Monologue~

Assalamualaikum, wahaha selamat pagi!!
perghh dapat hirup udara segar pepagi straight dari ladang pokok getah belakang rumah aku..



Update pasal aku;
1. Baru je habeh exam..
   - tension aku.. haa sapo suroh x kaver topic tu.. da dapat awal notes, bukan nak study.. haihh apa la nak jadi ni.. =.=

2. Totally melepak
    - memandangkan petang ni pun xdo meeting, so aku plan hari ni tak nak keluar g memana.. EXCEPT kelas silat malam karang. Huuuu~~ cepatlah habeh buah! aaa malam ni ada Tenaga Pengajar (TP) wanita. Habeh la patah riuk aku malam nanti.. hahaha tak do la.. kalo gitu, ngape silatnya diperkenalkan kalau memudaratkan yer dak? Fikir tu biar logik sikit, nampak beno menipu.. Maybe next entri, aku update pasal Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

haaaa... ni da jauh menyimpang dari title entry kat atas tu.

"Monologue" : The Greek root word monologos translates to “speaking alone,” and that’s a monologue: one person doing all the talking. In theatre, sometimes a character has a monologue that they perform. 

so, di 'highlight'kan speaking alone tu. wahaha tapi aku bukan nak cerita pasal monologue-speaking alone ni. Beberapa hari lepas, aku g Seremban 2, beli barang untuk eseiment aku sambil menghabiskan baucher buku.


Dan, aku terpandanglah satu buku hitam ni. Aku memang guna note book hitam kalo untuk catat lectures n bawak g meeting memana. Professional gitu~ *erk, perasan kejap
Aku jumpa buku tu kat MPH, seriously.. falling love in first sight siaaa...
Pelik jugak dengar nama dia, "Monologue" p smart semacam ja buku nya.. belek punya belek, harga macam emmrhhhh 'kurang mengizinkan' aku ambik je.. ingatkan buku biasa. Bila aku oegi kat rak len, ada lagi buku brand yang sama, p yang hard cover pulak. waa! baru ja nak meloncat tinggi-tinggi sekali belek belakang buku, tengok harga, makkk aihh! satu buku tu rm40++ kalo tak silap aku. bapak aa mahal~~
tengok buku yang aku amek tadi, telan saliva jap.. buku mahal ni.. patut la yang biasa pun semacam cekik je harganya..lagikan yang hard cover.. hmmphh.. tak leh jadi.. ken tunggu bajet stabil dulu, baru bleh men sebat je semua benda. Ang finally, aku membantutkan niat beli buku monologue tu, aku amek buku biasa2 ja.

So, harini aku baru teringat pasal Monologue tu, pegi tanya ngn Inche Google, tadaa~~ ini yang aku dapat.. *sila klik link untuk view website berkenaan

seriously, dah lama rupanya brand ni.. asalnya 100% dari Singapore. Sekarang dah ada kilang kat Malaysia, Johor katanya. Baca la lagi dorang punya website tu.. dapat jugak info lebih sikit. tak rugi punya, website dorang simple but creative = IMPRESSIVE! 
Sekarang ni Grandluxe dah berjaya tembus pasaran dunia. Hebat tak hebat. Sungguh aku nak kumpol collection dorang ni. *semangat2

and, aku click link fesbuk dia.. tadaaa~~
antara gamba yang menarik perhatian aku.. nak jugak!!!








lawa kan? seriously aku nak kumpol barangan Grandluxe ni. Ada jugak barangan lain selain stationery. Leh la intai sendiri kat laman web yang aku kasi kat atas tadi. 
Aku pun da start mengantuk balik da ni. Semoga bermanfaat..


Adios~

Birthday Present!

Assalamualaikum,

sanah helwa~selamat ulang tahun~ happy birthday to my self~~
Umur makin meningkat, so countdown ke lubang 7 kaki dalam pun makin dekat

Tanggal 2 April, bersamaan dengan 2 Zulhijjah aku lahir~ dalam jam 5 pagi kata umi gitu.
kat sini aku nak ambik kesempatan sedikit sebanyak nak ucapkan trimas to all yg wish or x wish burfday aku..
Actually kalo fesbuk x update burfday aku, ade la kut berapa kerat je yang ingat~ wahahaha
but, no heart-feeling except aku touching dengan sorang hamba Allah ni x wish pun burfday aku.. huehue

Tahun ni, sem ni, detik ni, aku as final first year architecture student, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua makhluk Allah yang suppor aku secara langsung and secara x langsung. And aku nak mintak maaf kat semua atas segala kekhilafan aku sepanjang aku hidup ni.

Paling best, impian aku nak ada rumah sendiri dah tercapai!! Alhamdulillah!! yahoo!!
Nak rumah sorang memang tak la family aku kasi. Sekarang ni ada la sorang housemate, daripada housemate yang perangai cam haram.. baik aku layan dak kecik sorang ni. Bleh jugak aku buli dia sikit.. wahahaha sorry der~~

Tanggal 31 Mac 2014, officially aku ngn member (da kira cam adik aku da) pindah sini. Jauh jugak nak ke kelas tapi, No Pain No Gain right? nak tak nak, kitaorang kena berkorban sikit sebab dia pun ada masalah yang sama jugak dengan housemate dia yang lepas. Aku pun camtu jugak ceritanya. Bila dah ada rumah sendiri ni, rasa macam kelakar pun ada. And rasa bersyukur sangat sebab ni la hadiah paling besa yang aku dapat sepanjang hidup aku *even ni just rumah sewa, bukan hal milik kekal pun :3

So, aku dah dapat apa yang aku nak, kena perform baik-baik la untuk sem ni. Fuh fuh! tak lama lagi mid-term. Hadoyai~ satu hapak pun tak buat lagi. Assignment ke mana, silat ke mana, rumah ke mana. Dah la sepanjang tempoh seminggu lepas, rasa nak marah je dengan semua benda. Tak memasal orang yang dekat-dekat dengan aku kena menadah telinga dengar aku membebel.. sorry korang~~ penat giler ke hulu ke hilir uruskan pasal rumah assignment bagai. Sampai satu hari tu, aku lepak studio sorang-sorang dari petang sampai la ke malam. Dalam jam 10 setengah baru aku balik. Itupun kalo diikutkan hati nak je tido kat studio. Pak guard bukannya check pun. P memandangkan aku ni perempuan, kalo apa-apa jadi karang bahaya pulak, yer dak? Assignment punya pasal.. and alhamdulillah! aku dapat submit assignment tu dulu lagi dari dak sengal kelas aku, Zuan.. wahahahha sorry zuan.. nama ko da naik blog aku~~

And, satu lagi cerita. 31 Mac tu jugak la, kucing Abg Yark delivery 4 ekor anak-anak yang cumel! Nama kucingnya Prada. Kitaorang plan nak kasi nama Gucci, Primavera, Alain Delon n amenda lagi nta.. p belum ada kata putus lagi. Aku pulak dapat idea gila dari akak aku soh kasi nama dorang; Cloudy, Sunny,Stormy, Rainy.. the reason is, time Prada delivery the kittens, kol 11 lebih.. siap aku lagi jadi bidan.. wahaha first time aku tengok kucing beranak! seriously teruja tahap dewa.. waktu tu panas, then tak lama pas tu hujan siap kilat lagi.. so, bleh la consider kan.. hahaha yang nama Prada tu pun aku yang suggest kan .. wee~~




*maaf, gambar ini kurang sopan.. tak sampai sejam melahirkan anak2 

ok.. tu je perkongsian aku kali ni. t aku update gambar anak2 Prada yang da besar lak.. *wink

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.