Ramadhan

Salamualykum =D

senyap sunyi je belog ni.
banyak idea tapi kadang aku terlepas nak update.

sekarang aku tengah cuti sem.
tak lama lagi kena register balik.
tapi disebabkan register seminggu before raya, aku decided balik lepas seminggu raya.
XD

zaman keperitan sem lepas dah habis.
zaman relax-relax dekat rumah sendiri pun daa tamat
sekarang kan bulan Ramadhan.

aku punya la tekad tak nak pegi bazaar, tapi sejak aku balik ni hari-hari dekat bazaar
.. err, berniaga yaa bukan g bazirkan duit hee

proceed ke title entry kali ni.

RAMADHAN

bulan paling mulia dalam kalender islam.
bulan yang penuh rahmat dan keberkatan.
bulan yang mana doa apa-apa pun akan dimakbulkan (cepat atau lambat tu kerja Dia)
bulan semua syaitan digari
dan roh-roh orang musliman direhatkan dari seksaan.

bulan yang ditunggu-tunggu
bulan yang dinanti-nanti

tapi sayangnya,

zaman sekarang, ibadat dah jadi adat

orang happy ramadhan datang sebab tak lama lagi raya.
siap tempah baju berpuluh-puluh pasang.

sedangkan raya tu adalah untuk meraikan kemenangan.
kemenangan apa?

kemenangan menempuh dugaan sepannjang bulan ramadhan.
dugaan yang macam mana?
banyak.

dalam bulan ramadhan ni la kita dok ingat waktu subuh/ imsak dengan waktu maghrib
bula lain tak.
dalam bulan ramadhan ni la kita boleh rapat dengan Quran. siapa yang boleh khatam lagi best!
malam pulak, tengok ramai yang pegi buat terawih.
seronok ja tengok macam tu

tapi sayangnya,

sabda Rasulullah SAW:
"Ramai orang yang berpuasa, tiada baginya pahala selain lapar dan dahaga"

yep.
sekarang sangat la jelas dan nyata.

seharian duduk dekat bazaar buat aku terfikir,
apa definisi puasa sebenarnya.
tengok akak-akak, wanita wanita para kaum muslimat punya pakaian,

aku hanya mampu tengok ja.
tak mampu nak tegur lemahnya iman aku.

tak kira lagi mana yang tak solat tapi tak puasa.
hmm

sedeh.
sangat sedih.

aku pun bukannya baik. bukan sempurna.
tapi kita kenalah berusaha ke arah tu.

segala amalan yang kita buat, bukan untuk orang lain.
untuk diri sendiri jugak.
simpan kita dekat dunia, bekalan untuk kita dekat sana.

sana mana?
sana.. tuu yang jauh tuu

jauh lagi perjalanan kita.
kita ni berteduh ja bawah 'pokok',
ramai yang lupa, pokok pun boleh tua
ada expired date.

macam baru-baru ni trending di twiter, #LoveWins
perkahwinan sama jantina diluluskan dalam undang-undang US
Allahu.

Pokok dah kena penyakit, dah tua.
tinggal nak mereput ja lagi

flashback balik, apa yang kita buat selama ni?
renung-renungkan.

jadikan Ramadhan kali ni bermakna dan terbaik dalam hidup korang.
mana tau takda rezeki nak jumpa Ramadhan tahun depan.
who know kan?
ajal maut Dia yang pegang.


Selamat beramal,
salam Ramadhan Al Mubarak

La revedere, hasta la vista!

2 comments

  1. Bestnya tengah cuti. Ena baru je habis cuti sem, ni tengah praktikal. Apapun, Salam Ramadhan Almubarak.. semoga ramadhan kali ni memberi pelbagai kenangan manis dalam kehidupan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama lagi naik la sem. haha kejap je cuti nya pun.
      Salam Ramadhan jugak.

      =D

      Delete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.