The Books~

betul la apa orang cakap, "Membaca menambahkan ilmu". Dengan membaca kita sendiri boleh judge dunia ni macam mana. Lepas habis baca Sunan Musafir beberapa minggu yang lepas, aku sambung baca ADAM - Ramlee Awg Murshid gak. Aku tau buku tu dah lama keluar, tapi aku baru jumpa. Kesian kan? Lepas ADAM, aku baca pulak buku omputeh "Leaving Microsoft to Change the World - John Wood" yang di versikan dalam bahasa Malaysia. ntah. Aku jumpa yang dalam bahasa melayu, nak buat tang mana.. janji aku paham massage yang John Wood tu nak sampaikan. Actually, akak aku yang suruh baca buku ni..

cover buku tu adalah seperti diatas.. Aku suka tengok tagline buku ni..

"Dari meja Si Kayaraya, ke Meja Anak Papa Kedana"

Masih wujud jugak orang seperti beliau kan? Yang prihatin dengan nasib anak bangsa-bangsa lain yang dalam kemiskinan. Memang aku tabik la John Wood ni. Kalau untuk real cover buku ni camni rupanya :


imagine la dalam umur 35 tahun, dia dah ada segalanya. I mean, ada rumah besar, kereta yang siap ada driver, kerja yang sangat-sangat bagus - Executive Microsoft kat China dan simpanan yang banyak.. 
Tapi, lepas dia pegi ke Nepal, dia realise.., banyak orang susah perlukan bantuan. Orang kat dunia ni akan selamanya jadi "Yang kaya terus kaya, yang miskin terus merempat hidup miskin" kalau takda orang macam dia yang ambik inisiatif untuk ubah nasib bangsa miskin.

Memang ada ayat Al-Quran sebut, 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka tidak berusaha untuk mengubahnya sendiri" - Ar Ra'd:11

and sebagai orang yang prihatin, kena jugak la tolong orang yang dalam kesusahan macam orang kat Nepal tu. Sebab, "sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain".
 Tak salah tolong menolong kan? Allah suka orang yang tolong orang lain^^ 
John Wood ada bukak badan amal yang dinamakan sebagai Room to Read. kalau nak tau lebih lanjut apa yang Room to Read ni buat, klik kat sini : http://www.roomtoread.org 

2 comments

  1. Salam sejahtera,

    Terima kasih kerana sudi membaca buku Leaving Microsoft to Change The World Edisi Bahasa Melayu.

    Mudah-mudahan buku ini bisa memberi inspirasi kepada cikpuan.

    Penterjemah buku Leaving Microsoft

    ReplyDelete
  2. sama-sama.. memang buku ni banyak mengajar erti sebenar kehidupan^^

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.