Playlist for Practical

Assalamualaikum..
memalam ni la rajin pulak nak update..
macam tak kerja pulak besok TT

takpa kejap jer..

aku tak boleh nak tido lagi sebelum aku keluarkan segala isi dalam kepala aku ni.
Terngiang ngiang orang cakap..
sungguh!

aku macam.. ni la padahnya kut..

apa yang aku terngiang kan sangat tu?

hampir semua lirik lagi dalam playlist aku main sepanjang 3 minggu ni.. minggu pertama tu dengar mostly lagu omputeh.. tetiba rasa rindu pulak nak denga lagu artis Malaysia so aku bukak la segala lagu Melayu yang ada dalam lappy aku..

ini la playlist aku..


ada la beberapa lagu baru.. lagu Kak Fynn Jamal dengan Nukilan.

mesti korang perasan kan? Asal lagu Malique bersepah.. haha aku pun tak tau.. Dah jenis aku suka layan lagu dia.. 

dalam buat kerja tu, otak pulak berhempas pulas carik maksud segala lirik dia.. Malique sendiri dah pesan, 

"lirik Malique bukan teks tapi kodeks macam Hammurabi atau Nag Hammadi, 
jangan kupas mesti carigali" 

dan sepanjang aku dengar lagu lagu ni la, aku akan lipat kertas A4, bahagi ke 4 bahagian, then tulis semua lirik lagu..

(nampak tak betapa mereputnya aku.. ==)

kalo korang nak tau apa yang Malique nak share dengan dunia melalui lagu dia, korang boleh la carik dalam album dia.. 

Aku rasa rugi gila tak tau mana nak carik album dia nak buat simpanan anak cucu.. 
Bahasa dia semua tersurat tersirat tak macam mostly lirik sekarang yang ntah, kadang muzik ja pun aku dah tak sanggup nak layan.. 

Kadang aku banyak tahu pasal dunia pun mostly dari lagu. So, bila dengar lagu Malique ni lagi, lagi la otak aku ni keluarkan pelbagai jenis skema persoalan.. 

kesudahannya, aku kena la carik bagi elak aku tak boleh tidur.. tapi kadang dah tau pun aku tak jugak terus tidur.. suka baca lebih-lebih pulak.. 

kalau nak cakap mana satu lagu Malique yang jadi kegemaran, aku dah listkan semua dalam playlist tu.. aku tak dapat nak pilih.. semua best.. semua ada maksud.. 

lagi-lagi kalobrasi dengan Lah Ahmad, KL Street dan Cuba Lagi.. ni la lagu semangat bila aku rasa down and almost give up dalam buat semua benda.. huhu

cukup-cukupla sampai sini.. otak aku dah rasa ringan sikit.. 
dah banyak kertas aku conteng, tapi lepas tulis entry ni baru ringan sikit.. 


"Jadi bila Jeneral berucap sampai darah gusi, 
tolong ceraikan bontot dari kerusi.. 
Bangun."


p/s: semua lirik dia aku terkesan.. dunia bukan rehat untuk semua orang.. cukup la kita tau apa yang kita buat. Selamat malam.

Wasalam..

la revende, 
hasta la vista 




1 comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.