setiap benda yang jadi kat dunia ni mesti ada hikmahnya. Macam falsafah omputeh, "EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON"
Assalamualaikum. Titah kali ni takla berat sangat ...kut.
Tak guna jugak kalau kita pakat nak bukak cerita lama, dok tertoleh toleh belakang pastu menangis tak berhenti siap golek-golek lagi tu. Mana nak ada kemajuan hidup camtu. Baik bukak buku baru, memandang Ramadhan dah nak datang. Sambutlah Ramadhan dengan jiwa yang terbuka yer dak?
Bak kata amiga:
"Guna prinsip bio, nervous response : fight or flight. choose"- and amiga choose fight. FIGHT. GEEK & DORK^^..
dah dah la tu wahai hati. Ingatlah Allah banyak-banyak. Nikmat yang Allah bagi tak terhitung banyaknya. Buat apa nak menangis dengan perkara kecik. Bagus lagi menangis sebab banyaknya dosa yang dibuat sampai ke saat ni.Bukak mata pandang sekeliling. Bulan malam ni pun macam sokong jer yang aku nak berubah. Alhamdulillah. Allah sentiasa memberi ruang untuk hamba-hambaNya.
Dear My Lady,
terima kasih sebab banyak tolong aku dalam mencorak perjalanan kehidupan aku yang dulu tak nampak hala tuju. Walaupun sesetengah benda yang kita buat tak betul, tapi ada hikmah disebaliknya. Allah nak uji kekuatan persahabatan kita. Aku pun tak tau ko datang dari mana, tiba-tiba muncul macam "ubat pain killer kaler merah kuning" untuk aku. Terima kasih Allah kerana hantarkan kepada hambamu ini seorang teman yang telah mengenalkan erti sebuah kehidupan. [Insya Allah] Terima kasih sebab banyak tegur aku dalam segala benda salah yang aku buat. Mungkin ni kut example kata-kata Hlovate "when stranger like family, and family like stranger".
You're part of my life, bro. PART OF ME~^^
Post a Comment