Oh My Allah!


-menegok inche skrin desktop yang tengah loading macam siput sedut sotongah jam ni ha sampai aku dah lupa nak tulis apa.- =__="

Salam~
Ahlan wasahlan ya Ramadhan~ belum terlambat kut aku ucapkan. Tak sampai seminggu lagi puasa. Sekarang ni memang rasa tak cukup tanah nak catch up balik semua chapter subjects SPM. Tu laa.., dulu umi dah pesan soh belajar betul-betul.., jangan memain waktu form 4.., DEGIL! padan muka kena burning midnight oil untuk cover semua chapter form 4.. aku tak kisah kena burning apa sekalipun, janji dapat buat umi senyum golek-golek happy sampai telinga pun aku tak kisah...  ni tinggal 99 hari lagi, per cer bro? Nak buat cenggana, selagi kita berusaha, insya Allah semua benda dipermudahkan. Lepas tu baru serahkan dekat Allah nak buat macam mana.

Tadi tengah terawih tetiba aku teringat pasal PLKN. Ahh~ sudah!
 *Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah dosa kelalaian hambamu ini kerana alpa dari mengingati-Mu*
Nak buat cenggana, aku pun manusia. Sifat tawadhuk tu belum wujud lagi dalam hati ni ha.
pas sembahyang tadi terus la bukak, then jenjejeng~.....



Ya Allah!! #speechless# arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!TIDAK!!!!
this thing gonna be my nightmare, seriously.... 
Habis suma plan yang aku dah susun pas habis spm nanti. Dan tak lama lepas tu, aku check pulak amiga punya no.ic... tara!!~


 yes!yes!yes! we did it!!
yay yay! kitaorang sama-sama kena pilih! tapi penempatan tu aku tak sure la sama ke tak. I hope, dpt sama la.. sisterhood doo~ 

dah dah. that enough for today. banyak lagi benda yang aku kena buat daripada duduk tercegat depan komputer ni.. Salam Ramadhan to y'all~!^^







Happy Birthday, Ayah!

bertarikhkan 13 Julai 2012 semalam bersamaan dengan hari jumaat, 23 Syaaban 1433, genaplah setengah abad Inche Ayah wujud di muka bumi ni.. Inche Ayah sangat beria nak potong kek sempena birthday dia, nak taknak kitaorang terpaksa rela hati jugak pegi memecut mencari kek di segenap kedai yang masih wujud..

big family aku buat celebrate skali dengan majlis tahlil untuk arwah atuk nenek aku. Kira save bajet la jugak.
Muka Inche Ayah sangat berseri pada malam tersebut. Camera buat masalah sikit so, aku taruk gambar kek je lah eyk.


 Selamat Ulang Tahun ke-50 Inche Ayah!
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan lagi rezeki serta disihatkan tubuh badan.. Amin~

The Books~

betul la apa orang cakap, "Membaca menambahkan ilmu". Dengan membaca kita sendiri boleh judge dunia ni macam mana. Lepas habis baca Sunan Musafir beberapa minggu yang lepas, aku sambung baca ADAM - Ramlee Awg Murshid gak. Aku tau buku tu dah lama keluar, tapi aku baru jumpa. Kesian kan? Lepas ADAM, aku baca pulak buku omputeh "Leaving Microsoft to Change the World - John Wood" yang di versikan dalam bahasa Malaysia. ntah. Aku jumpa yang dalam bahasa melayu, nak buat tang mana.. janji aku paham massage yang John Wood tu nak sampaikan. Actually, akak aku yang suruh baca buku ni..

cover buku tu adalah seperti diatas.. Aku suka tengok tagline buku ni..

"Dari meja Si Kayaraya, ke Meja Anak Papa Kedana"

Masih wujud jugak orang seperti beliau kan? Yang prihatin dengan nasib anak bangsa-bangsa lain yang dalam kemiskinan. Memang aku tabik la John Wood ni. Kalau untuk real cover buku ni camni rupanya :


imagine la dalam umur 35 tahun, dia dah ada segalanya. I mean, ada rumah besar, kereta yang siap ada driver, kerja yang sangat-sangat bagus - Executive Microsoft kat China dan simpanan yang banyak.. 
Tapi, lepas dia pegi ke Nepal, dia realise.., banyak orang susah perlukan bantuan. Orang kat dunia ni akan selamanya jadi "Yang kaya terus kaya, yang miskin terus merempat hidup miskin" kalau takda orang macam dia yang ambik inisiatif untuk ubah nasib bangsa miskin.

Memang ada ayat Al-Quran sebut, 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka tidak berusaha untuk mengubahnya sendiri" - Ar Ra'd:11

and sebagai orang yang prihatin, kena jugak la tolong orang yang dalam kesusahan macam orang kat Nepal tu. Sebab, "sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain".
 Tak salah tolong menolong kan? Allah suka orang yang tolong orang lain^^ 
John Wood ada bukak badan amal yang dinamakan sebagai Room to Read. kalau nak tau lebih lanjut apa yang Room to Read ni buat, klik kat sini : http://www.roomtoread.org 

Pendam rasa, hati merana?

yeker? Jiwa selamba janji bahagia. Soal hati tolak tepi-tepi.. jatuh golek golek dalam longkang pun tak kisah.. Janji longkang tu tak dalam sangat. 5-7cm cukup la.. Senang sikit nak ambik lepas tu.
Classmate ada cakap semalam, orang pompuan suka buat blog macam diari dierorang. hmm yelah kut~
Meh aku nak share skit dengan korang apa yang aku buat hari ni pulak.

Subjek hari ni takda yang best sebab cikgu yang best suma takda. Kira subjek bio je lah tadi yang menaikkan sikit semangat nak buat persiapan untuk bertempur dalam perang SPM nanti. Tapi, lepas jejakkan kaki ke koridor lab, rasa nak belajar tu hilang.. kena tiup angin yang kuat waktu keluar dari lab tu.. haha. nope. HA.HA =.="

Bila "panggilan dari syurga" bebunyi tepat pada jam 1.20 petang, aku tak alang-alang terus tutup buku addmath yang macam tengah gelakkan aku sebab tak dapat jawab soalan-soalan yang cikgu bagi. huh~ sah ada disleksia- masalah untuk membaca dan menulis sebab huruf dan nombor tu semua menari-nari [based on wikipedia la] pastu ada classmate cakap, sesapa nak stay untuk kelas addmath petang ni boleh stay.. Aku 'ter'senyum. Sangat. "tengoklah kalau aku rajin"-suara hati berkata demikian.

Then, pusing belakang....., *ttttuuuuuuuuutttt* talian nyawa macam kena rentap dengan malaikat. Hah! I'm still alive! setelah berpaling ke hadapan. Kemas sikit-sikit barang then rasa nak makan pun dah lari bertempiaran dek kena sentapan malaikat. Pandang amiga, tengah busy sembang dengan member lain. Sesaat dua, kitaorang sama-sama melangkah ke koperasi sekolah.

Macam biasa, makanan asasi aku : Askem wafer coklat. Aku dah tak ambik pusing amenda yang jadi kat sekeliling. Lepak dekat lorong PPDA, rasa makin bekecamuk..., perghh~! kalau ada punching bag, serius, memang dah jahanam dah kut. Dah lama tak bukak langkah ni. Pandang tali gantung kat lorong tu, ishh~ mana boleh.. bodo sangat la tu.. akal tak pakai ke hapa.. tak cium bau syurga nanti... then, tonyoh-tonyoh askem kat lantai sambil perhati orang yang lalu lalang.. ramai orang tak sedar dierorang diperhatikan. Tengah tonyoh menoyoh tu, cikgu perhati.. Pulak dah!

"tak.. tak cikgu. tengah sketching ni.." aku bersuara sebagai penjelasan kepada apa yang terjadi kepada lantai kat situ lepas cikgu pandang dengan jelingan high-pitch.

"banyak la kamu punya sketching.." sambil berlalu sebagai tanda amaran.

baik blah sebelum masalah lain jadi. aku bangkit tinggalkan amiga sorang-sorang. tengah benggang, benggang dengan suma benda yang jadi.

Waktu petang sepatutnya jadi waktu extra class addmath, tapi aku dengan amiga pegi panjat pokok. Dah. Final year. Bila lagi nak panjat pokok kat sekolah macam tadi? free free jer kitaorang kena gelar "monyet" oleh cikgu. Bila dah kena gelar macam tu, kitaorang gerak lagi ke satu pokok lain. Main punya main, dah penat kitaorang balik kelas. Cikgu addmath just geleng kepala je tengok kitaorang main kejar kejar dekat bawah. Masuk kelas, cikgu tanya :

" Mana you pegi?" "Hah? main, cikgu.. Best~!" menyengih puas. puas hati dapat release tension. daripada duduk dalam kelas dengan pemandangan yang menyakitkan. kan? lebih baik pegi riadah.

nampak sangat aku bukan budak baik. yupp. aku memang "BUKAN" budak baik.
So, jangan jadi macam aku. Tak best la hidup follow style hidup orang lain. Tak adventure la macam tu kan? Ni.., mak aku pun dah mula melaungkan seruan untuk belajar, baik aku stop dulu. ada masa lagi aku update lebih-lebih~ Insya Allah^^

Kem Kepimpinan SMKBM 2012

berdasarkan title kat atas, bunyik macam skema skit entri kali ni.. p nak wat tang mana aku 'agak' suka la dengan aktiviti kali ni compare dengan aktiviti waktu kem perdana dulu.

Spm dah dekat tapi selang dua minggu asyik ikut kem jer. takpa. jiwa selamba, janji bahagia^^
Entri kali ni aku tak mau sembang banyak, korang tatap la satu satu gamba yang aku tampal sat gi..
Eh, jap! Aku belum bagitau lagi keja aku tyme kem sebagai apa.. ni wat sekali lagi nya aku dengan amiga jadik photographer.. huhu muka ni dah jadi trademark kut setiap kali kem sekolah kena duduk bawah dokumentasi. nak lari pun.., hmm xpa.. pengalaman jugak.. even aku tak terpikir nak jadi journalist or apa-apa yang berkaitan dengan kewartawanan.. kecuali impian nak jadi photographer tu ada.. p bukan permanent punya career la.. ada mengamuk makpak aku lau tengok anak dia jadik photographer sepanjang hidup.. hahaha eh dah melampau ni.. melalut pulak~

aku tak ada gambar first day sebab waktu tu camera sponsor  tak bawak camera hari jumaat .. so, ni gambar-gambar waktu second day and penutupan~

>>Aktiviti Extreme Barrier..... [Wataniah Army]

junior suma kena 'jemur' before main .. kesian jugak tengok dierorang. p nak wat macam mana .. nak jadi pemimpin kena jiwa besar..

muka muka fasilitator yang suka main.. termasuk cikgu yang kat tengah tu..^^

pas taklimat, kena lari keliling pokok~


antara muka peserta yang bagi komitmen yang tinggi lam kem kali ni..^^ chaiyok!


ainol dengan kane.. tak sudah sudah depa dua ni..=.="

suka jugak tengok gambar ni.. sapa lagi besar? hahaha^^

lepas lari, kena wat push up.. kena train cam tentera habis~ ni baru kem namanya..

siap ada sujud menyembah matahari/bumi lagi tu.. hape ntah.. macam tak penah buat push up..+__+"

muka dah nak benggang jugak dengan pak askar tu.. nama pun peserta.. redha je la..^^


kebenganggan yang meluap-luap.. hahaha^^ relax zai~


chill~ chet dengan ejan boleh sengih sengih lagi tyme orang buat sit up

hah?! pe dia? -muka aidil.. face of the year~

jump! - seronok dapat lompat tinggi tinggi.. release tension, pegang awan~ hmm sakti sangat la tu =.="

bukan setakat peserta, fasilitator pun syok jugak main lompat-lompat nih~

kenuf rool lee~

peace~ fly! tempat yg cantik untuk shooting~

Aktiviti Extreme Barrier# Checkpoint 1

Next Checkpoint~ lam hutan.. semangat senyum..

Checkpoint 3 # ni lagi semangat bergayut.. habis suma muscle urat terkeluar..~

Checkpoint 4 # merangkak dalam semak buatan..

~penat sampai keluarkan air mata.. best moment after extreme barrier~

untuk tatapan peminat ejan dengan brendon~ main lopak doo~

semua dah penat, taklimat terakhir dari askar wataniah before habis aktiviti ni..

#peace aidil#^^

aktiviti masak memasak lepas rehat selama 2 jam.. masak telur ayam jer~ ketua komanden yang semangat masak..

Night Activity>> Treasure Hunt.. main air sabun.. laju pok!

Antara muka-muka yang kena 'rendam' dalam kolam depan tapak rc.. lepas tu kitaorang kena marah dengan cikgu sebab rendam anak orang malam malam.. hmm perfect sangat la tu..=.="

unggun api~ tapi tak sempat.. masa tak cukup.. so, sekadar hiasan jer la.. x sempat nak buat show.. itupun unggun api tumbang lepas sesi photoshoot ni..

 >>" Si Butaku Sayang" - amenda ntah. Aku prefer lagi dengan nama "burung hantu" punya game.. Aidil dok sensorang depan cermin!

Ejan lak dekat belakang kantin.. tepi tong sampah bau~ aku yang nak hambek gambar pun takda selera..=.=" kejam tak kejam fasi kat belakang tu..?

ni haa budak yang buat kecoh.. tetiba nangis.. ohh kamon la~ awak tu laki.. buat gaya macam anak dara.. usik sikit dah menjerit melalak.. amenda ntah..

k. standby untuk penutupan.. ni jer kut gambar aku dengan my lady.. sedey kan jadik photographer?

ni before unggun api tu tumbang~

jenjejeng~ Perasmian Penutupan Kem Kepimpinan 2012..

#setakat tu jer la kut gambar yang aku boleh share dengan korang.. itupun ambik masa dua jam lebih menghadap benda ni nak kena upload.. macam *tuuuuuuuuuttt* jer rasanya..

Pengalaman jadi photographer memang best.. Sekali bila orang tak bagi laluan, cakap jer "engko nak gamba ko masuk magazine ke tak?" konfhem orang bagi lalu punya.. hahaha^^ lari punya lari rasa macam korang tengah buat shooting iklan canon-delighting u always pulak.. camera kena pegang leklok.. takut pape hal jadik..., naya~  tapi yang tak syok nya muka tak masuk lam gambar la.. tu jer..

tapi pengalaman sepanjang waktu kem memang tak dapat lupa la.. siap debat dengan cikgu pasal sultan muhammad al-fateh lagi, sal sejarah suma tu.. huhu.. yang paling best.., amiga _______ hahaha^^ taknak tulis.. nanti dia mengamuk~ best la.. masa paling best nak spend masa sama-sama dengan kawan.

kat sini aku nak taruk penghargaan kat suma yang dah tolong jalankan kem ni secara langsung or tak langsung, thnx to y'all guys! especially to my lady, Queen Eqa the Third ngan Tan Sri Zulhelmi yang kasi pinjam harta gedabak mesin pencetak memori [kamera].. and cikgu chong jugak, yang bakal belanja mekdi pas raya ni... yay!^^

opportunity of the life time tuu~ ni sesape nak rasa tenang sikit, sila la follow blog member aku ni.. :milkbukansusu.blogspot.com








Pengakhiran Laksamana Sunan


**UPDATED ON 5 SEPT 2016**

Laksamana Sunan Series
1. Bagaikan Puteri
2. Cinta Sang Ratu
3. Hijab Sang Pencinta
4. Cinta Sufi
5. Sutera Bidadari
6. Sunan Musafir
7. Sunan: Nangroe Sang Kembara
8. Sunan Cinta Nan Sakti 



Assalamualaikum..^^ pernah tengok cover novel ni?


Tajuk buku pun dah terpampang besar besar. Buku ni merupakan buku terakhir dari 6 serangkai. Enam tu.. Jenuh jugak aku nak menunggu setiap keluaran sequel ni sebenarnya. Tapi kira puas hati la dengan ending dia.. Happy ending! Saifuddin ataupun lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan ni dapat bertemu balik dengan Ratna Sang Ratu Sulaman. Perggh~ Aku mati-mati la ingatkan si Ratu Sulaman ni mati kat lam novel Cinta Sang Ratu. Guna pernafasan bidadari dari liang roma. #ni aku taktau la dari mana Ramlee Awang Murshid tu dapat idea..# Tapi yang penting, Laksamana Suna dengan Ratna Sang Ratu Sulaman ni ada anak. Nama anak dierorang Andika ataupun Saifuddin lagi suka panggil dia dengan gelaran 'Sunan Musafir'.. 

Lam keluaran terakhir kali ni rasa pendek pulak penceritaam dia sebab berkobar-kobar sangat nak tau ending dia.. Bila dah habis, rindu pulak dengan Saifuddin.. hahaha cliche. Memandangkan dia keluaran terakhir, Ramlee Awang Murshid sentuh semua watak dalam sequel ni.. Macam watak Haryani- Bagaikan Puteri, Ratna Ratu Sulaman- Cinta Sang Ratu, Dani dengan Saliha- Hijab Sang Pencinta, Catalina/ Maryam- Cinta Sufi, Panglima Awang Bangan/ Hang Tuah- Sutera Bidadari.... n watak baru dalam Sunan Musafir are 3 orang/ ekor harimau jadian, Gadul-kawan Andika, Panglima Deris-orang jahat and of course la si Sunan Musafir tu sendiri.. 

Kira puas hati la.. Lagi best sebab aku dapat sambar yang hardcover punya edition!!^^ meh la aku share skit dengan korang cover-cover sequel ni.. mana tau korang nak baca.. Best.. ~


1. Bagaikan Puteri

   
   

 Awan, 
Kalau dapat dicapai, maka saktilah hamba...


2. Cinta Sang Ratu


Cinta Sang Ratu..,
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru..
Saujana mata memandang..,
seluas langit terbentang...
Tatkala cinta berbisik, 
Suaranya memuji TUHAN..,
apabila rindu terusik,
Rasulnya menjadi pilihan...
Sampai masanya cinta menjadi taruhan,
Sang Ratu yang menjadi impian... 



3. Hijab Sang Pencipta


Dendam itu bara, 
Marah itu api!

4. Cinta Sufi



5. Sutera Bidadari





Back to Basic

setiap benda yang jadi kat dunia ni mesti ada hikmahnya. Macam falsafah omputeh,        "EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON"
Assalamualaikum. Titah kali ni takla berat sangat ...kut.
Layan la lagu ni:  Leave Out All The Rest by Linkin Park [piano version]

Tak guna jugak kalau kita pakat nak bukak cerita lama, dok tertoleh toleh belakang pastu menangis tak berhenti  siap golek-golek lagi tu. Mana nak ada kemajuan hidup camtu. Baik bukak buku baru, memandang Ramadhan dah nak datang. Sambutlah Ramadhan dengan jiwa yang terbuka yer dak?

Bak kata amiga: 
"Guna prinsip bio, nervous response : fight or flight. choose"- and amiga choose fight. FIGHT. GEEK & DORK^^..

dah dah la tu wahai hati. Ingatlah Allah banyak-banyak. Nikmat yang Allah bagi tak terhitung banyaknya. Buat apa nak menangis dengan perkara kecik. Bagus lagi menangis sebab banyaknya dosa yang dibuat sampai ke saat ni.Bukak mata pandang sekeliling. Bulan malam ni pun macam sokong jer yang aku nak berubah. Alhamdulillah. Allah sentiasa memberi ruang untuk hamba-hambaNya. 


Dear My Lady,
terima kasih sebab banyak tolong aku dalam mencorak perjalanan kehidupan aku yang dulu tak nampak hala tuju. Walaupun sesetengah benda yang kita buat tak betul, tapi ada hikmah disebaliknya. Allah nak uji kekuatan persahabatan kita. Aku pun tak tau ko datang dari mana, tiba-tiba muncul macam "ubat pain killer kaler merah kuning" untuk aku. Terima kasih Allah kerana hantarkan kepada hambamu ini seorang teman yang telah mengenalkan erti sebuah kehidupan. [Insya Allah] Terima kasih sebab banyak tegur aku dalam segala benda salah yang aku buat. Mungkin ni kut example kata-kata Hlovate "when stranger like family, and family like stranger". 
You're part of my life, bro. PART OF ME~^^

Problem Settle~^^

alhamdulillah~ satu lagi problem settle hari ni.. #walaupun ada cliche drama melayu pagi tadi# Ok. Waktu kejadian tu, rasa macam nak toleh ke arah lain, gelak puas-puas baru menghadap balik muka Inche sorang ni tengah cuak. Memang la aku marah, tapi tak payah la buat muka cam kena jerut dengan tali gantung.
Tapi memang aku tak sangka la drama tersebut akan terjadi. Dah la amiga tak ada waktu tu.. Haish! Takpa. Janji problem settle. P aku tak tau la dapat tak aku nak facing dengan depa tu semua. Classmate yang lain dah pikiaq benda laen.. hmm elok sangat la tu.

Ye la. Korang mun mungkin akan fikir benda yang sama kalau korang tengok sorang laki cuba cakap perkataan "sorry" berulang-ulang kali kat perempuan depan dia. Pompuan tu plak buat dunno and nak blah secepat mungkin. haha. Takda apa-apa. Suma drama tu.. Klise=.="


Kira yang tu settle. Aku malas dah nak fikir panjang. Waktu kelas bio tadi pun aku dok mengunyah menatang berikut :

pegi telan berapa bijik ntah sampai mulut rasa kelat nak mampuih. Takpa. Janji hati bahagia. Hati tengah bleeding jugak la waktu tu. Waktu tu. Skunk da kira "okey la".
Thanx jugak kat amiga. Banyak benda yang dia tolong. P nak buat penjanjian damai ni keputusan aku. Tak larat eden nak hidup dalam blok dunia kapitalis dengan komunis cenggini. Sakit oo.. Inche anggap kita kawan dia. Aku on jer la..

Kawan bukan calang kawan pulak tu, kawan baik.. "KAWAN BAIK" hah. banyak la aku punya baik. Tu yang aku dengan amiga pakat gelak tak sudah. Dah dah. Aku tak larat nak ngadap drama melayu lagi. Full stop.

"Never trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you"- LeyhaSays-


Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.