Majlis Konvokesyen PSSCM kali ke 32

Salamualykum ='D

**sebelum aku mulakan cerita, mari kita sama-sama hadiahkan Ummul Kitab Al-Fatihah kepada isteri Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah; Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia, iaitu Allahyarhamah Datin Hajah Rosnida yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 4 Jun 2015. 


alhamdulillah. Bertarikhkan 19 Syaban 1436H bersamaan 6 Jun 2015, aku dengan officiallynya tamat belajar Seni Silat Cekak Malaysia. 

banyak pengalaman yang aku dapat sejak aku tamat bulan febuari lepas. 
tuptup. sempat jugak aku join Ujian Sijil Rendah awal bulan Jun.

bila aku cakap dengan member-member aku yang aku dah konvo, ramai orang tertanya-tanya, 

"Konvo apakah?"
"ko bukan tak habis belajar lagi ke?"
"tipu nihh.."
"acahh.. menda la ko konvo konvo ni"

and bila aku jawab aku konvo silat, ramai tak percaya pulak.
but, aku tak blame korang la kalo korang pun tak tau.
aku pun baru tau sejak join Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) ni

silat pun ada konvo baii
dah jadi macam belajar kat universiti.
siap ada sijil lagi.
gamba? konfhem la ada!
*but gamba aku terlalu lawa, so aku shegan la nak tunjuk.. ehe

konvo tempoh hari bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen (DDHM)

ramai jugak. Tak sangka sungguh. 
bagi pandangan aku, especially untuk perempuan comei-comei and mana stok lelawa tu, better standby whatever martial art, so bila ada orang ganggu privasi kita, kita tak la sampai kaku tak tau buat apa.

sebagai anak melayu, kita dah ada warisan bangsa kita sendiri.
berbangga la dengan warisan nenek moyang kita.
thats y, aku choose silat.

aku before ni pernah belajar silat lain, and ada mixed dengan non-muslim. bukan racist ka apa, tapi aku rasa macam unfair, kenapa warisan bangsa sendiri kita share dulu dengan orang lain sedangkan bangsa sendiri tak tau sikit pun. 

kalau nak tau lebih lanjut pasal silat cekak malaysia ni, 
boleh la do the guggle: LAMAN WEB RASMI PSSCM

nahh gamba!
disebabkan tempat duduk aku tak berapa nak strategic, aku hanya mampu amek gamba celah-celah orang ja ='D



  coz this picture are toooo awesome! will missed our moment together!


antara barisan ahli-ahli pusat. 

 dah macam istana kan? kagum sungguh!













Jom Belajar Silat!
PSSCM ni banyak kelas latihan tau diseluruh Semenanjung. Cuma Sabah Sarawak je takda lagi.
aku harap akan dibuka tak lama lagi. Insha Allah . Amiin

Setakat ni je la cerita aku. 
yang baik itu datang dari DIA, yang buruk tu datang dari kekhilafan diri aku. 

La revedere, hasta la vista!

4 comments

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.