Assalamualaikum
Lumrah la tu kalau perempuan suka main conteng-conteng muka
bagi nampak berseri sikit
kann..?
haa jadi kali ni ehemm
aku nak share, hasil tangkapan awal tahun sampai la sekarang
emm tak banyak pun,
tapi adalahh
boleh bawak balik kampung nanti conteng muka
kakak-kakak aku sorang-sorang
hahaha
kita mulakan dengan barang yang akak aku bagi dulu
(trimas sis Sophie!)
1. Laneige Pure Radiant Shadow 3 Color Pallete
Warna yang more too dusty choco gitu, sesuai untuk formal eye makeup, macam nak p office ke ape. Untuk aku, aku pakai bila-bila aku suka but mostly untuk main main je, belum pernah try pakai full face makeup pegi presentation haha (tak memasal kena gelak oh lord)
Ketiga-tiga shade ni ada glitter,
paling kiri sekali, Champaign Pink, paling menyerlah sekali, sesuai untuk inner corner eye jugak
warna yang tengah, Shine Brown, sesuai untuk base color eyeshadow, not to glittery macam Champaign Pink tu but still, ada effect shiny shiny gitu
last skali, warna Dark Brown. Sesuai untuk part crease, nampak deep but must properly blend la, kang nampak macam mata kena tumbuk je haha
warna Dark Brown ni macam matte sikit, but still ada glitter but not too much compare yg other shade.
oh ya, ni trial palette. and aku tak sure ada ke tak jual kat luar.
kaler sangat pigmented, pakai sikit je, jimat pun jimat (even dapat free)
2. Laneige Water Bank Essence / 10 ml
ni actually my sis bagi satu set, tapi memandangkan aku tengah consume product lain, and TAK RETI pakai sebab terlampau banyak nak letak kat muka (hahaha),
jadi aku pick water essence ni lepas baca kat Laneige punya website
so far, alhamdulillah, kalau aku pakai, rasa macam muka lembab je
warna dia putih macam aku tunjuk kat atas tu,
ala ala losyen sikit, tapi tak melekit. Cepat menyerap k.
sometimes aku jadikan primer dulu before letak bb cream kat muka.
3. Maybelline Instant Age Rewind / 6.0 ml
ramai aku tengok makeup artist, tak kira la local or foreign, ramai jugak yang guna age rewind ni
jadi, why not aku cuba satu, and alhamdulillah time aku beli ni tengah sale
haha jadi penjimatan disitu
aku ambik shade light pale, sebab untuk concealer kita kena pakai 1 shade yang lagi cerah dari warna kulit.
pigmented and easy to apply, cuma aku pesan awal..
kalau korang nak pakai, jangan dok pulak berhabisan, kang jadi cam aku punya
beriya sangat pusing sebab wonder asal tak keluar natang concealer ni,
nahh sekali, sampai tumpah tumpah dekat penutup
kan dah sayang.. TT
4. Sendayu Tinggi Highlight & Contour Palette
haa yang ni pun aku dapat time watson buat sale.
so far aku pakai untuk bentukkan muka, emm menjadilah jugak
aku pun baru nak belajar kann,, haha
aku suka contour dengan bronzer dia,
senang nak apply, nak lawa je kaler dia. Buat muka kita hidup sikit, takdelah macam mayat putih sangat
Cuma aku tak kenan sangat dengan highlight dia, maybe kena guna brush yang lembab kut
aku pakai macam tu je, macam letak tepung kat muka hahaha failed habis
last last fedupp
5. Essence Mosaic Blush (Code: 40 The Berry Connection) / 4,5 g
Aku rasa yang ni paling awal aku beli dalam tahun 2017 ni.
Tak pernah terniat pun nak pakai blusher, tapi haha aku kann.. pantang nampak benda sale sikit
aku dapat blusher ni dalam RM 15 je tak silap.. mana lagi, watson laa (acah promote)
Blusher ni, warna tak keterlaluan la, takda la buat muka nampak macam opera cina
but still ada kaler jugak, and rasanya kalau dah guna blusher ni tak perlu la kut nak apply highlighter lagi sebab dalam blusher ni pun dah ada shiny shiny
kang buta pulak mata orang tengok bersinar sangat ahaha!
6. Colourpop Lip Matte/Satin
Ultra Matte Lip - Perky (Holiday Collection)
and yesss! aku penggila lipstick!
pantang nampak ada warna yang berkenan sikit, memang aku nak
tapi kalau ikutkan napsu sangat, memang tak makan aku wehh haha
yang ni warna basic bagi aku, dah nak habis mungkin, sebab aku selalu sangat pakai
lepas jumpa Colourpop, susah aku nak beli brand lain,
orang cakap apa?
Setia pada yang satu ecehhhhh
Colourpop Out & About (Viper, Times Square, Barracuda)
yang ni pulak, dah lama aku usha dari tahun lepas.
agak outdated sikit la bagi orang yang follow up dengan Colourpop sebab sekarang dorang release Monochromatic Collection,
yang tu pun buat aku tahan hati je nak beli hahaha chill chill
ada rezeki nanti aku kumpul lagi banyak banyak
Kenapa aku suka sangat dengan Colourpop ni?
Untuk yang Ultra Matte Lip (UML), tahan lamaaaa... sampai makan berkali pun still tak tanggal (kecuali makanan yang berminyak overdose, but still tak tanggal keseluruhan)
nak tanggalkan tak susah pun, guna tisu basah pun dah jadi.
cuma kena letak pressure sikit.
Nama pun matte, jadi mana yang bibir kering kulit terkupas tu, jangan pakai k
kang hilang bibir awak, warning awal ni!
tapi dont worry, Ultra Satin Lip (USL) dorang pun boleh tahan!
bibir tak nampak kering and lagi senang nak tangga compare dengan UML, and tak se-long lasting UML lahh cerita diaa..
Harga?
Setakat ni aku beli dalam range -RM33-38 (exclude postage)
nak beli direct dari website, tak mampu tanggung kos shipping wehh..
murah kan? jimat pun jimat sebab setiap botol ada 3.2 g / 0.11 oz
7. Garnier Micellar Cleansing Water / 125 g
Lepas pakai make up, jangan lupa bersihkan sebab nak bagi liang pori kita tak tersumbat.
yang tu yang buat muka naik jerawat apa bagai semua, lagi lagi kulit sensitive.
jadi, untuk tanggalkan makeup, aku pakai Garnier Micellar Water ni sebab memang ajaib jugak haha kejap je boleh tanggalkan segala eyemakeup, lipstick ape semua.
oh ya, Colourpop UML pun senang jugak tanggal tau.
ni dah botol kedua aku pakai, tahan la jugak sebab aku jenis bukan bermakeup 24/7 ehh
harga pun tak silap aku dalam belas-belas jurr
.
.
k done!
bermakeup ni bukan buat kita jadi orang lain
pakai make up ni nak buat diri kita lebih yakin
but somehow,
orang selalu kecam orang pakai make up
ehem,, pakai berpada-pada jugak lah
kalau setakat nak p lepak mamak pakai makeup
tu dah keterlaluan namanya
ehe
tapi siapa tahu,
yang dia mungkin dari fashion show
atau sebagainya
kan?
who knows.....
but still, take a good care with your natural beauty
tak kira lah apa pun,
Tuhan dah bagi, kita harus bersyukur..
kalau muka lawa tanpa makeup tu kira bonus, jadi syukur sangat-sangat
.
.
till we meet again,
wasalam
la revende,
hasta la vista
nk cuba la brand leneige ni.. mcm best
ReplyDeletereally recommended! sesuai dengan jenis kulit asia and harga pun berpatutan jugak =D
Deletewah wah wah kemain ek..#hargaicutianda
ReplyDelete