nanti kalau tak update, boleh lupa jugak aku. Kalau part kena jemur, kena sembur, pengsan lepas derma darah haa yang tu memang aku takkan lupa.

Aku kena Kem Similajau. Kem yang paling strict dalam Malaysia. Seriously..! Kem ni tak mewah macam kem lain. Tapi itulah misi dan visi kerajaan nak buat kem ni bukannya nak suruh kita pegi honeymoon ke hapa. Muka hitam tu typical la sebab nama pun kena jemur. Tapi kini kulitku lebih cerah~ hahahaha watpa ntah nak takut dekat matahari.. nikmat tu..

Melalut panjang da pulak. Malas la nak tulis, aku kasi korang tengok gamba jer yer..


macam biasa. aku takkan melepaskan peluang ke'emas'san ni.. Dengan Tuan Komandan Kem Similajau, Mejar Azahari Bin Abdul Halim^^ (yay! aku masih ingat nama dia)
 
 
ni.. gamba semua bendera kompeni. Aku kompeni Alpha. Macam kita sedia maklum, army memang akan guna nama Alpha, Bravo, Charlie n Delta.
 
>>Bendera ni atas hasil idea dan usaha kerjasama wira n wirawati setiap kompeni. Tapi banyak jugak kontroversi bendera ni. Biasalah.. darah muda, bab gaduh nombor satu~
 
 
Yang paling aku suka, bab makan! mana taknya, kerajaan bagi makan 6 KALI SEHARI!
-sarapan: 07:00
-makan pagi: 10:00
-lunch: 12:00
-minum petang: 16:00
-dinner: 18:00
-supper: 20:00
 
beginilaa contoh makanan tengah hari / malam.. tapi yang ni tyme handphone ada dekat tangan. Kekadang makanan mewah jugak. Nasik ayam, nasik beriani.. depends aa..

untuk minum pagi/petang, 2 bijik kuih.. donut, karipap, popiah, penyaram, pau, tapi yang paling pergghh~! sekali donat coklat!! sedap giler!! selalu jugak buat muka tak malu, pegi mintak lagi dengan Ah Hao, si tukang masak.
 
haaa~ yang ni contoh makanan mewah. Waktu ni ada Sambutan Kem Terbuka, meraikan ulang tahun kem similajau ni yang ke berapa ntah. aku pun da lupa.. Janji aku kenyang~

selitan sikit. Ni adala wira yang curik tulang waktu event sedang berlangsung. Sesedap rasa je dia nih.. Lupa da nama dia.. Sorry~

 
macam ni la rutin kitaorang.. Kena bawak bendera kompeni, jalan berkawad hatta hari sabtu n ahad pun. Tak macam kem lain. Strict giler! kalau Tuan Komandan tak dengar bunyi "kiri, kanan, kiri.. left, right, left.. kibak, kanan, kibak~" haa siapla lepas tu.. konfhem takda OUTING!!
 
 
 
Keadaan dalam dorm wirawati. Alpha punya blok jauh sepelaung.. And, kitaorang selalu jadi kompeni yang paling lambat sampai dewan. Haha takpa. Chillex~^^
Kaler dorm based on kaler kompeni;
 
Alpha: Merah
Bravo: Biru
Charlie: Kuning
Delta: Hijau
 
>> delta paling depan. Paling senang nak lari kalau zombie attack!
 
ni antara sebahagian ahli kompeni Alpha. Tengok je nametag semua merah. Ada beberapa nama yang aku dah lupa da.. Ingat muka pun cukupla~haha
 
 
 
 last day: dari kanan: Tikah, Mona, dengan Rina.
Dorang nak ke airport~ bubye^^

kayy~ itu jer la.. banyak lagi sebenarnya. Aku takleh nak tulis satu satu.. pengalaman pegang m16, tembak menembak, kena tengking dengan cikgu-cikgu, kawad tak henti-henti, kena sembur (facial treatment) by Pak Suhai malam Kem Wirajaya, kejadian rempuh merempuh tyme aktiviti apa ntah yang pasal Daulat.. Aktiviti yang paling gila. Aku saja je busykan diri dengan benda lain.
Btw, korang mesti perasaan kan, menatang dekat bahu aku tu.. Aku jadi Rank Holder. Alah satu line je. bawak pangkat Sarjan. Dapat dua sijil aku masuk PLKN, setimpal la dengan apa yang aku kena tanggung. Tau je la perasaan jadi pemimpin.. hanya Allah yang tahu. Dari jawatan ni jugakla aku hafal bahasa 'command' hahaha!

Last words: TAK RUGI MASUK PLKN, berbaloi muka jadi hitam, pengalaman dan peluang tak semua orang dapat. Memori sepanjang zaman. ^^ wasalam!








Pelanduk Nama Lebih Kurang

haaaa.. Assalam. Bebukak jer mata, adoyai~ macam mana la boleh tak sedar pulak nih.. beria je si G-Dragon tu dok melalak lagu "Coup D' Etat", tapi bangunnya idak..! Kira terbabas jugakla.. alhamdulillah setakat ni masih bertahan untuk back to basic, amalkan balik apa yang pernah dipelajari suatu ketika dahulu.. #cliche

Entri aku kali ni bukanlah berkenaan dengan kehidupan harian aku, tapi macam biasa, rutin harian aku dalam jam lapan sembilan pagi macam tu aku mesti keluar rumah untuk mencari hiburan.. cheh! enjoy giler bunyi~ dakk maksud aku, aku pegi mengorak langkah ke libraby, buat study sikit, pastu pegi la mengkhatamkan cerita "Once Upon A Time" . jadi ketagih pulak aku nengok cerita ni since season one.. aku daa tengok dari rumah dulu.. pasti boleh pulak jumpa season 2, haa apa lagi bantai aa tengok. Dari membiarkan berbagai persoalan bergulung macam cacing kerawit dalam kepala otak, baik aku rungkai satu persatu.. ecece bunyik cam aku je yang selesaikan misteri tuh.. perasan kejap..


untuk cerita ni, Insya Allah aku update dalam entri lain sebab aku rasa.., aku da ke laut dalam dari title entri tuh..

Kayy~ sebenarnya aku nak share ngan korang, kalau korang bukak Google pada hari ni (18 September 2013) korang mesti akan dapat homepage macam ni..

 

screen cap jer.. cukup suda..
 
 
huh? tergamam sebentar apabila melihat binatang apakah itu.. dan tercari cari dimanakah perkataan "Google" yang selalunya sebesar alam apabila kita bukak homepage beliau.
 
"Ouuuuu~ there must be somethings..."
 
Pegi la aku macam sakai main 'permainan' tersebut. Daa lama perhati, ohh jam rupanya.. Then, baru realise, rupa-rupanya hari ni adalah birthday Leon Foucault yang ke 194..hidup lagi ker? Ntah. cer la google..^^
 

 
Tada... inilah beliau yang dimaksudkan.. boleh aa klik untuk tumbesaran gamba yer.. tengah tengah aku dok baca info sal dia, terpampang la satu nama yang agak familiar.. kira macam seangkatan dengan si Leon ni jugak la..
 
James Bradley
 
 
sekali lagi gua tergamam plus tercengang. Huh? Itu bukannya nama si Prince Arthur ke? Bradley James...? Seriously, nama tunggang terbalik jer.. muhahaha
 

 
inila Si Bradley James yang aku maksudkan.. Pelakon utama cerita Merlin, pegang watak as Prince Arthur.. and aku sangatla mengilai cerita tersebut sebab pembawaan watak Merlin, Lady Morgana yang nama-nama pelakon utama tu memang kena la dengan dorang.. Tapi sayangnya, ending dia Prince Arthur aku mati~!! nak wat cenggana kan.. da namanya Destiny.. takleh aa nak watpa even si Merlin tu soccerer yang berusaha sehabis kudrat to makesure the King Arthur alive!
 
muhahahahaha.. memang sah takda keja dah ni..banyak sangat tengok tb tyme sekolah dulu inila jadinya.. terok-terok-terok..
 
kayy~ thanks sudi baca benda yang merapu.. ^^




Architecture Info: Who's Frank Lloyd Wright

assalam.. whats up? if there have any problems, just take a deep breath.. move on.. <peace>

k bebalik kepada title entri kali ni, "Siapakah Frank Lloyd Wright?" jenjejeng..
bunyi sound effect skit.. aku pun tak tau sebenarnya.
Tapi since dari zaman plkn yang lepas, (cheyy.. bunyi cam plkn tu da berkurun je kan...) nama "Lloyd" ni bergitu femes tahap petala la.. sikit sikit nama fesbuk lloyd.. apekemendantah.. ~

Then, bila aku start study pun, terpampang besar besar dekat pintu studio nama ni..

 
 
 
siapakah beliau sampai dikagumi orang ramai.. hmm zaman pun da maju.. cuma aku malas je nak meng'googling' sampai la hari ni aku teringat balik nama ni..
 
 
ehem..ehem..sini aku share skit biografi pasal makhluk tuhan yang begitu femes ni..,
 
 
Nama femes: Frank Lloyd Wright
Nama Sebenar: Frank Lincoln Wright
Wujud dekat dunia: 8 Jun 1867
Dah takda bila: 9 April 1959
(kira sendiri la bila umur dia jadi arwah..)
Dia adalah: Seorang arkitek, interior design, penulis yang dah buat lebih dari 1,000 design structure and 532 completed works.. (phm kan?)
Antara bangunan yang beliau pernah buat:
 
Fallingwater
Solomon R. Guggenheim Museum
Johnson Wax Headquarters
Taliesin
Taliesin West
Robie House
Imperial Hotel, Tokyo
Darwin D. Martin House
Unity Temple
Ennis House
Larkin Administration Building
 
bleh klik dekat link tu kalau nak tau lebih lanjut pasal bangunan yang dapat sentuhan magic beliau..
 
dalam banyak banyak bangunan tu, aku paling suka bangunan 'Fallingwater' sebab aku ada tengok kerja sorang akak ni, dia buat bangunan based on 'Fallingwater' punya idea..
So, nak tau la jugak siapakah gerangan arkitek yang terlalu bercita rasa tinggi buat 'Fallingwater' ni..
and the answer is.. Mr. Frank Lloyd Wright ni la..
 

 
inila bangunan yang buat jaw aku drop  impress gegiler dengan beliau.. muhahaha..
ni untuk exterior view.. kalau model view plak...

tadaaa.. cheyy.. macam takda sound effect lain ke...?
kalau nak tau lebih lanjut pasal bangunan ni, bleh la rujuk dekat
http://fallingwater.org.com
macam-macam ada dekat situ.. apa tu falling water.. dari mana idea tu muncul.. siapa yang bekerjasama dengan beliau untuk menjayakan misi falling water ni. blablabla..tulis pepanjang pun tak best.. korang pegi tengok sendiri..

thats all for today, kerja aku pun dah terbengkalai...
pasal Frank Lloyd Wrigh boleh la rujuk dekat wikipedia.. sekarang dunia hujung jari.. main tekan je keyboard apa benda yang kita nak tau.. mr. Google ada jawapannya.. <not sure...probability, maybe ..>hahaha

kayy~ selamat maju jaya^^

 
 

Time for Change; alone to smile

i think.. hahaha rather live alone, in the 3 empty rooms, one living room and a kitchen than 'bersekut' with people that doesn't have a manner..
aha.. Assalamualaikum by the way..
Sukahati terjah jer kan..

Sekarang ni tengah memasang misi dan visi "To Excel" untuk memburu impian dan harapan demi menggapai cita-cita dan kejayaan. <awat, ayat aku makin skema ikut dewan bahasa dan pustaka =="?> okeyy.. thats mean, mood aku tengah okey..kutt.. walaupun aku rasa cam stress out jugak hidup dgn org yang terkena kejutan budaya tapi..hmm nobodys perfect, right?

Kayy~ entry aku malam ni bukanla berkaitan dengan  depa yang takdak manners tu suma..
First, aku nak share sikit kejayaan beberapa buah institusi yang berjaya dlm exhibition PAM taun nih.. Congratulations to Taylor's University for the third place, Lim Kok Wing University for the second place and the winner goes to Universiti Teknologi Mara Shah Alam (kalau tak silap.. polytech ke uitm aa..? yg aku ingat dia sebut shah alam tadi..) tu untuk kategori booth paling lawa.. mmg lawa pun booth diorg.. compare dengan kitaorang punya.. p nak wat camna, university aku pun baru first time join exhibition ni sebab baru kena qualified oleh PAM.. err PAM ni stand for Pertubuhan Arkitek Malaysia rasanya..under Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).. apeke name 'pam' 'lam'? hahahahaha.. tu singkatan.. senang nak sebut..

meh aku show skit booth diorang.. lokasi dekat 1Utama, Damansara.. aku pegi time closing ceremony, 8 September.. aa kira smalam la..
*abaikan model tu.. koleksi peribadi.. muhahaha~


Ni booth yang dapat first place.. uitm shah alam kalau tak silap.. congratss.. at least local u still bekebolehan than international u.. tapi aku international kayy~


here we come.. Lim Kok Wing's University punya booth.. lawa.. diorang pandai main warna.. da nma pun creative university.. member aku cerita nak ambik architecture course siap ada exam lagi.. kira macam saringan la jugak.. yeker? sejauh mana kesahihan benda tu, aku tak pasti.. wallahualam <peace>
Satu point je beza dgn first place.. redha je la.. anyway, congratulations!


Tapi apapapun aku still suka yang ni!! From Taylor's University.. lawa tak lawa tak? yerr saya tau saya mmg menye'poiled'kan gamba pegi duduk terlebih sopan kat situ..==" tapi serious, ni la universiti idaman aku sebenarnya.. tapi takpa.. rezeki memasing kan? congratulations.. in the third place.. hihi.. menompang glamer japp..



Yang ni aku tak sure uni mana punya.. tader tag nma ke hapa rujukan mahupun banner, tapi design da lawa da.. takpe.. try harder next time~!


tadaaaaa~! ni la booth uni aku.. from Linton University .. aku numpang femes la kejap.. ada gak tulong buat.. sikit jer.. setakat basuh buluh, main ikat ikat, bukak tali.. takda apa aah.. p aku bangga jugakla.. at least booth kitaorg lawa compare dgn booth yang laen.. tanak aa sebut nama.. shuutt~


ni namanya da takda keja.. tawaf shopping complex tu da tak terkira berapa banyak pusingan.. rasa  nak tercabut jugak kaki tapi keterujaan tu mengatasi segalanya and at last, bergambar jugak dengan Chris, Malawi-boy sebelum sambung tawaf shopping complex tu lagi.. 

and the next story nya, aku melepas gak gian aku nak tawaf satu shopping mall.. ada jugak orang sudi jadi tour-guide aku.. kalau tidak, mau nya sesat.. giler besar kutt 1Utama ni.. bagi aku la.. bagi korang biasa je..kutt..
Jap.. aku ingat balik nma kedai yang aku terjah bersama dengan Farah tadi.. errr..errr.. ape ke nama kedai 5 hinggit tu..? aa lupa da pulak... tak yah aa..dari satu kedai ke satu kedai kitaorang masuk.. belinya tidak pun, setakat cuci-cuci mata je.. bajet kena agak-agak jugak la...

Setakat tu jer la pengisian entry untuk awal september ni..
aku harap, apa yang aku planned, semuanya berjalan lancar.. aku takmau susahkan parents aku.. insya Allah.. aku nak berusaha sebaik mungkin..

Idea move out, maseh dalam perbincangan.. yeay! aku nak tinggal sorg.. sapa nak join.....? sila klik iklan dibawah ;)) 





Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.