Top 5 Best Shopping Website for Raya

Salamualaikum
hai fellas!

aku macam ketinggalan pulak since busy uruskan bazar ni.
tapi takpa korang boleh still shopping untuk Raya Haji kannn?
jadi aku pun sebenarnya dok mencari trusted website yang jual baju raya
even berlambak dekat insta, somehow kita cari yang terbaik
bukan aku cakap yang kat insta tak elok, tapi berurusan dengan website ni pantas, tangkas tup tup dah sampai rumah

list dekat bawah ni antara yang aku usha buat beberapa minggu ni sebelum tidur.
tu je la masa yang ada ='D


1. Zalora




yesss zalora adalah website yang pertama aku terjah bila nak cari barang raya sebab waktu ni sale drop gila!
sumpah mata rasa macam nak rembat semua je barang yang tengah sale
tapi sabar sabar, tengah puasa ni kena control nafsu 
jadi aku sempat sambar kasut dengan beg raya ^^

baju yang tengah sale sumpah comel and lawa, tapi memandangkan aku agak susah nak carik baju sebab petite, jadi aku beli la benda lain =D


2. Poplook



tak lain dan tak bukan baju raya aku tahun di dari Poplook
ni recommendation dari bff aku, so why not aku try since aku memang ada masalah nak carik baju and selalunya end up dengan baling phone and tidur haha!
jadi alhamdulillah
baju aku dah sampai pagi tadi, sumpah tak jauh beza dari gambar yang di display
lagi satu, shopping kat sini semua dah include postage, so jangan terkejut sangat harga mahaii kayy

psst~ sekarang tengah bukak untuk back order, boleh la beli baju untuk raya haji >.<


3. Lazada


haaa kat sini bukan setakat boleh shopping baju raya, shopping mesin buat kuih, perabot, henfon raya pun boleh
macam-macam ada.. lagi-lagi tengah sale ni, banyak barang drop price
aku tak sanggup nak tengok aihh
banyak sangat masuk wishlist, beli nya kena tunggu berduit 
harap dapat duit raya lagi tahun niii
hehe


4. Nile.com


kalau korang blogger mesti pernah dengar pasal Nile ni. ehh banyak dah blogger buat review pasal Nile ni. Maria Elena, Cik Epal semua pernah beli kat sini, 
Termasuklah aku, kali ni aku shopping baju raya untuk akak aku kat sini
sumpah puas hati
paling penting, harga konfhem mampu milik. berpasang-pasanglahh baju raya korang boleh dapat dari sini

uii ada selfie challenge lagi. manatau korang menang, haa apa kata korang try~


5. Fashion Valet


yang ni kalau korang rasa nak beli baju raya yang konfhem nampak rare and lain dari yang lain,
sini lah tempatnyaa
acah-acah model korang dipagi raya
pastikan kalau nak beli, jangan terlalu membebankan hocayy?


last but not least, (honoured mention)
kita support lokal jugak , ZAWARA



sini boleh jugak shopping makeup, kasut, tudung semua sekali 
nak lagi bestm pegi ke boutique dorang 
which aku tak sure still open lagi ke tak untuk raya ni
huhu


but sayangnya, last postage adalah harini 29 June 2016 (Poslaju)
jadi kalau korang nak shopping and berharap agar dapat baju before raya, 
that thing quite impossibru tapi kalau korang nak boleh try

korang ada idea mana lagi nak shopping untuk raya ni? kut la ada instashop yang boleh direkemen kan meh share kat komen bawahh =D


Pesanan ikhlas: 
malam-malam terakhir ni mesti ramai tengah busy buat kuih raya, mengemas rumah
apa kata dalam kemas mengemas nak sambut raya ni korang jangan lupa 
Misi Mencari Malam Lailatul Qadar ^^


La revende,
hasta la vista


4 comments

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.