Jenjalan Putrajaya

Yang kali ni aku bukan nak share resepi  lagi, aku share pasal site untuk thesis aku which is Putrajaya.

biasa jer buat orang yang dekat-dekat sini nak pegi Putrajaya bukan satu masalah pun. Malahan boleh reach by public transport dari tempat aku


Teksi - Ktm - KLIA Transit - Putrajaya Sentral

tapi perjalanan ambik masa and makan banyak jugak ongkos.
jadinya, aku pun request rescue from member aku yang baru jer habiskan cuti beliau jadi pemandu tak di iktiraf aku. 

sewa la memana kereta, janji senang nak gerak. haha

asal aku tak drive? emm check balik aku punya target list. aku tak tanda lagi lesen kereta haha
sobss TT

(ambik lesen motor pun sama lama macam buat diploma.. diploma permotoran gamaknya -_-")

Jadinya aku ke Putrajaya Sentral dulu ambik member segeng aku yang buat thesis ni jugak. Dia dari Klang. Nasib tak berpusing-pusing teruk guna google maps.. 
(even beberapa kali jugak terlepas simpang TT)


Destinasi aku haritu merangkumi tajuk thesis aku dengan tajuk thesis member aku lagi sorang. Yang jadi driver tu dia tak ambik subjek yang sama dengan aku. 
oh ya. Aku pergi hari isnin tau. 
bukan takda kelas, ada memang ada. tapi kelas ko-ko.. huehue

So, destinasi lepas dari Putrajaya Sentral is, 

1. Shaftbury Square

pegi Shaftbury Square ni memang target nak makan jer, sebab dari kolej bertolak dalam jal sembilan lebih. Pusing-pusing nak g Putrajay Sentral, menunggu lagi dah nak masuk lunch hour. Jadinya memang mencarik kedai makan dulu la ceritanyaa..

Memandangkan one of us waktu tu vegetarian, jadinya kitaorang suruh dia decide tempat makan. Iye ler, aku mana pernah jumpa dengan org vege before ni TT

so, biarkan member aku yang decide. and end up dekat pizza hut. 


                            

lepas kenyang melantak, sembang-sembang sikit, atur perjalanan, next destination is...


2. Putrajaya International Convention Center (PICC)

yang ni site member aku. Jadinya aku dengan pak supir buat hal masing-masing.. 
mula-mula ada la jugak buat sesi photoshoot, tapi sheegan la wehh nak buta photoshoot depan orang ramai lalu lalang.

then, aku decide nak g solat. 
tup-tup aku tersalah naik eskelator. 
pegi la jenjalan pusing-pusing sensorang dekat dalam PICC ni. 

oh ya, by the way, PICC ni ada buat tour , dorang akan bawak korang pusing-pusing satu PICC ni and tunjuk mana-mana tempat yang tersembunyi (mungkin) dengan bayaran RM 10.60, additional gst of course!

tapi memandangkan aku tengah dalam zaman penjimatan ekonomi, 
aku decide tak ikut ..
rasa sayang gila, tapi RM10.60, . eh no, ekceli berbaloi. Cuma aku kesian lak kat pak supir tinggal sensorang. 
kena culik karang dia.. haha

ok teruskan cerita aku buat tour sorang diri. 
ni la beberapa tempat yang aku jelajah sensorang dalam mencarik surau. 


     
aku pun tak tau n level berapa, tapi aku nampak view lawa dari sini.. rasa macam tak nak balik pulak =')



ni la eskelator yang sumpah buat aku jadi gayat.
dah dah la aku makin takut nak naik eskelator sebab banyak kes eskelator 'makan orang', ni pulak eskelator nya tinggi-tinggi
seramm wehh..
plus, 
aku naik sensorang.. TT



ni pulak macam open hall.. aku sensorang je ada kat sini. 
sunyiii jer..


penat nak mengukur bangunan besar ni.. =/


ni kawasan suite. bilik-bilik orang kenamaan. 
aku tak berani nak jalan jejauh, sebab kawasan ni makin belakang makin panas.
aku sensorang weh..
jadi apa-apa.. haaa naya!


dah jalan kat bahagian suite, aku jalan pulak kat bahagia lorong depan sikit.
kat sini aku aku nampak beberapa bilik meeting, tempat press conference mungkin and beberapa section lagi la.. aku tak sure.



dah puas jalan kat dalam, aku nampak pintuu keluar..
sekali kauu, nah keluar... 
tak terungkap dek kata.

suasana nyaman gila, sunyi angin sepoi-sepoi.. perghh takmoo pulang!




ni front side PICC, panas-panas terik aku usaha jugak ambik gambar ni.
Seronok memang seronok bila jalan-jalan takda orang control haha

bukan selalu dapat peluang jalan-jalan bangunan besar ni..


ni pulak view depan menghadap kota Putrajaya. Dari sini boleh tengok jambatan-jambatan yang femes and beberapa bangunan yang tinggi and awesome-awesome.

time ni spoil sikit. 
member aku dah habis tour, so , aku tak leh lama-lama kat sini dahh..TT


otw nak balik, aku sempat la ambik gambar bayang sendiri.. ecehhh


dah nak balik, aku pun ambik gamba kenang-kenangan dengan sculpture yang direka khas oleh Hijjaz Kasturi.. 

habis sudah dekat PICC, 
next destinasition pergi Suruhanjaya Building yang dikenali dengan nama femes which is Diamond Building. 

but biasanya, aku pergi ke Diamond building ni mesti hari yang bukan dorang buat tour.. 
sobs sobss

yess dorang ada buat tour sebab Diamond Building ni merupakan bangunan yang dapat pengiktirafan Plantinum dari Green Building Index (GBI)..

yada yada..

dorang buat tour hari Selasa, limited to 30 persons jer.. nak tau lebih lanjut, boleh la layari website dorang.

Lepas dari Diamond Building, 
aku gerak ke IOI City Mall and Alamanda.

kenapa gerak shopping mall..?
err sebab aku punya case study.

ok done, balik pun dah nak malam, aku pun akhiri post kali ni dengan gamba pak supir yang sibuk semak dalam case study aku.. 

next aku update pasal jenjalan pahang lak..

wassalam ^^

la revende,
hasta la vista


Post a Comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.