Salamualaikum and hi!
Sekarang dah nak habis tahun 2016, musim exam, musim orang kawen and tak lupa jugak musim orang dari berdua, jadi bertiga, or berempat or seterusnya!
apa-apa pun tahniah atas segala achievement yang korang peroleh sepanjang tahun 2016 ni
(wish awal, takut tak sempat)
(topik kali ni try to be open minded yaa!)
and korang mesti pernah wondering or cuba imagine
macam mana bayi boleh dilahirkan
and yes of course kita tau
proses awalnya adalah dengan hubungan persenyawaan
antara lelaki dan perempuan
(basic thing)
tapi kali ni
aku nak share beberapa gambar yang terjadi
selepas proses persamaan antara lelaki dan perempuan ya
credit to Bright Side
Selama 10 tahun , jurugambar Lennart Nilson cuba untuk merakamkan detik-detik dari tahap embrio dan digabungkan menjadi Proses Kelahiran Manusia
Beliau telah menghasilkan beberapa karya yang telah diterbitkan di 'The Sunday Times', 'Paris Match', 'Stern' dan banyak lagi.
Lennart Nilson cuba untuk ketengahkan keunikan proses kejadian manusia dari tahap mikro sejak tahun 1957, dengan gambar beliau yang pertama, proses bayi tahap foetus
tapi kurang memuaskan untuk di paparkan pada umum.
Namun, beliau tidak berputus asa dan cuba untuk mendapatkan gambar-gambar yang terbaik dengan bantuan alat 'cystoscope'- instrumen perubatan khas bagi wanita untuk mengkaji bahagian dalaman melalui saluran air kencing. Dengan cystoscope tersebut, Lennart Nilson telah berjaya merakamkan berjuta gambar proses kejadian bayi dari tahap embrio dalam rahim
Usaha Lennart Nilson akhirnya membuahkan hasil
kerana dengan gambar-gambar beliau, masyarakat mula mengetahui dan dapat melihat
proses kejadian manusia dari tahap yang pertama lagi
Saksikan gambar-gambar ohsem Proses Kejadian Manusia dibawah ni
be prepare to be amazed!
Selepas proses persenyawaan, sperm 'berenang' melalui Fallopian Tube ke arah telur
Telur wanita
Detik pertemuan sperm dan telur
(Dah macam Dr. Strange jumpa Dormamu pun ada haha)
Salah satu di antara 200 million spermatoza si bapa yang telah berjaya memasuki lapisan membrane telur
(Pandangan tepi) Kepala spermatoza mengandungi kesemua genetik
Seminggu kemudian, embrio bergerak ke bahagian bawah menghala ke rahim melalui Fallopian tube
Selepas seminggu kemudian, embrio telah melekat di dinding uterus
Selepas 18 hari, jantung merupakan organ yang pertama dan mula berdegup pada saat ni
Selepas 22 hari, otak mula terhasil! Warna kelabu tu la yang akan jadi otak manusia
Selepas 28 hari. Subhanallah !
Dah 40 hari, sel luar fetus telah bergabung dengan permukaan luar uterus untuk menghasilkan placenta
Selepas 5 minggu, pertumbuhan fetus sepanjang 9mm telah mula menghasilkan wajah dengan terjadinya mulut, hidung dan mata. Dah dapat tengok dah time ni
Minggu ke 8
Minggu ke 10. Kelopak mata mula terbuka separuh. Dalam beberapa hari, kelopak mata akan terbentuk dengan sempurna
Dalam minggu ke 10 jugak, embrio telah menggunakan tangannya untuk merasai dunia sekeliling tau. Comelnyaa ^^
Minggu ke 16
Tulang dan saluran darah dah mula kelihatan pada kulit
Minggu ke 18, fetus telah mula dengar segala perkara yang berlaku di dunia luar
Minggu ke 19
Minggu ke 20, rambut telah mula tumbuh dan panjang fetus mencecah 20 cm panjang.
Minggu ke 24
6 Bulan
Minggu ke 26, baby dah standby untuk di lahirkan.. =D
Amacam?
Pengalaman yang mengujakan betul! Macam ni rupanya kita terhasil
oh ya,
Lennart Nilson juga pernah menghasilkan buku 'A Child is Born' pada tahun 1965 dah telah kehabisan stok dalam masa beberapa hari sahaja!
Buku tersebut telah di cetak dan di pasarkan beberapa kali, dan menjadi buku paling popular dalam dunia fotografi tauu!
Sekarang Lennart Nilson dahn 91 tahun namun beliau masih berminat dalam dunia sains dan fotografi
La revende,
hasta la vista